Dia berjalan seperti biasa tanpa sedikit pun kekok atau tertekan dengan apa-apa perasaan. Sambil berjalan membela hadirin di kiri kanan dalam dewan utama di Dewan Perhimpunan China, dia bersalam dengan setiap tangan yang dihulurkan kepadanya. Sennyuman tidak pernah lekang dari bibirnya. Kelincahannya menyenangkan sesiapa yang melihatnya.
Kak Wan menerima buku baru saya. |
Itulah gambaran yang dapat saya nyatakan hasil dari "pencurian pandang" terhadap karektor Presiden PKR Dr Wan Azizah Wan Ismail (Kak Wan) di Dewan Himpunan China malam tadi. Beliau hadir menyatakan solidariti kepada acara memansuhkan Akta Hasutan 1948 yang dianjurkan oleh sebuah Ngo bernama AGAH.
Beberapa orang bekas tahanan ISA dan menjadi mangsa Akta Hasutan dn ISA tampil, menyata dan meluahkan rasa isi hati kenapa akta dekronian berkenaan harus dihapuskan. Mengejutkan turut hadir sama malam tadi memberi sokongan agar akta itu dihapuskan ialah bekas Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Saifuddin Abdullah.
Saya menanti Dr Wan Azizah mara mendekati saya. Saya mengambil sudut jauh ke luar pintu dewan mencari ruang untuk membolehkan saya menyapa atau berborak-borak seketika, sebenarnya untuk menghulurkan buku terbaru saya IN SIDE STRORY: KEJATUHAN KERAJAAN PAS KEDAH, kepadanya. Nurul Izzah yang ditemui sejak awal sudah pun memiliki buku berkenaan.
"Hei geli lihat wajah orang Pas," begitulah reaksi spontan Nurul Izzah sebaik sahaja menghulurkan buku berkenaan untuk dipostkan dalam Facebook. Pandai juga Ahli Parlimen Lembah Pantai ini bergurau dan menggeletek hati.
"Kak Wan, ini buku baru saya, " hulur saya kepada Wan Azizah. Serentak itu juga dia menguncikan langkah.
Beliau mencapainya dan menatap wajah kulit buku berkenaan beberapa juru. "MSO...! " kemudian terloncat perkataan itu menyeru nama saya. Ada nada semacam sedikit terkejut dan saya pula terbias rasa bangga.
Selepas beberapa ketika Kak Wan membelek-belek buku itu saya mengambil balik untuk membuat sedikit catatan autograf kecil. "Kesabaran adalah kemenangan". Begitulah perkataan yang saya tulis dengan huruf "rengkei" ala-ala tulisan doktober. Atas perkataan itu saya tulis "Salam Perjuangan". Perkataan itu adalah sebagai kekaguman saya kepada kegigihan dan kesabaran dalam hidup baik sebagai seorang isteri dan juga presiden kepada sebuah parti politik.
Saya nampak beliau seperti terperagah seketika dan senyum sambil mengangguk-angguk kecil melihat buku berkenaan. Kak Wan cukup faham apa maksud yang saya tuliskan itu. Kesabaran adalah kemenangan. Kejayaan dalam mencapai sesuatu perjuangan itu ialah kerana adanya nilai sabar yang tinggi dalam diri seseorang sepanjang dia menongkah tebing dan menuruni lembah perjuangan dalam apa juga bidang. Dan itu telah dilakukan oleh Dr Wan Azizah sejak lebih berdekad lampau.
Sepanjang saya memerhatinya banyak saya melihat Kak Wan menang dan berjaya dalam pertarungan kehidupannya baik dalam rumah tangga dan politik serta pembela kepada suaminya, Anwar Ibrahim. Bayangkan sejak Anwar dituba dan ditahan onak kira-kira 15 tahun lalu beliaulah menjadi ayah dan ibu kepada anak-anak dan keluarga mereka.
Tidak ada seorang isteri menghadapi cabaran dan dugaan sehebat beliau. Beliau bukan sahaja setakat menanggung beban penderitaan kerana suami disumbat ke dalam penjara, tetapi ejekan dan penghinaan yang tidak pernah berhenti sejak tahun 1998 hingga ke hari ini.
Sejak Mahathir Mohamad membuka empangan penghinaan ke atas Anwar pada 3 September 1998, beliau terus dihina dan dinesta dengan sejuta kata-kata huduh dan kesat. Arus dan gelombang memburukkan Anwar berterusan dan situasi inilah yang menumpahkan simpati mendalam saya kepada presiden PKR itu.
Jika hendak dikutip kemenangan beliau, memang banyak. Tetapi kemenangan paling hebat ialah apabila beliau masih beleh tersenyum tanpa membayangkan kedukacitaan walaupun beliau dinafikan untuk menjadi MB Selangor. Penolakan namanya oleh Sultan Selangor tidak perah menjadi setitik timah cair yang membakar amarahnya. Dr Wan Azizah redha dengan takdir.
Penolakan itu bukan hanya setakat disitu penghinaan ke atas Dr Wan Azizah, tetapi penghinaan yang mengatakan beliau tidak layak untuk menjadi MB Selangor sesuatu yang menikam jantung hatinya. Apa lagi penghinaan itu datang daripada rakan politiknya sendiri iaitu Abdul Hadi Awang presiden parti agama terbesar di negara ini. Sikap terbuka dan redha Azizah dalam menghadapi "mehnaj" ini terbukti apabila beliau sedia menerima kritik Abdul Hadi dan sedia pula membaiki kesalahan dan kelemahannya seperti dinyatakan Hadi dan membalas dengan ucapan terima kasih.
Kemampuannya menghadapi segala dugaan dan penghinaan itu terbukti apabila beliau dapat berkhidmat menjalankan tugasnya sebagai presiden seperti biasa. Dan kehadiran beliau malam tadi untuk memberi semangat dan solidariti menghapuskan akta Hasutan 1948 menandakan Dr Wan Azizah tidak pernah melayani kritikan dan persendaan ke atasnya. Semua itu seperti sudah lunyah dan mangli buat dirinya yang bernama Serikandi Bangsa. [wm.kl.11:27 am 16/09/14]
2 comments:
Wan Azizah terbaik
Ya , ALLAH permudahkan urusan Kak Wan dan jadikan impian rakyat Selangor dan Malaysia kenyataan yang amat kami nantikan . Ya , ALLAH perkenankanlah doa dan permintaan kami ..... kami amat mengharapkannya ..... Aaminnnnn !
Post a Comment