Friday, June 17, 2011

Susupan Petang

Eloklah Kalau Khairy Juga Hendak Jadi Beruk...

Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin Abu Bakar yang sebelum ini mencemuh penunjuk perasaan jalanan dan menganggap mereka sebagai beruk, dilaporkan juga akan turut berarak pada 9 Julai nanti hari dan tarikh di mana Gerakan Pilihan Raya Adil dan Bersih (Bersih) berhimpun dan akan berarak untuk menyerahkan memorandum kepada Yang Dipertuan Agong.

Kata Khairy Pemuda Umno juga akan menyerah memorandum kepada Yang Dipertuan Agong tetapi maksud dan tujuannya berbeza dengan memorandum yang hendak diserahkan oleh Bersih. Bersih menuntut agar dilakukan perubahan dalam beberapa peraturan pilihan raya, tetapi Pemuda Umno akan meminta Yang Dipertuan Agong mengekalkan format yang ada hari ini yang dikira menguntungkan UBN.

Tidak mengapalah itu hak masing-masing. Menantu bekas Perdana Menteri dan gerombolannya ada pandangan tersendiri dan ada maksud tersendiri kenapa mereka merasakan perlaksnaaan pilihan raya hari ini berjalan dengan adik dan saksama. Manakala puak bersih juga ada alasan sendiri untuk tidak menerima perjalanan pilihan raya ini sebagai tidak kotor dan berat sebelah.

Apa yang puak Bersih alami dan lalui belum dilalui dan dirasai lagi oleh Pemuda Umno dan juga Umno. Ketidak adilan yang mereka dakwa itu tidak sampai ke tali perut Pemuda Umno dan Khairy. Tunggulah satu masa nanti apabila Khairy dan partinya menjadi pembangkang mereka juga akan merasai keperitan apa yang dirasai oleh pembangkang hari ini.

Sudah menjadi lumrah manusia ia tidak akan mudah sedar dan insaf terhadap sesuatu yang dia sendiri tidak rasakan. Apa yang Khairy rasa kini hanya sedikit saja iaitu perasaan terkilan dan sedih kerana dia tidak dilantik menjadi memegang apa-apa jawatan dalam Kabinet Najib. Ini pun satu ketidakadilan. Walaupun Khairy cuba berlagak menjadi burung belatuk yang korek lubang dan merasakan jambulnya tidak rosak, tetapi Khairy masih lagi mempertahankan mengatakan maruahnya tidak rosak dan Najib masih menghormarinya. Walhal tiap-tiap hari orang memperleceh dan mempersendakan beliau sebagai seorang ketua pemuda yang rosak jambul.

Tidak mengapa percubaan dan penghinaan yang Khairy lalui itu kecil saja. Tetapi ada yang lebih besar selepas pada ini dan akan Khairy hadapi sendiri. Selepas inilah baru Khairy mengetahui langit tinggi rendah.

Kita kena hormat sikap dan langkah yang diambil Khairy itu. Walaupun dengan kecerdikan yang beliau ada waktu ini mustahil untuk beliau ikut sama mengucar kacirkan keadaan seperti mana tindakan Perkasam, tetapi itu hak dia. Kalau sebelum ini orang beranggapan ketua pemuda itu jauh lebih profesional dan cerdik dari ketua Perkasam, tetapi hari ini ternyata mereka hanya dua kali lima dan lima kali dua saja.

Apa lagi seperti mana kata salah seorang pengelola Bersih, di antara ketua Pemuda Umno dengan puak Perkasam itu adalah entiti sama saja. Eloklah kalau Khairy bergabung dengan Perkasam dan berarak ke istana dengan bergandingan tangangan.

Tetapi apa yang saya nak musykilkan di sini ialah tentang sikap atau pandangan Khairy sebelum ini yang anti kepada tunjuk perasaan. Bagi Khairy perubatan itu adalah kerja bodoh yang dilaklukan oleh si bingung dan tolol saja. Masa bapa mertuanya menjadi PM Khairy membenci kepada penunjuk perasaan yang mana para penunjuk perasaan dianggapnya sebagai BERUK.

jadi hari ini bila beliau sendiri mengambil pendekatan itu untuk menyampaikan tuntutan atau pun melaungkan suaranya apakah beliau sudah menerima tunjuk perasaan itu sebagai satu tindakan yang profesional yang setaraf dengan kelulusannya. Kalau Khairy sudah mengira demikian, ini bolehlah dianggap bahawa Khairy dan Pemuda Umno yang akan berarak nanti juga sudah mula menjadi BERUK.

Jadi sekarang ini di antara penunjuk perasaan jalanan, puak Bersih, puak Perkasam dan Pemuda Umno semuanya adalah beruk-beruk berlaka. Selamat berberuk demi negara. Tidak sangka sungguh kalau tiba-tiba menantu bekas perdana menteri rela menjadi BERUK. [ttdi.kl.3:00 pm 17/06/11]

2 comments:

KASIHCIKGU said...

Ibuku...
Halalkan setiap titis susumu..
Halalkan setiap keringatmu melahirkanku..
Halalkan setiap suapan ke mulutku..
Halalkan setiap air mata yang mengalir keranaku

Ayah...
Halalkan setiap rezeki yang kau kongsi untukku..
Halalkan setiap peluh yang kau tumpahkan untukku..
Halalkan setiap senyuman kegembiraanmu atas kelahiranku..

Isteriku...
Andainya ini adalah pertemuan terakhir kita..
Kaulah permata dalam hidupku..
Kaulah penyeri didalam alamku..
Kaulah srikandi indah padaku sebagai suami...
Sesungguhnya.. Aku redha dengan kehidupanmu sebagai isteriku..

Anak-anakku..
Maafkan ayah.. meninggalkan kalian disaat kalian memerlukan kasih sayangku..
Maafkan ayah.. meninggalkan kalian disaat gelak tawaku didambakan..
Maafkan ayah.. meninggalkan kalian disaat kalian menempuhi alam anak-anak kecil..

Pemergianku adalah mungkin yang terakhir...
Kerana.. mereka yang berkuasa disana sedang menanti..

Untuk memenuhi paru-paruku dengan gas canister yang perit..
Untuk membutakan mataku dengan asap yang pedih..
Untuk membelantan jasadku dengan cotar dan rotan..
Untuk mematahkan kaki dan tanganku dengan kasut yang berat!
Untuk memenjarakan jasadku didalam lokap yang hancing!

Adakah aku gentar?
Adakah kalian gentar?
Adakah ini penghenti perjuangan?

Tidakk!!
Demi Allah dan Rasul tidak sama sekali!

Mereka menyangka mereka berkuasa!
Mereka menyangka mereka ada segala-galanya!

Mereka boleh memenjarakan jasadku
Tetapi mereka tidak akan mampu memenjarakan jiwaku..

Kerana jiwaku ini milik Allah!
Hidupku ini milik Allah!

Bukan seperti mereka yang merasakan..
hidup mereka milik pemerintah!
Nyawa mereka milik pemerintah!
Jasad mereka milik pemerintah!
Setiap hela nafas mereka milik pemerintah!

Duhai sahabat-sahabat kesayanganku...
Aku akan pergi..
Aku akan berkelana..
Aku akan bermusafir..
Pada 9 Julai ini...
Menuju ke suatu arah yang pasti...

Disana..
Akan menyaksikan.. suatu peristiwa yang akan dikenang..
Oleh beratus generasi yang akan datang...

Jangan sampai ianya akan dikenang
sebagai peristiwa paling kejam dalam sejarah negara..
jangan sampai ianya dikenang
sebagai peristiwa paling zalim dalam sejarah negara..

kerana..
9 Julai ini akan menjadi bukti..
Bahawa rakyat negara ini bukan pengecut!
Jauh sekali dayus dan penakut!
berkata benar dihadapan pemimpin yang zalim!

Ayuh!
Mari korbankan nyawa dan jasad!
Mari hancurkan ketakutan dan kepanikan!

Sudikah kalian bersamaku?

nukilan khas - budakbalun

admin coffeemania said...

salam mso,

Apa punya bodoh macam beruk pemuda umno ni nak serah memo kat Agong.BN kan pemerintah..serah jer le..ape ke bodohnya..!!suruh je polis escort kan senang lain la BERSIH...dah tak ade choice..tu pasala la buat perhimpunan...semakin hari semakin biol.