Monday, September 8, 2014

Azizah ucap terima kasih kepada Hadi dan tidak lupa budi Pas

KENYATAAN                                                                                                    

Dr Wan Azizah cukuplah memalukannya.
Presiden PKR Dr Wan Azizah Wan Ismail menyatakan sedikit terguris hati dengan kenyataan Presiden Pas Abdul Hadi Awang yang membuat komen tentangnya tidak layak menjadi MB Selangor disebabkan kurang berkebolehan sepertinya.

Azizah dalam memberi reaksi kepada komen Abdul Hadi itu mengakui akan kelemahan dirinya dan akan berusaha untuk memperbaiki.

"Saya sedikit terguris dengan serangan peribadi yang dibuat terhadap saya walaupun saya menghormati pendapat Dato' Seri Abdul Hadi Awang mengenai kebolehan dan kemampuan saya.

"Walau bagaimana pun tidak timbul kemarahan dan saya menerimanya sebagai teguran agar boleh diperbaiki diri InsyaAllah," demikian kata Azizah dalam kenyataan yang diemailkan ke blog ini.

Beliau juga tetap mengenang budi baik pemimpin Pas yang banyak membantu dirinya dan keluarga terutamanya semasa suaminya Anwar Ibrahim dipenjara.

Kenyataan lima perenggan itu cukup rengkas tetapi padat sungguh mengharukan. Kita harap apa yang berlaku sama ada dipihak PKR dan teguran Abdul Hadi itu akan tambah mematangkan lagi politik presiden PKR itu.

Berikut adalah kenyataan penuh Dr Wan Azizah:

KENYATAAN MEDIA

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam reformasi.

Saya mendoakan kesejahteraan dan keselamatan seluruh rakyat Malaysia. Sebuah masyarakat yang melalui kemajuan dan kematangan akan terus berhadapan pelbagai ujian dan beberapa perkembangan politik yang berlaku akhir-akhir ini adalah sebahagian dari proses itu.

Saya sedikit terguris dengan serangan peribadi yang dibuat terhadap saya walaupun saya menghormati pendapat Dato’ Seri Abdul Hadi Awang mengenai kebolehan dan kemampuan saya.

Walau bagaimana pun, tidak timbul kemarahan dan saya menerimanya sebagai teguran agar boleh memperbaiki diri InsyaAllah.

Oleh itu, saya menasihati semua supaya tiada lagi sebarang kenyataan balas dibuat berhubung kenyataan Dato’ Seri Abdul Hadi Awang itu. Fokus kita sewajarnya bersatu membela rakyat dari pelbagai tindakan Umno/Barisan Nasional yang menekan rakyat.

Saya mengucapkan terima kasih kepada Dato’ Seri Abdul Hadi Awang dan keluarga atas jasa beliau dan bantuan kepada saya sejak tahun 1999 lagi. Saya juga tidak akan lupa budi baik pimpinan dan anggota PAS yang lain yang banyak membantu saya dan keluarga.

Saya mendoakan Dato’ Seri Abdul Hadi Awang dipanjangkan umur dan seluruh perjuangan kita dibantu Allah SWT dan diberikan kemenangan.

DATUK SERI DR WAN AZIZAH WAN ISMAIL
Presiden KEADILAN
8 September 2014 [wm.kl.7:04 pm 08/09/14]

9 comments:

ucin sasuke said...

Semoga Allah memberi hidayah Nya.

Ku ingat Taqwa said...

Syabas kak wan. Yg ni baru betui. Harap semua pimpinan pkr terutamanya su saipudin n rafizi jgn dok buat kenyataan balas kepada presiden pas. Serahkan urusan tersebut kpd seluruh blogger upahan yg mantap ni

Hazri said...

minta Tuan MSO cadangkan hj hadi jadi MB Selangor.....ambo nak tengok berwibawa dan layak setakat manakah dia sebagai MB....biar dia perintah selangor dengan exco dari Pas saja jangan ambil dari PKR dan DAP. nak sangat ambo tengok hakikat kebolehan seorang ulamak yang hebat dan maksum ini selepas kegagalannya di trengganu dulu.

unknown said...

Salam Tuan MSO,

Daripada kenyataan pehak istana yang murka kepada PKR dan DAP maka kemungkinan besar ADUN Pas dipilih sebagai Menteri Besar Selangor.

Walau bagaimana pun mungkin istana juga dapat melihat kebarangkalian keadaan tidak akan reda jika jawatan MB di beri kepada Pas dengan melihat rentetan perang mulut antara Pas dengan PKR + DAP.

Bahawa kemuncak pergeseran kedua kumpulan dalam PR ini akan meletop sebaik sahaja jawatan MB diserahkan kepada Pas tidak dapat dielakkan lagi dengan Pas dipecat daripada PR atas sebab merampas hak PKR.

Kemungkinan pertama yang amat besar ialah undi tidak percaya kepada MB Pas akan berlaku.

Kemungkinan kedua ialah atas dasar perinsip, 2 Adun Pas tidak akan sanggup menyokong undi tidak percaya kepada Parti sendiri kerana pegangan mereka selama ini pun hanya menyokong Wan Azizah atas perinsip berpegang kepada keputusan muktamar Pas 2008, bukan mereka keluar Pas.

Jika mereka menentang undi tidak percaya maka kesudahannya undi akan jadi 28 vs 28.

Kemungkinan ketiga ada dua. Pertama, pehak istana setelah menyedari keadaan tidak dapat diperbaiki akan membubarkan dewan bagi mendapatkan mandat baru. Kedua ialah pembubaran dewan oleh tindakan dari pada ahli sendiri berpunca daripada kedudukan yang terus tergantung apabila undi tidak percaya berkedudukan seri.

Pada pandangan saya, untuk menamatkan konflik ini, tiada jalan lain melainkan dibubarkan dewan supaya rakyat dapat memberi pengadilan kepada semua pehak dan menghindarkan pehak istana terbabit dengan lebih jauh lagi.

supir said...

Sdr MSO, Kenyataan yang dikeluarkan oleh DS Wan Azizah memang mantap. Itulah sifat seorang pemimpin yang mulia.Dari penghayatan saya, kekusutan yang timbul di Selangor bermula dari perebutan jawatan dalam Mesyuarat Agong PAS yang lalu. Ianya bertambah parah bila Dewan Ulamak Pas Pusat yang bermesyuarat di Kedah secara terbuka memberi sokongan kepada calun-calun ulamak (harap-harap bukan ular dalam semak) /ustaz yang bertanding merebut jawatan dalam Mesyuarat Agong Pas yang lalu. Ianya semakin bertambah parah bila Dewan Pemuda Pas Pusat yang berkumpul di Johor memberi sokongan yang sama. Ditambah pula dengan isu Syiah dan tekanan yang diberikan kepada perwakilan oleh golongan tertentu. Kalau ikut kepada kiraan matematik, semua calun-calun dari golongan profesional akan kalah dan hilang deposit.

Merujuk kepada isu perlantikan MB Selangor yang baru, berkemungkinan besar ianya akan dapat kepada PAS. Ini sangat mudah dapat diduga apabila Presiden PAS sendiri yang menghantar percalunan. Kenyataan yang dibuat oleh pemimpin2 kanan PAS dalam sehari dua ini menyerlahkan tanggapan tersebut.

Bagi PKR & DAP, mereka sudah jangka jawatan MB bukan jadi milik mereka.Sebab itu mereka sanggup mempertahankan DS Wan Azizah sebagai calun tunggal MB Selangor.Selagi TS Khalid jadi MB sementara dan masih berurusan dengan istana, peluang untuk PKR adalah tersangat nipis. Buatlah pelbagai ulasan tapi itulah hakikatnya. TS Khalid amat terhutang budi kepada PAS sejak krisis MB Selangor terjadi dan PAS dengan terang lagi bersuluh telah mula merancang untuk mendapat jawatan MB. Berilah pelbagaim penafian tapi niat PAS memang napok jelas.

PKR & DAP tidak akan bantah jika sultan pilih EXCO Pas jadi MB Selangor yang baru dan itulah harapan PKR & DAP. Mereka nak tunjuk bukti kpd rakyat Malaysia bahawa itulah sifat sebenar PAS, sebuah parti yang mengaku menggunakan perjuangan berlandaskan Islam. Dalam keadaan bilangan DUN yang majoritinya dikuasai oleh PKR & DAP, apa MB PAS boleh buat? Speaker & EXCO semua dari PAS. PKR & DAP tidak akan pegang apa2 jawatan dalam Kerajaan Negeri. Keadaan ini akan berterusan sehingga ke PRU 14 nanti. Selepas itu rakyat Selangor dan rakyat Malaysia akan mengajar PAS bagaimana cara nak berkawan. Bagi saya, ini adalah titik permulaan kejatuhan PAS di Malaysia. Maka akan bermulalah “penjernihan” sesama ahli-ahli dalam PAS. Yang akan dapat bertahan dalam PAS adalah mereka yang bergerak sejak dulu, yang menghabiskan duit dan jiwa raga mereka kepada PAS. Kepada ustaz2 muda yang baru mengenali PAS melalui kuasa, mereka tidak akan kekal lama.

Unknown said...

PKR jika tidak bergabung dalam pakatan rakyat, berapa kerusi yang dia dapat??? balik tgok sejarah, hanya Parlimen Permatang Pauh. itu saja pencapaian. Bila bergabung dalam pakatan rakyat baru dapat banyak kerusi, so jangan nak berlagak sangat.. kalau PAS tarik diri daripada gabungan ini yang pasti Kelantan tetap milik Kerajaan PAS sebab kerajaan itu tertubuh sebelum Pakatan Rakyat muncul..negeri-negeri belum tentu.. sendiri mau ingat la

Unknown said...

Norita ni dah layak mengundi ke

bat8 said...

Norita

Sdri bukan orang kelantan pun. TGNA jadi MB 23 tahun. Sekarang Kelantan diperintah oleh puak baru-puak yang Pro TGHH. Kami di Kelantan nampak kerajaan s3karang haru biru, banyak masaalah. Jika dibandingkan 5 tahun pertama TGNA, cabaran dan masaalah lagi besar. Kita pun tak faham mengapa nampak tak berkemampuan sedang masaalah jauh lebih sedikit dari zaman awal TGNA.

Pimpinan sekarang adalah golongan lebih muda dari TGNA. Sepatutnya mereka lebih cekap lah sebab mereka semua faqeh kitab. Masaalah terbesar Kelantan dari dulu ialah pendapatan kerajaan negeri yang rendah. Mereka orang muda, pendidikan ugama lebih tinggi sepatutnya boleh buat dengan lebih baik.

perbualan dan cakap2 rakyat hendak tukar Kerajaan PAS Kelantan dalam PRU 14 nanti sudah kedengaran sekarang dan menjadi perbualan. Sumber dalaman UMNO Kelantan juga memberitahu mereka berkeyakinan akan dapat menjatuhkan kerajaan PAS sekarang kerana aura TGNA sudah tiada.

Kalau UMNO dok dendiam, kerajaan baru PAS Kelantan pasca TGNA akan juga mengikut jejak langkah kerajaan Terengganu pimpinan TGHH dan Kedah pimpinan Almarhum Tan Sri Dato Azizan Razak - KERAJAAN SEPENGGAL!

Najwan said...

PAS kekal di Kelantan juga hasil doa-doa penyokongnya di seluruh negara. Ia juga berkat kepimpinan TGNA yang peka dan tegas dalam perjuangannya menegakkan Islam dan menentang persekongkolan dengan UMNO lagi. Dengan sikap agamawan PAS sekarang yang tikam kawan, memungkiri janji dan memfitnah, keberkatan serta tempoh pemerintahan PAS akan berkubur tak lama lagi. Bumi Kelantan malah dunia ini milik Allah, ia bukan milik PAS atau sesiapa sahaja. Kalau PAS pun mula bersikap zalim, bermuka-muka dan tidak berakhlak, jauhkanlah diri dan perbuatan yang mengundang bala' Allah. Baru menang Kelantan sudah riya', memang ada hikmah Allah belum bagi kemenangan memerintah negara ini.

Perlu diingatkan juga PAS takkan mampu memerintah negara ini dengan bergerak sendiri. Hal yang sama terpakai untuk PKR, DAP hatta UMNO sendiri. PAS sememangnya telah menggunapakai politik sekular dengan me'laut'kan aspek agama dan akhlak dalam kepimpinan sekarang. Cerminlah diri sendiri!