[kemaskini] Assalamualaikum.. kepada pejeguk MT budiman. Saya rasa penjenguk yang beragama Islam sudah pun selesai beraya. Yang balik ke kampung sudah kembali semula ke tempat cari makan dan ke lokasi permastautin semula. Yang kerja sudah kembali ke pejabat untuk meneruskan penghidupan da perjuangan. Inilah lumrah hidup yang tidak dapat ditolak selagi nafas menghela di dada.
Raya tetap melalui perjalanan dan suasana yang sama tetapi memberi makna dan ertinya tersendiri setiap kali kehadirannya. Bagi mereka yang tahu dan bijak mengelohnya akan mendapat nikmat dan kelazatan Aidilfitri. Ia bukan saja kerana kita dihidang berbagai juadah, masakan, kenduri kendara, tetapi yang penting pada hari ini dapat merapatkan ukhwah dan persaudaraan sesama kita.
Raya tetap melalui perjalanan dan suasana yang sama tetapi memberi makna dan ertinya tersendiri setiap kali kehadirannya. Bagi mereka yang tahu dan bijak mengelohnya akan mendapat nikmat dan kelazatan Aidilfitri. Ia bukan saja kerana kita dihidang berbagai juadah, masakan, kenduri kendara, tetapi yang penting pada hari ini dapat merapatkan ukhwah dan persaudaraan sesama kita.
Hari inilah semua orang berkorban dan bertoleransi. Yang duduk jauh akan pulang semata-mata untuk berjumpa mata dengan ayah, ibu dan sanak saudara. Yang tidak pernah bertemu akan bertemu, bertanya khabar dan sebagainya. Pertemuan inilah membuka ruang bicara dan bertukar maklumat terkini. Dan sekiranya ada kesedaran susulan akan dibuat selepas itu. Maka hubungan sesama keluarga, sebangasa, seagama dan senegara tidak akan menjarakjauh kan semasa kita.
Begitulah...
Saya juga raya sakan tahun ini. Empat hari berada di kampung, lewat malam tadi baru sampai ke KL dalam perjalanan merentasi banjaran Titiwangsa, melalui Jeli, Gerik, Kuala Kangsar dan Ipoh. Niat nak singgah di Tasik Raban perkenakan ikan bakar terlepas, tidak ketemui jalan masuk.
Biarpun jarak perjalanan menerusi lebuh raya Timur Barat panjang namun pemandangan alam semula jadi yang hijau menyegarkan tidak menjemukan dan menjadikan masa pendek.
Berada di kampung selama empat di musim raya adalah sejarah buat saya. Biasanya raya kedua saya sudah pun pulang ke Kuala Lumpur, bukan apa kerana benci keserabutan di jalan raya. Lagipun entah keseronokan dan keralikan di hari raya semasa remaja dulu sudah tidak ada dalam kehidupan hari ini. Mungkin dimamah usia yang kian memanjang.
Tahun ini berbaloi... kerana sebahagian besar sanak saudara dapat bertemu, terutamanya di sebelah ibu. Seperti biasa rumah ibu menjadi tumpuan para waris waras. Rumah kecil dan usang itu jadi penuh sesak dan tiba-tiba saja kehabisan ruang untuk duduk. Kalau sembelih dua ekor lembu pun belum tentu cukup. Bila berada di tengah waris waras terasa hidup ini tidak bersendirian.
Pertemuan dengan saudara belah ibu kali ini memberi membawa erti yang tersendiri apabila ada yang mengusulkan agar menghimpun semua keluarga Haji Salleh Awang yang bukan saja di Kelantan tetapi nun jauh di Patani. Haji Salleh datuk saya katanya mempunyai keluarga besar di Patani yang semuanya masih boleh dihubungi. Apa lagi Haji Salleh mempunyai tiga isteri. InsyaAllah akan diusahakan untuk merapat dan menjalinkan semula hubungan kekeluargaan.
Bila sebut fasal raya di Kelantan ia tidak boleh lari daripada memperkatakan soal kesesakan jalan raya. Setiap kali bila raya semua jalan di Kelantan akan sesak. Mana-mana ada simpang yang ada trafik light keadaanya menjadi makin teruk lagi.
Ada beberapa faktor yang sudah dikenali kenapa berlaku kesesakan. Pertama, kerana kemasukan kereta ke Kelantan melebih dari biasa. Kedua, kerana sistem jalan raya. Ketiga, kerana tabiat pemandu yang masing-masing nak tunjuk 'gedebe' dan ex. Kejadian memotong di sebalah kiri masih menjadi hobi gila sesetengah pemandu di Kelantan. Perbuatan inilah menyebabkan berlaku kesesakan.
Ada beberapa faktor yang sudah dikenali kenapa berlaku kesesakan. Pertama, kerana kemasukan kereta ke Kelantan melebih dari biasa. Kedua, kerana sistem jalan raya. Ketiga, kerana tabiat pemandu yang masing-masing nak tunjuk 'gedebe' dan ex. Kejadian memotong di sebalah kiri masih menjadi hobi gila sesetengah pemandu di Kelantan. Perbuatan inilah menyebabkan berlaku kesesakan.
Tabiat ini bukan mudah diatasi. Baik JPJ atau polis hatta askar sekali pun tidak mampu megatasinya. Penyelesaian tuntasnya ada pada hati masing-masing. Dalam perhatian saya di setiap simpang yang ada trafik light kesesakan berlaku kerana perbuatan ini atau gara-gara pemandu gila dan keras kepala ini. Misalnya kesesakan teruk di simpang ke jambatan Sultan Ismail - Pendek - Tendong berlaku kerana sikap pemandu yang gila-gila itu.
Saya percaya kalau pemadu dapat bersabar dan membuang tabit buruk ini kesesakan akan dapat diatasi. Anihnya kebanyakan kereta yang memotong sebelah kiri kereta berplat luar. Nak balik tunjuk eksyenlah itu!
Mengenai majlis rumah terbuka pula, tidak banyak orang politik yang mengadakan rumah terbuka tahun ini. Kalau ada pun secara kecil-kecilan tidak hebat da semeriah tahun sebelumnya. Bahkan wakil rakyat yang kedekut langsung tidak membuat apa-apa majlis melainkan menganjurkan tahlil perdana di kuburan yang tidak memerlukan apa-apa perbelanjaan.
Biasanya rumah tebuka orang politik akan meriah dan hebat kalau raya itu menjelang pilihan raya. Wang raya yang diberikan kepada kanak-kanak juga tidak berapa besar, sekadar seringgit dua sahaja. Ada yang dimasukan dalam sampul yang diluarnya dicetak wang RM5 tetapi di dalam hanya ada seringgit sahaja. Keadaan ini semua menunjukkan hipokrasi orang politik dan menandakan ekonomi masih belum 'jelingah'.
Satu fenomena yang berlaku sejak dulu di Kelantan ialah, mengunjungi pantai pada hari raya. Seolah-olah pantai menjadi tempat kunjungan yang mesti. Raya keiga kebetulan saya melewati bandar Bachok melalui pinggir Pantai Irama. Di pantai itu penuh dengan orang ramai yang berkelah dan mandi manda. Lagaknya macam sebuah pesta. Mereka yang datang dari daerah luar Kuala Krai, Gua Musang, Besut, Tanah Merah dan sebagainya.
Elok juga kalau mana-mana pihak mengambil kesempatan untuk memanfaatkan kedatangan ramai pengunjung ke pantai berkenaan dengan sesuatu aktiviti berfaedah. Mengadakan sebarang acara kekeluargaan atau pun syarahan agama di samping berhibur mungkin ada faedahnya.
Berakap mengenai Pantai Irama ini, ia sedikit mengilankan kerana suasananya sudah jauh berbeza. Kecantikannya sudah hilang diragut evolusi alam. Saya tidak pasti apakan masih ada irama omak yang mendayu dan mengasyikkan sewaktu memukul pantai di situ. Masa muda-muda dulu di pantai itulah saya dan rakan-rakan berteateri dan bersajak. Tebingnya sudah banyak terhakis. Pokok kelapa yang dulu tumbuh menghijau mengindahkan suasan kini sudah tidak ada lagi. Sebatang dua yang ada sudah uzur dan tidak ada usaha diganti dengan yang baru.
Kerajaan Pas Kelantan wajar membuat sesuatu untuk memulihara keadaan pantai berkenaan. Dibimbangi kalau ianya tidak ada diambil tindakan bukan saja keindahan pantai itu yang pasirnya putih melepak akan hilang tetapi bangunan Pas Bachok yang berada kira-kira 300 meter dari pantai itu juga turu sama akan hilang dan ditelan laut! [wk.kl.11:13 am 25/09/09]
1 comment:
Salam Tuan Haji MSO,
Sikap pemandu yg gedebe tidak bertempat dan mementingkan diri sendiri sehingga melupakan tatatertib di jalanraya sehingga ada yang bersikap kurang ajar memotong barisan dari sebelah kiri/lorong kecemasan serta ketika dalam kesesakan teruk dan lagi bersikap biadap "pancung" masuk barisan tanpa memberikan langsung signal laluan harus diberikan perhatian oleh pihak berkuasa pada perayaan akan datang.
Sikap inilah akan menambahkan lagi kesesakan lalulintas sehingga tidak terkawal. Bayangkan bila jalan satu lorong telah bertukar menjadi dua lorong ia menyebabkan lalulintas menjadi kalut. Pujian pada pihak Polis di persimpangan trafic light Kuala Krai-Kota Bharu berhampiran bandar Kuala Krai yg mengambil tindakan tegas menyaman pemandu tegar ini yg menyusahkan orang ramai. Masalah kebiadapan pemandu yang memotong barisan sesuka hati semasa musim perayaan menjadi satu fenomena baru yg seharusnya di beri perhatian oleh pihak Polis peronda.
Wasalam.
Post a Comment