MURAI tersenyum dan merasa lega membaca laporan mengenai kenyataan Abdul Hadi Awang yang mengatakan tidak ada politik wang yang berlaku dalam parti berkenaan. Baguslah... kalau Pas terselamat daripada bahana politik wang. Tidak elok kalau parti Islam terikut-ikut sama dengan perangai Umno. Nanti lama kelamaan orang tidak akan kenal dan dapat bezakan mana satu nangka dan mana satu cempedak pula.
Dalam laporan itu juga Murai baca tidak ada apa-apa tindakan dikenakan ke atas orang yang mendakwa berlaku rasuah dalam parti itu. Mat Iraq ketua ulama parti itu tidak dikenakan apa-apa tindakan. Sebelum ini riuh terdengar desakan supaya ketua ulama itu dikenakan tindakan disiplin sekiranya dia gagal mengemukakan bukti mengenai rasuah seperti mana didedahkan itu.
Apakah tindakan itu tidak dikenakan kerana ketua ulama itu hanya berandaian saja? Kalau iya, macam mana pula dalam hal sepenting itu seorang ulama boleh berandaian. Dalam soal yang memberi implikasi hukum tidak boleh pakai agak-agak? Kalaulah ulama begitu digunakan pakai oleh Pas selama ini, maka tidak hairanlah Murai kalau Pas juga boleh berdolak dalih dalam soal-soal hukum hakam!
Murai jadi pening-pening lalat dalam hal ini dan menyebabkan Murai tergaru-garu kepala sendiri sampai tercabut bulu dengan apa yang berlaku itu. Kalau benar tidak ada rasuah dalam Pas kenapa Mat Iraq tidak dikenakan tindakan disiplin? Apakah Pas memberi amaran kepada Mat Iraq? Kalau amaran kenapa pula tidak disebut ia diberikan amaran?
Logik dan adilnya kalau dah buat fitnah, hukum saja jangan taruh dan simpan lagi. Pas tentu arif mengenai bahaya fitnah dan kata-kata Rasulullah mengenai anaknya Fatimah! Apakah Pas juga mengamalkan tindakan double standard macam parti cap keris itu? Dalam Umno ada yang bersalah tidak diambil tindakan, atau tindakannya berbeza-beza dan yang jelas bersalah dilepaskan pula.
Apakah kerana Pas kini sudah rapat dengan Umno maka perangai Umno juga terikut-ikut dalam Pas?
Murai tidak fikir Hadi cuba menyembunyikan isu rasuah atau politik wang di bawah kupiah kerana nak jaga maruah parti. Tentu Hadi tahu apa hukumnya hipokrit dan munafik serta persoalan di Mahsyar kelak. Kalau Hadi juga berbuat begitu bermakna Hadi juga mengamalkan politik tusuk punca dalam kain?
Murai cukup benci kalau orang bercakap; berkatalah yang benar walaupun pahit, tetapi bila kena gilirannya sendiri yang pahit tidak mahu dikatakan dan hanya suka mengatakan yang manis-manis sahaja. Dalam firasat Murai keputusan yang Pas ambil berhubung dengan rasuah itu menjelaskan bagaimana wibawa para ulama dalam Pas itu sendiri!
Murai: Sudah dapat agak kenapa Prolib tidak suka pada ulama.
9 comments:
Salam Tuan MSO..
Kadang-kadang susah jugak nak pastikan mana satu telur itik,mana satu telur ayam.
Mungkin Pas merasai sekelian rakyat terlalu bangang untuk membuat sesuatu tafsiran kerana rata rata pemimpin mereka bersembunyi dibawah ketayap dan serban yang dipakai.Lalu pemimpin mereka membuat satu andaian untuk membodohkan rakyat.Kononnya mereka dikalangan orang yang terpelihara dari kerja kerja mungkar termasuk politik wang dan juga yang berlidah cabang.
Tetapi jika Pemimpin pas juga sedar mereka juga insan biasa yang tidak sunyi dari melakukan kesilapan tidak mungkin kenyataan menafikan politik wang ujud, boleh dibuat penafian begitu mudah saja.Dan apakah ulama dalam pas sendiri boleh membuat tuduhan semberono begitu saja tanpa bukti dan alasan yang kukuh.Andainya itulah ulama yang ada didalam PAS hari ini, tidak hairanlah pula MB kedah dapat memberi alasan tidak mengharamkan judi dan arak kerana undi cina dan india yang penentu kemenangan pada pas dalam PRU12 dan PRU2 yang akan datang.Lalu Judi dan arak tidak diharamkan hingga ke hari ini.
di Kedah.
walaupun dah setahun perintah Kedah.Hasil judi dan arah masih menjadi punca pendapatan negeri.Inlah yang membuat Pas di Kedah hari ini tidak ada bezanya dengan parti cap keris.Dan inilah buktinya cakap cakap pemimpin pas yang cakap tidak serupa bikin.Lalu mereka menghukum mengikut nafsu kotor mereka terhadap sesiapa saja yang dirasai tidak dapat mengikut telunjuk dan kehendak mereka.
Tetapi jika pemimpin Pas dapat memperkuda kayukan rakyat walau penyangak sekalipun pas tetap merestui pemimpin tersebut..mungkin disini ada kebenaran nya kerana pas ingin menjaga maruah partinya.Lalu mereka besekongkol menutup dan melitup segala kemungkaran yang pemimpin mereka atau ahli mereka lakukan.
Dan mungkin segala kepincangan yang belaku dalam pas hari ini dilakukan oleh mereka yang berbaka cap keris.Tetapi hakikatnya pas cuba menafikan setitik nila tidak dapat merosak susu sebelanga.Inilah kenyataan yang benar benar belaku dalam pas hari ini tetapi mereka cuba menafikan sekeras kerasnya kerana kebanyakkannya berselindung dibawah serban dan kupiah.
kenapa MSO x puas hati? sebab tak dapat nak kenakan baju petak-petak merah ke... PAS tahu apa yang mereka buat dan dalam UMAT Muhamad tidak duduk Lima orang ulama pada satu masa berhimpun untuk merosakan islam... MSO hanya ada maklumat dipinggiran sahaja selebihnya sangkaan sahaja
Tuan MSO,
Apakah miskin benar orang-orang PAS sehingga setakat baju T-shirt pun sudah cukup bagi membeli undi mereka?
Tidak masuk akal rasuah baju-T boleh berlaku dalam PAS. Tidak masuk akal!
Sejak saya membaca kisah rasuah baju-T itu, saya sangat sangsi apakah benar rasuah berlaku dalam PAS, sebab tidak masuk akal undi orang-orang PAS semurah sehelai baju-T.
Jadi, penafian rasmi PAS menyebabkan timbul lebih banyak tanda tanya.
Sebelum penafian itu, kita hanya tertanya-tanya, apakah benar berlaku rasuah dalam PAS.
Sekarang ini pelbagai tanda tanya timbul....
Allah jua yang maha tahu.
salam tuan mso
Saya peminat Merah Tinta. Saya rasa Mso tak berpijak di bumi yang nyata dalam isu ni. Kaji balik yer..nampak macam something wrong jer dalam posting tuan hamba..
salam,
saya pandang dari akar umbi, walaupun kecil tetapi api pada suatu masa akan marak membakar. usah menafikan segalanya, apakah tuan2 mahu menyatakan rasuah apabila bernilai puluhan ribu?, saya lihat dari pergolakan cawangan dan tahu susur galurnya keatas dan saya tahu beberapa perojek tergendala kerana disana ada kepentingan orang2 tertentu akhirnya diteruskan juga. Ini lah Pas bercakap Islam kepada rakyat tetapi perlaksanaan Islam tidak diterapkan dalam jemaah.
awas, jika anda berkata benar menurut Islam dalam menyurat cawangan pun anda akan disingkir ( tak akan dijemput mesyurat) saya hanya berkata apa yang berlaku disekeliling saya sahaja.
Teringat saya akan kesah ada seorang pemimpin politik yang melapurkan gajala rasuah kepada pehak berkuasa namun disebabkan beberapa kesilapan teknikal maka yang dipersalahkan balik ialah sipelapur tersebut malah orang yang disebut didalam lapuran tersebut terlepas bebas.Apakah tidak ada undang undang yang bolih melindungi kepada sipemberi maklumat? kerana jika situasi ini berlaku sudah pasti tidak akan ada pehak yang ingin muncul untuk menampilkan gejala rasuah kepehak yang lebih atas.
Jika baju T-shirt kuning yang dipakai semasa perhimpunan bersih dahulu dijadikan ukuran "saguhati" makanya kemungkinan perlu dikaji balik akan kebenaran lapuran tersebut...fikir betul betul !
Bila sesuatu yang buruk dan agak keji belaku dalam PAS hari ini secara tiba tiba hilang segala amalan Syura dan muzakarah.Kemana amalan yang sudah menjadi darah daging PAS selama ini.Mengapa Tribunal yang dipilih untuk mencari kebenaran teguran dari ulama pas sendiri. Apakah ulama Pas juga lebih kurang sama saja dengan dengan bekas Mufti perils yang di cap sebagai Bapa syaitan, bila pendapatnya tidak sehaluan dengan PAS.
Dan hari ini apa pula cap yang akan dibagi oleh PAS pada Mat Iraqi bila beliau cuba menegur kot-kot ujud Politik wang dalam PAS. Walaupun Cuma sekadar sehelai T-shirt yang tak sebera harga mampu dibeli oleh sesiapa saja berpuluh puluh treler kononnya dan bukan Jenama elit yang dipakai oleh pak pak menteri UMNO.
Apakah PAS kini sudah Professional lalu amalan syura dan muzakarah sudah tidak lagi relevan . Wah ! hebat PAS hari ini tidak seperti yang aku kenal dizaman arwah Ust Fadzil dan dan arwah Ust Ibrahim Libya dulu maupun zaman Mat sabu di kedai Bahagia Bukit Mertajam dulu atau zaman Mat sabu menjaja buku politik dulu. Mungkin juga sudah ramai pemimpin PAS bergelar Dato’ berbanding dengan zaman pas di cap parti orang kampong dulu. Jika ulama PAS sendiri pun, PAS sanggup mengheret ke Tribunal kerana menegur sesuatu yang baik dari seorang ulama’ terfikirkah kita kalau teguran itu dari dating dari rakyat biasa?
Tapi aku rasa inilah akibatnya jika teguran yang membina kita cuba ajukan pada PAS untuk kebaikkan ada saja helah dan dalih dan anggapan buruk yang akan dilemparkan pada pihak tertentu untuk menutup kelemahan pemimpin mereka.Hari ini langsung tidak relevan lagi amanat arwah Ust Ibrahim Mahmood bahawa Pas perlu ujudkan satu gulungan Pressure Group yang berani menegur bukan sekadar pada pemimpin bawahan malah yang teratas sekali pun jika sesuatu tindakkan itu bertentangan dengan dasar perjuangan Islam yang sebenar.
Tetapi hari ini jelas walaupun tuguran itu datang dari ahli ahli atau penyokong PAS sendiri pun maka mereka ini akan disisih dan di cap dengan berbagai cap dan tuduhan.Mungkin PRU12 telah banyak mengubah sikap PAS dimasa dulu dengan sikap PAS dizaman Profesional,kerana hari ini PAS dihurung oleh Langau langau yang mempunyai agenda sendiri. Mungkin Mat sabu dapat mengimbas kembali zaman keberangkatan Anwar ke dalam UMNO satu ketika dulu.Siapa mereka hari ini?
Salam Tuan MSO,
Maaf lah, walaupun saya tak ngundi dan tak mempercayai demokrasi tetapi, tangan ni gatal juga nak mengomen. Bukan apa, bila melihat gelagat sesetengah pemain politik yang sememangnya merasakan dia dan parti dia adalah maha sempurna.
Saya hanya membanding dengan zaman yang paling sempurna, tidak lain dan tidak bukan, zaman RasuluLlah sallaLlahu-'alaihi-wasallam dan para sahabat-sahabat terutamanya di Madinah. Zaman paling sempurna tu pun berjela-jela ayat-ayat Al-Qur'an turun berkaitan dengan munafiq yang perasuah. RasuluLlah sallaLlahu-'alaihi-wassalam pun banyak bercerita pasal mereka ini kepada Hudzaifah Ibn Yaman radhiaLlahu 'anhu.
Kesimpulannya, nampaknya PAS lebih sempurna dari itu lah. Dan, sebab itulah saya panggil dia maha sempurna tahap manusia, macam Institusi Raja-Raja; Ampun Tuanku !.
Manusia kalau dia rasa dia maha sempurna kena jaga-jaga, sebab tinggal satu sahaja garis paling halus lagi untuk menjatuhkan manusia itu kepada syirik.
NauzubiLlah
Salam,
TokPakir
Post a Comment