PAGI tadi saya bersama isteri dan anak-anak bersembahyang sunat Aidilfitri di masjid baru masjid Usamah bin Zaid yang terletak di atas bukit di Wangsa Maju, Kuala Lumpur. Inilah kali pertama masjid yang indah permai itu bergema dengan takbir dan tahmid hari raya. Alhamdulillah jemaah hampir penuh sesak.
Rupanya masih ada warga kampung yang tidak mahu bersesak di jalan raya memilih untuk bersolat di KL. Mungkin selepas solat semuanya bergerak ke destinasi masing-masing, meninggalkan Kuala Lumpur menjadi dagang seperti sedia kala.

Paling mencengkam perasaan ialah kenangan bersama arwah datuk, Haji Othman Yaacob. Setiap kali raya dialah yang akan mengiman solat sunat Aidilfitri. Seperti biasa sebelum solat dimulakan dia akan memberi tunjuk ajar dan ingatan kepada mereka yang mungkin lupa, maklumlah solat sunat raya sekali setahun.

Paling mengusutkan jiwa, seluruh kenangan bersamanya menjelma dan ianya seolah-olah baru semalam berlalu. Selepas semahyang dan sesudah bersalaman arwah akan mencari anak cucunya. Dia akan memanggil satu persatu menghampirnya. Diseluknya poket baju gumbang dan diberikan syiling setiap anak cucunya yang datang.
"Sambil menghulurkan wang dia memesan, jangan beli bedil (mercun), beli makanan," Dan saya ketika ini saya merasakan paling istimewa kerana mendapat wang lebih daripada yang lain. Kalau cucu lain, anak-anak Au (ibu saudara) selalunya dapat 10 sen manakala saya akan menerima 20 sen.
Dalam gema takir yang bersahutan gambaran dan aksi arwah itu makin jelas bertabir di mata. Terasa selepas selasai solat pagi tadi saya akan menemui arwah dan menerima wang raya. Ah..

Semuanya seolah-olah datang untuk beraya bersama dalam masjid Usamah. Hati terus menjadi sayu dan giliran wajah kedua ibu dan ibu mertua pula datang menerpa.
Semua kenangan dan kerinduan itu menggoda, macamlah sudah bertahun saya tidak balik menjejaki kampung halaman dan menjamah tangan sejuk mereka dan mencium pipi jilah mereka.

Sampailah saat hendak mendirikan sembayang kenangan terus menggoda. Segala kenangan baru perlahan-lahan merangkak meninggalkan kolam hati sesudah meningalkan masjid. Ketibaan dua keluarga besar di rumah memberi erti lain kepada raya tahun ini. Rusdhan Mustafa dan Md Radzi Mustapa (bukan adik beradik) telah membawa keluarga besar mereka masing-masing untuk beraya dan merasai nasi baryani kambing ciptaan isteri. Berbaloilah malam tadi kami suami isteri tidak tidak sekacing matapun...
Dan apa yang bertuahnya imam masjid Usamah, Ustaz Mursyidi bersama isteri dan cahaya mata pertama mereka, Bahyaqi turut singgah beraya di rumah. Serentak itu juga adik Ros (Rsomah), dan keluarganya tiba dari Kelantan.
Empat tetamu istimewa ini melengkapkan hari Aidifitri pertama ini. Dan esok saya akan pulang bersama isteri dan anak-anak untuk menyahut panggilan kertok lebaran di kampung yang kini sedang bertalu memalu jiwa. Dan yang pastinya untuk kesekian kalinya kami dapat mencium ibu yang mulia dan tetap bertakhta di jiwa. [wm.kl. 6 :40 pm 20/09/09]
3 comments:
salam adil fitri !
kata orang "tempat jatuh lagikan dikenang,inikan pula tempat bermanja",dan lagi kata orang "dikota besar semuanya ada kecuali emak dan bapa'.Olih itu kita tetap merasa "masih kurang' jika kegembiraan ini tidak dapat dikongsi dan diisi bersama sama dengan keluarga yang kita sayangi, jesteru itu mood raya jadi pelbagai iaitu bercampur gembira dan pilu...makanya jika ada diantara kita yang sebelum ini pernah berselisih faham dikalangan ahli keluarga sendiri,hendaknya buanglah yang keruh dan ambillah yang jernih serta rapatkan kembali ukhwah islamiah...!
Bertuah dan beruntung abg sayut di pagi raya..tapi diri ini terkenang di pagi raya isteri tercinta brsalam mencium tangan tapi syawal kali ini semua sudah tiada..entahlah...airmata terus mengalir dengan derasnya abg!..
Assamualaikum, Tok ayah su dan ayahmuda, maaf kerana lewat respon. Selamat hari raya dari saya. Kepada Ayahmuda bersabar dan banyak bertakbir kepada Allah. Masa silam ada pembina masa depan. Derita lalu ada penawar agar kita tidak terus berduka. Selamat hari raya.
Post a Comment