Susahnya Menjadi Cerdik Di Kalangan Bodoh!
MENJADI cerdik seribu kali lebih baik daripada menjadi bodoh! Tapi kalau cerdik tetapi menipu dan menyusah orang lain seribu kali tidak guna daripada menjadi bodoh yang baik, tidak mempedulikan orang.
Kali ini saya nak berborak di luar kotak pemikiran biasa, iaini fasal kita yang cerdik ini. Yang tahu menggunakan otak atau melihat sesuatu itu bukan sekadar melihat seperti mana mata ikan kering melihat lautan luas. Seribu kali terpandang lautan terbetang luas pun ikan kering itu tidak akan berusah menggerakan diri untuk terjun ke laut. Kenapa...?
Kadang-kadang teringin untuk tidak mahu jadi cerdik. Kerana dengan cerdik menjadikan kita akan berfikir sebelum menerima sesuatu perkhabaran dengan seadanya saja. Bila kita cerdik kita akan kaji, periksa dan nilai apaklah ia benar atau sebaliknya. Berbeza kalau kita bodoh, ia senang sahaja, biarkan saja otak berkembang dalam tempurung kepala tanpa menggunakannya biarkan ia penuh dengan lemak dan minyak.
Kenapa susah menjadi cerdik, pelik? Bukankah dengan cerdik itu boleh menyelamatkan kita dari ditipu dan diperbodohkan. Cerdik di sini maksudnya kita 'react' kepada sesuatu kejadian. Kita bangkit menilai dan mengkajinya. Menyebabkan kita berfikir dan mencari rumusan kemudian membuat kesimpulan. Dan apabila yang kusut itu tidak menemukan penyelesaian kitaakan menjadikan sebal dan merasa bodoh sendiri.
Saya ambil contoh mengenai isu mengenai senaman yoga yang heboh dipertuturkan sehari dua ini. Senaman itu telah diputuskan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan, ianya haram. Lantas ia tidak digalak dilakukan secara sistemetik oleh umat Islam kerana bimbang boleh merosakkan aqidah.
Menurut majlis fatwa itu sekurang-kurang ada tiga asas senaman itu boleh membawa kepada kecacatan aqidah. Antaranya ialah keran ia ada usur mentera jampi, dan usaha (maditasi) penyatuan dengan Tuhan. Tuhan di sini dirujuk kepada Tuhan (Hindu ) sebab yoga itu sendiri sebahagian daripada ritual keagamaan Hindu.
Sepatutnya apabila Majlis Fatwa Kebangsaan sudah memutuskan begitu ia diterima sebagai muktamad dan diamalkan. Kerana keudukan majlis fatwa itu samalah dengan majlis-majlis lain berkuasa ke atas sesuatu bidang. Apabila majlis telah memutuskan demikian ia tidak boleh dipertikaikan lagi.
Sebaliknya keadaan ini tidak berlaku kepada majlis fatwa itu. Masih ada yang mempertikaikan dan mempersoalkan apa yang diputuskan oleh majlis fatwa itu. Bukan setakat itu saja ada yang sampai buat report polis, menyinis dan membantahnya secara langsung. Aksi-aksi itu menggambarkan ilmuan dan mulut ulama sudah tidak dihormati lagi.
Kenapa ini berlaku? Inilah yang saya sebutkan tadi sepatutnya kita jadi bodoh dari hal-hal sebegini menyebabkan kita tidak akan persoalan terhadap apa yang berbangkit. Kalau kita bodoh senang saja apa yang para alim ulama putuskan kita terima, tidak mempersoalkanya lagi. Atau kita langsung tidak mempedulikannya baik tentang ia atau salahnya.
Tetapi kerana kita cerdik, kita menggunakan otak, maka bila berhadapan dengan perkara seperti fatwa itu dipersoalkan maka kita jadi gila sendiri berfikir kenapa ini berlaku. Kita menjadi mangsa keadaan antara benar dengan tidak, terjempit dicelah si pakar dengan sijahil.
Kenapa masih ada yang mempertikaikan keputusan majlis fatwa. Apakah apa yang dibuat itu tidak tepat? Apakah majlis fatwa tidak ada kredibiliti untuk memutuskan perkara itu?
Keadaan inilah membingungkan! Dan seperti saya katakan tadi, perasaan bingung dan tolol ini hanya menimpa diri kita yang berfikir saja. Bagi mereka yang tidak berfikir, tidak merasa apa-apa, malahan sesetengah itu berlaku tidak pun disedari atau dibiarkan saja berlalu. Tidak percaya tanya si tolol dan disboh di jalanan.
Untuk menhindarkan diri dari polemik sebegini menyebabkan sesekali teras ingin membawa diri ke lemah itu; menjadi orang yang tidak mempedulikan kepada perkara-perka melibatkan diri orang lain dan alam sekitar. Sesekali terasa ingin menjadi manusia yang bodoh dan sinting saja. Barangkali orang bodoh sangat sesuai untuk berada di negara ini kerana kerajaan sendiri kadang-kadang bebal dan lembu dalam tindakan-tindakan dan praktikalnya. [wm.kl. 7:30 pm 25/11/08]
4 comments:
assalamualaikum,
saya merasa lega kerana masih ada orang yang ambil tahu akan pisah ini. Selama yang saya perhatikan, media massa (Melayu) kurang mengetengahkan isu ini atau mengupasnya secara dalam sebaliknya media bahasa inggeris pula lebih banyak memperkatakannya. Yang amat menyedihkannya media2 ini menghentam Fatwa - fatwa ini (Yoga & Penkid. malah wartawan Melayu (mungkin Islam) dipergunakan untuk memburuk-burukan fatwa ini. Adakah perkara ini disengajakan untuk menunjukkan orang Islam amat lemah dan tidak berani bangun melawan (dengan tulisan). Bahkan pihak yang sepatutnya membela Islam iaitu Sister in Islam (SIS) turut senada dalam isu ini. Apakah pegangan golongan ini? Apakah sudah hilang Al-Quran dan Hadis dalam peraturan mereka. Apakah mereka lupa bahawa masuk agama Hindu itu bukan semestinya dengan mengikut ajaran Hindu bahkan boleh disebabkan oleh 3 perkara iaitu niat, perbuatan dan sebutan. yang menjadi ketakutan kita ialah Murtad tanpa disedari iaitu melalui sebutan (melalui pembacaan mentera tersebut). Kalau YOGA yang di amalkan hanya melibatkan senaman fizikal tanpa 2 unsur yg lain seperti disebutkan dalam Fatwa berkenaan..tiada masalah.
Saya amat takut dengan peristiwa ini yang menggambarkan betapa teruknya Islam di Malaysia. sudahlah pemimpin melayu yang masih dalam perebutan kuasa dan suap menyuap wang, anak-anak melayu hilang dalam arus pemodenan.
Kita bangga orang melayu itu Islam tapi kita lupa ramai orang Islam itutidak Mukmin.
TUAN
1. saya pun heran kenapa mutakhir ini kebodohan yang kelihatan sangat jelas dan menjadi jadi di negara kita.
2. apa sebenarnya yang tak kena, dan dimana yang tak kena itu?
3. berserabut rasanya menjadi warga negara kita.
tuan,
saya hanyalah seorang kuli bawahan,dan sy ada ramai kwn yg bekerja hebat2...
saya tidaklah mahu mengatakan sy cerdik,tp sy tergolong dlm org yg berfikir tentang natijah kepada penentangan terhadap fatwa itu...tetapi kebanyakan dr rakan2 sy yg 'hebat' itu hanya melihat sahaja isu itu malahan ada yg tidak memandang langsung dan ada juga yg tidak membaca akhbar!
yang x peliknya ialah mereka2 yg 'hebat' ini kebanyakannya menyokong kepimpinan dr madey!
-nwa-
Saudara,
Terima kasih kerana menulis tentang isu ini. Ada dua perkara yg saya hairan mengenai isu fatwa mengenai yoga ini.
Yang pertama ialah tentang orang Islam yang komen menentang fatwa ini. Komen2 mereka seolah mereka ini sebenarnya tidak meneliti secara penuh akan fatwa ini dan asas2 nya. Kenapa orang Islam dinegara Malaysia ini semakin bersikap 'jumping the gun'? Kemanakah hilangnya iman mereka? Dan setidak-tidaknya kemanakah hilangnya rasional mereka ini?
Yang keduanya ialah, dlm akhbar2 bukan berbahasa Melayu, org bukan Islam juga telah mengkritik Majlis Fatwa. Pada 'authority' apa mereka ini bercakap? Apa hak mereka nak komen dan kutuk agama yg bukan agama mereka? Maka bolehkan kita kutuk agama mereka secara terbuka dlm akhbar?
-JAM-
Post a Comment