Thursday, April 20, 2017

Tutup perniagaan masa azan baik

SINGGUNGAN

Cadangan PBT Kota Bharu Bandaraya Islam (MPKBRI) mengenakan peraturan para peniaga pasar malam menutup urusan perniagaan mereka menjelang masuk waktu Maghrib pada asasnya satu peraturan yang baik. Itulah sepatutnya dilakukan sebagai menghormati waktu solat.

Tidak perlu perkara itu menjadi kontroversi dan menjadi polemik sehingga orang melihat Islam itu menjadi huduh dan diberi gambaran ianya kasar. Walhal peraturan atau syariah Islam itu bertujuan baik dan membawa maslahat kebaikan untuk semua tanpa mengira penganut agama apa.

Tetapi kenapa ia menjadi masalah, sehingga ia menjadi polemik ialah kerana silap teknik. Kesilapan teknik ini bagi saya berlaku kerana kurang hati-hati Exco yang bertanggungjawab dengan arahan itu, Abdul Fattah Mahmood.

Mulanya Fattah didakwa membuat kenyataan arahan itu melibatkan semua peniaga termasuk bukan Islam. Kemudian selepas arahan itu dipertikai beliau cuba membetulkan kononnya arahan itu tidak bermaksud demikian. Bila Husam Musa mengulas kurang tepat arahan itu dia melenting.

Kenapa beliau harus perbetulkan kenyataan itu. Apa salahnya kalau peniaga bukan Islam juga ikut menutup sama perniagaan mereka. Bukan pun lama hanya sekitar 10 hingga 15 minit sahaja. Dan peniaga bukan Islam perlu menujukkan sikap toleransi mereka dalam hal ini. Orang bukan Islam perlu menunjukkan sikap unik mereka berada di Kelantan.

Fattah tidak sepatutnya membaiki kenyataan asalnya. Dia perlu tegas tanpa mempedulikan kritikan ke atas arahan dan peraturan itu apa lagi menempelak orang mengkritiknya. Apabila sesuatu arahan dibuat kemudian diperbaiki ia menjelaskan kelemahan kita. Makanya sebelum sesuatu arahan atau peraturan hendak dikuatkuasakan, kaji dan bincang dari segala segi.

Dalam hal ini saya lihat peniaga bukan Islam tidak sangat mempertikaikan arahan itu tetapi pihak lain. Orang politik cepat sangat menyambar isu sebagai modal politik. Media massa yang selalu pelahap dengan isu-isu sensasi untuk melariskan media mereka juga tidak ada tanggungjawab dan rasa hormat langsung apa lagi membantu isu berkenaan dengan tidak mensensansikannya.

Atas pertikaian itu memang ada benarnya. Peraturan sedemikian tidak boleh bersifat arahan dan paksaan seperti mana pandangan Husam. Ia sepatutnya digerakkan ke arah bersifat mendidik dan memberi galakan. Lain kali sekiranya ada apa-apa peraturan baharu yang hendak diperkenalkan buatlah dengan baik dan penuh ketelitian untuk mengelak ia jadi isu.

Dan orang-orang politik juga janganlah cepat menyambar apa-apa isu hanya mahu digunakan atas kepentingan politik masing-masing. Husam sendiri kurang wajar memberi respon mengenai perkara ini sebab ianya tidak sepadan dengan kapasitinya.

Exco berkenaan juga kurang bijaksana apabila cepat menjawab teguran ke atasnya. Sebaik-baiknya beliau mengaku silap dan membuat ralat akan memperbetulkannya. Kita perlu berjiwa besar dan jangan sesekali bersikap hendak mempertahankan kesalahan. Dengan cara itu isu tersebut tidaklah akan dicapture oleh media massa sehingga ia menjadi perkara yang rumit pula dan memalukan agama. [wm.kl.6:21 pm 20/04/17]

5 comments:

mssod said...

dan yg menegur perlu berhemah. yg di tegur perlu berlapang dada. sekarang buruknya islam kerana di buruk oleh org islam sendiri.

Unknown said...

ada satu masa melawat anak ke daerah tgganu.. tak ingat kawasan tu..pegi pasar mlm nya.. memang ditutup lampu waktu maghrib..jadi kita kawasan lembah kelang.. rasa tutup lampu waktu maghrib bagus benar..sebenar pasar mlm tutup
lampu waktu maghrib takde isu
pun..arahan pej daerah pekedai2 tak leh pertikaikan.. tp mcm mso ckp.. org politik suka menyambar.. tu yg kecuh tu.. buat malu org islam je.. benda kecik jadi isu..

Mat Safian said...

Di sebelah berhampiran bandar Kulim, majlis daerahnya letak kontena mudah-alih di tengah2 pasar malam utk kemudahan solat para peniaga dan pengunjung. Tiada isu timbul. Kalau tutup lampu shaja tanpa ada kemudhan tempat solat pun tak bermakna kerana peniaga biasanya mula beroperasi jam 5 ptg.

zaz said...

Dulu seingat aku memang MPKB ada menguatkuasa perintah supaya pasar malam ditangguhkan sementara iaitu pada waktu magrib tidak dibenarkan berniaga untuk memberi laluan kepada samada kepada peniaga / pengunjung untuk solat, tapi kini penguatkuasa nampaknya tidak berlaku lagi. Kenapa saya kata begitu dulunya kita melihat kenderaan MPKB berada di pasar malam untuk menguatkuasakan perintah itu tapi kini telah tidak kelihatan lagi --- mengikut perhatian aku di pasar malam kampung sireh..

seorang kelana said...

Alangkah baiknya kalau kerajaan dpt mendidik masyarakat menghormati waktu solat. Ketika hampir Maghrib masyarakat tak keluar membeli belah. Peniaga pun sempat utk solat. Kenapa ibadah perlu dikuatkuasakan? Kenapa iman tak berfungsi? Kerajaan Islam adlh kerajaan yg mana masyarakatnya Islam-beramal dgn Islam kerana imanny hkn kerana penguatkuasa.