Thursday, May 28, 2009

Budi Negara

Jangan Usung Keranda Chin Peng

ORANG Melayu kini sudah berfikir melewati kepentingan bangsa! Kekadang orang Melayu juga melupai dan fanak (gila) tidak mengetahui dia berdiri di bumi mana.

Apakah ini profesional atau pun satu tranfosrmasi politik? Ataupun satu sikap baru untuk mencecahi era globalisasi dan liberalisi yang menjadi kegilaan kini. Ataupun ia hanya retorik lidah politik untuk mendapatkan kuasa tanpa mengerti ke mana kuasa itu hendak digunakan.

Saya mengatakan ini sebagai satu lagi dilema Melayu, delima pemikiran dan hala tuju menempuh masa depan dan destinasi kehidupan akhir yang rencam.

Mari kita rujuk kepada isu yang dikira hangat kini, yang menyentuh perhatian semua rakyat dan bangsa Melayu negara ini. Iaitu mengenai cadangan Pengerusi Gerakan Pulau Pinang, Teng Hock Nan yang mengusulkan supaya membawa balik bekas Setiausaha Parti Komunis Malaya (PKM) Chin Peng ke negara ini.

Cadangan itu menimbul pro kontra, ada yang setuju dan ada yang tidak. Mereka yang anti komunis dan menerima hamparan sejarah yang dicipta, tidak rela dan tidak mahu Chin Peng di bawa balik. Mereka melihat ada bahaya besar di sebalik keberangkatan balik Chin Peng atau Ong Boon Hua itu.

Manakala sebahagian yang lain bersetuju Chin Peng diberikan pengampunan dan diusung pulang ke Tanah Melayu ini. Yang menyokong bukan saja orang-orang Cina yang dilihat sebulu dan sewarna kulit dan memahami bahasa percakapan asal Chin Peng, tetapi sesetengah Melayu juga ikut setuju.

Berbagai alasan dan landasan akal digunakan untuk merelakan Chin Peng pulang. Ada menggunakan ladasan dan kesejagatan ehsan agama dan ada juga atas landasan peri kemanusiaan.

Ada mengatakan Islam mengamalkan prinsip maaf bermaafan. Maksudnya kerajaan harus menafikan atas perbuatan dan tuduhan ke atas Chin Peng itu. Manakala yang lain memberi kemaaafan dan sedia merelakan Chin Peng balik kerana dia sudah tua. Bila sudah tua bermakna ia sudah tidak komunis lagi?

Manakala yang tidak mahu dia balik marah atas perbuatannya seperti mana dilakarkan sejarah yang dihamparkan. Gara-gara Chin Peng yang menggerakan PKM kemudian melarikan diri dalam hutan dan melakukan petempuran gerila menyebabkan banyak rakyat tidak berdosa menjadi mangsa kekejaman penganut menolak agama itu.

Mangsa dan waris mangsa marah kepada Chin Ping tanpa melihat dan mengenali politik yang mengakibatkan kenapa berlaku peperangan dan pertemupuran itu. Jangan marah kepada mereka kerana itulah kanta sentuh yang mereka miliki untuk melihat hati sejarah.

Saya tidak setuju kalau alasan Chin Peng sudah tua maka ia boleh dibawa balik untuk menghirup udara kemerdekaan ini dengan nyaman. Alasan komunismenya tidak lagi bermaya, tidak dapat diterima. Kerana atas nama ideologi apa juga ia tetap akan hidup hatta jasadnya sudah mati apa lagi kalau setakat ianya hanya tua.

Bahkan ideologi itu menjadi lebih matang lagi dengan ketuanaan fizikalnya.
Pendapat demikian silap kerana ideologi termasuk komunisme tidak mudah lupus atau terhapus dari anutan pengkagum isme berkenaan.

Bila ada batang tubuh penggasas dan mentornya semangatnya menjadi kian hidup dan akan berkembang sebab isme atau ideologi itu seakan nafas yang berdenyut sepanjang masa. Ini bahaya.

Monumen dalam hidup sangat penting. Sebab pusara atau apa-apa benda peninggalan tokoh tersohor penting dan dipelihara bukan apa, untuk menghidup roh pejuang itu dalam diri kita, rakyat. Begitu juga sejarah ditulis untuk dihafal dan diinsafi bukan dijadikan kitab memenuhi rak buku.

Tertakdir Chin Peng dibawa balik dan dibumikan di tanah air ini, bermakna Chin Peng berada di tanah air ini. Sekiranya kita menerima hamparan sejarah itu benar, maka ia tidak wajar sama sekali Chin Peng dibawa pulang. Kepulangan itu hidup atau mati menandakan kemenangannya!

Justeru bagi saya kalau tertakdir Chin Peng mati.... jasadnya tidak harus dibawa pulang ke negara ini kerana ia akan menjadi monumen. Memorinya juga akan dikenang dan dibina di sini yang mana akhirnya akan dikenang zaman berzaman. Secara simbolik juga kalau Chin Peng berjaya balik ke tanah air ini dia merasakan puas kerana akhirnya dia dapat juga ‘merampas’ tanah air ini.

Jadi kepada bangsa Melayu dan rakyat negara ini usaha ‘berjibuh’ mengenai Chin Peng. Biarlah atau serahkan saja soal Chin Peng kepada mereka yang mengenangkannya sahaja. Kepada kerajaan pula perlu tegas, kalau sekali menghalang Chin Peng pulang maka keputusan itu harus dilipat kemas.

Kepada peminat Chin Peng jangan sesekali mengimpinkan untuk mengarakkan keranda Chin Peng di bumi merdeka ini. [wm.kl. 10:20 pm 28/05/09]

7 comments:

JAMILKUCING said...

Sebaik sahaja chin peng minta nak balik ke malaysia jamil tengok rioh rendah orang melalak. tv-tv ,media-media yg sudah kekeringan berita menyalak macam anjing gila. orang-orang tua yg bodoh di temuramah,ya jamil tak nafikan jamil tiada waktu komunis dulu. dan tapi jamil dapat banyak info bagaimana kekejaman komunis. antinya orang melayu dekat chin peng lebih teruk dari anti terhadap yahudi. persoalannya adakah orang melayu mudah lupa atau bodoh.

Di antara komunis dan tentera jepun siapa paling kejam, antara komunis dan tentera jepun siapa potong kepala orang, antara komunis dan jepun siapa waktu itu lebih tersiksa , jamil rasa jepun lagi teruk,lagi jahat lagi kejam,sampai salah sikit potong kepala orang. tapi tak dengar lak komunis potong kepala orang. tapi komunis di halau sampai tak boleh balik ke negara mereka sendiri.walaupun mereka komunis.

Sebaliknya jepun di sambut bagaikan raja, jepun di jemput buka perniagaan di sini, jepun di beri bermacam-macam ke istimewaan, sedangkan bangsa melayu dan rakyat malaysia banyak menderita , merana kehilangan saudara mara tanpa kepala kerana jepun.mereka pernah membunuh sdr/mara kita,tetapi sekarang bangsa jepun di sanjung,di sambut,di hormati. apa ni? double standard ke.

Jamil bukan suka komunis atau menerima mereka tapi benci dengan manusia yang hipokrit, manusia yang double standard, manusia yang pentingkan diri sendiri.penting kan wang.mungkin gak jepun dulu mereka tidak kacau orang-orang berada di malaysia,tak kacau orang bangsawan di malaysia sebab itu mereka tidak di hina di kutuk atau di caci.tapi komunis kacau tak kira kaya atau miskin,biasa atau bangsawan.tu yg di kutuk dan di hina tu.

Ko orang pembaca fikirlah sendiri.
cukuplah kita 50 tahun tertipu dengan agenda melayu barua dari umno. sekarang apa pun susah nak percaya permainan mereka ini.

Skuad Peninjau said...

Salam,

Kalau ditakdirkan dapat la dia balik kat tanah air malaysia ni, mari kita dakwa dia habis habisan. Saya terkenangkan aruah moyang saya dibunuh komunis ketika sedang memandu bas dekat Bangi, Selangor.

Chin Penglah yang menukar dasar PKM, dengan mengangkat senjata dan masuk dalam hutan. Berapa banyak orang melayu yang dibunuh mereka? Tak terkira.

Pada orang melayu nak sokong sangat Chin Peng nak balik ni, anda tidak pernah merasakan kehilangan ahli keluarga anda yang disayangi akibat kekejaman PKM. Anda tidak pernah melihat tangisan, air mata kami yang merasai peri peritnya waktu PKM aktif dulu.

Tidak perlu demi kepentingan politik yang sempit, kita terima segala-galanya. Fikirkan perjuangan orang dulu yang bermandi darah melawan PKM. Menerima pulang Chin Peng sama seperti tidak mengiktiraf perajurit tanah air yang memperjudikan nyawa mereka mempertahankan Malaysia.

ikhwan said...

jgn bagi chin peng balik..haram Tanah Melayu ni untuk jasad dia..malang sekali dengar khabar ada ahli Pas Johor sokong dia balik atas alasan dia juga pejuang kemerdekaan..buta sejarah???

aku said...

Saudara jamilkucing. Siapa org tua-tua bodoh.... walaupun anda org muda, diharap jangan biadap. Tidak pernahkah diajar oleh ibubapa saudara.... atau sudah lupa dengan budi bahasa......

jangan kerana marah saudara kepada UBN lantas dengan lancang saudara mengatakankan org tua tersebut bodoh.... mereka lebih berjasa dari saudara yg dilahirkan kemudian.... harap ambil iktibar...

zasyah said...

dulu belajar kat sekolah agama, hukum org yang mengganggu ketenteraman orang adalah buang negeri. tapi tak sempat habis belajar, kena pindah. jadi tak tahu apa hukum kalau orang yang dijatuh hukum tadi kalau dia dah bertaubat/ menyesal.

saya pelik dan sedih bila ada pemimpin negara kata chin peng tak boleh balik SEBAB akan melukakan hati keluarga/waris yang terlibat.... itu SAHAJA alasan dia? sebab orang lain.. tapi mcm mana dgn rasa dari diri dia sendiri?? rasa cinta pada negara, rasa sakit bila anggota kita tercedara / terkorban, rasa mahu menjaga dan menyelamatkan negara ini dari anasir2 jahat..?
tidak adakah dia rasa itu..?
kalau begitu, memang retorik sahajalah 1malysia kerana dia tak rasa berSATU dengan malaysia dan ahli-ahlinya..

(ini hanyalah dari pembacaan saya dari sumber yang terhad. jika ada panjangan dari sumber2 lain, saya mohon dirujukkan agar tidak tersilap anggapan)

abu muaz said...

Apalah hang semua duk bincang panjang-panjang ni.?? Tulisan MSO mengenai Hock Nan ni pun ada asasnya.Ingat semua satu peluru satu musuh sudah tak pakai sekarang.

Anonymous said...

hangpa yang merelakan apa bentuk simpati kesian dan sebagainya adalah SATU KEBODOHAN YANG NYATA...wahai MSO apa telah jadi kepada kaum ku?