Saturday, September 19, 2009

Ucap Selamat Hari Raya

Salam Aidifitri 1430.2009
ASSALAMUALAIKUM Warahmatullahiwabrakatuh.... Dengan rendah diri dan penuh takzim sempena Aidifitri ini saya bersama isteri, Hajjah Naimah Hj Yaacob dan anak-anak, Mohd Elham, Ernny Erniati, Erma Esmah, Eza Elhanis dan Mohd Eslah Putra mengucapkan selamat Hari Raya Aidifitri serta memohon ampun dan maaf zahir dan batin kepada kedua bunda kami tercinta HAJJAH MEK THOM HJI SALLEH dan HAJJAH ROGAYAH BTE HJ ABDUL HAMID berserta seluruh keluarga di Rantau Panjang, Kelantan.

DI SINI juga tidak lupa saya mengucapkan selamat hari raya Aidifitri kepada penjenguk blog Merah Tinta dan semua rakan-rakan Facebook. Saya berterima kasih banyak atas sokongan anda budiman terhadap blog ini dan juga FB saya. Dikesempatan ini saya mengambil peluang memohon kemaafan di atas apa-apa catatan dan ulasan saya yang dipostingkan dalam blog ini dimana mungkin ada yang tidak menyenangkan.

Percaya dan yakinlah saya tetap istiqamah dengan pendirian saya yang menulis atau mengulas sesuatu isu itu bukan atas apa-apa kepentingan melainkan kerana menjalankan tugas dan tanggungjawab saya menerusi bakat kecil yang diberikan Allah demi agama, bangsa dan negara. Adalah diharap setiap apa yang saya catatkan ada manfaatnya dan diberi keberkatan jua oleh Allah s.a.w.

Sekian wasalam.

Wangsa Melawati,
19 September 2009.

1 comment:

Tok ayah Su said...

Salam aidil fitri !

Allah huakbar allah huakbar 3x .

Kemenangan sebulan dibulan ramadhan melawan nafsu dengan menahan diri dari lapar dan dahaga disamping menjauhkan diri daripada perkara perkara yang bolih merosakkan amalan berpuasa telah pun disempurnakan secara cukup olih para muslimin dan muslimat makanya hari ini kita sama sama menyambutnya dengan penuh bangga dan girang akan kemenangan tersebut.

Bagi yang berkemampuan akan menyambutnya dengan memakai pakaian serba baru dan bagi yang berkeluarga besar sudah tentu banyak belanja yang perlu dikeluarkan termasuklah juadah serta kuih muih hari raya.Alhamdulillah dibulan ini juga banyak insan insan yang sudi menyumbang untuk keluarga keluarga yang kurang bernasib baik tersebut,terima kasih kita ucapkan !inilah satu kelebihan pada orang islam kerana mereka percaya setiap amalan kebajikan yang dicurahkan pasti akan dibalas olih Allah S.W.T, itulah seruan agama kepada orang islam.

walau bagaimana pun kepada mereka yang kehilangnan ahli keluarga akibat kemalangan jalan raya dan lain lain musibah kita mengucapkan tahziah kepada keluarga mereka,yang pergi tetap pergi yang tinggal tetap mesti mahu merempuh liku liku kehidupan seperti biasa,jesteru itu kita mengharapkan mereka ini banyak banyak bersabar dengan apa yang telah ditakdirkan itu dan cuba kita hindari dari terus berlaku unuk masa masa yang mendatang.sesungguhnya setiap sesuatu kejadian itu ada hikmah yang tersendiri dimana kita sendiri tidak tahu apa yang tersembunyi disebaliknya.Olih yang demikian marilah kita sama sama berdoa agar kita dijauhkan dari sekian mala petaka yang tidak mampu kita hadapi.....amim ya rabbal aalamim!

Tok ayah su-mengucapkan selamat hari lebaran aidil fitri kepada sesiapa yang mengenali diri ini,maaf zahir dan batin...!