Monday, September 28, 2009

Analisa Peristiwa

Khairy Tidak Berapa Minat Dengan Bagan Pinang?

SEMASA menghadiri rumah terbuka Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa semalam saya berkesempatan berjumpa dengan Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaludin. Kebetulan Khairy singgah dan duduk di meja yang saya duduk.

Ada bersama di meja itu ialah Timbalan Mursyidul Am, Dr Haron Din, Timbalan Dewan Pemuda Pas, Azman Shafawi, sahabat saya lawyer Md Radzi Mustafa, lawyer Swardi dan juga lawyer Razali Ismail yang juga tuan punya Syarikat Air Selangor, Syabas.

Sebagai seorang politik Khairy memang pandai bergaya dan mencuri kesempatan. Sebelum duduk dia bersalaman dengan segenap orang. Ramai yang memberi tumpuan kepadanya dan Khairy nampaknya menguasai keadaan sehingga menenggelamkan Azman Shafawi yang jelas tawaduk. Beberapa orang pegawai yang mengiringinya mengahkan lagi dirinya sebagai seorang ketua.

Kerana ghairah bersalam, Khairy sampai tidak ternampak Razali Ismail. Namun sebagai orang politik, diralatnya kesikapan itu serta merta dengan menyalahkan dirinya sambil mengakui mata sudah berpinar, tak nampak Razali. Untuk ini juga Khairy terpaksa bersalaman dan berpelukan dengan Razali sebagai opoligis atas kecacatan kecil itu kemudian terus duduk di meja yang saya duduk itu.

Kesempatan ini sangat baik. Khairy membuka dirinya untuk ditanya dan diasak apa jua persoalan semasa dan hal ehwal dirinya dalam Umno. Para wartawan yang terliur untuk mendengar perbualan berada di ruang berdekatan penuh beretika. Bagi mereka kehadiran Khairy itu sesuatu mengejutkan dan diharap ada bahan menarik darinya.

Di celah-celah beliau bercakap dengan Azman yang duduk di kanannya dan Haron Din di kirinya, saya menyelakan beberapa soalan berupa pandangan peribadi. Semuanya dijawab dengan penuh diplomasi oleh Khairy. Paling menarik suasana semalam begitu mersa sekali dan Khairy berjaya menunjukkan kerendahan dan kesopannya sebagai orang Melayu bila berbicara dengan orang lebih tua terutamanya ulama Haron Din.

Satu perkataan terpancu dari mulutnya, katanya; saya kena belajar banyak dari Ustaz (Haron). Walaupun kata-kata itu sebagai basa basi namun itulah hemah dan kerendahan yang wajar ada pada diri orang politik. Di mana dan siapa saja bila berdepan dengan orang tua, apa lagi ulama harus bersopan. Mengkritik orang tua di khayalak adalah satu kebiadapan. Selepas itu mereka kedengaran bertanya fasal soal keluarga masing-masing begitu akrab sekali, sehingga rakan saya bertanya saya apakah mereka ada hubungan kekeluargaan?

Di meja itu juga timbul soal rancangan perdebatan (forum) antara beliau dengan Ketua Pemuda Pas, Nasarudin Hassan Tantawi. Katanya bukan beliau tidak bersedia untuk menerima jemputan Nasrudin tetapi mahukan format yang jelas dan tidak menimbulkan masalah. Kalau boleh katanya biarlah dalam suasana jauh dari media massa kerana bimbang ianya akan dieksploitasi yang mana akhirnya menimbulkan masalah.

Katanya tidak ada guna kita berdebat kalau natijahnya buruk, sebab apa yang diharapkan ialah kebaikan bersama. Dalam perdebatan itu katanya bukan mencari siapa yang menang dan kalah, tetapi kebenaran dan kemenangan untuk semua. Makanya kalau diadakan format yang baik, rancangan itu boleh diadakan.

Azman Shafawi yang saya kira hadir mewakili ketuanya bersetuju dengan cadangan Khairy itu dan akan memaklumkan kepada ketuanya. Haron Din juga bersetuju, katanya yang penting pemuda harus berbincang dan membawa satu pendekatan baru. Tidak sepatutnya pemuda meneruskan stail politik lama yang berkonfrantasi antara satu sama lain yang merugikan bangsa dan negara. Sebenarnya untuk membawa pembaharuan dan kebaikan bersama ianya perlu dicetuskan oleh generasi muda.

Rancangan perdebatan ini seharusnya bukan sahaja terbatas kepada perbincangan antara Pemuda Umno dan Pas sahaja tetapi kalau boleh bukakan sama dengan Pemuda PKR. Mungkin satu topik khas yang general boleh dikemukakan untuk ketiga pemuda itu duduk atas satu pentas mewacanakan pembangunan nusa dan bangsa.

Perbualan sambil makan itu diselang seli dengan berbagai topik ringan lain termasuklah soal pilihan raya kecil Bagan Pinang. Saya mengusik Khairy mengenai pilihan raya itu, dengan bertanya mengenai sikap dan komitmennya. Ternyata sejak menjadi Ketua Pemuda, beliau seakan diperkecilkan dan mahu ditenggelam langsung dalam arus perdana Umno.

Apakah peranan Pemuda di Bagan Pinang, apakah Pemdua tidak mahu calon dari kalangan pemuda? Tanya saya. Dengan mencebek bibirnya (stail Khairy) dan mata keli yang berkelip layu serta dengan suara tenang dan insaf beliau menejalsan, Pemuda tidak ke depan, biarlah orang lain. Kesian...

Kenapa, tanya saya lagi. Bagi pemuda katanya sudah cukup. Di Manik Urai calon dari pemuda.... sudah cukup. Jadi biarlah calon lain pula. Jawaban itu menunjukan Khairy semacam tidak ghairah dengan pilihan raya itu. Apakah sikap itu kerana beliau diasingkan dari Umno kini ataupun merasai pilihan raya itu bermasalah kepada UBN. Jadi untuk tidak dibebankan dengan kekalahan bakal menjelma itu beliau mengambil sikap tawaduk begitu?

“Tetapi sungguh pun begitu Pemuda akan menyokong sesiapa saja. Namun hendak ke depan biarlah orang lain, kita patuh saja,” jelasnya.

Penjelasan itu memberi konotasi menunjukkan Khairy tidak ceria dengan situasinya kini. Penyisihan beliau dari berperanan sewajarnya mengikut kapasitit selalu ketua pemuda benar-benar memakan hatinya. “You kena tonjolkan diri dalam pemuda, kalau tidak you akan terus tenggelam. Usaha menggelamkan you menjadi-jadi,” usik saya lagi ala-ala memberi nasihat.

Dia sekali lagi mecebek mulut dan mata berkelip-kelip dan mendengar dengan prihatin sambil mengangguk-angguk. "Saya nampak 1 Malaysia, pemuda tidak pun berperanan? Kenapa tidak suka kepada 1 Malaysia ke...?", usik saya lagi. "Tidak...!, tunakgnya. "Pemuda ada rancangannya sendiri dan selepas raya ini kita akan buat program 1 Malaysia,"balasnya cepat.

“Saya rasa kalau Umno nampak tak nak bagi peluang dan layan you, baik you masuk belah sini pulak...Pakatan Rakyat”, saya sengaja melontarkan persoalan itu yang kurang tergamak dilontar oleh orang lain.

“Boleh ke...?” tanya beliau.

“Kita sedia membuka pintu kepada sesiapa saja, boleh...” Azman Shafawi menyabutnya dan dibalas pula oleh Haron Din dengan berkata, "eh cantik benar tu..." Semua yang berada di meja itu ketawa dengan acahan dan sambutan Khairy itu. Apakah pelawaan tidak langsung itu tersemat di dalam kepala Khairy! Hari ini mungkin beliau merasakan ajakan itu hanya gurauan dan isengan saja. Tetapi kalau beliau terus dihindik dan dinafikan haknya oleh Najib Razak dan terus diperhinakan oleh Mahathir tidak mustahil Khairy akan melihat ajakan itu sesuatu yang serius dan tepat! [wm.kl.8:00 am 29/09/09]

4 comments:

BaYu SenJa said...

kalau kafir boleh memeluk islam, inikan pula sesama islam.

Yang penting, buang jauh-jauh kesilapan lalu.. jangan diulang kesilapan lama.. Orang yang bertaubat lagi Tuhan terima, apalah sangat kita manusia...

Rasanya tidak bermasalah kalau kahiry dialu-alukan.. cuma, jangan ulang lagi kerja jahat dulu.

mulakan langkah baru.

Sertailah Islam yang benar kalau mahu contohi sejarah saidina Umar!!

Menjadi Orang besar yang berperanan besar di zaman Jahiliah boleh juga menjadi orang besar dan berperanan besar dalam Islam!!!

emy pancarselatan said...

KJ sememangnya seorang pemimpin muda yg berwibawa. beliau mempunyai cara yg tersendiri yg kurang dimiliki oleh pemimpin muda (UBN) yg lainya. Mudah mudahan suatu hari nanti, beliau akan terpanggil untuk bersama sama PR, samada PAS atau KEADILAN. Mudah mudahan.....

checkmate said...

salam tuan...

terlebih dahulu diucapkan selamat hari raya...

pada saya kemasukkan khairy ke pakatan adalah satu tindakan tidak baik...dan hanya mainan politik yg berpanjangan sahaja yg akan berlaku..

khairy apabila masuk kedalam pakatan...diibarat seperti memberi "peluru hidup" kepada umno untuk bantai pakatan...

khairy terpalit dgn rasuah politik..penglibatan secara lansung dan tidak lansung dalam projek kerajaan berbillion ringgit di Wilayah pembangunan Iskandar..NUsa Jaya..serta keperibadian ala samseng ketika PRK ijok...dan byk lagi...akan menjadi "peluru hidup" buat pakatan...

kesimpulanya...pakatan rakyat juga mempunyai ramai lagi pemuda..yg berwibawa...yang sentiasa bersedia untuk menjadi pemimpin rakyat..

apa sgt ditagih air yg keruh sedangkan..air yg jernih masih banyak...

sekian salam aidilfitri tuan

Radio buruk 007 fm said...

Emm baguslah tu. Masa Khairy dalam UMNO lu orang hentam cukup-cukup...terlibat dalam rasuah @ politik wang le, kumpulan tingkat empat le, pemerintahan anak beranak le. Then tetiba bila dia nak masuk pakatan...korang alu-alukan pulak. Pelik le politik kaorang ni. Mana integriti dan prinsip korang. Memang memaafkan kesalahan orang lain tu satu tuntutan, tapi jangan sampai terus bagi muka kat dia. Buktikan dia dah berubah dulu. Please jangan mudah terima pemimpin yang ada track record buruk. Jadikanlah kes Ibrahim ali satu pengajaran kat pemimpin2 PAS. Tak tau serik ko???????