UMNO Kelantan khususnya Annuar Musa boleh merasa gah dengan kehadiran Abdullah Ahmad Badawi ke Kelantan dua hari mulai pagi semalam, 2 Ogos. Kehadiran Abdullah itu bagi Annuar sungguh menggembirakan kerana ia boleh dijadikan petunjuk Abdullah memberi perhatian berat kepada kerja-kerja Umno dibawah pimpinannya untuk merampas Kelantan.
Abdullah telah memperuntukan sebanyak RM7.6 billion untuk membangun Kelantan di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan(RMK-9). Kedatangan Abdullah itu antaranya bertujuan untuk merasmikan projek serta mengagih-agihkan kepada para kontraktor di kalangan kroni Umno.
Annuar Musa sendiri dikatakan telah mendapat durian runtuh daripada projek pembinaan Pusat Metrikulasi Kok Lanas dan projek pembesaran Jalan Pasir Puteh - Besut.
Beberapa upacara dan majlis diatur untuk Abdullah mengumum atau mengangihkan projek berkenaan. Beberapa hari Umno Keantan menghebuhkan kedatangan Perdana Menteri seolah PM itu tidak pernah sampai ke Kelantan.
Panjang akal
Salah satu projek yang diluluskan ialah ‘pembinaan’ jambatan Sultan Yahya Petra yang kedua. Tergeliuk orang Pas Kelantan apabila mendengar projek itu. Bagi mereka yang tidak berapa panjang akal dan otaknya, tentu merasa Umno hebat kerana membina sebuah lagi jambatan Sultan Yahya Petra merentangi sungai Kelantan.
Tetapi bagi mereka yang cerdik atau bersekolah tinggi sikit, tahu projek itu sebagai tipu sahaja. Sebenarnya apa yang berlaku Umno bukan membina jambatan baru tetapi sekadar memperbesarkan jambatan yang sudah sedia ada. Atau dalam istilah orang Kelantan tapung saja.
Umno memperuntukan sebanyak RM143 juta hanya untuk tampung jambatan itu di samping membina jalan baru dari Bulatan Pasir Pekan sampai ke Wakaf Siku. Itu saja.
Jambatan Sultan Yahya Petra sudah wujud sejak 48 tahun lagi. Ia dibina oleh Kerajaan Pas Kelantan ketika itu yang dipimpin oleh Mohd Asri Muda (foto).
Memang mulanya Umno bercadang hendak membina jambatan itu. Tetapi selepas parti mereka kalah (ketika itu Perikatan), ia tidak jadi diteruskan. Semua peralatan untuk membina jambatan itu yang sudah dibawa dipindah ke tempat lain. Barang-barang atau peruntukan untuk membina jambatan itu dibawa ke Temerloh Pahang untuk membina jambatan Temerloh.
Kerajaan Pas mencari sendiri duit untuk membina jambatan itu yang bernilai RM6.7 juta. Ia mula dibina pada tahun 1963 dan siap pada 1965.
Jambatan berkenaan ada sejarah tersendiri. Orang Umno tidak yakin Pas mampu membina jambatan berkenaan. Kerana itu ada seorang ahli Umno bernazar dia akan telanjang bulat dan berlari atas jambatan itu, kalau ianya siap.
Nazar
Takdir Allah s.w.w. jambatan itu siap dalam tempoh yang dirancangkan, iaitu selama dua tahun sahaja. Tidak dapat dipastikan pula apakah ada ahli Umno yang menunaikan nazarnya untuk telanjang dan berlari atas jambatan berkenaan. (Kalau tidak ada maka Annuar selaku ketua haruslah bertanggungjawab atas nazar berkenaan!).
Maknanya projek yang dihebuhkan sebagai membina jambatan Sultan Yahya Petra kedua itu sebenarnya ianya adalah pembesaran sahaja. Menokok tambah yang sudah ada. Membaiki yang sudah pun 48 tahun dibina oleh Kerajaan Pas.
Kalau Umno ikhlas mereka tidak perlu eksploitasikan projek itu untuk kepentingan politik merkea sebaliknya mereka membina sebuah jambatan baru. Annuar Musa yang terkenal sebagai seorang Perancangan Bandar patut memikirkan satu tempat munasabah untuk membina sebuah jambatan baru.
Masih banyak tanah dan ruang di sepanajng sungai Kelantan itu untuk dibina jambatan. Tetapi kenapa jambatan itu menjadi sasaran. Apapun yang Umno dan Annuar dan geng lakukan orang yang celik sejarah dan tahu mitos jambatan itu akan sedar, siapa yang berhak ataupun patut dipuji dengan kewujudannya.
Jadi kalau sekadar menepel dan menampong projek orang, macam mana Annuar dan Umno mengharapkan rakyat Kelantan akan berpihak kepada mereka. Rakyat Kelantan yang terkenal sebagai unit, berfikiran terbuka dan tidak mudah layu dengan tawaran kebendaan dapat menilaikan mana yang baik dan mana yang buruk.
Betapa pun Umno cuba mahu merombak nostalgia dan kenangan rakyat Kelantan terhadap jambatan itu namun rakyat Kelantan tetap juga akan mengenang dan menyebut, jambatan Sultan Yahya Petra adalah jasa Pas dari aspek pembangunan terbesar di Kelantan Darulnaim.
No comments:
Post a Comment