MEMANTAPKAN DAN MENGEMUDI
JAMA’AH KE ARAH KEJAYAAN
Firmanu’Llahu Ta’ala fi Kitabihi’l-Karim:
وَعَدَ ٱللَّهُ ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ مِنكُمۡ وَعَمِلُواْ ٱلصَّـٰلِحَـٰتِ لَيَسۡتَخۡلِفَنَّهُمۡ فِى ٱلۡأَرۡضِ ڪَمَا ٱسۡتَخۡلَفَ ٱلَّذِينَ مِن قَبۡلِهِمۡ وَلَيُمَكِّنَنَّ لَهُمۡ دِينَہُمُ ٱلَّذِى ٱرۡتَضَىٰ لَهُم وَلَيُبَدِّلَنَّہُم مِّنۢ بَعۡدِ خَوۡفِهِمۡ أَمۡنً۬اۚ يَعۡبُدُونَنِى لَا يُشۡرِكُونَ بِى شَيۡـًٔ۬اۚ وَمَن ڪَفَرَ بَعۡدَ ذَٲلِكَ فَأُوْلَـٰٓٮِٕكَ هُمُ ٱلۡفَـٰسِقُونَ (٥٥)
“Dan Allah telah berjanji kepada orang-orang yang beriman, di antara kamu dan mengerjakan amal-amal salih bahawa Dia sesungguhnya akan menjadikan mereka berkuasa di bumi, sebagaimana Dia telah menjadikan orang-orang sebelum mereka berkuasa; dan sesungguhnya Dia akan meneguhkan bagi mereka, agama yang telah diredhai-Nya untuk mereka; dan Dia benar-benar akan menukar (keadaan) mereka sesudah mereka berada dalam ketakutan menjadi aman sentosa. Mereka tetap menyembah-Ku dengan tiada mempersekutukan sesuatu apapun dengan-Ku; dan barangsiapa yang engkar sesudah (janji) itu, maka mereka itulah orang-orang yang fasiq.”
(Surah an-Nur: 55)
Alhamdulillahi Rabbi’l-‘Alamin, dengan Izin dan Limpah Kurnia-Nya, dapat kita sekali lagi berhimpun dalam Muktamar PAS ke- kali ini. Sebagaimana dalam setiap muktamar tahunan, kita mendengar ucapan para pemimpin yang amat kita kasihi. Kita juga saling memberi ucapan, melontar idea, mengemuka dan membahas usul, mengetengahkan persoalan dan dalam setiap dua tahun, kita sama-sama memilih barisan kepemimpinan baru untuk menerajui bahtera jemaah. Dan dalam setiap tempoh waktu berakhirnya muktamar, kita akan membina resolusi baru, membina azam dan tekad untuk sidang tahun perjuangan yang mendatang yang akan ditentukan oleh barisan kepemimpinan yang terpilih dalam sidang muktamar selaku suara dan kuasa sah yang tertinggi mengikut perlembagaan parti kita.
Dalam kesempatan kita bermuktamar kali ini, izinkan saya mengungkap semula dan melakar kembali secara ringkas lanskap Parti Islam SeMalaysia (PAS) yang sama-sama kita warisi daripada pimpinan asalnya, bertujuan supaya kita, terutamanya generasi muda pelapis seperti Dewan Pemuda yang menghimpunkan warisan ‘ulama’ dan intelek muda, sentiasa tidak lupa malah benar-benar jelas dalam meniti halatuju kita sekarang dan merangka jejak-jejak langkah kita ke arah masa-masa yang mendatang.
PAS - Dakwah dan Pentas Politik : Berpisah Tiada
Ayyuhai Ikhwah yang dikasihi sekalian,
Telah termaktub dan amatlah jelas bahawa dasar perjuangan PAS adalah Islam sebagaimana yang tertera dalam perlembagaannya dan tujuan penubuhannya adalah semata-mata untuk:
“Memperjuangkan wujudnya di dalam negara ini masyarakat dan pemerintahan Islam yang terlaksananya nilai-nilai hidup Islam dan hukum-hukum yang menuju keredhaan Allah SWT.”
Dan hanyasanya di atas dasar Islam itulah PAS tidak akan berganjak daripada prinsip asalnya berteraskan nas al-Qur’an dan Hadith walaupun dari segi politik, PAS menjadi sekutu PKR dan DAP di bawah entiti politik kepartaian bernama Pakatan Rakyat. Inilah manhaj dan main essence yang telah digariskan oleh Rasullu’Llah SAW yang kemudiannya diikuti oleh para sahabat RA, direntasi dengan gigih oleh para mujahid dakwah dalam era negara-bangsa moden masa kini. Islam yang bermula di padang pasir gersang Timur Tengah cepat berkembang-biak sehinggalah ke seluruh pelosok benua. Di rantau kita di Asia Tenggara, beban dan tanggungjawab dakwah itu dipikul atas bahu PAS sejak penubuhannya pada 24 November 1951 (ketika itu sebagai Persatuan Islam Se-Malaya) atau PAS sehingga kini yang turut mengambil pentas politik kepartaian sebagai salah satu medan dan uslub dakwahnya.
Sejarah telah mencatatkan menjelang bulan Januari 1955, PAS semakin diminati oleh bukan sahaja golongan ‘ulama’ yang mengasaskannya, bahkan juga golongan intelektual lebih-lebih lagi apabila UMNO mula tidak diminati kerana sikapnya yang amat pro-British dan memberikan laluan mudah kepada MCA dan MIC. Ini semakin meyakinkan PAS untuk bertanding dalam pilihanraya pertama bersendirian di atas tiket PAS dan sanggup menentang mana-mana parti politik yang lain hatta UMNO itu sendiri yang turut dianggotai oleh umat Melayu-Islam! PAS amat memahami erti wehdah dan “perpaduan umat Melayu-Islam” .
Penglibatan kita dalam pentas politik nasional juga terangkum dalam kaedah Siyasah Syar’iyyah yang amat jelas. Kaedah at-Tahalluf as-Siyasi pula mengizinkan kita bergabung dengan parti-parti lain seperti Semangat 46 dan kini dengan PKR dan DAP di bawah bendera Pakatan Rakyat (PR). Sesungguhnya PRU ke-12 telah menghasilkan kemenangan terbesar kepada barisan pembangkang dalam sejarah tanah air ekoran tsunami politik yang berjaya menggerakkan kesedaran rakyat menolak politik rakus penuh licik, politik busuk penuh tipu helah.
Sepanjang lebih kurang satu darsawarsa yang lalu, semenjak berjaya menempah 27 kerusi di Parlimen pada pilihanraya tahun 1999, kita berjaya menawan semula Terengganu meskipun terpaksa berundur pada tahun 2004 namun mengekalkan Kelantan sehingga ke hari ini. Menerusi tsunami politik pertama tahun 2008, dengan Izin Allah.
Dalam tempoh yang sama juga, kita mendapat kepercayaan dan sokongan daripada kaum bukan Melayu-Islam sehingga tertubuhnya Kelab Penyokong PAS yang kemudiannya dipertingkatkan menjadi sebuah Dewan Perhimpunan Penyokong PAS. Dan kini suara PAS sudah semakin jelas berkumandang di Sarawak!
Masyaral syabab sekalian, sesungguhnya kita kini sedia menanti untuk memuktamadkan percaturan politik murahan UMNO/BN dalam PRU ke-13 yang bakal mendatang dengan memanfaatkan momentum politik semasa ini. Untuk merealisasikan hasrat ini, kita mesti bersedia mengubah minda rakyat jelata untuk benar-benar memahami mission kita dan apakah bentuk lanskap politik yang akan kita bina jika kita berjaya menguasai Parlimen. Pengalaman di empat buah negeri yang sedang kita kuasai mesti kita manfaatkan sepenuhnya sebagai bukti ketelusan kita, menjadi blue print bentuk kerajaan yang akan kita bina kelak. Hanya dengan bekerja dengan cara yang betul, mengatur langkah cermat dan menyeluruh, pandai membaca taktik musuh dan seumpamanya akan membuahkan hasil yang kita ingini. Dan jika kita pelajari kejayaan rakyat di Tunisia, Mesir dan kini di Libya, kita akan dapat memanfaatkan kebijaksanaan mereka.
Ingatlah rakyat jelata yang membuang undi semasa pilihanraya itulah yang bakal menentukan kemaraan kita mendaki Putrajaya melalui sistem demokrasi berparlimen yang sama-sama kita pegang berdasarkan Perlembagaan Negara. Kita mesti mencari kaedah terbijak untuk melakukan transformasi kepada rakyat yang bakal mengtransformkan kerajaan UMNO-BN sedia ada kepada PAS-PR.
Ayuh…..bersedialah wahai syabab dan rijalu’d-dakwah PAS. Sahutlah seruan jihad yang berkumandang yang ditiupkan oleh Islam. Persiap-siagakan diri kita melakukan jihad dengan ‘ilmu dan ‘amal, pendedahan dan pengalaman, taktik dan strategi, blog dan tulisan, ceramah dan kempen dengan memanfaatkan IT dan kelengkapan tercanggih masa kini yang memang mampu dikendalikan oleh adik-adik saya di hadapan di dalam dewan Muktamar Pemuda ini, dan juga adik-adik di luar sana, di seberang laut yang menonton secara live menerusi internet dan WebTV, di bandar-bandaraya dan juga nun jauh di kampung-kampung. Perhatikahlah ingatan Allah SWT di dalam al-Qur’anu’l-Karim:-
وَأَعِدُّواْ لَهُم مَّا ٱسۡتَطَعۡتُم مِّن قُوَّةٍ۬ وَمِن رِّبَاطِ ٱلۡخَيۡلِ تُرۡهِبُونَ بِهِۦ عَدُوَّ ٱللَّهِ وَعَدُوَّڪُمۡ وَءَاخَرِينَ مِن دُونِهِمۡ لَا تَعۡلَمُونَهُمُ ٱللَّهُ يَعۡلَمُهُمۡۚ وَمَا تُنفِقُواْ مِن شَىۡءٍ۬ فِى سَبِيلِ ٱللَّهِ يُوَفَّ إِلَيۡكُمۡ وَأَنتُمۡ لَا تُظۡلَمُونَ (٦٠)
“Dan siapkanlah untuk menghadapi mereka dengan kekuatan apa sahaja yang kamu sanggupi dan dari kuda-kuda yang ditambat untuk berperang (yang dengan persiapan itu) kamu menggemparkan musuh Allah, musuhmu dan orang-orang selain mereka yang kamu tidak mengetahuinya sedangkan Allah mengetahuinya. Apa sahaja yang kamu nafkahkan kepada Allah nescaya akan dibalasi dengan cukup kepadamu dan kamu tidak akan dianiaya.”
(Surah al-Anfal: 60)
Asas Perbezaan Perjuangan PAS dan UMNO
Sejarah telah mencatatkan bahawa PAS muncul daripada kalangan ‘ulama’ bebas, ‘ulama dari Hizbul Muslimin dan sebahagian lagi ‘ulama’ dari dalam UMNO (yang juga mendapat didikan daripada Maahad al-Ihya’ Asy-Syarif Gunong Semanggol, Perak) atas sebab perbezaan ideologi politik dan pertentangannya dengan UMNO sebenarnya disebabkan faktor perbezaan dalam memahami Islam itu sendiri! Hal ini demikian kerana UMNO mempunyai tafsiran yang amat longgar mengenai Islam berbanding dengan PAS, dari Undang–Undang Tubuhnya sehingga ke perjalanan parti itu. Sebenarnya UMNO yang terlalu pragmatik telah mentafsirkan Islam mengikut acuan politik ala Niccolo Machiavelli – Islam ditafsirkan mengikut kepentingan mereka! Hal ini amat berbeza dengan PAS. Jika kita teliti ceramah para pimpinan PAS sejak tahun 1951 sehingga kini, PAS amat konsisten dan senantiasa berhujjah berdasarkan sumber-sumber Islam yang sahih, kukuh lagi meyakinkan. Hujjah-hujjah syar’iyy yang amat kukuh daripada barisan kepemimpinan ‘ulama’ PAS berteraskan al-Qur’an, Hadith, ijma’ dan qiyas dibantu dengan gemblengan tenaga golongan intelek-profesional sering menimbulkan kefahaman dan keyakinan rakyat biasa untuk lebih mudah menerima PAS daripada UMNO terutamanya bagi mereka yang amat komited dengan Islam dan mereka yang mendapat pendidikan Islam sama ada di dalam ataupun di luar negara.
Sebenarnya sikap PAS amatlah jelas – PAS berjuang atas nama Islam. PAS tidak ta’asub dengan partinya atau namanya PAS. Sikap terbuka ini amat jelas terbukti apabila kita sering mendengar ceramah Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat, Allahyarham Tuan Guru Dato’ Fadzil Noor dan juga Tuan Guru Dato’ Seri Presiden Haji Abdul Hadi Awang yang dengan lantang menyatakan pendirian bahawa “PAS akan bekerjasama dengan mana-mana parti yang menyokong cita-cita dan dasar perjuangan PAS, iaitu Islam demi menegakkan kebenaran dan keadilan.”
Dalam hal penubuhan Negara Islam,media arus perdana kerajaan sering menggambarkan bahawa Pakatan Rakyat kini menghadapi masalah dan keretakan akibat “perkahwinan sementara” PAS-PKR dan DAP yang keras menolak idea Negara Islam tajaan PAS. Sebenarnya mereka takut dan amat gentar dengan tsunami politik yang bakal menjelma dalam PRU ke-13. Memadai kita pinjam kembali kata-kata penuh hikmat Allahyarham Dato’ Fadzil Noor, mantan Presiden PAS apabila beliau menjawab isu yang sama:
“Kita yang berada dalam rumah, kita tahulah apa yang sedang berlaku. Mereka tidak tahu dengan tepat sebab mereka hanya berada di tepi rumah. Bunyi kelentang-kelentung itu bukannya bermakna kita bergaduh sesama ahli keluarga, tetapi ia adalah bunyi kita menyusun semula perabot dan benda-benda yang ada dalam rumah!”
Sifat istiqamah kita dengan Islam adalah aset utama kita untuk mengharungi cabaran dan dugaan yang mendatang.Tidak salah rasanya saya ambil ungkapan kata kata Thomas Jeferson dalam hal ini bila bila pernah mengungkapkan bahawa ' in matters of style,swim with the current;in matters of principle,stand like a rock'.
Kita menanti dengan penuh teliti PRU ke-13. Sesungguhnya, telah kita renangi badai dan onak yang melanda, malahan sudah ada anggota kita yang gugur syahid sewaktu menegakkan Kalimah Tawhid. Dan kita sedar gelombang tsunami politik kedua ini memerlukan gemblengan tenaga yang lebih kuat untuk merangkul semula takhta pemerintahan daripada pemerintah sedia ada yang sejak tahun 1955, gagal melaksanakan tanggungjawab dan akauntabilitinya kepada rakyat jelata.
Persediaan Asas dan Mantap Pemuda
Untuk Hadapi Cabaran Masa Depan
Sesungguhnya, untuk merealisasikan matlamat yang kita sebutkan sebelum ini, barisan kepemimpinan Pemuda mestilah memiliki kesediaan dan keupayaan dalam banyak aspek untuk:-
(i) terus bersama dan menyokong pimpinan dengan penuh tekad; dan
(ii)bersiap-sedia mengambilalih barisan kepemimpinan sedia ada.
Kelangsungan sesebuah organisasi politik seperti PAS amat bergantung kepada jentera kepemimpinan yang ampuh dan anggota yang lengkap terlatih. Dengan mengambil kisah-kisah sahih daripada al-Qur’an dan sirah nabawiyy yang ditunjukkan oleh baginda RasuluLlah SAW, dapatlah kita simpulkan bahawa sesebuah Jama’ah Islam yang berjaya itu mesti memiliki sifat-sifat berikut:
(i)memiliki ‘ilmu yang benar;
(ii)matlamat perjuangan yang jelas;
(iii)tanzim yang tersusun kemas;
(iv)manhaj perjuangan yang jelas;
(v)barisan kepemimpinan yang berkeupayaan;
(vi)pengikut yang faham, taat dan istiqamah;
(vii)dianggotai oleh ahli dipelbagai peringkat.
Dalam pertembungannya dengan musuh-musuh Islam, Jama’ah Islam harus meneliti batas keupayaannya. Harus diingat: kekalahan dalam sesuatu pertembungan boleh ditafsirkan sama ada (i) perencanaan musuh terlalu baik ataupun (ii) penyusunan organsasi kita yang lemah. Dan kelemahan kita dapat berlaku melalui tiga cara : (i) sama ada kelemahan dalaman yang sangat rumit atau (iii) ancaman luar yang terlalu hebat atau (iii) barangkali juga kedua-duanya sekali.
Pimpinan harus meneliti bersungguh-sungguh segala permasalahan penyusunan tanzim Jama’ah. Pimpinan mesti mempunyai keupayaan mengesannya dari peringkat awal lagi dan sekurang-kurangnya dapat mengawal keadaan. Berdasarkan pengalaman beberapa Jama’ah Islam, adalah didapati masalah dalaman amat rumit untuk diselesaikan begitu sahaja. Kepemimpinan yang bercelaru akan menyebabkan organisasi lemah dan pengikut tidak dapat dikawal. Dalam hal ini al-Imam asy-Syahid Hasan al-Banna telah mengingatkan kepada seluruh anggota Al-Ikhwan ketika itu apabila beliau berkata:
“Saya tidak bimbangkan keadaan kamu dan ancaman musuh-musuh Islam, tetapi apa yang saya bimbangkan ialah diri kamu sendiri. Saya tidak takutkan ancaman orang orang Inggeris terhadap kamu, atau orang Amerika atau Rusia atau lainnya. Yang saya takutkan ialah kamu melakukan dua perkara:
(a)Kamu mengenepikan Allah, lalu Allah mengenepikan
kamu;
(b)Kamu berpecah belah sesama sendiri, maka kamu tidak
akan berguna lagi.
Sesungguhnya jalan da’wah yang sedang kita lalui ini memang berliku dan tidak pernah dihampar dengan bunga-bungaan yang harum, tetapi jalan yang susah dan panjang. Kegagalan PAS memerintah negara sepenuhnya sehingga kini melalui sistem pilihanraya negara bukanlah hujah bahawa kita berada di atas paksi yang silap. Kegagalan PAS memenangi sebarang kerusi di Sarawak baru-baru ini tidak bermakna PAS hilang tujuan atau kepemimpinan yang salah haluan. Demi sesungguhnya, Allah SWT masih sayangkan kita lalu menguji kita; iman dan taqwa kita masih perlu kita tingkatkan. Bukankah Allah SWT telah menegaskan sifat-sifat sebenar ujian dan cabaran dakwah itu sendiri :
الٓمٓ (١) أَحَسِبَ ٱلنَّاسُ أَن يُتۡرَكُوٓاْ أَن يَقُولُوٓاْ ءَامَنَّا وَهُمۡ لَا يُفۡتَنُونَ (٢) وَلَقَدۡ فَتَنَّا ٱلَّذِينَ مِن قَبۡلِهِمۡۖ فَلَيَعۡلَمَنَّ ٱللَّهُ ٱلَّذِينَ صَدَقُواْ وَلَيَعۡلَمَنَّ ٱلۡكَـٰذِبِينَ (٣)
“Alif…Lam…Mim…. Adakah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan mengatakan: “Kami telah beriman” padahal mereka tidak duji lagi? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang sebelum mereka. Maka Allah pasti mengetahui orang-orang yang benar dan orang-orang yang berdusta.”
(Al-Ankabut: 1–3)
Dalam konteks PRU ke-13 yang semakin hampir, kepemimpinan Pemuda mestilah bersiap-siaga menyediakan calon-calon yang mantap dan berwibawa, calon-calon berkaliber dan mempunyai pengalaman memimpin jemaah supaya mudah diterima seluruh rakyat jelata. Jika kita telah menerima pentas politik sebagai sebahagian daripada medan dakwah kita secara serius, maka kita juga kena serius menyediakan bakal-bakal calon pilihanraya berpotensi tinggi hatta dihormati musuh politik kita sekalipun.
Dalam pada itu, amatlah penting bagi kita yang berada di atas jalan da’wah ini, memelihara keaslian da’wah, memelihara martabat Islam yang dibawa dan memelihara kesucian nama Jama’ah Islam yang kita anggotai ini, iaitu Parti Islam Se Malaysia supaya parti kita dan Islam yang kita bawa ini tidak menjadi bahan ketawa dan fitnah orang lain. Dalam satu pertemuan khas di suatu muktamar yang menghimpunkan belia-belia Islam suatu ketika dulu, Allahyarham Ustaz Mustafa Masyhur telah menggariskan beberapa bentuk penyelewengan yang dilakukan oleh para du’at dan mujahid da’wah itu sendiri, di antara lainnya termasuklah:
(i)Menyeleweng dari landasan asal dan kefahaman
tentang Islam dan Jama’ah;
(ii)Tidak mengutamakan aspek tarbiyyah;
(iii)Mendedahkan Jama’ah kepada orang luar;
(iv)Mengenepikan Syura dan nasihat yang berguna;
(v)Mengutamakan kulit bukan isinya - banyak
bertengkar tetapi sedikit kerja;
(vi)Berjalan mengikut kaki tanpa panduan yang sahih;
(g) Cenderung kepada masalah furu’ dan mengetepikan dasar.
Dengan memahami bahawa jalan da’wah itu amat berliku dan dipenuhi ranjau berduri, maka al-Imam Hasan al-Banna telah menggariskan rukun-rukun da’wahnya ( الأركان الدعوة ) peringkat-peringkatnya ( مرا حل الدعوة ) di mana Rukun Faham ( الفهم ) sahaja mempunyai dua puluh (20) buah huraian daripada sepuluh (10) Rukun Bay’ah ( الأركان البيعة ) sebagai asas-asas dan dasar fiqh ad-Da’wah yang wajib (dari segi hukum ‘amal jama’iyy) diikuti oleh setiap mujahid da’wah. Sesungguhnya, antara yang Haq dan batil, ada pertentangannya yang nyata. Ia memerlukan kesabaran dan ketekunan memikul bebanan yang berat. Ia memerlukan kemurahan hati, pemberian dan pengorbanan tanpa mengharapkan hasil yang segera, tanpa putus asa dan putus harapan. Yang diperlukan ialah usaha dan kerja yang terus-menerus dan hasilnya terserah kepada Allah di waktu yang akan ditentukan-Nya.
Akhlak dan adab anggota Jama’ah adalah antara nadi terpenting dalam perjalanan sesebuah Jama’ah Islam. Di dalam rangka ‘amal jama’iyy, setiap langkah ahli PAS, tidak kira apa jawatan yang dipegangnya sama ada di cawangan, Kawasan, Negeri ataupun Pusat, akan mewakili dan melambangkan imej dan hasrat parti atau Jama’ah. Kesilapan ahli akan menempelakkan masalah dan musibah kepada Jama’ah. Ahli mesti memelihara keperibadian diri dan jangan membuka diri kepada sebarang fitnah yang boleh merosakkan diri dan membawa padah kepada Jama’ah. Pimpinan pula sebagai anchor jentera pengurusan dipertanggungjawabkan sepenuhnya terhadap organisasi Jama’ah. Kita berasa amat bernasib baik dan dengan Takdir dan Izin Allah SWT jua, Jama’ah Islam bernama PAS ini dikendalikan dan ditadbir di bawah kepemimpinan ‘ulama’ dan kita berdoa agar Jama’ah kita terus dirahmati Allah SWT.
Rumusan
PAS sebagai sebuah parti politik Islam akan terus memainkan peranan utamanya meletakkan al-Qur’an, Sunnah, Ijma’ dan Qiyas sebagai sumber sahih rujukan dan dasar perjuangannya dengan berteraskan kepada aqidah ahli sunnah wal jamaah. Amalan syura yang berkesan pula akan membantu pimpinan mengemudi organisasi dengan cekap dan mendapat keredhaan Allah SWT. Gabungan tenaga di antara barisan pimpinan yang bijak dan pengikut yang setia di bawah manhaj yang tersusun kukuh akan menghasilkan natijah yang diharapkan dan bakal melahirkan Jundullah yang dinantikan.
Sebarang usaha yang dilakukan di luar kaedah-kaedah tersebut harus ditolak dan tidak dapat diterima sebagai ‘amal-‘amal Islam kerana bagi kita yang mendukung Islam, “tujuan tidak menghalalkan cara” politik ala-Machiavelli adalah haram dan tidak dapat diterima langsung. Kita mesti berani, bijak dalam berjuang kerana kebenaran dan kita menolak apa-apa yang batil dan mungkar walaupun daripada anggota dan Jama’ah kita sendiri. Inilah tarbiyyah sebenar dan inilah tazkiyyah dalaman yang mesti kita lakukan demi membersihkan kita daripada sebarang kemungkaran. Dan kita mesti berani melakukan transformasi diri kita, tak kira di peringkat mana kita berada dan juga transformasi Jama’ah yang kita sayangi ini semata-mata kerana Islam, li’llahi Ta’ala. Tajdid yang hendak kita bina mesti bermula dari tazkiyyah, muraqabah dan jihad kita. Hanya dengan cara itulah kita layak menerima kemenangan yang dijanjikan Allah SWT. Sesungguhnya Al-Falah tidak datang bergolek mudah tanpa lulus ujian Allah. Hanya dengan sedemikian Rahmat Allah SWT akan bersama-sama kita dan nun jauh di sana……Janji Allah SWT menanti kita……………
۞ إِنَّ ٱللَّهَ ٱشۡتَرَىٰ مِنَ ٱلۡمُؤۡمِنِينَ أَنفُسَهُمۡ وَأَمۡوَٲلَهُم بِأَنَّ لَهُمُ ٱلۡجَنَّةَۚ يُقَـٰتِلُونَ فِى سَبِيلِ ٱللَّهِ فَيَقۡتُلُونَ وَيُقۡتَلُونَۖ وَعۡدًا عَلَيۡهِ حَقًّ۬ا فِى ٱلتَّوۡرَٮٰةِ وَٱلۡإِنجِيلِ وَٱلۡقُرۡءَانِۚ وَمَنۡ أَوۡفَىٰ بِعَهۡدِهِۦ مِنَ ٱللَّهِۚ فَٱسۡتَبۡشِرُواْ بِبَيۡعِكُمُ ٱلَّذِى بَايَعۡتُم بِهِۦۚ وَذَٲلِكَ هُوَ ٱلۡفَوۡزُ ٱلۡعَظِيمُ (١١١)
“Sesungguhnya Allah SWT telah membeli daripada kalangan orang-orang Mukmin, diri dan harta mereka. Mereka berperang pada Jalan Allah lalu mereka membunuh atau terbunuh. (Itu telah menjadi) Janji yang benar daripada Allah di dalam Taurat, Injil dan al-Qur’an. Dan siapakah yang lebih menepati janjinya selain Allah? Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan itulah kemenangan yang besar.”
(Surah at-Tawbah: 111)
Akhir kata, izinkan saya ungkapkan sekali lagi, senario benar yang terpahat dalam dokumen sirah perjalanan dakwah dan politik PAS itu sendiri, di mana telah terakam peristiwa semasa menghadapi Pilihanraya Umum pada tahun 1964, Dr. Burhanuddin al-Helmy selaku Yang DiPertua PAS ketika itu, telah berceramah di dalam sebuah kebun getah selama lebih satu jam dengan dihadiri oleh sekitar 20-30 orang sahaja di Kampung Relau, Kedah. Dr. Burhanuddin menolak cadangan pihak penganjur untuk mengalihkan ceramah ke tempat lain yang lebih bersesuaian dengan tarafnya sebagai YDP PAS memandangkan majlis ceramah anjuran Kg Relau pada malam itu kurang sambutan kerana hanya dihadiri kurang 30 orang sahaja disebabkan ianya jauh terperosok. Allahyarham Dr. Burhanuddin telah menjawab lembut tetapi dengan nada yang cukup tegas:
“…biar pokok-pokok getah menjadi saksi bahawa kita telah datang untuk menyampaikan dakwah dan memberi peringatan!”
Jawaban yang disertai ruh jihad mujahid da’wah PAS yang berkumandang pada tahun 1964 itulah yang akan terus menjadi obor jihad kita lantas memantapkan dan mengemudi kita ke arah Al-Falah yang kita cari…..
Maka dengan rasa penuh ta’zim dan lafaz :
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيم ِ
saya rasmikan Sidang Muktamar Pemuda yang ke- ini.
Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar.
Wali’Llahi’l-Hamd
Nasharudin Mat Isa
Timbalan Presiden
1 Jun 2011

No comments:
Post a Comment