Wednesday, September 30, 2009

Catatan Tengah Malam

Ada Perkara Yang Boleh Ditiru Dari Mahathir

AKHIRNYA Dr Mahathir Mohamad terpaksa juga menerima pemilihan Mohd Isa Samad sebagai calon UBN di Bagan Pinang. Beliau akur kerana itu adalah pilihan partinya. Walaupun awalnya beliau menentang pemilihan Isa kerana hendak menjaga intergriti parti tetapi Mahathir tidak boleh berkeras daripada menerimanya.

"Isa adalah pilihan parti jadi kita kena terima," begitulah kira-kira ujarnya. Dalam pada itu jelas Mahathir pandangan peribadinya terhadap Isa sebelum ini tidak boleh diterima. Belua tidak mahu orang Umno menggunakan pakai penolakkan beliau ke atas Isa sebagai calon UBN.

Sekiranya pengakuan Mahathir itu ikhlas ia satu perkara yang boleh dipuji. Inilah sikap yang perlu ada kepada semua orang yang berorganisasi. Bila parti atau ketua membuat keputusan hendaklah dipatuhi tanpa mengira siapa kita dan cuba mengunktikan dengan pelbagai alasan lagi.

Dr Mahathir tidak melihat beliau bekas Perdana Menteri dan bekas Presiden Umno dalam hal ini. Beliau menyedari siapa dirinya kini adalah ahli biasa yang perlu patut kepada keputusan parti dan juga kata orang di atas. Perangai macam Mahathir inilah yang wajar ditiru oleh sesiapa yang berada dalam pertubuhan atau pun organisasi. Mahathir tidak berdegil dengan pandangannya walaupun pandangnya itu disokong sebilang orang.

Sekiranya sikap 'tasamuh' begini digunakan pakai nescaya sesebuah parti atau pun pertubuhan itu akan aman dan dapat mengelakkan berlakunya krsis dalaman yang boleh merosakkan imej dan reputasi parti di mata umum.

Sesetengah pertubuhan atau badan siasah bermasalah bila mana ada orang yang berkeras dengan pendiriannya. Mahu orang menerima pandangannya tanpa mengambil kira pandangan orang lain. Sikap merasa diri hebat, bijak dan pandai sebegitulah yang menimbulkan masalah dalam sesebuah pertubuhan. [wm.kl. 12:00 t/malam 30/09/09]

3 comments:

zeme said...

Salam Tuan Haji MSO,

Pemilihan calon UMNO (BN) yang pernah disabitkan dengan kesalahan politik wang meskipun disokong oleh akar umbi parti, bukanlah suatu tindakan yang bijak kerana secara natijahnya telah melanggar prinsip yang pernah diwar-warkan oleh kepimpinan tertinggi untuk meletakkan calon yang bersih. Tidak semestinya calon pilihan akar umbi yang telah terpalit dengan skandal boleh di terima oleh rakyat yang mengundi nanti.

Rakyat perlukan pemimpin yang bersih untuk memimpin, meskipun pemimpin itu menjadi pilhan akar umbi parti yang diwakilinya. BN mempertaruhkan maruah dan prinsip bukan kerana gerunkan hilang sokongan rakyat tidak memilih parti mereka tetapi lebih gerunkan ahli-ahli sendiri yang tidak menyokong.

Jadi usahlah parti UMNO bercakap soal kepimpinan bermaruah lagi sekiranya pemimpin yang telah terbukti terlibat dengan skandal di letak kembali untuk memimpin rakyat. Pemimpin yang tidak bersih untuk memimpin rakyat yang bersih sesuatu yang amat memalukan.

Sekiranya calon seumpama itu yang diletakkan di kawasan pilihraya saya, saya lebih rela memberi undi kepada calon yang masih bersih kerana saya tidak mahu bersubahat dengan kepimpinan yang telah terbukti tidak menjadikan gaya kepimpinan yang bersih, maka selama-lamanya politik akan tetap kotor.

Wasalam

AlHadi Tok Ayah Su (atas) said...

Bagi saya,orang Banggang Pinang tidaklah banggang sangat sebab masih bijak menamakan calon mereka seorang tokoh yang sudah dkenali ramai seorang penyokong kuat penternakan babi pembawa virus JE ketika jadi MB dahulu disamping seorang tokoh yang pemurah kerana suka menabur peluru berbentuk duit ringgit,tapi peluru taburnya tidak kena sasaran lalu melantun balik kena kepada tuan empunya diri, akhirnya melekatkan gelaran pemberi rasuah wang politik.
Makanya pasti lagi sekali dipilihan raya kecil Bagan Pinang kita akan dapat melihat ramailah para pengundi termasuk pengundi pos kembali menadah tangan seumpama kanak kanak menunggu akan diberi sampul "angpau' persis seperti dihari raya.Itulah bayangan akan dan bakal terjadi untuk membeli undi,kononya bukan rasuahlah gitu...!

Memandang melayu mudah lupa yang berada disini hampir seramai 70% termasuklah "dia yang berkata" maka sudah pasti keberangkalian pengundi melayu juga lupa bahawa ketaatan (beri undi) kepada seorang tidak perlu diberikan selama mana dia mahu terus melakukan kemungkaran (rasuah) tersebut,fikir fikirkan !

Yanaam said...

Zaman Najib baru Mahathir nak hormat pilihan parti.
Zaman Pak Lah, dihentamnya seperti di PRK Kuala Terengganu.

Double standard juga Tun ni.