Saturday, June 4, 2011

Ulasan Pertama

'Masahusmah' Team Pilihan Raya Pas

KEMENANGAN untuk Mohamad Sabu berbau sejak awal-awal lagi. Ada dua faktor ataupun gambaran yang bakal memberi kemenangan kepada Mat Sabu. Dalam catatan saya di kolom Arus Bawah dalam Siasah saya telah menyatakan sesuatu yang akan mungkin berlaku kejutan dan ia bakal memberi kemenangan kepada Mat Sabu apabila kedua tokoh al ulama Nasharudin Mat Isa dan Tuan Ibrahim Tuan Man tidak mahu kompromi.

Tanpa kompromi salah seorang darinya menyebabkan ia bakal memberi bahana kepada golongan al ulama warsatul ambia. Bila pepercahan undi di antara keduanya berlaku maka Mat Sabu akan menang dengan mudah. Tampak andaian itu tidak meleset. Mohamad Sabu mendapat 420, Tuan Ibrahim 399 dan Nasharudin 224. Jelas kalau undi Nasharudin dan Tuan Ibrahim dicampur 623 ini bermakna Mat Sabu akan kekurangan undi sebanyak 200 undi.

Gambaran kedua bagaimana kedua calon al ulama warsatul ambia itu akan hanyut ialah apabila Utusan Malaysia berkempen bermati-matian mahukan kepada ulama. Setengah pihak merasa seronok bila Utusan mengangkat martabat ulama dan membelanya. Secara zahir tindakan Utusan itu semacam ianya mahukan kepada tokoh ulama yang berada di kerusi nombor dua. Paling jelasnya Nasharudin.

Tetapi itu adalah strategi dan tektik Utusan saja. Di sini berlaku tindakan reverse psykologi. Apa sebenarnya yang dikehendaki Utusan ialah supaya tokoh ulama tidak berada di situ. Utusan khasnya dan tuan mereka lebih senang kepada Mohamad Sabu atas beberapa sebab dan faktor.

Apabila Utusan...menyokong ulama menyebabkan perwakilan akan marah kepada tokoh ulama yang mendapat sokongan Utusan dan Umno. Di sinilah perwakilan membuat tindak balas dengan mengambil Mat Sabu. Jadi berjayalah Utusan memerangkap perwakilan supaya mengikuti jarum yang dikehendakinya.

Kenapa Umno sukakan kepada Mat Sabu? Jawabnya tidak ada sebab lain melainkan kerana Umno mengira mereka ada modal besar bila Mat Sabu duduk di nombor dua. Mereka akan menggunakan isu peribadi Mat Sabu unuk bahan kempen pilihan raya. Isu moral yang mereka gunakan untuk melemahkan PKR dengan isu Anwar akan 'dipolitekan' kepada Pas dengan menggunakan isu peribadi lapok Mat Sabu.

Mungkin perwakilan sedar atau tidak. Kalau perwakilan sedar hal ini tetapi mereka tetap mahukan kepada Mat Sabu sudah tentu mereka mengira isu peribadi lapok itu tidak memberi bekas. Jadi walaupun Umno akan tayangkan isu peribadi Mat Sabu khususnya mengenai kelancangannya berucap ia tidak menjadi bekas.

Dari sudut lain kemenangan Mat Sabu dan tiga Naib Presiden, Sallahudin, Husam dan Mahfuz menjelaskan perwakilan bijak dalam menilai kepada tokoh yang berkualiti dari segi kerja untuk parti. Perwakilan mahu kepada aktvis bukannya tokoh yang berimej saja untuk dijadikan penggerak pilihan raya. Perwakilan sudah lama memberi peluang kepada tokoh berimej ustaz yang hanya berdoa di tikar sembahyang saja tapi kurang berkesan bila berada di lapangan. Jadi kali ini mereka akan membuat eksperimen sejauh mana pula keupayaan tokoh atau aktivis ini.

Tidak dapat dinafikan baik Mat, Sallahudin, Husam dan Mahfuz merupakan tokoh yang kuat berkerja. Mereka ini dilihat senantisa berada di hadapan dan mampu menggerakkan parti. Mereka adalah aktivis yang tahu menyelami kehendak naluri anak muda dan berjaya pula memainkan isu-isu dan tuntutan yang dingini oleh anak-anak muda. Barangkali kumpulan baru ini bolehlah dinamakan Masahusmah - dekat-dekat dengan nama Osama Ben Ladin pakar perang psikoligi di abad ini.

Ulasan kedua akan menyusul selepas ini, analisa mengenai ke manakah nasib al ulama warsatul ambia dalam Pas? [wm.kl.11:00 t/hari 04/05/11]

6 comments:

Ryzal72 said...

Assalamualaikum Tuan,
Izinkan saya mencelah. Bagi saya bukan UTUSAN bukan penyebabpun akan kekalahan kelompok ulama. Saya yakin tidak ramaipun orang-orang PAS membuang masa membaca akhbar UTUSAN. Jadi soal percaturan UTUSAN amat kecil sekali signifikannya.
Dalam hal ini saya fikir analisis tuan yg pertama itulah yang betulnya dan itu jugalah suluhan saya tatkala bila melihat dua orang calon dari team ulama bertanding. Ia adalah terbalikan kepada senario 2009, di mana Ustad Nasha menang kerna Husam dan Mat Sabu bertanding. Jika pada tahun 2009 dahulu 1 lawan 1 ie Ust Nasha lwn Husam barangkali keputusannya dulu juga berbeza.
Jadi pada saya, isu keengganan dua tokonh ulama ini berkompromi telah menyebabkan perpecahan undi bagi mereka yg mahukan ulama terus mengekalkan kesinambungan kepimpinan. Yang menarik bagi saya adalah kenapa tuan Ibrahim tdak mahu berundur dahulu dan lebih memfokuskan untuk menawan Pahang sementalah ustad Nasha, kita faham dia adalah incumbent sudah pasti dia akan mempertahankan. Mat sabu pula, cukup licik....masuk mencelah diantara kedua-dua calon ini...dan itulah strategis namanya...and its a truly politic! Ikhlas.

abu muaz said...

seronok melihat mat sabu mengetuai demontrasi...

naruto said...

Salam Tuan

Saya setuju dengan analisa ini. Memang taktik Utusan dan juak-juak pengampu UMNO dah menjadi. Apapun rasanya bila kita kata PAS adalah kepimpinan ulama, ramai yang kurang mampu melihat perbezaaan peranan AJK Pusat dengan Dewan Ulama.

Bagus juga apabila kali ini aktivis-aktivis politik memenangi pemilihan kali ini. Apapun sebelum PRU ke 13 datang, elok juga jika dapat dibetulkan pandangan ahli-ahli PAS bahawa PAS masih lagi dipimpin ulama kerana Dewan Ulama masih lagi berperanan dalam PAS. Yang lain tu nak kata apa, biarlah mereka. Lagipun mulut manusia ni bukan kita boleh kawal...

Bosan said...

Tapi kalau kita baca komen di malaysiakini yang menyambut kemenangan mat sabu dengan gembira. Mereka seakan bersorak dengan kekalahan Ustaz Nasa.. apa makna nya itu, apabila non muslim gembira melihat apa yang diorang tulis (bukan utusan malaysia) team erdogan menang . Mereka gembira team ustaz kalah..sedih

LKTP1436 said...

Saya tidak setuju Utusan ada peranan di sini, Akhbar Utusan yg hanya layak di buat sapu tahi ayam itu tiada pengaruh pun dikalangan org Pas, org Pas yg sebenar tidak akan baca akhbar pencacai ameno itu. Mat Sabu menang kerana org seperti inilah yg dikehendaki oleh akar umbi........ Semoga kemenangan ini menguatkan lagi pasukan Pas dan Pakatan Rakyat menentang pasukan jahat BN di dalam PRU ke 13 nanti.......Allah Huakbar.

mmbs317 said...

Salam PAS, saya secara peribadi melihat barisan kepimpinan pada tahun ini dari dimensi yang berbeza. Dari dimensi lokaliti, ianya mencerminkan satu barisan kepimpinan yang mampu memberi inspirasi kepada rakyat seterusnya memacu gerak kerja dan pelan tindakan bagi mencapai kejayaan PRU yang akan datang. Dari dimensi PAS sebagai gerakan Islam, "kelompangan" mungkin akan wujud antara PAS dan Gerakan Islam di seluruh dunia apabila barisan kepimpinan yang baru tidak menggambarkan satu kesinambungan rantaian Gerakan Islam [umumnya dikaitkan dengan Ikhwanul Muslimin]. Kecuali TGHH & TGNA, barisan kepimpinan yang baru lebih dilihat sebagai aktivis politik atau mungkin hanya mengikuti aliran Gerakan Islam, bukannya ahli yang berbaiah kepada Gerakan Islam itu sendiri. Gambaran umum/mudah adalah seperti menjadi sahabat kepada Gerakan Islam itu sendiri. Mungkin inilah hikmahnya pemilihan tahun ini, yang mana barisan kepimpinan Pemuda majoritinya adalah berlatar- belakangkan agama supaya tidak terputusnya ikatan rantaian PAS sebagai gerakan Islam dimana salam ukhuwah, usrah, tarbiyah dan baiah dapat dipelopori/dijalin sebagai satu barisan pelapis kepimpinan, manakala kepimpinan Pusat dapat memacu kejayaan politik tanahair pada PRU-13 nanti. Wa Allahu 'alam