Tuesday, February 28, 2017

Anak syarikat kerajaan Kelantan kalah kes saman bernilai ratusan juta?

PANAS 

Kerajaan negeri Kelantan dibawah parti agama (Pas) mungkin menghadapi kerugian (hilang) ratusan juta ringgit apabila beberapa buah anak syarikatnya menghadapi saman oleh pelbagai pihak. Baca juga ini - http://msomelayu.blogspot.my/2014/01/kerajaan-kelantan-disaman-rm230-juta.html#more

Setakat yang terhitung sehingga kini kerajaan negeri Kelantan menerusi beberapa buah anak syarikatnya disaman oleh 10 pihak - maksudnya 10 kes. Berertinya 10 entiti atau anak syarikat membabitkan kerajaan negeri Kelantan sedang menghadapi pertimbangan mahkamah.

Hampir kesemua kes-kes saman itu membabitkan ketidaktelusan atau pun engkar janji oleh anak syarikat kerajaan negeri dengan beberapa pihak yang mana setengah diberikan tander atau kontrak tetapi ditarik balik tanpa jalan penyelesaian sewajarnya.

Paling mengejutkan terdapat juga kes saman kerana salah laku beberapa orang wakil rakyat yang memegang atau berkepentingan dalam anak syarikat atau menjadi ahli lembaga pengarah kepada syarikat. Salah satu ialah seorang ahli lembaga pengarah dikatakan menerima wang bernilai RM50,000 daripada seorang individu yang diberi tawaran membalak kemudian tawaran itu ditarik balik.

Kerana tindakan itu dianggap zalim individu berkenaan telah mengemukakan saman di mahkamah.  Mengejutkan saman itu dikemukakan oleh seorang Ketua Cawangan parti agama (Pas) di kawasan Kota Bharu.

Hari ini salah satu daripada 10 kes-kes saman berkenaan telah dibicarakan di Mahkamah Tinggi Kota Bharu dan mahkamah memutuskan anak syarikat kerajaan Kelantan, iaini Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) dan syarikat Baldah Toyyibah (Prasarana) Sdn.Bdh, didapati bersalah engkar perjanjian.

PMBK dan Baldah Toyyibah Sdn Bdh disaman oleh sebuah syarikat pembinaan Dea Hanguru Infra Sdn. Bhd dari Korea yang ditubuhkan di negara ini.

Syarikat Dea Hanguru telah diberi tawaran untuk menyiapkan lebuh raya rakyat sepanjang 73 km dari Machang - Kuala Krai pada tahun 2012. Perletakan batu asas projek lebuhraya berkenaan dilakukan sendiri oleh bekas MB Almarhum Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Tawaran itu dibuat oleh Syarikat Baldah Toyyibah (Prasarana) selaku syarikat pengurusan pembinaan lebuh raya rakyat dan PMBK yang bertindak sebagai pihak Kerajaan Kelantan.

Dea Hanguru menerima tawaran kontrak itu pada Oktober 2012 dan telah pun memulakan kerja-kerja awal membawa masuk jentera berat, kerja-kerja pembersihan tapak dan membina site office. Bagaimana tawaran itu ditarik balik pada 2013 tanpa sebarang perundingan dan sebab-sebab yang jelas dan munasabah.

Pengerusi Baldah Toyyibah (Prasarana) Sdn Bdh ketika itu ialah Adun Salor yang juga salah seorang anggota Majlis Mesyuarat Kelantan (Exco) Husam Musa yang juga menjadi pencetus kepada projek pembinaan Lebuh Raya Rakyat (LRK).

Malangnya ekoran berlaku perubahan dalam tampuk pemimpin pertukaran MB daripada Nik Aziz Nik Mat kepada Ahmad Yakob menyebabkan kedudukan Husam di situ tidak kekal. Perubahan itu juga menyebabkan mereka bertanggungjawab terhadap syarikat Baldah Toyyibah dan PMBK telah menarik balik tawaran kepada Dea Hanguru.

Ekoran penarikan balik tawaran itu Dea Hanguru menyatakan rasa tidak puas hatinya dan mengancam untuk menyaman kerajaan negeri kerana mereka telah mengeluarkan perbelanjaan dan mengalami kerugian. Husam sebagai seorang Adun Pas memberi cadangan dan pengsyoran supaya isu itu diselesaikan dengan baik demi kebaikan bersama.

Malangnya pihak yang menguasai kerajaan Kelantan selepas ketiadaan Nik Aziz enggan melayan cadangan Husam itu malahan beranggapan dan yakin syarikat daripada Korea itu tidak ada hak untuk menyaman kerajaan Kelantan dan kalau pun saman ia tidak akan menang.

Setelah gagal mencari penyelesaian secara baik, syarikat Dea Hanguru dikatakan tidak ada pilihan lain melainkan membawa kes itu ke mahkamah untuk menuntut balik perbelanjaan yang dikeluarkan serta tanggungan lain-lain kos.

Semasa perbicaraan kes itu Dea Hanguru telah memanggil (sapina) Husam sebagai bekas pengerusi Syarikat Baldah Toyyibah sebagai saksi. Husam disapina sebagai saks sehinggakan terpaksa absen sidang dewan ketika itui. Gara-gara kehadiran Husam menjadi saksi itulah menyebabkan beliau dikecam dan akhirnya membawa kepada pemecatan beliau daripada Pas.

Kehadiran Husam itu dijadikan antara alasan untuk memecat Adun Salor itu dari Pas kerana beliau dianggap sebagai belot kepada parti sedang hakikatnya beliau sudah memberi nasihat agar kes itu diselesaikan di luar mahkamah bagi mengelakkan kerajaan mengalami kerugian.

Hari ini Mahkamah Tinggi Kota Bharu telah memutuskan pihak PMBK dan Baldah Toyyibah didapati bersalah dan diperintah membayar ganti rugi kepada Dea Hanguru. Bagaimana pun syarikat Baldah Toyyibah dilepaskan.

Menurut Hakim bicara kes itu agak unitk kerana bekas pengerusi Badah Toyyibah dipanggil menjadi saksi bagi pihak penyaman (Dea Hanguru) di mana agak sukar untuk beliau menolak saman berkenaan.

Dalam tuntutan saman itu Dea Hanguru telah menuntut ganti rugi sebanyak RM225 juta dan RM5 juta sebagai ganti rugi khas kerana pengingkaran kontrak yang diberikan kepadanya. Mahkamah masih belum mentafsirkan berapa jumlah tuntutan yang perlu dibayar oleh kerajaan Kelantan kepada Dea Hanguru. Kemungkinan pihak kerajaan Kelantan akan mengemukakan rayuan ke mahkamah lebih tinggi.

Bayangkan sekiranya cadangan dan pengsyoran dibuat Husam diambil kira mungkin wang kerajaan negeri boleh diselamatkan daripada membayar saman berkenaan dan wang itu boleh digunakan untuk keperluan lain lagi. Bersambung. [wm.kl. 7:13 pm 28/02/17]

7 comments:

Unknown said...

Nama aje kerajaan serambi mekah....
Tetapi amat memalukan kerana dipimpin oleh lebai penyamun yg bongkak lagi sombong....
Lepas nie kena tebang banyak lagi le balak.. nak tanggung hutang saman......

mansor said...

Kalu ini benar...PAS selepas TGNA adalah perosak Kelantan...

Pok Li said...

Rusok habis Kelantan lo ni angkara lebai² meto & manggok. Persepsi yang terlahir seolah² Islam tak mampu mentadbir negeri atau negara.

Helmi said...

Astagfirullahalazim
Teruknya perangai puok2 ni selepas era gemuloh ayah zid

as-s said...

Kalu betul 90j masuk akaun pon x cukup nak cover total 230j tu....malang

Unknown said...

Klau dulu dizaman almarhum tgna kelantan dpanggil serambi mekah ttp sekarang kelantan harus dpanggil serambi apa?....fikir2kn la

Afina said...

Celaka lah kamu MSO. Pandai buat fitnah. Benci dan busuk hati kamu terhadap kerajaan pimpinan ulamak. Tunggulah azab dari Allah. Tak lama dah kamu ni hidup. Cepatlah bertaubat. Kamu ni terlebih makan dedak DAP/ AMANAH