Thursday, September 3, 2009

Menanti Kapal Selam

Harga Kapal Selam RM3.4 Billion, Berapa Pula Komisyennya?

SELEPAS 52 tahun merdeka hari ini negara Malaysia akan mempunyai kapal selam pertama. Kapal selam yang dinamaka KD Tunku Abdul Rahman itu akan tiba di Pelabuhan Kelang pagi ini. Kerajaan berbangga atas pembelian itu. Maka diwar-warkan kepada seluruh rakyat mengenai pencapaian negara itu. Rakyat dikerah melihat kapal selam berkenaan beramai-ramai.

Memang selaku rakyat kita berbangga kerana negara mempunyai kelengkapan perang. Alat pertahanan penting bagi sesebuah negara berdaulat seperti Malaysia. Nasib baik kita tidak diserang dalam tempoh 52 tahun lalu. Kalau negara diserang sudah tentu kita kalah kerana kelengkapan seperti kapal selam itu belum ada.

Ketibaan kapal selam jenis Scorpene itu akan dibuat liputan secara langsung menerusi rancangan Hello Malaysia di RTM mulai jam 7:50 pagi. Yang di-Pertuan Agong, Perdana Menteri, Menteri Pertahanan dan Ketua AKM akan menyambut ketibaan kapal selam berkenaan. Mereka akan mencucur air mawar dan menepung tawarkan kapal berkenaan.

Harganya ialah RM3.4 billion. Kapal ini dibeli atau mula dibina pada tahun 2000. Ia buat bersama oleh syarikat DCNS Peranchis dengan Navatia Sepanyol yang memang pakar dalam pembuatan kapal selam. Kapal ini dibanggai kerana berkeupayaan dapat mengawal perairan, dapat menyelam sejauh 100 hingga 200 meter.

Ia juga dilengkapi dengan pelbagai kemudahan modern dan kelengkapan perang enam tiup peluru berpandu yang boleh dilancarkan serentak. Peluru berpandu ini anti kapal permukaan dan terpedo antikapal selam.

Ianya berkuasa diesel dan elektrik dengan kelajuan 20 knot nautika itu berkemampuan membawa 10 torpedo dan 30 periuk api, manakala pengisian peluru berpandu menggunakan sistem automatik sepenuhnya. Wou...!!!

Mungkin bagi sesetengah orang segala penghuraian itu tidak penting. Apa yang rakyat ingin ketahui ialah siapakah atau syarikat manakah yang bernasib baik menjadi konsultan pembelian kapal berkenaan. Berapakah pula komisyen dibayar kepada konsultan berkenaan. Dan berapa banyak pula yang saguhati diberikan kepada orang politik? Ini rasanya lebih penting dan ditunggu-tunggu oleh rakyat jelata daripada mendedahkan segala keupayaan itu.

Hendakanya bermurah hatilah Menteri Pertahanan atau Perdana Menteri mendedahkan butiran pembelian ini secara terperinci dan nilai komisyen kepada konsultannya. Kita bimbang manalah taku nasib kapal selem ini menjadi seperti peralatan-peralatan lain yang dibeli dari luar negera, belum apa-apa tidak sampai setahun pakai sudah rosak.

Bukan apa ianya diimbangi takut jadi seperti pembinaan stadium Sultan Mizan di Terengganu itu belum sampai setahun sudah runtuh menyembah bumi. Ataupun juga bimbang akan berlaku seperti MMR2 yang di mana tiangnya sering retak dan memerlukan pembaikian. Jangan pula kapal selam ini bocor bahaya, nanti karam mati tentera kita!

Jelaslah juga siapakah yang mengawal pembinaan kapal selam berkenaan. Rasanya maklumat ini lebih penting dan ditunggu oleh rakyat. Sebagai perdana menteri yang menguar-uarkan slogan Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan, elok kalau butiran ini disebut sama semasa siaran langsung mengenai ketibaannya kelak. Apakah jumlah komisyen pembelian kapal selam ini mencecah RM500 juta seperti mana disebut-sebut pembangkang sebelum ini? Dan apakah ianya ada kena mengena dengan orang bernama Abdul Razak Baginda? Mohon mencadang! [wm.kl 6:25 am 03/09/09]

2 comments:

firdaus said...

dokumen mengenai pemebelian alatan pertahanan seprti PT-91, sukhoi dan termasuk scorpene ini telah termaktub didalam OSA yang menghalang dari rakyat mengetahui keadaan sebenar

lagipun apalah yang ada pada angka, hakikatnya berapa banyakkah rakyat Malaysia ini begitu memperdulikan soal pertahanan negara ini

segala butiran mengenai pertahanan dan keupayaannya dan kualiti anggota dalam mengaplikasikan alatan pertahanan adalah jauh lebih penting dari angka-angka itu disenaraikan untuk pengetahuan umum

dalam dunia ini sering mengalami revolusi pertahanan yang semakin hari semakin sofistikated sukar nak dibayangkan pihak mana yang boleh menang perang atu sebenarnya takkan menang langsung..

roslisalem said...

memang menjadi tanggungjawab pemerintah memperkuatkan pertahanan negara..

cuma apa yang diharapkan, jangan sampai terjadi seperti Nuri yang asyik jatuh, Adnan yang tak ada spare part brek pad, MiG yang juga dah mula jatuh, atau radar TUDM yang kejap ok, kejap padam...