PERNYATAAN
Perkembangan terbaru kemelut politik di Selangor menunjukkan tanda-tanda bakal menggembirakan semua orang kerana pihak istana sudah bersetuju untuk menerima menghadap MB baru bagi mengganti Abdul Khalid Ibrahim.
Hari ini pejabat Sultan Selangor telah mengutus kad jemputan kepada pembesar negeri untuk hadir ke Balai Rongseri Istana Shah Alam untuk upacara angkat sumpah.
Sehingga kini masih belum diketahui siapakah bakal mengangkat sumpah sebagai MB untuk mengganti Khalid Ibrahim. Bagi rakyat yang resah dengan kemelut yang memakan masa berbulan-bulan itu tidak kisah siapa yang akan dilantik menjadi MB.
Apa yang penting krisis itu akan beradu dan tidak berbangkit lagi selepas ini. Menurut desas desusnya majlis angkat sumpah akan diadakan pada 23 September 2014.
Di sini saya tidak mahu membuat spekulasi siapakah yang akan menjadi MB. Seperti dikatakan tadi, penamatan kemelut di Selangor itu tanpa DUN dibubarkan sesutau yang didoakan oleh rakyat. Tindakan itu juga satu kebijaksanaan Sultan Selangor kerana ia merupakan keputusan yang disenangi semua orang.
Kepada bakal MB diucapkan selamat berkhidmat dan teruskan menyambung mana-mana tugas dan tanggungjawab bermanfaat demi rakyat yang tertangguh semasa Khalid menjadi MB. Selamat. [wm.kl.8:40 pm 18/09/14]
No comments:
Post a Comment