Monday, September 15, 2014

Hadi Awang terus sakiti hati PKR

ULASAN ISU                                                                                                    

Cadangan Abdul Hadi Awang supaya Abdul Khalid Ibrahim dikekalkan sebagai MB Selangor kononnya untuk menyelesaikan krisis perebutan jawatan MB Selangor dilihat cadangan bukan meredakan keadaan tetapi menambah-sakitkan hari pihak PKR.

Jika orang melihat Abdul Hasi sebagai seorang berwajah agama, tentu orang akan pertikaikan mengenai kecerdikan presiden Pas itu. Kenapa beliau bertindak songsang dan menentang arus dalam Pakatan Rakyat. Adalah baik kalau beliau berterus terang dan tidak membuat tindakan sedemikian yang menunjukkan akan kelemahan beliau sebagai seorang ahli politik.

Sekiranya Abdul Hadi tiada idea untuk menyelesaikan kemelut di Selangor lebih baik beliau mendiamkan diri daripada bercakap menyakitkan hati orang lain. Tanpa disedari cadangan Abdul Hadi itu juga mengesahkan akan agenda kedatangannya ke rumah Abdul Khalid bersama Mustafa Ali pada bulan Ramadhan lalu.

Apabila ada tuduhan mengatakan kunjungan malam Abdul Hadi dan Mustafa itu sebagai untuk mengajak Khalid menyertai Pas, dinafikan oleh mereka berdua. Mustafa telah membuat penjelasan terbuka bahawa kunjungan itu adalah kunjungan biasa sahaja.

Kata Mustafa, kunjungan itu sebagai hendak memenuhi kehendaki Khalid yang ingin bertemu dengan Abdul Hadi kerana Abdul Hadi ketika itu tidak berapa sihat. Tanpa menyedari bahawa cara pertemuan itu bersalah adat dimana sepatutnya Khalid ke rumah Hadi bukan sebaliknya, menjelaskan jawaban Mustafa itu tidak jujur dan benar.

Cadangan tidak profesional Abdul Hadi itu turut mendedahkan niat busuk parti agama itu sebelum ini khasnya oleh Abdul Hadi yang memberi jaminan kepada Khalid agar kekal sebagai MB Selangor. Tindakan Abdul Hadi itu tidak berbangkit kalau ia dibuat secara berterus terang dan berani bukannya klu klik.

Dan apabila semalam beliau mengemukakan cadangan agar Khalid kekal sebagai MB menjelaskan apa yang ada di sebalik tabir yang cuba dinafikan. Benarlah kata orang bangkai apa lagi kalau bangkai manusia ia tidak boleh ditusuk dan selindung kerana bau busuknya akan meruap ke segenap penjuru.

Tindakan atau pun ulasan berententan dilakukan Abdul Hadi itu mudah untuk disimpulkan apa yang ada dalam kepala presiden parti agam itu kini. Bahawa baginya persepakatan Pas dengan PKR dan DAP selagi beliau menjadi ketua Pas tidak akan berjalan lendik lagi.

Apakah teka teki mengenai hubungan Pas dengan PKR dan DAP ini akan terjawab pada muktamar Pas ke 60 yang akan diadakan di Batu Pahat kelak. Saya akan ulas hal ini dalam catatan lain. [wm.kl.8:26 pm 15/09/14]

6 comments:

Malaysiabaru said...

kita semua perlu tahu bukan hadi yg bercakap, bukan ostad yg bercakap, bukan presiden yg bercakap tetapi kata kata menantu yg persetankan nafsu sebenarnya yg memberi arahan, hadi kini tenat di remote control oleh menantu, istana dan perangsang

Unknown said...

Sekarang barulah jelas rupanya perasaan untuk membentuk Kerajaan Perpaduan UMNO_PAS masih begitu membara. Apabila Nasaruddin tersingkir kerana bersengkongkol dengan Hadi Awang untuk membentuk kerajaan perpaduan tetapi Hadi Awang terselamat daripada penyingkiran! Mengapa?

Kerana mungkin ahli PAS ingin menjaga perpaduan ataupun mengira Hadi Awang telah insaf dengan kesilapan nafsunya yang mahukan kerajaan perpaduan. Tetapi rupanya dia menyorokkan kukunya ketika majoriti ahli PAS sedang histeria mengherdik golongan pro-kerajaan perpaduan ketika itu. Dan sekarang setelah dirasakan reda gelombang tersebut dan dia merasakan bertambah kuat kedudukannya dalam Pas, maka nafsu kerajaan perpaduannya muncul kembali, hatta sehingga sanggup menggunakan kuasa vetonya untuk menggoyang kerajaan PR di Selangor. Dan baru2 ini sehingga sanggup menyatakan dirinya boleh menolak kuasa Jawatan Kuasa Pusat.

Maka itu tingkah laku dan kata2nya semakin pongah! Soalnya apakah ini jenis Presiden yang majoriti ahli PAS mahukan? Sudah sampai masanya presiden yang menjadi duri dalam daging PAS ini ditolak sebelum keutuhan PAS semakin reput dari dalam seperti kayu yang dimakan anai2......

Seniwoman said...

Dia dikatakan pernah mengaibkan individu lain sebelum ini, enggan minta maaf setelah ruang selesa diberikan dan menghadapi tindakan saman berjuta pula. Mungkin inilah balasannya apabila sendiri yg mengaibkan diri sendiri, walaupun cuba ditutup tetap akan gagal jua.

Unknown said...

saya no comment sbb terlalu kecewa dgn sikap ketua parti agama. isu ini mnguatkan lagi falsafah cina yg mngatakan seribu tahun belum terlewat utk mmbalas dendam. mungkin inilah masa nya ketua parti agama itu ingin mmbalas dendam kpd anwar kerana tersalah popular brbanding beliau. aku masih lagi hairan kenapa lah dengki sgt dgn anwar sampai bini anwar pun kene perli. mungkin sepertimana tulisan mariam mokhtar kak wan ditakdirkan intelligent and spanky clean. apapun dalam hidup ni

Unknown said...

Abdul hadi semakin banyak kau cakap semakin celaru jadinya......sila diam

Anonymous said...

Nih lah bodohnya tak faham bahasa ganu.... yg tghh maksubkan mengekalkan dski dari awal isu ini bermula.... bukannya mengekalkan dski buat masa sekarang.... kerana sekarang tski sudah jadi adun bebas...

Kalu tak faham jawapan dan dialek tghh....please bagi faham dulu.... jgn fitnah sembrono.... sia2 dpt dosa kering.... jahat dan hitam betul hati mso nih....