Wednesday, June 22, 2011

Post Istimewa 2

BERIKUT sebahagian lagi bualbicara bersama Dr Haron Din. Salam MSO.

“Negara Berkebajikan Pas Berbeza Dengan Kebajikan BN” – Dr Haron Din.

Datuk, Perdana Menteri, Mohd Najib Razak telah menempelak Negara Berkebajikan yang Pas hendak dilaksanakan. Katanya Pas telah ciplak kebajikan yang dibuat oleh kerajaan BN. Apakah benar dakwaan Najib itu atau pun memang ada perbezaan di antara Negara Berkabjikan yang Pas hendak bangunkan dengan kebajikan yang didakwa telah dibuat oleh BN itu?

(Perlahan dan tegas) Amat amat jauh... bezanya. Apa yang kita nak buat sesuatu kita berterasakan al Quran sebagai dasar. Quran adalah kebaikan sejagat dan kebaikan mutlak. Tidak macam orang yang berpegang kepada rasional dia hanya ikut kepala dia saja. Dia bercakap mengikut hati...kita bila perkenalkan kebajikan kita ambil dari Quran...yang disebut Baldatuntayibah.... ada hujungnya itu, rabbugharafu ... negara yang berkebajikan di bawah Allah yang maha pengampun. Kalau berhenti, negara kebajikan saja, (baldatuntayibah) kita dapatlah yang Jepun dapat, Amerika dapat, Perancis dapat, di mana mereka hanya dapat dunia saja. Di mana betul mereka dapat baldatunyaibah tetapi tidak mendapat rabbugharafu, mereka kufur.

Jadi kita berjuang ini bukan untuk dunia ini saja, kita akan bawa sampai ke akhirat. Kalau maju pun yang Allah taala kutuk buat apa? Kita fokus kepada rabbugharafu, Tuhan yang maha mengampun. Bagaimana Tuhan nak mengampun kalau kita membina negara kita ke arah kemaksiatan...bermaharajala lela, nak ampun macam mana negara yang penuh dengan rasuah. Padahal di dalam hadith sahih, (sambil membaca hadith) bermaksud; yang bagi rasuah, yang menerima rasuah, yang menjadi perantaran melakukan rasuah, semuanya masuk neraka.

Jadi keliling kelalang orang tahu negara kita tenat dengan rasuah...kejujuran yang dikatakan dalam semua hal, misalnya pilihan raya orang tahu berlaku penipuan. Jadi ketidakjujuran di dalam memerintah, malah kroni dan sebagainya, bagaimana kita nak dapat rabbugharafu di dalam hal-hal seperti itu?

Bila kita balik, semua kepada apa yang Pas telah buat..di Kelantan untuk perbandingan.. adakah selama ini... Pas perintah Kelantan sejak 1990, adakah kes-kes immoral sama ada rasuah, kes skandal atau salah guna kuasa, berlaku? Saya tahu orang semua tahu boleh bandinglah dengan apa yang dibuat di Kelantan. Contoh apa disebut di dalam muktamar baru-baru ini, Tok Guru Mursyidul Am, (Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat) dia tidak duduk rumah kerajaan dan duduk rumah sendiri... dia dapat elaun perumahan...dia tidak ambil. Dan saya berkawan dengan dia lama, dia tak sebut pada saya. Isteri MB mana-mana pun ada peruntukan make-up tetapi isterinya tidak ambil. Kita tahu isteri siapa yang paling mahal harga make-upnya.

Elaun keraian kenduri hari raya, dia buat dengan duit dia sendiri, kenduri kahwin anaknya dari duit dia sendiri. Dia tidak ambil dan dia bagi balik kepada rakyat. Saya cadangkan elok kalau interviu dia tanya kenapa dia tidak ambil semua wang itu? Maknanya kita (Pas) tidak rakus dan pemimpin kita tidak mengambil kesempatan.

Kalau itulah orangnya mengapa didedahkan dia dengan rasuah, sedangkan duit yang halal dia tak ambil. Itulah saya kata orang menilai ini semua sebab itu orang suka melabor di Kelantan.

Ini yang orang tidak tahu negara berkebajikan walaupun kita memerintah belum pegang Pusat. Kita pegang negeri saja, inilah benda yang kita sebutkan tadi, bahawa negara berkebajikan itu jauh beza dengan negara lain dan kita akan lakukan sesuatu yang orang tidak nampak itu kebaikan yang balik kepada rakyat. Jadi di sini jelas bezanya apa yang dakwan Najib dengan apa yang hendak Pas buat.

Bila dia berkata begitu, kita sedar untuk dijadikan umpan kepada rakyat, agar berpihak kepada dia. Tetapi yang saya sebutkan tadi bahawa kita ambil Islam sebagai asas perjuangan kita. Hidup kita ini bukan selesai setakat mati saja. Pemerintah adalah pemegang amanah. Ada Hadith sahih (sambil membaca hadith) bermaksud; “mana-mana pemimpin yang memerintah umat Islam dia mati dalam menipu rakyatnya, Allah haramkan dari masuk syurga.”

Menipu rakyat bukan menipu semua rakyat. Contohnya, Nabi kita sebelum dipanggil menghadap Allah, dalam keadaan keuzuran kerana nak ‘musafir’ jauh sempat panggil semua orang yang ada, dan menyebut, sesiapa yang aku aibkan di tengah ramai, datanglah kepada aku ambil hak dia balik dan aibkanlah aku. Dan dia sebutlah apa yang aku buat ini sebagai nak balas balik. Sesiapa yang telah aku pukul belakangnya, ini belakang aku, datanglah pukul balik, ambil balik hak kamu (qisas) balik aku tidak mahu berjumpa dengan Allah aku ada kezaliman yang aku tinggalkan kepada rakyatku.

Satu riwayat menyatakan seorang lelaki, tampil ke hadapan Rasululah s.a.w. berkata dulu Rasulullah tikam perut aku dengan tongkat dalam satu barisan tentera dan saya terasa sakit ketika itu...saya nak qisas, (balas). Sahabat merayu jangan dan dia kata dia nak balas juga. Rasulullah juga melarang jangan itu hak dia. Dia datang dan tongkat itu ada, dia kata tak adil dulu semasa tuan tikam aku baju aku terbuka, sekarang tuan pakai baju dia minta dibuka baju untuk menikamnya. Orang ramai dan sahabat merayu janganlah, tetapi dia kata tidak... aku nak balas juga. Nabi membuka perutnya... lelaki itu datang, bukan menikam tetapi mencampak tongkat ke bumi dan mencium perut Rasulullah sambil berkata, “saya telah memaafkan tuan sejak hari itu lagi sebab saya bersalah. Jadi hari ini adalah peluang saya untuk mengucup perut tuan.”

Jadi roh daripada hadith itu pemimpin Islam (Pas) ini dilatih dan diterbiyah dia takut melakukan kezaliman sampai ke situ sekali.

Umar al Khattab, dalam satu episod...semasa dia hendak tiba di saat akhir hayatnya, dia kata aku tidak bimbang aku bejumpa Allah tentang kezaliman aku kepada mausia kerana aku telah berbuat dan adil kepada kamu sehingga aku tidak adil kepada isteriku. Yang paling aku bimbang, takut ada seekor unta yang berjalan di Bhagdad (Iraq), tersliuh kakinya disebabkan berjalan di jalan yang aku tidak bina dengan baik. Aku bimbang unta itu komplen di depan Allah ia mati kerana kakinya terseliuh kerana berjalan di negeri yang Omar sebagai pemerintahnya.

Itulah negara berkebajikan yang dibanding dengan PM dakwa itu. Itu dia boleh buatlah, tapi adakah dia berani mengatakan yang dia buat Allah redha. Kalau redha apa jadi dengan dosa-dosa yang berlaku hari ini?[wm.kl.11:11 am 22/06/11]

Post a Comment