Saturday, September 26, 2009

Perang Nafsu di Selangor

Isu Selcat, Siapa Si Kucing Liar?

“SHEIKH apa dah jadi dengan Selangor? Ulaslah sikit..!” Begitulah pertanyaan seorang kawan dari Kota Bharu yang diemailkan ke dalam Facebook. Beberapa teman lain juga turut sama bertanyakan perkara sama menerusi SMS. Meminta saya mengulas mengenai ‘kegemparan’ yang berlaku di Selangor kini. Apa yang telah terjadi di Selangor sebenarnya? Saya terlepas memantaunya kerana beraya di kampung.

Cuma semasa nak berlepas dari Kota Bharu untuk pulang ke Kuala Lumpur tengah hari kelmarin (24 Sept) saya sempat menyilau sebuah akhbar harian yang melaporkan berita Khalid Samad suruh Dr Hassan Ali meninggalkan Pakatan. Apa fasal? Saya tidak membaca habis laporan itu, tetapi sudah dapat memahaminya sebab musabab yang dihuraikan. Melihat kepada tajuk berita itu saya sudah dapat agakkan apa yang terkandung dalam berita itu seterusnya, ia tentu negatif buat Pakatan Rakyat.

Gambaran berita itu kenapa Khalid bertindak begitu kerana Hassan tidak bersetuju dengan cara Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (Selcat). Itu saja kesnya. Hassan mempersoalkan prosuder penyiasatan Selcat itu kerana dikatakan ia mengaibkan pegawai yang terlibat. Justeru beliau mencadangkan agar ianya diadakan secara tertutup. Cadangan Hassan itu disalah anggap sebagai menentang dasar kerajaan.

Sebenarnya kalau Khalid Samad kecam Hassan Ali, bagi saya tidak memelikkan. Ia bukan kerja ajaib ataupun perbuatan ganjil lagi. Memang tugas Khalid Samad akhir-akhir untuk mencari salah Hassan Ali saja. Atau mungkin juga Tuhan jadikan Khalid Samad untuk bertindak sebagai penganggu Hassan Ali untuk menguji sejauh mana ketahanan semangatnya sebagai pemimpin. Umpama Tuhan menjadikan syaitan untuk menggoda manusia bagi menguji keimanan hamba-Nya. Kalau godaan yang dilakukan Khalid itu dapat diatasi Hassan maka layaklah beliau menerajui Selangor!

Mungkin ceritanya menjadi ganjil dan menarik kalau pada hari raya lalu Khalid memuji kepimpinan Dr Hassan Ali sebagai Pesuruhjaya Pas Selangor. Atau mereka saling bermaaf-maafan dan bermaufakat untuk memperkuatkan Pas bagi memastikan Pas menang banyak kerusi pada pilihan raya akan datang dan seterusnya memerintah Selangor, dan bukan memperkuatkan mana-mana kuasa individu lain. Itu akan jadi cerita pelik dan menarik bagi saya. Tetapi kalau berita Khalid kritik Hassan sudah klise.

Sesampai di KL saya mencari maklumat di sebalik kenyataan Khalid itu. Saya kelebek situ dan buka sini takut-takut ada lagi masalah atau isu besar di sebalik teguran Hassan Ali kepada tindakan Selcat itu. Sampai disuruh Hassan keluar Pakatan tentulah besar salahnya! Manalah tahu takut-takut selepas beberapa hari lepas raya ini tiba-tia Hassan Ali mengistyharkan diri bergabung dengan Umno dan menumbangkan kerajaan Pakatan Rakayat. Manalah tau...

Cari situ dan cari sini tidak ada apa-apa perkembangan terbaru mengenai ura-ura penggabungan Pas dengan Umno di Selangor untuk membentuk kerajaan. Ianya menjadi kebimbangan pihak tertentu sahaja, sebahagain dari PKR dan sebahagian dari Pas Selangor sendiri yang dikepalai oleh Khalid Samad. Hassan Ali pun sudah menjelaskan mengenai tuduhan dan prejudis itu, bahawa ia tidak betul. Dalam masa sama Setiausaha Perhubungan Pas Selangor, Roslan Ahmad Shahir sering mengeluarkan kenyataan menegaskan bahawa Pas akan tetap bersama Pakatan.

Pun begitu penegasan dan penjelasan berkala itu bukan mudah dipercayai. Apa lagi ia dibuat mengikut arus angin. Tindakan ini dianggap sebagai pura-pura saja. Dan sikap inilah juga menyebabkan ada prangsangka terhadap Hassan dan beliau dianggap sebagai hipokrit.

Sebenarnya dalam tilikan saya usaha Hasaan nak menggabung diri dengan Umno itu kemudian beliau akan dilantik menjadi MB samalah dengan impian Sang Kurian hendak mengahwani Dayang Sumbi dalam cerita rakyat Indonesia. Di mana Sang Kurian diminta menyiapkan perahu oleh Dayang Sumbi dalam tempoh satu malam sebelum dapat mengahwininya. Kalau Sang Kurian dapat berbuat demikian maka dapatlah dia mengahwini Dayang Sumbi. Masakan dalam satu malam sebuah perahu dapat disiapkan! Nah begitulah cerita Hassan nak jadi MB itu tidak lebih dari itu. Apakah orang-orang seperti Khalid tidak membaca cerita dongeng ini?

Mengenai isu Selcat ini ia tidak perlu diperbesarkan begitu sekali sehingga mendesak Hassan Ali meninggal Pakatan atau keluar Pas. Cara dilakukan Khalid itu tidak berhemah dan terlalu menuruti emosi dan dendam peribadi. Apa yang Hassan Ali buat bukan kesalahan peringkat melawan ketua. Tindakan Hassan itu kalau hendak dibandingkan dengan apa yang Khalid lakukan ke atasnya (Hassan) jauh lebih berat kesalahan Khalid. Namun Khalid tidak pun sampai diminta meninggalkan Pas melainkan dipecat sebagai timbalan pesuruhjaya saja.

Hendak tak hendak buruk atau baik, Hassan Ali adalah pesuruhjaya Pas Selangor. Atas kapasiti jawatan itu walaupun beliau bebal, lembab dan sebagainya sekalipun Khalid kena menerimanya sebagai ketua. Dalam prinsip Islam perlu kena taat kepada ketua selagi ketua tidak melanggar hukum-hukum Allah. Apakah mempertahankan larangan terhadap arak melanggar hukum agama. Atau mempertahankan aib orang (para pegawai kerajaan) melanggar hukum agama?

Isu Selcat ini adalah isu yang sengaja diperpanjangkan dan cuba dibangkitkan oleh Khalid Samad dengan motif yang jelas untuk memburukkan imej Hassan. Tetapi bacaan Khalid itu silap kerana tindakan Hassan itu disokong oleh para pegawai kerajaan. Hassan dapat merasai sokongan pegawai kerajaan penting kepada sesebuah kerajaan kerana mereka agen pelaksana. Ini dilupai oleh Khalid Samad.

Bagi mereka yang tahu sejarah Khalid tidak akan merasa ganjil dengan tindakan beliau itu. Beliau boleh menghalau sesiapa saja agar meninggalkan Pakatan waima meninggalkan Pas, tetapi tidak semua ahli bersetuju dengannya. Khalid kena ingat kelantangan, keberanian dan sikap kurang ajar yang ada kepadanya bukan disenangi semua ahli Pas. Pilihan raya ke-13 kelak Khalid akan dapat mengukur sejauh manakah tindak tanduk dan pendekatannya hari diterima rakyat khasnya orang Melayu. Tindakan menghalau seseorang seperti dilakukan Kahlid itu menggambar seorang yang ego.

Pada saya, apa yang saya nampak kecaman Khalid terhadap Hassan itu bukan isu Selcat. Itu hanya sampingan sahaja. Tetapi yang sebaliknya ialah kerana rasa dendam Khalid kepada Hassan Ali. Kecaman berterusan itu untuk menjatuhkan Hassan di Selangor. Umum tahu beliau tidak senang dengan Hassan Ali bukan baru. Ada beberapa perisitwa yang menjadi Khalid iseng dengan Hassan Ali. Makanya Khalid hanya menjadi kucing liar di sebalik isu Selcat ini.

Punca pertama yang sangat menekan Khalid ialah apabila beliau dipecat sebagai Timbalan Pesuruhjaya Pas Selangor oleh Dr Hassan Ali setahun lepas. Pemecatan itu menjadi titik mula kebencian Khalid kepadaa kepimpinan Hassan Ali. Khalid tidak dapat menerima dan menduga Hassan bertindak demikian terhadapnya.

Tindakan Hassan Ali itu memang tepat. Sesiapa pun yang tidak dapat berkerjasama dengan satu team dan menjaga amanah parti perlu dipecat. Di Kelantan Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat mengambil kangkah yang sama. Mana-mana pemimpin yang tidak perform akan dipecat dan diganti dengan muka baru waima orang itu adalah besannya sendiri. Di Kelantan tidak ada pula yang memprotes sampai suruh Nik Aziz berhenti. Memang tidak ada guna kalau menyimpan lipan dalam selimut.

Usaha Khalid untuk menjatuhkan Hassan berterusan. Dalam muktamar lalu Khalid sangat berharap si baju petak-petak merah menang sebagai timbalan presiden Pas. Jika si baju petak-petak merah menang mungkin ada tuah kepadanya untuk menjadi Pesuruhjaya Pas Selangor. Malangnya si baju petak-pertak merah rebah tertiarap dalam muktamar berkenaan. Jadi impian Khalid turut sama sirna, lebih malang lagi Hassan Ali terus diberi kepercayaan untuk memimpin Pas Selangor.

Dendam dalam politik tidak mudah berlalu. Orang politik akan melalukan apa saja dan mengambil kesempatan atas apa sahaja untuk kepentingan dan kemenangannya. Kerana itu bagi Khalid, pantang Hassan Ali bercakap beliau akan kritik. Apa sahaja yang Hassan Ali buat beliau akan bantah dan diperbesar-besarkan untuk menarik sokongan umum bagi mencapai agenda peribadinya. Kalau takdir Khalid nampak Hassan Ali berak menghadap kiblat pun beliau akan dedahkan dan jadikan isu.

Jadi isu teguran Hassan terhadap cara Selcat yang menyoalsiasat para pegawai kerajaan ini sengaja diperbesarkan oleh Khalid Samad untuk memburukkan Hassan Ali. Ia ditimbulkan untuk menunjukkan sikap Hassan tidak sebulu dengan kerajaan Pakatan, dan mengharapkan orang Pakatan akan marah dan kecam kepada Hassan. Itu tujuannya dan motifnya.

Sekiranya Khalid mendinginkan kepalanya, teguran Hassan Ali itu ia tidak akan menjadi masalah. Hassan Ali bukan tidak setuju dengan perwujudan jawatan kuasa berkenaan, tetapi tidak setuju dengan caranya soalsiatnya. Selcat menyoal pegawai kerajaan secara terbuka tidak manis kerana ia mengaibkan pegawai berkenaan. Cara itu boleh mengeruhkan lagi hubungan pegawai kerajaan dengan kerajaan, dan kalau ini berlaku ia memberi masalah kepada kerajaan.

Kena ingat pegawai kerajaan adalah agen pelaksana polisi dan dasar kerajaan. Kalau mereka sebotaj ataupun bersikap dingin ia menyebabkan kerajaan yang susah. Jentera kerajaan akan jam dan semua kerja akan tergendala. Pada masa ini pun berapa urusan kerajaan bergerak perlahan kerana tidak ada komitmen tinggi dari pegawai kerajaan. Khabarnya semasa diadakan majlis sambutan Hari Malaysia 16 September peringkat Selangor baru-baru ini pegawai kerajaan telah memboikotnya. Dalam keadaan ini kalau perkara itu dibuat ke atas mereka ia menambahkan lagi masalah.

Teguran Hassan itu bagi memastikan pegawai kerajaan bersikap lunak dengan kerajaan. Itu sahaja. Apakah dengan membuat cadangan itu Hassan perlu tinggalkan Pakatan atau keluar dari Pas dan lepaskan jawatan pesuruhjaya kepada Khalid Samad? Yang kecam Khalid itu bukan pun ramai hanya Khalid seorang saja. Kalau yang setuju hanya mereka yang sewaktu dengan Khalid Samad dan beberapa rakan tea tarik Khalid di luar Selangor. Secara keseluruhan Hassan Ali masih mendapat sokongan ahli Pas.

Cuma dalam hal ini Khalid bertuah kerana mendapat kerjasama dari beberapa wakil rakyat DAP Selangor yang turut sama mengecam Hassan Ali. Antaranya ialah Tony Pua dan Jef Ooi yang turut sama mengecam Hassan Ali sebagai hendak menjadi hero membela pegawai kerajaan dan hipokrit. Tindakan Tony ini tidak menghairankan kalau dia bersikap lebih sudu dari kuah. Yang hipokrit bukan Hassan tetapi Pua. Anihnya bedalan Tony Pua kepada pemimpin Pas itu dibiarkan saja.

Kenapa ahli DAP lain tidak ikut sama mengecam Hassan Ali. Kalau diperhatikan mereka yang mengecam Hassan Ali itu adalah ahli atau wakil rakyat DAP yang bermasalah. Sama juga seperti Pas, DAP Selangor juga mengalami krisis dalaman sesama sendiri. Satu pihak berketuakan Ronnie Liu manakala satu pihak berpihak kepada, Teng Chang Khim, Speaker DUN Selangor.

Kesimpulannya isu Selcat yang timbul hari ini tidak sepatutnya sampai ada cadangan orang itu dan orang ini keluar gabungan dan sebagainya. Ia sepatutnya diselesaikan dengan baik dan diplomasi dan semangat uhkwah Islamiah yang tinggi. Pertelingkah dan perselisihan pandangan dalam apa jua perkara biasa. Malahan pertelingkahan itulah bakal menghasilkan natijah bermutu. Bukankah semua tahu baca dan faham maksud hadith? Jangan membaca hadith untuk dituju kepada orang Umno saja tetapi tujulah kepada diri sendiri juga.

Cadangan untuk mengadakan mesyuarat khas mengenai perkara itu Isnin depan adalah cara terbaik bagi menyelesaikan isu ini. MB, Khalid Ibrahim diharap dapat menjernihkan pertelingkahan ini. Cadangan untuk membawa ketiga pihak, Exco, pegawai kerajaan dan jawatankuasa Selcat bersemukaka juga adalah baik. Masalah ini menjadi rumit dan kelihatan besar apabila ada orang yang berniat jahat dan merasakan dirinya saja yang hebat, profesional dan kononnya ada pengikut ramai. [wm.kl. 11:15 am 26/09/09]

13 comments:

firdaus said...

setuju dengan Dr Hassan Ali, bukankah Islam melarang perbuatan mendedah aib orang

Kerajaan, pegawai dan kakitangan awam perlu bergerak seiring dalam memacu pertumbuhan dan kemajuan negeri atau negara

ini bukan soal politik, mungkin adalah lebih baik jangan terlalu nak BERETORIK kepada hal-hal yang tak berguna

bukankah lebih baik menyembunyikan kesalahan individu yang berkaitan seterusnya pujuk dan galakkannya untuk kerja lebih tekun dan jadi insan yang lebih baik dan meninggalkan segala larangan-laranganNya

SELCAT itu adalah berasaskan 'public deserve to know' tapi adakah sekiranya pegawai berkaitan beristeri empat pun wajib jadi pengetahuan umum...

KEDUTAAN-BESAR-RAKYAT MALAYSIA said...

salam tuan, nampaknya kali ni saya melihat tuan main lepas PELURU SESAT saja, tiada isi dan fakta yang jelas, sekadar pertuduhan untuk membela DR HASAN ALI, saya berharap janganlah begitu terdesak sekali, kalau tuan nak membantai khalid samad pastikan ia jelas dan benar supaya terang, tidak ada samar -samaran seperti artikel kali ini. maaf itu apa yang saya lihat. wsalam

DEMI MELAYU said...

Khalid harap hassan keluar PAS dan dia jadi Pa dua tiga kerat PJ. TGHH tak peduli dengan Khalid yang kerap mengadu minta TGHH tukar PJ. Khalid hanya ada dua tiga tongkat buruk seperti Bakistani.
Harap Khalid masuk PKR dan Anwar lantik jadilangor...setuju????

haizor said...

SAya kutip tulisan YB Iskandar Samad, EXCO Sgor. Jangan lah jadi seperti beruk dalam zoo yang terkinja-kinja bila diberi pisang. Apakah beruk itu Khalid Samad

amego said...

salam to all. Masa khalid kena hentam isu kuil, apa hassan ali buat. ada tak dia menyokong atau membela khalid. Jika dibandingkan usia perjuangan dlm PAS, khalid telah lama berjuang, bukan spt hassan ali yang baru saja menyertai pas terus dilantik sebagai PJ. Walau apapun, pada pandangan peribadi saya, khalid dan hassan tetap bersalah dlm hal ini. hassan tidak sepatutnya mengeluarkan kritikan terbuka
sebaiknya menggunakan saluran majlis mesyuarat EXCO. Begitu juga khalid tidak sepatutnya mengeliarkan kenyataan mendesak hassan keluar PR. beliau sepatutnya menggunakan saluran yang ada untuk membincangkannya. Wassalam

ISAC said...

Salam,

Ramai juga yang masuk Pas "demi" jawatan...kawasan balak dan pangkat dan nama, sebab itulah mereka ini berperangai begitu...

Mereka berkata semua yang buruk2 pasal "Umno/BN" tetapi mereka pun sebenarnya pun tidak sebaik mana...

Hanya tahu "menghukum" orang "Umno/BN", hadis2 dan ayat2 Al-Quran yang diucapkan semunya hanya layak ditujukan kepada orang "Umno/BN"... diri sendiri semuanya baik2 belaka taraf maksum...

Ayat2 Al-Quran "dijual murah" ditafsirkan mengikut nafsu serakah...

Wassallam...

amir said...

itu lah nama nya politik unpredictable lebih2 lagi masing2 berjuang utk mendapat nama dan kepentingan sendiri
wallahualam

Iskandar Zulkarnain said...

saya rasa baik kedua-dua tokoh pas ini berbaik -baik kerana BN yang memnag suka cari peluang untuk melihat gerakan Islam berpecah. Saya setuju apa yang dr hassan cakap tp YB Khalid tidak boleh mengkritik dr Hassan Ali secara terbuka.Saya berdoa Pas terus dalam Pakatan Rakyat dan Hassan Ali dan Khalid Samad terus dlm PAS

aosis said...

kesilapan hassan ali ialah mengkritik melalui akhbar/terbuka sedangkan dia sendiri adalah exco kanan......kenapa tidak melalui mesyuarat exco atau jumpa mb akan pandangannya akan perkara tersebut.ataupun memang benar HA ada niat tersembunyi.cara dia(HA) tegur itu menjadikan orang sekeliling curiga keikhlasannya.

haizor said...

Khalid Samad juga membawa dan memperkenalkan berbondong peniaga Cina kepada pegawai2 pejabat Khalid Ibrahim melobi peluang perniagaan

Sufina said...

Kalau nak hentam pimpinan Pas atau Pakatan Rakyat lebih baik tak payah jadi blogger Pas atau Pakatan Rakyat. Hantar saja artikel ke Utusan Malaysia, Berita Harian atau panggil TV3 buat liputan.

Islam tidak melarang kita untuk mengkritik atau membuat komentar, tapi ada adab dan disiplinnya. Pimpinan Pas juga bukannya ma'sum hinggakan tak boleh dikritik. Tapi, kita perlu sedar platform kritikan kita.

Akhir- akhir ini blogger Pas semakin bercambah bak cendawan tumbuh selepas hujan. Ada yang sudah mencapai hit jutaan. Tapi janganlah lupa apa objektif sebenar Pas meramaikan bloggersnya. Antara lain sebagai media baru/ alternatif untuk menangkis tohmahan media kongkongan BN.

Kini segelintir bloggers Pas tanpa disedari sudah menjadi penyambung lidah media BN dengan mengiakan isu yang di ketengahkan. Tak perlu disebutkan siapa mereka, tapi tulisan- tulisan mereka amat mendukacitakan. Yang terbaru tentang isu di Selangor (SELCAT) bagaimana Dato' Hassan Ali dikritik sedemikian rupa.

Bukan tidak boleh mengkritik pimpinan PAS !!! tapi mengkritik pimpinan di blog bukan platformnya. Ia hanya memberikan peluru- peluru percuma kepada BN.

Oleh itu saya menyeru bloggers2 Pas agar menghentikan kerja yang tidak memberikan manfaat kepada Parti. Gunakanlah sepenuhnya blog anda untuk membongkar keburukan dan penyelewengan pimpinan UMNO/ BN. Jangan kerana terlalu ghairah berkarya diruang maya hingga menyumbangkan kelemahan kepada parti.

YDP Pas Kawasan Padang Rengas (YB Haji Zanuddin) selalu mengingatkan kami agar kita sebagai pimpinan perlu bijak untuk menutralkan keadaan apabila berhadapan isu- isu yang boleh melemahkan parti, bukannya menjadi tukang angkut sampah yang dilonggokkan oleh UMNO..

BaYu SenJa said...

Rasanya, mungkin dr. Hasan Ali menimbang dari mizan politik dan maslahah juga.

Jika aib dibuka terang, maka pembelaan juga harus terang.

Dengan pendekatan dr. hasan ni, saya rasa pegawai kerajaan rasa terbela.

kalau cuma kemuka dalam mesyuarat, pegawai tak akan tahu yang exco kerajaan masih memandang tinggi dan menghargai kerja mereka. Mereka tetap dihormati.

Dr. Hasan rasanya tidak pernah pertikaiakan tugas selcat, cuma cara itu perlu diperbetulkan.

Umno/Bn pun tak pernah membela pegawai yang disiasat. mungkin natijah yang dapat dilihat sekarang, bahawa kerjaan PR mahukan ketelusan di samping Kerajaan PR juga menghargai kakitangannya.

mack said...

Dr HASSAN ALI atau siapa juga mempunyai persepsi masing2 tapi siapa yang perlu menangani isu2 yang penting maka disini kita perlu melihat dimanakah presiden parti yang diberi kuasa untuk menjadikan parti stabil dan kukuh. Sebagaimana yang dikata oleh seorang ADUN dari sijangkang dalam muktamar PAS yang lalu bahawa dia tidak menghadapi masaalah dengan rakyat dikawasan nya tetapi sentiasa menghadapi masaalah dengan ahli2 PAS mengapa ini terjadi.Apakah kemenangan sudah membuat ahli2 PAS lupa kepada matlamat asal perjuangan parti.Khalid samad dan beberapa orang lagi telah disingkirkan dari jawatan masing2 diperingkat negeri maka dengan ini Dr HASSAN ALI telah mewujudkan puak2 dalam PAS. Saya harap priseden memainkan peranan nya supaya parti tetap kukuh dan bersatu padu untuk menghadapi PRU 13 iaitu menjana kemenangan RAKYAT demi AGAMA bukan kedudukan atau kepentingan peribadi. Semua pihak perlu duduk satu meja dan berfikiran terbuka berilah tumpuan kepada masaalah RAKYAT. SEKIAN TERIMA KASIH SALAM SYAWAL UNTUK SEMUA