Bercerita perihal parti politik Malaysia khasnya apa yang berlaku dalam parti agama, (Pas) ada sedikit keterbalikan. Sebagai satu-satunya parti agama yang dapat melangsungkan hayatnya, Pas seharusnya berusaha mengukuhkan jati diri dan meningkatkan martabat dirinya untuk diyakini oleh umum.
Vest dibanggakan tetapi ia satu tindakan bodoh. |
Sehubungan itu Pas perlu menampilkan kebijaksanaan dalam berpolitik bukan merendahkan nilai siasahnya kepada tahap longkang apa lagi menyebabkan orang terkeliru apakah begitu agama (Islam) itu. Janganlah hendaknya Pas menggunakan agama untuk mencemarkan kemurnian agama.
Semacam berlaku kontradik dalam hal ini kerana parti-parti lain yang tidak menganggap mereka parti agama lebih dilihat berwibawa, punyai sistemetik yang kemas dalam parti. Disiplin ahlinya juga terpuji dan sekaligus mampu menjadi peraih kepada sokongan.
Tolak PKR yang berkecamukan "berkekah" dalam pemilihan lalu, Umno, DAP, MCA maupun Gerakan sedang membina maruah parti dengan baik. Mereka berusaha mengemaskan oraganisasi parti untuk dilihat mempunyai martabat dan disiplin yang tinggi bagi mengapai kejayaan masa depan lebih gemilang.
Ambil contoh parti Umno. Walaupun parti itu dipenuhi dengan kebusukan disebabkan membenarkan sistem korupsi, menyalahgunakan kuasa di dalam parti itu, tetapi dari sehari ke sehari ia membina semula dirinya yang robek dan carik agar diyakini rakyat. Umno terus menjahit dirinya untuk masa depan.
Kerusi dan meja kosong kerana ada yang keluar. |
Semua isu, baik membalas dan membelasah pihak lawan diurus dan dikelola dengan kemas dan teratur. Tidak berlaku percanggahan antara satu sama lain. Tahap disiplin yang tinggi sebeginlah meletakkan Umno berjaya mencapai kedudukan seperti yang ada hari ini, terus menjadi kerajaan walaupun pada satu-satu masa dan sudut parti kebangsaan itu dilihat sangat huduh dan arragont.
Demikian juga dengan parti MCA dan Gerakan. Kekalahan teruk mereka dalam pilihan raya umum lalu memberi peluang untuk mereka bermahasabah dan memperbetulkan semula diri mereka yang salah. MCA dan Gerakan berusaha menyakinkan semula masyarakat Cina agar menyokong mereka. Tidak ada kotroversi meletus dalam parti berkenaan ke belakangan ini.
Mesyuarat parti-parti berkenaan berjalan lancar dan lendik dan tidak ada ahli yang cuba menunjukkan hidung mereka termancung, atau pun dapur paip mereka yang termahal. Pemimpin mereka juga kemas dan istiqamah dalam membuat kenyataan dan pendirian. Tidak ada perlumbaan untuk menahamkan muncung kopiah dalam parti-parti sekular.
Manakala parti yang benar-benar berdisplin ialah DAP. Contoh paling jelas ketinggian displin DAP ialah di Pulau Pinang, bagaimana parti itu berjaya mengawal kerajaan Pulau Pinang dengan selesa dan baik serta mendapat pujian umum. Walaupun mereka diserang dan "dilutu" setiap hari dan malam, tetapi pemimpin mereka konsisten dan dapat menjawab segala isu dengan baik, penuh yakin dengan profesional.
Keampuhan kerajaan Pulau Pinagn hari ini ialah kerana kebijaksanaan dan tingginya disipilin dalam kalangan ahlinya. Ahli DAP tidak berserabut dalam membuat kenyataan membalas serangan musuh atau pun mencetuskan isu untuk menarik perhatian rakyat. Anggota bawahan DAP juga akur dengan apa yang pemimpin mereka lapazkan. Prinsip sa'mit na wa'tana sememang dipraktik dengan baik dalam DAP yang jauh dari menggunakan agama sebagai lambang kesuciannya.
Anggota mereka juga tidak kalut membuat kenyataan atau pun berebut "copong" (pembesar suara) untuk bercakap. Ahli masing-masing tahu mengawal diri dan bijak meletak diri di kedudukan sebenarnya. Mereka tidak "gila" menggunakan media sosial untuk menyerang sesama sendiri dan juga bertindak lempar batu kemudian gotel peler. Kenyataan politik mereka juga seragam dan ini menandakan parti itu mempunyai disiplin yang tinggi dan tahap berpolitik yang cukup matang.
Juga tidak nampak berlaku kepuakan dalam DAP, kandati pun ada kumpulan-kumpulan kecil dalam parti itu yang tidak berpuas hati. Kepuakan nampak adalah disengajakan ia dibentuk oleh media massa PB untuk tujuan menghancurkan parti berkenaan. Projek Ganyang Kerajaan Pulau Pinang walaupun sudah lebih lima tahun dilancarkan namun ia tidak memberi kesan.
Berlainan dengan apa yang berlaku dalam Pas ketika ini. Apa yang terjadi dalam parti agama itu sungguh menyedih dan memalukan sekali. Parti itu langsung tidak menunjukkan ianya parti agama yang ada peraturan, tertakluk dalam lingkungan hukum-hukam; halal, haram, sunat, makruh, mubah dan sebagainya. Kitab Allah al Quran hanya dijadikan lambang untuk dibaca tetapi tidak diamalkan. Kopiah dan serban dipakai juga sebagai lambang agama yang sebenarnya untuk melindungi daripada diberak burung gagak.
Wujud kecelaruan juga sehinggakan ahli menjadi "biul" tidak dapat menilai mana yang baik dan buruk lagi. Peraturan atau pun rukun-rukun sebuah pertubuhan dilacur begitu sahaja menjadikan parti agama itu dilihat seakan tidak ada peraturan, tidak diketahui mana ekor dan kepala lagi. Bukan sahaja ketua yang bercakap macam sungai berliku-liku, tetapi pimpinan peringkat kelas ketiga juga ikut sama bercakap seperti bertih dilontar minduk kepada si bageh.
Masalah kepuakan dalam parti agama ini sudah tidak dapat dibendung lagi. Ada pemisahan kaum kuffar dan musyirikin, syiah dan ahli sunah waljemaah dalam Pas. Hari ini sindom mengaku dan mendakwa aku lebih bijak dan pandai daripada kamu berleluasa. Pegangan dan cara aku lebih Pas daripada kamu berkecemukan dalam parti berkenaan. Kecelaruan dan kegagalan menguruskan parti secara profesional ini menjadikan parti Pas sebagai kumpulan bagaikan "inau" dalam belukar. Masing-masing hendak menjadi ketua dan menunjukkan alim. Alim kucing kerong.
Dalam Pas si anak boleh bercakap mengatasi kepala bapak, manakala bapak pula boleh akur dengan kehendak anak dan menantu. Si anak boleh menunjuk biadap memaling punggung tatkala si ayah sedang berbicara. Inilah keterbalikannya dan inilah saksiah kepimpinan al ulama yang dibangga-banggakan.
Krisis penggantian Khalid Ibrahim sebagai MB Selangor, menjelaskan bagaimana sikap dan integriti Pas merundum, jatuh rapat ke simen. Pas tidak mampu berdiri menjadi penegur atau pengislah yang bertaraf "ahlu albab", kepada Pakatan Rakyat di Selangor seperti diharapkan. Malang lagi Pas menjadi pencuri dan bertangan panjang. Pas gagal mengamalkan prinsip agama yang didokongnya itu, hanya tahu dan mahir membaca sabda Nabi yang akan memotong tangan Fatimah.
Terutamanya pendirian dan sikap presidennya sendiri, Abdul Hadi Awang yang adakalanya terjolor dengan sikap kediktatorannya akibat pemujaan terhadapnya sebagai ulama agung menjadikan beliau berkuasa ke atas Pas seperti menguasai sebuah masjid. Politik "Pasar Payang" bermaharajalela dalam Pas. Pemujaan dan apa dilakukan oleh Abdul Hadi persis bawang yang rosak kerana jambaknya.
Kekaluatan dan pertembungan dalam Pas semakin menjadi dan membesar. Semua ini jelas dan sangat memalukan. Orang-orang yang jiwa terbuka dan mencintai keindahan dalam Pas dengan semangat agama menyebabkan perlahan-lahan membetulkan haluan dengan meninggalkan Pas. Kewujudan apa dinamakan Persatuan Ummah Sejahtra Malaysia (PasMa) ada bayangan dan terjemahan kekecewa sebilangan orang dengan Pas khasnya pemimpin agung rahmantanlialiminya.
Keadaan ini berlaku bukan kerana apa, melainkan disebabkan tahap disiplin yang porah. Proses pengawalan diri tidak menjadi dan seruan-seruan agar rakyat berlaku baik, mengingati Allah dan Nabi terlupa diamalkan oleh orang parti agama ini sendiri. Anak kuman kurus nun jauh diseberang mudah dilihat tetapi sukar dan kabur untuk melihat ibu gajah gemuk di depan mata. Inilah munafik kufi yang sering dilakukan.
Apa yang berlaku dalam muktamar Dewan Pemuda Pas di Kota Tinggi Johor semalam menyerlahkan kebusukan dalam Pas dan betapa longkangnya disiplin anggotanya. Tindakan segelintir perwakilan yang keluar dewan ketika Timbalan Presiden Moahmad Sabu berucap satu perbuatan yang tidak beradat dan tidak berakhlak. Kalau pun mereka tidak setuju dengan kritikan Mat Sabu terhadap presiden dan Majlis Syura Ulamak (MSU) (yang tidak profesional itu), tetapi caranya bukan dengan aksi fizikal begitu melainkan dengan hemah dalam berucap membahas ucapannya.
Tindakan itu menjelaskan politik Pasar Payang yang mereka sedang amalkan. Daya intelektual dan kualiti diharapkan dalam Dewan Pemuda merundum sama sekali. Apa yang berlaku itu tidak sepatutnya hatta kalau ia sebagai satu gimik pun. Masyarakat yang meletakkan Pas sebagai parti agama yang terdiri daripada ahli yang sopan santun, berfikir sihat, nampaknya tidak berlaku.
Apa yang berlaku itu tidak berlaku dalam parti lain. Sesamseng pemuda Umno yang mengocak pagar, angkat sepanduk, tungging punggung, buat simbol sex dan sebagainya, tetapi mereka tidak pernah bertindak keluar dewan semasa Timbalan Presiden Umno berucap merasmikan persidangan. Apabila ia berlaku kepada Dewan Pemuda pati agama, ia adalah sangat dikesalkan. Betullah pendapat seorang mengatakan kalau orang agama menjadi jahat, ia lebih huduh rupanya daripada kejahatan dilakukan oleh si jahil. Dalam hal ini pemuda Umno lebih beradab daripada segelintir "ansrollah" itu.
Kita tidak mahu persoal suri teladan dan akhlak manakah yang mereka tiru dan ikut? Siapakah yang mengajar mereka berpolitik secara Abu Jahal dan Abu Lahad? Apabila mereka megenakan vest tertulis, "Kami Bersama Presiden dan Majlis Syura Ulamak" ia memberi personifikasi ianya adalah didikan orang dianggap tokguru itu? Apakah zaman gedebe presiden pada awal tahun 1980-an hendak dihidup semula oleh segelintir ahli pemuda itu? Tidak perlulah kerana politik ala presiden tahun 80-an itu ternyata tidak membuahkan hasil apa-apa.
Cara pemakai ves itu memberi maklum mereka bersama Presiden dan MSU juga tidak tepat dan bijak kerana cara itu memberi gambaran sokongan kepada Presiden dan MSU itu tidak padu dan menyeluruh kerana segelintir sahaja yang mengenakan vest berkenaan. Dengan berbuat begitu, menyebabkan orang boleh beranggapan yang tidak pakai vest itu adalah mereka yang tidak bersama presiden dan MSU? Di sinilah kebodohan politik Pemuda Pas itu, membuka budu "teruk" di tengah orang ramai, busuknya akan meruap ke seluruh penjuru alam.
Perbuatan vendarlisme oleh segelintir Pemuda Pas pada muktamar di Kota Tinggi itu perlu diberi perhatian oleh Pas. Jangan biarkan kejadian yang boleh mencemarkan nama baik dan maruah Pas sebagai parti agama berterusan. Pas yang dibina atas wajah orang-orang agama, akan rosak ditangan mereka. Dengan tindakan sebegitu Pas tidak lagi akan dlihat sebagai parti agama penuh berdisiplin apa lagi diharap menjadi contoh. Insiden yang menimpa Pas tahun 1982 sampai presiden berundur adalah dilakukan oleh golongan mengaku agama juga. Apakah insisen itu hendak diteruskan dan dilakukan sekali lagi? Atau Pas kini sedang menjadi redikal yang ekstremis?
Siasatan seorang demi seorang juga mungkin perlu dilakukan, siapakah mereka sebenarnya. Apakah mereka polis (SB) atau pun sebenarnya pencuri yang menjerit-jerit kejar pencuri, kejar pencuri walhal merekalah si malingnya. Sebab kalau mereka benar "ansrollah", pejuang Allah dan sayang kepada Pas mereka tidak membuat ulah begitu. Mereka juga perlu disedarkan kepenting utama menjaga jemaah dan maruah parti dan bukan taksub penyu kepada mana-mana pemimpin.
Kefahaman dan kewajiban yang seharusnya ada kepada setiap ahli mengenai hal ini tampaknya kering dan kosong dari dalam pemuda yang bertindak demikian. Sayang mereka yang sepatutnya menjadi pemuda harapan parti, tetapi membesar secara membuta tuli. Pas tidak memerlukan ahli-ahli seperti ini kerana ia mencemarkan Pas dan memesongkan maksud penubuhan parti agama itu.
Apakah mereka itu adalah jelamaan pemuda tahasan lasak Umno, ataupun mereka adalah dibenihi dengan politik mabuk todi dalam parti-parti kaum India yang sebelum ini penuh dengan insiden memalukan? Ataupun mereka adalah anasir yang dibawa masuk ke dalam Pas untuk merosakkan parti agama itu dari dalam atas lambang agama. Dan mereka sanggup meletakkan benda putih atas kepala bagi mengelirukan orang ramai.
Pas kena siasat dan bukan masanya untuk bergembira (mujur) apabila Mohamad Sabu diperlakukan demikian rupa. Dalam politik tindakan-tindakan kebudak-budakan atau ala-ala samseng itu tidak akan dinilai oleh pemerhati yang bijak akal, melainkan apa yang dinilai ialah sejauh mana kemampuan mereka berbicara, berhujah dan menelorkan idea untuk mendinamikkan parti.
Bagi saya tindakan segelintir pemuda itu yang bangun memalingkan belakang kepada timbalan presiden partinya, tidak lebih daripada kumpulan menghambat biawak yang ingin memakan telor. [wm.kl.6:58 am 17/09/14]
10 comments:
Tuan MSO, saya suka komen ini...... sekiranya mereka ini berfikiran dinamik dalam bersiasah,maka mereka tidak akan melakukan perkara ini..... mereka hanyalah sikontot yang merosakkan organisasi.....
memang betul tuan
mereka menyangka tindakan mereka itu cerdik tetapi tidak sedar ianya amat bodoh.
belum lagi bersama umno, perangai sudah teruk, bersama umno, Pemuda Umno pun kecut dgn pemuda PAS ini
yahudi pun takut.
sama-sama kita menunggu respond Mahaguru Harun Din, Tok Guru Syeikh Hadi, Tok Guru Nik Aziz dan Majlis Maksum Ahli Syura tertutama Nik Zawawi dan Al Takiri.
Terima kasih Tuan Haji kerana menunjuk kan jalan keluar buat mereka yang memakai ves dan sanggup meninggalkan dewan. Bukan kah elok kalau mereka semua keluar dari parti Islam itu.
Apa yang kamu merapu ni MSO melayu
Artikel M.Sayuti melayu ni nampaknya makin merapu...
Selama ini nampak macam pro PAS, tapi sekarang nampak macam orang mabuk Ketum..
Nama pun Nyo Komeng...apa boeh buat waaupun tak upaya untuk komen, tetapi berhajat juga, jadi saya siarkan untuk tidak mengecewakan Nyo Komeng.
Tuan MSO
Entah mengapa saya tidak berasa sedih dan marah dengan tindakan biadap segelintir Pemuda PAS yang sepatutnya m3njadi " ansorullah". Ia telah terjadi dan realitinya kita kena terima bahawa kerosakan yang dilakukan ol3h satu kumpulan kecil mereka yang bergelar ulamak adalah besar dan merebak kepada seluruh organ PAS kecuali muslimat.
Inilah yang saya sering perkatakan selama ini. Sebab itu saya tidak terkejut. Tunggu seisi perbahasan nanti. Jangan terkejut jika berlaku acara tumbuk bertumbuk. Baling membaling kerusi. Menganggu pembahas usul akan menjadi-jadi. YANG PALING PENTING UNTUK DIPERHATIKAN APABILA TERJADI - PUAK MANA YANG BERTINDAK GANAS?
Apa yang berlaku ini adalah petunjuk jelas gagalnya kepimpinan di dalam PAS. Ia adalah kegagalan Presiden PAS sendiri memimpin, membawa arah kepimpinan yang mantap. Satu hal yang kita s3ntiasa lupa, kepimpinan itu s3ndiri adalah bakat. Sama dengan kebolehan menyanyi, bermain bolasepak, bermain alat muzik dsb. Bakat inilah yang menentukan tahap mana kejayaan yang mampu diraih. Ada orang hanya mempunyai bakat menyanyi sekadar dibilik air sahaja. Ada yang mempunyai bakat yang b3gitu istimewa sehingga mampu menjadi penyanyi terkenal diseluruh dunia.
Bakat bukan kemahiran. Kemahiran sesuatu yang kita boleh belajar. Tetapi kemahiran yang diasah oleh seseorang yang mempunyai bakat yang baik atau cemerlang, kejayaan dan pencapaiannya adalah menakjubkan.
Begitu juga dengan bakat kepimpinan. Ada orang hendak memimpin keluarga sendiri pun xboleh. Apatah lagi untuk menjadi pemimpin didalam apa jua bidang diperingkat nasional.
Saya banyak memberi komen tentang kepimpinan TGHH sebagai Presiden PAS. Setakat ini apa yang saya kom3n itu terbukti.
Realiti yang ada didepan mata kita hari ini, kepimpinan TGHH s3bagai Presiden PAS sudah pun berakhir pada hari beliau menghantar nama calon-calon MB Selangor yang dibuat s3ndiri. Jika TGHH seorang ulamak berjiwa besar, beliau sepatutnya menggunakan peluang didalam ucapan perasmian Muktamar PAS ke 60 untuk memaklumkan tentang perletak jawatannya s3cara beransur-ansur s3belum pimilihan nanti. Kerosakan yang teruk menimpa PAS hari ini adalah disebabkan ol3h kelemahan beloau sebagai pemimpin dan Presiden PAS. Beliau perlu mengambil tanggungjawab peribadi diatas apa yang berlaku.
Kita perlu ingat jawatan Presiden PAS adalah unik berbanding dengan jawatan parti-parti politik sekular yang lain seperti UMNO,MCA,MIC dll. Diatas jawatan PRESIDEN PAS ITU SENDIRI TERLETAK DWI FUNGSI: SEBAGAI ULAMAK DAN P3MIMPIN POLITIK!
Dalam dwi fungsi Presiden PAS ini, TGHH gagal dengan terok untuk melaksanakan fungsi beliau s3bagai p3mimpin politik yang berwibawa. Mengapa saya kata gagal dengan terok? Beliau gagal dengan terok kerana kegagalan beliau menjalankan fungsi sebagai pemimpin politik yang berwibawa,kini dan jika terus berdegil untuk kekal, AKAN MEROSAKKAN KEWIBAWAAN B3LIAU SEBAGAI ULAMAK PULA!!!....Bunga-bunga kerosakan ini pun kita t3lah mula lihat dari tindakan-tindakan beliau didalam krisis MB Selangor ini.
Jadi kesimpulannya, TGHH sudah tidak ada pilihan lagi m3lainkan mengumumkan hasrat beliau untuk "bersara" dari jawatan Presiden PAS. Realitinya beliau sudah gugur kelayakan untuk terus m3njadi Presiden seperti saya katakan diatas.
Wallahualam
Secara keseluruhan bolehlah dikatakan dalam PAS terdapat dua golongan yang menjadi penggerak kepada PAS iaitu golongan ulamak dan satu lagi golongan professional. Kedua2 golongan ini amat penting dan memainkan peranan yang cukup penting dalam melangsungkan perjalanan PAS sebagai sebuah pertubuhan politik.
Dan memang tiada siapa pun yang menafikan bahawa kedua golongan ini mempunyai cita2 yang sama iaitu mahu melaksanakan Islam dalam politik negara. Maka itu kedua golongan ini sanggup berada dalam sebuah pertubuhan yang sama iaitu PAS.
Dalam pada itu kita juga mengakui bahawa kedua2 golongan ini sama2 pintar di samping mereka juga mempunyai impian yang sama untuk menegakkan Islam. Tetapi siapakah yang paling layak untuk menerajui kepimpinan PAS sebagai sebuah parti agama? Kalau mengikut acuan agama kita golongan yang paling layak menjadi pemimpin adalah dari golongan ulamak. Tetapi dalam masa yang sama Islam juga mencontohkan jika golongan profesional didapati jauh lebih berwibawa untuk menerajui parti maka ketika itu pilihan perlu diberi kepada golongan profesional atas alasan siasah. Ini bererti golongan ulamak dalam PAS tidak boleh mendabik dada bahawa golongan merekalah yang paling layak untuk menjadi pemimpin dalam PAS. Memang golongan ulamak ini mempunyai keutamaan untuk diangkat sebagai pemimpin tetapi ada syarat lain yang perlu mereka miliki iaitu mempunyai akhlak yang baik dan kemampuan bersiasah yang melebihi golongan profesional!
Dan apakah golongan ulama dalam PAS sekarang ini mempunyai akhlak yang baik dan kemampuan bersiasah tersebut? Nampaknya kita hanya boleh mengatakan jauh panggang dari api. Selama ini saya hanya dapat melihat Ustadz Fadhil Nor dan Ustadz Hj. Nik Abd. Aziz saja dari golongan ulamak yang mempunyai akhlak dan kemampuan bersilat tepis dalam bersiasah. Kemampuan kedua2 tokoh PAS ini tidak terlihat lagi sekarang ini walaupun dalam PAS itu sendiri ramai golongan ulamak.
Kebanyakan ulama dalam PAS sekarang terutama yang telah mencapai gelar Doktor lebih suka berangan2 dengan kerajaan perpaduan. Memanglah kalau terwujud kerajaan perpaduan UMNO-PAS maka orang yang paling diuntungkan adalah tokoh2 PAS yang mempunyai gelar DOKTOR kerana banyak kerja kosong untuk mereka dan membolehkan mereka bergaji besar dan mewah! Tapi apakah itu yang menjadi tunjang perjuangan mereka selama ini? Nampaknya akhlak mereka sebagai golongan ulamak amat jauh dari apa yang kita harapkan. Mereka sudah mula memandang duniawi lebih penting daripada keikhlasan perjuangan!
Dan lebih malang lagi bila presiden PAS yang ada sekarang juga terikut2 dengan lagak ulamak2 muda PAS yang bergelar Doktor. Tidak keterlaluan kalau saya katakan tokoh2 bukan ulamak seperti Khalid Samad, Husam Musa, Nizar Jamaluddin, Mat Sabu, dll. jauh lebih baik daripada tokoh2 yang bergelar ulamak dari segi akhlak dan kemampuan bersiasah!
Maka itu slogan PAS yang berbunyi Memartabatkan Kepimpinan Ulamak perlu dinilai kembali. Slogan ini telah menjadikan kebanyakan ulamak2 muda dalam PAS khususnya yang bergelar doktor naik tocang kerana menyangka mereka saja yang paling pandai dan bijak.
Padahal kita mempunyai ramai tokoh2 dari golongan profesional yang jauh lebih baik daripada golongan ulamak mereka samada dari segi akhlak maupun kemampuan bersiasah!
Tuan Bat8,
Saya setuju dengan pandangan tuan tentang bakat ini. Bakat tidak sama dengan kemahiran. Kemahiran boleh dicari tetapi bakat adalah bersifat semula jadi. Tetapi jika bakat itu disulam dengan kemahiran yang dicari maka natijahnya memang hebat!
Maka itu timbulnya soal ada orang yang hanya mampu bernyanyi di bilik mandi dan terkenal sekadar di bilik mandi. Tetapi ada orang lain pula yang mampu menjadi penyanyi tersohor seantero dunia.
Dan dalam konteks Hadi Awang ini apa yang boleh saya katakan dia memang mempunyai bakat dari segi ceramah politik dan agama tetapi tidak dari segi kepimpinan.Inilah yang telah menimbulkan kerosakan parah dalam batang tubuh PAS sekarang ini.
Saya mengikuti perkembangan Hadi Awang ini sejak tahun 70an lagi. Ketika itu dia tidak mempunyai jawatan penting dalam PAS dan boleh dikatakan sebagai pengikut biasa saja. Tetapi ceramah2 politik beliau begitu panas dan mampu menarik perhatian walaupun cara berpidatonya agak gopoh ketika itu. Maka itu dari sudut berceramah ini boleh saya katakan dia mempunyai bakat. Dan kerana bakat berceramah yang ada padanya inilah yang telah melonjakkan namanya ke level kepimpinan PAS seperti sekarang.
Tetapi apakah yang terjadi setelah dia dipercayai menjadi Presiden? Seperti yang kita lihat sekarang satu demi satu isu negatif yang timbul dalam batang tubuh PAS dan telah menyebabkan huru hara dalam PAS.
Dan kini kita dapat melihat semakin lama PAS berada di bawah seliaan Hadi Awang maka semakin menjadi-jadi kecamuk dalam PAS. Ini menunjukkan Hadi Awang hanya berbakat sebagai seorang penceramah politik tapi gagal sebagai Presiden PAS. Orang seperti Hadi kalau terus dikekalkan sebagai pemimpin sebuah organisasi maka akan menghancurkan organisasi tersebut.
Jadi apakah ahli2 PAS masih mahu berketuakan orang seperti Hadi Awang ini? Semuanya terserah pada kalian semua.....
Tuan mso inilah perangai yg dibawak oleh budak2 pemuda pas...serupo nyo komenglah.kalu kita kurang cerdik gak dok diam2 jange nak tunjuk cerdik.
Saya selalu menyanjungi dan menghormati golongan ulama' namun sejak akhir - akhir ini seolah-olah niat buruk mereka semakin jelas satu persatu. Bila menantu dan kroni ada saham dengan TSKI, bila ustaz2 berkereta mewah mentarbiah ahli tentang kezuhudan, bila nasihat Kelantan bakal jatuh dibalasnya orang luar Kelantan tak tahu ape2 MAAF, golongan agamawan mana dalam PAS yang harus kami turuti dan hormati?
Tiadakah nilai doa dan usaha kami dari Johor serta negeri lain di atas kemenangan PAS selama ini? Kami tegakkan dan perjuangkan PAS di atas ketinggian akhlak ulama'nya selama ini yang mengagungkan Allah. Tetapi bila fitnah dan kesombongan berleluasa di kalangan mereka, memang tiada ruh lagi seruan yang ingin dibawa.
Bukan tak boleh merasai sedikit habuan dunia tetapi janganlah peralatkan Islam untuk mendapatkannya. Takutlah Allah, Dia pasti akan membalasnya.
Post a Comment