JUGA seperti mana yang saya ramalkan dua minggu dalam blog ini, akhirnya P Kamalanathan yang bernasib baik untuk diumumkan sebagai calon BN dalam pilihan raya kecil Hulu Selangor 25 April nanti. Pengumuman itu dilakukan Timbalan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin di Bukit Sentosa menjelang senja ini. Pengumuman itu memuktamadkan sementara krisis pemilihan calon dalam BN.
Saya percaya krisis itu tidak akan sendik dengan sesempurnanya. Tunggulah apa yang akan jadi selepas ini?
Umum melihat pemilihan Ketua Penerangan MIC itu sebagai calon kompromi. Mungkin orang merasakan semua pihak berpuas hati. Terutamanya Samy Vellu yang inginkan Palanivel merasa lega dengan pemilihan Kamalanathan itu. Kerana baginya jangan Mugilan diambil menjadi calon. Samy Vellu juga perlu merasa berpuas hati kerana calon idamannya Palanivel tidak disia-siakan begitu saja. Katanya, Palanivel telah dijanjikan sesuatu sebagai imbalan atas kekecewaanya itu.
Khabarnya semasa berunding dengan Muhyiddin tengah hari tadi, Samy Velu telah menuntut sesuatu imbuhan buat Palanivel. Palanivel dicadangkan dilantik menjadi Senator kemudian dilantik menjadi timbalan menteri. Jadi kesimpulannya Samy Vellu tidak kehilangan semua dan masih untung besar di sebalik isu pilihan raya kecil ini. Wayang yang beliau mainkan nampaknya memberi hasil.
Sebaliknya Umno tidak mendapat apa-apa dalam krisis yang diada-adakan itu. Calon yang mereka inginkan, Mugilan tidak dicalonkan. Umno pula tidak dapat apa-apa keuntungan di sebalik krisis itu melainkan berjaya meredakan krisis dalam BN dan MIC. Itu saja. Dari sudut lain maruah Umno sebagai parti induk juga merudum kerana tidak lagi dihormati oleh rakannya mereka, MIC.
Dalam hal ini MIC yang untung besar. Mereka bukan saja mendapat kerusi senator dan timbalan menteri tetapi bakal mendapat ahli parlimen kalau Kamalanathan menang. Tentunya juga Mugilan yang menunjukkan pekerti yang baik akan turut menerima habuan dari UBN. Umno mesti memberi sesuatu upah kepada Mugilan.
Kalau direnungi di sini akan nampak kelicikan dan kelicinan politik Samy Vellu. Keberanian dan kemabukan Samy Vellu yang mahukan Palanivel dan menolak Mugilan itu dilihat drama saja. Ia sebagai satu helah untuk beliau mendapat laba lagi. Nah ternyata gara-gara krisis itu MIC kini mendapat dua keuntungan itu. Yang terlepas tangan dan putih mata ialah Umno.
Kenapa Umno tidak berkeras di dalam soal ini. Jangan marah kalau saya katakan Umno tidak cerdik dan tidak mempunyai idea seberlian Samy Vellu untuk mengambil kesempatan atas apa yang berlaku. Kalau Umno cerdik khasnya Muhyiddin beliau akan mengambil kesempatan atas apa yang berlaku. Muhyiddin patut bersikeras untuk tidak berkompromi sebaliknya memberi altenatif lain.
Misalnya kenapa Muhyiddin tidak menggugut MIC, kalau mereka enggan memberi sokongan kepada Mugilan, Umno sendiri akan meletakkan calonnya. Kalau Muhyiddin terfikir berbuat begitu tentu Samy Vellu kecut perut. Dan kalau Samy Vellu tunjuk juga 'kemabukannya' ketika inilah Umno mendapat untung dengan meletakkan calonnya sendiri. Umno boleh menjadikan helah kesamsengan Samy Vellu itu untuk memberi kerusi itu kepada Umno.
Tetapi kerana Umno tidak cerdik, terlalu bertolak ansur dan terlalu takut kepada momokan Samy Vellu maka peluang itu terlepas begitu saja. Berputih matalah orang Umno yang sebelum ini beriya mahukan calon mereka diletakkan bertanding di Hulu Selangor itu.
Apa yang boleh disimpulkan menjelang Maghrib ini bahawa politik MIC dan Samy Vellu lebih licik berbanding dengan politik Umno dan Muhyiddin. Di sinilah kelebihan politik samseng, ala-ala mabuk candu yang diamalkan Samy Vellu, walhasilnya memberi keuntungan kepada kaumnya.
Keuntungan MIC ini kerana kelebihan Samy Vellu sebagai orang lama dalam politik dan berpengalaman. Pengalaman itu tidak terbaca oleh Muhyiddin. Mungkin Samy Vellu sudah tahu awal-awal kalau beliau tidak melakukan segala aksi dan melakonkan drama itu, kemungkinan Kamalanathan tidak dapat jadi calon dan Palanivel pula tidak akan diangkat menjadi senator dan seterusnya menjadi timbalan menteri.
Kebijaksanaan dan kelicikan politik MIC ini seharusnya diperhati oleh Umno dan tidak hanya menurut saja. Kalau pun kehilangan kuasa dengan sokongan kaum India, Umno juga kena fikir apakah Umno tidak merasa bacul apabila mereka ditipu hidup-hidup oleh rakan mereka itu? [*** hs 7:30 pm 15/04/10]

9 comments:
Tuan MSO,
saya tidak merasakan UMNO sebodoh itu dan Muhyiddin tidaklah lebih bodoh dari Samy Vellu.
adakah tidak boleh kita berhujah bahawa politik BN berbeza dengan politik PR?kalau pun UMNO tidak mengugut MIC, Palanivel sekurang2nya memang layak diberikan jawatan Senator kerana tarafnya sebagai pengganti Samy Vellu di masa hadapan.
hasil daripada 'pertelagahan' antara Muhyiddin dan Samy Vellu juga pada pendapat saya telah muncul calon yang lebih baik berbanding Palanivel atau Mugilan sendiri. walaupun Kamalanathan bukan orang tempatan (namun tinggal di Rawang), beliau lebih popular dari Mugilan yang namanya hanya mula muncul disebabkan PRK ini.
Ada satu perkara yg boleh diambil iktibar dari isu pemilihan calon UBN utk kerusi P.94 Hulu Selangor..
1. V.Mugilan diugut akan dipecat dari MIC jika dia menerima pencalonan utk kerusi P.94 Hulu Selangor..jika Mugilan seorg yg bermaruah, beliau patutnya keluar dari MIC kerana dia tidak dihargai oleh Presiden partinya sendiri.Mengapa dia diugut sedemikian sdgkan dia adalah wakil MIC.
2. UMNO jelas memperlihatkan ketakutan hilang sokongan pengundi India jika tidak berkompromi dalam isu pemilihan calon utk PRK tersebut.Sepatutnya UMNO perlu bijak bermain tarik tali dgn Samy Vellu bukannya menampakkan Samy Vellu menang dari segi moral dan lebih bijak dalam strategi politik.Sepatutnya UMNO perlu bersifat "win-win situation"..
3. UMNO sudah terperangkap, iaitu menolak suara org Melayu utk mengembalikan kerusi tersebut kepada UMNO sebaliknya calon yg UMNO pilih juga gagal sebaliknya terpaksa mengikut telunjuk Samy Vellu dan jika benar apa yg Tuan MSO jelaskan,ada imbuhan utk G.Palanivel sebagai senator maka UMNO rugi semuanya..calon pilihannya gagal dipersetujui, calon dari UMNO ditolak awal2,calon kompromi pula yg dipilih dan calon itu adalah calon restu Samy Vellu..
4. Mungkin akan ada undi protes dari org Melayu Hulu Selangor terutama pengikut setia TS Muhamamad Muhd Taib ekoran sikap Muhyiddin yg sedari awal seolah-olah prejudis dgn TS Muhammad.Hulu Selangor adalah kawasan awal TS Muhammad menabur bakti.Dan jasanya utk penduduk Hulu Selangor mmg banyak.
5. Nampak gayanya UMNO perlu melalui jalan sukar utk memenangi kerusi Hulu Selangor dgn pelbagai isu, onak dan duri yg mereka lalui sekarang..
6. Dari segi karisma, DZI lebih berketrampilan dan memiliki ketokohan utk bergelar seorg wakil rakyat,P. Kamalanathan tidak begitu menyerlah dari segi kemahiran berucap dan gayanya masih bersifat gaya seorg pekerja bukan gaya seorg ketua..
Saya memberi kelebihan kepada calon Pakatan utk memenangi PRK P.94 Hulu Selangor.
Salam.
Perkembangan ini mengejutkan? atau menyerlahkan kebodohan UMNO? Belum Pilihanraya lagi, UMNO dah kalah 3 - 0.
1. MIC dapat kerusi Senator free!
2. MIC khabarnya dapat jawatan Timbalan Menteri.
3. Calon MIC juga yang bertanding!
Inilah dia parti Melayu UMNO. Apa kata PERKASA?
salam tuan mso
nampaknya umno kalah sebelum bertanding. malah dipermainkan mic. ramai yang kecewa dengan keputusan yanf diambil.
banyak sangat kenyataan yang disiarkan tidak menjadi kenyataan. dari kenyataan pertama muhyidin lagi tidak membawa hasil.
nampak semacam keadaan berkecamuk dalam pemilihan ini.
saya pasti rakyan sedang memerhati tingkah laku mereka ini. satu pandangan dari rakyat akan dapat dilihat selepas ini.
rakyat akan kecewa dengan peristiwa yang berlaku tidak menggambarkan kekuatan dalam pengursan parti.
kata p ramlee.."dah kena la..penipu jual penyangak"
Didalam permainan ini, TPM kalah 3-0. Ternyata Mr. Sammy lebih bijak, minta satu tetapi dapat 3.
1. Calun PRK
2. Kerusi senator
3. Jawatan Timbalan Mrnteri
Semua ini tak ada sebelum episod Hulu Selangor. Mahayuddin pula jelas gagal. Takut gempaq MIC, bagi semua apa yang mereka hendak. Dalam BN mereka tak 'perform' Orang2 india pun dah tak mahu Mr. Sammy ini. Itu pasal Sungai Siput kawasan tradisinya pun boleh kalah. Tetapi dalam kes Hulu Selangor TPM telah jadi ayam betina. Kalau macam ini, macam mana nak bela bangsa. Bikin malu saja.
tuan MSO
1. Ambo bersetuju sangat dengan ulasan tuan dalam isu ini. Kita semua tahu bahawa yang cerdik, yang berprinsip, yang berani akan duduk dipihak mana.
2. Sikap tak cerdik, pendek akal, penakut, kecut teloq bila kena ugut atau gertak perlu dilihat dalam konteks yang lebih besar.
3. Sikap beginilah yang menyebabkan banyak hak dan keistimewaan kita orang melayu telah hilang seperti hak biasiswa, hak pendidikan tinggi yang berkualiti bagi anak-anak kita dsbnya.
4. Sikap ini jelas kita nampak bermula selepas PRU 1990. Saedikit demi sedikit hak-hak orang melayu kena tarik atau digadai. siapa yang gadai?...ambo dok tahu!
bat8
Assalamu alaikum tuan. Kata orang Melayu "ada ubi ada batas, ada budi boleh kubalas". Satu lagi ""hutang darah dibayar darah, hutang nyawa dibayar nyawa". Mungkin untuk peristiwa ini "hutang maruah dibalas maruah".
Sebanarnya selepas pilihanraya umum ke-12, MIC seakan melukut di tepi gantang dalam Barisan Nasional. Kekalahan teruk MIC langsung tidak mendapat simpati dari UMNO. MIC umpama habis manis sepah dibuang. Kemuncaknya adalah apabila Najib sendiri dengan penuh bangga melancarkan Makkal Sakthi (yang sampai kini hidup segan mati tak mau). Peristiwa itu pasti amat mengguris hati ahli dan pemimpin MIC. Lantas, dalam PrK P94 ini bila UMNO ingin meletakkan Tan Sri Mad Taib, ia ibarat menjolok sarang tebuan yang dah lama ingin mengengat UMNO. Hari ini UMNO memang disengat dan pastinya hati mereka membengkak dengan sengatan itu.
Kata orang UMNO kalah 3-0 tapi sebenarnya mungkin 4-0 buat Muhyiddin.
1. Colon BN dari MIC.
2. Timbalan presiden MIC akan jadi senator.
3. Dia juga akan dapat timbalan menteri.
4. Mungkin ini peluang Najib untuk menolak muhyiddin.
Apa pun Pakatan Rakyat jangan leka kerana bimbang Muhyiddin akan buat come back dengan lebih agresif lagi untuk memulihkan maruahnya yang teruk tercalar semalam. Kalau BN menang, Muhyiddin akan dapat laba yang besar.
Jadi, selamat berjuang untuk Pakatan Rakyat.
assalam tuan,
Orang kalau dah berak tepi jalan dia akan beritahu semua orang yang lalu di jalan itu bahawa ada orang berak di stiu supaya orang ramai tidak menuduh dia,,,berkenaan pengkhianat negara yang sebenarnya ialah pemimpin pemimpin umno sendiri terutama PM dan TPM.Sebagai contoh pengkhianatan PM adalah berkenaan Apco,,,sibuk tipu rakyat supaya tidak beli barang yahudi kunun,,tapi di belakang rakyat??tentang pengkhianatan TPM tak payah lah saya nak jelaskan di sini sebab terlalu banyak...tanya lah orang johor sewaktu dia jadi MB...habis semua hak orang johor tergadai kepada negara singa.
Post a Comment