Thursday, February 5, 2009

Politik Tempoyak 7

Sidang Dewan Mungkin Diadakan Untuk Usul Undi Tidak Percaya kepada Nizar?

[terkini) ANALISA: 2:15 Kemungkinan penentuan apakah akan terbentuk kerajaan baru di Perak akan ditentukan menerusi persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak. Walaupun BN telah mendakwa mereka memperolehi sokongan Adun mencukupi untuk mereka berbuat demikian, namun ketentuan DUN Perak mungkin diperlukan.

Ini kerana Mohd Nizar Jamaluddin mungkin lebih selesa mengalah di dalam Dewan daripada mengaku kalah di luar Dewan secara diplomasi yang diaturkan oleh pihak tertentu. Khabarnya Sultan Azlan Shah telah menasihat supaya Nizar meletakkan jawatan secara terhormat bagi membolehkan kerajaan baru (BN) dibentuk.

Kalau ini berlaku maka persidangan DUN dalam masa terdekat ini akan menjadi tumpuan. Mungkin juga keputusan diambil Nizar untuk mendapatkan sedikit ruang lagi sebelum hari yang cukup malang itu tiba meragut beliau dan kerajaan.

Adalah munsabah dan jantan bagi Nizar kalau beliau tumpas di dalam DUN. Dengan mengaku kalah kepada satu pencaturan yang penuh diplomasi itu memberi gambaran betapa naifnya Nizar sebagai seorang politik.

Tiga peristiwa penting sedang berlangsung saat ini

1: 25 tengah hari - Mohamad Nizar sudah meninggalkan Istana Kinta dan sedang menujuk ke kediamannya untuk mengadakan sidang akhbar. Sambil berjalan keluar meninggalkan perkarangan istana beliau mengangkat ibu jari menandakan bagus sambil melafazkan alhamdulilah kepada wartawan yang berhimpun di situ. Apakah ini memberi gambaran baik, Sultan Perak memberi perkenan untuk membubarkan Dewan?

Sementara itu dalam perkembangan lain kesemua pimpinan tertinggi Pas khasnya lunjnah politik kini sedang menuju ke Ipoh. Mereka bertolak sekejap tadi selepas selesai mengadakan mesyuarat lujnah politik di Jalan Raja Laut menjelang tengah hari tadi.

12:25 t/hari Menteri Besar Perak, Mohammad Nizar Jamaluddin kini sedang menuju ke Istana Kinta. Beliau dilaporkan bergegas ke istana tersebut sebelum upacara perasmian model ladang contoh selesai dilakukan Abdullah Badawi di Kerian, Bagan Serai sekejap tadi.


Menurut seorang Adun Perak mungkin ada sesuatu yang hendak dititahkan oleh Sultan Perak, Raja Azlan Shah selepas baginda berjumpa dengan Najib Razak sebelah pagi tadi.

BERIKUT peristiwa yang seDang berlaku sekarang ini; Mohd Najib Razak berada di istana Perak untuk menghadap Sultan Perak Raja Azan Shah bagi memaklumkan BN sudah mendapat majoriti untuk tubuh kerajaan Perak baru. Beliau dilaporan tiba jam 9:50 pagi tadi dengan diiringi Timbalan Pengerusi Umno Perak, Zahid Hamidi.

Manakala di Mahkamah Tinggi Ipoh pula, Speaker V Sivakumar sedang melaksanakan proses undang-undang untuk menentukan apakah surat perletakan dua Adun, Jamaluddin Mohd Razi dan Othman Jailu yang diserahkan olehnya kepada Suruhanjaya Pilihan Raya sah atau tidak.

Manakala di Jalan Raja Laut, Lujnah Politik Pas sedang mengadakan mesyuarat Lujnah Politik membincangkan perkembangan yang berlaku di Perak kini. Presiden Pas akan membuat kenyataan rasmi pertama berhubung senerio di Perak menjhelang tengah hari.

Di Kerian Bangan Serai, Perdana Menteri, Abdullah Ahmad Badawi menghadiri majlis pelancaran Ladang Padi Contoh Guthrie. Majlis berkenaan disertai sama oleh Menteri Besar Perak, Mohamad Nizar Jamaluddin.

Kehadirian Nizar itu mungkin tugasannya selaku MB terakhir bersama Perdana Menteri?

Peristiwa malam ini pula, satu himpunan dan munajat di perkarangan kediaman rasmi MB Perak akan diakan. Dijangka ianya turut dihadiri Penasihat PKR, Anwar Ibrahim, semua MB Pakatan Rakyat. Majlis itu dianggapkan dihadiri 50,000 bagi menyokong kerajaan Pakatan Perak. Tunggu perkembangan seterusnya. [wm.kl 10:45 am 05/02/09]

1 comment:

fital said...

Kalau dengan PR dia orang tu belot tak mustahl dng UMNO pun dia akan belot. Tak apalah UMNO da nak sangat org mcm tu bagi ajelah.Nanti biar UMNO rasa pulak