CATATAN
Anwar bersalam dengan Dr Mahathir yang kelihatan sebak merenung tepat ke wajah Anwar. |
SELEPAS enam hari (10 Mei) Malaysia mencatat
sejarah baru dan rakyat menerimanya penuh kesyukuran dengan pembentukan
kerajaan Malaysia baru — kerajaan PH dengan Dr Mahathir Mohamad menjadi PM kali
kedua serta melantik Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai TPM wanita pertama, hari
ini 16 Mei, satu lagi sejarah dicatat berlaku di Malaysia.
Sejarah dilakari hari ini adalah penerusan kepada sejarah manis enam hari lalu, ianya mengenai pembebasan Anwar Ibrahim daripada penjara yang dilalui selama tiga tahun dua bulan. Anwar mendapat pengampunan daripada Yang di Pertua Agong Sultan Muhammad ke V.

Sejarah ini tidak akan dilupa di sepanjang hayat,
setiap rakyat negara ini yang cintakan keadilan dan kedamaian, apa lagi
individu yang terbabit secara langsung melukis tawarikh itu; Anwar Ibrahim
isterinya Dr Wan Azizah Wan Ismail bersama keluarganya, Dr Mahathir Mohamad
sebagai PM dan Sultan Muhammad ke V sebagai yang diPertua Agung, turut
mengenangnya.
Anwar dibebaskan sepenuhnya, tanpa syarat dengan pengampunan daripada Yang diPertuan Agung. Bererti beliau suci daripada segala kesalahan dan tuduhan selama ini yang membelenggu dirinya. Beliau bebas dan melangkah keluar dari penjara dengan penuh kebersihan. Perjalanan yang cukup indah buatnya, dari penjara ke Istana. Inilah satu sejarah penting dan besar yang tidak akan berulang meskipun 1000 tahun lagi.

Anwar bersama Yang diPertuan Agong. |
Wajar kalau rakyat sepadu penuh semangat menyambut
kepulangan wira mereka itu dengan linangan air mata dan sebak membusung di
dada. Pembebasan Anwar bukan hanya hadiah untuk keluarganya di ambang Ramadhan
tetapi untuk sekalian rakyat. Sekali lagi Anwar muncul sebagai penghibur dan
pemenuh harapan rakyat.
Anwar melambang tangan kepada rakyat yang mennyambut pembebasannya. |
Tidak pernah dibayangkan seorang perdana menteri (Dr Mahathir ketika itu) memenjarakan timbalannya (Anwar) dan hari ini setelah menjadi perdana semula membebaskan timbalannya itu. Pelaluan Anwar dalam soal ini sungguh menakjubkan dan cukup tragis. Dia dipenjarakan oleh dua orang perdana menteri dan dibebaskan oleh dua orang perdana menteri satunya orang yang sama menjadi perdana menteri.
Semasa beliau ditolak ke dalam penjara tahun 2000,
beliau dibebaskan oleh perdana menteri (Abdullah Ahmad Badawi) tahun 2004. Dan
tahun (2015 sekali lagi dipenjarakan kali ini di era Najib Razak menjadi PM. Paling
sukar untuk difikirkan perdana menteri yang 20 tahun lalu memenjarakannya hari
ini membebaskannya.
Peristiwa inilah menyebabkan saya menyifatkan Anwar dan Dr Mahathir adalah tukang sihir politik negara menajubkan dan tidak mudah untuk difahami rakyat walaupun mereka cuba belajar memahaminya bertahun-tahun.
Selain Anwar dan individu bersangkutan girang gembira, tentulah sekalian rakyat turut gembira dengan apa yang berlaku. Tuhan telah memberi kegembiraan berganda kepada rakyat negara ini khasnya kepada mereka yang terseksa batin ekoran kekejaman dan kezaliman dilakukan ke atas pemimpin yang mereka sayangi Anwar Ibrahim.
Benarlah janji Tuhan kepada hambaNya, jika
nikmatNya itu disyukuri ia akan menganda-gandakan nikmat lain. Nikmati yang
dikecapi oleh seluruh rakyat ini adalah hasil kesabaran dan kegigihan Anwar
dalam menghayunkan perjuangan. Selama bertahun ditahan dan diseksa beliau tidak
pernah mengeluh.
Ternyata Anwar seorang wira yang hebat. Kenyataan awalnya setelah bebas cukup
menyakinkan dan menyebak hati setiap orang mendengarnya. Pengakuannya
melambangkan jiwa besar Anwar yang tidak terkalah selama-lamanya.
Beliau bukan sahaja merakamkan terima kasih kepada Yang diPertuan Agung yang memberi pengampunan dan Dr Mahathir yang mengusahakan pembebasannya. Tetapi beliau juga menyatakan tiada dendam beliau kepada Najib Razak. Seperti mana yang beliau ucapan semasa beliau dipenjata di era Dr Mahathir, maka ucapan sama dilafazkan di era Najib. Inilah kehebatan dan keikhlasan Anwar.

Dalam episod pembebasan Anwar kali ini yang paling
penting di sini Dr Mahathir mengotakan janjinya semasa kempen pilihan raya yang
beliau akan berusaha membebaskan Anwar. Sikap dan tanggungjawab Dr Mahathir itu
meletakkan dirinya sebagai seorang pemimpin bertanggungjawab dan amanah dengan
janji yang dilafazkan.
Di sinilah mahalnya Dr Mahathir. Beliau boleh
dipercayai.
Sebelum mengangkat sumpah menjadi PM, Dr Mahathir berjanji akan berusaha membebaskan Anwar. Usaha itu dilihat bukan sahaja sebagai memenuhi janjinya kepada rakyat tetapi sebalik simbolik kepada penebusan dosanya kepada Anwar sebelum ini.
Tindakan dan pelaksanaan janji itu merupakan hadiah termahal dilakukan Dr Mahathir kepada pendukung Anwar selain kemenangan untuk rakyat. Rakyat berhak merayakan peristiwa hari ini sebagai hadiah yang sangat bernilai kepada mereka. Keadilan dan pengrobanan merupakan hadiah paling istimewa kerana ia boleh melambangkan integriti kerajaan PH.
Jaminan Anwar yang beliau tidak akan tergesa-gesa untuk memegang jawatan PM yang memang menjadi haknya, adalah satu pendirian yang berjiwa besar. Menurutnya beliau akan mengambil masa berihat bersama keluarga sebelum memikirkan untuk aktif dalam politik. Tindakan itu adalah penghormatan beliau kepada Dr Mahathir dan juga isterinya sebagai timbalan perdana menteri.
Tidak akan lari gunung dikejar.
Jaminan itu menghentikan segala desas desus sebelum ini dan memastikan usaha untuk memperalatkan Anwar bagi melakukan kudeta terhadap kerajaan Dr Mahathir tidak akan berlaku. Jaminan Anwar itu sudah tentu melegakan Dr Mahathir dan sebagai cagaran pisang tidak akan berbuah dua kali.
Apa lagi yang boleh saya catat di sini mengenai peristiwa emas yang berlaku pada petang ini menjelang 1 Ramdhan 1438. Sesungguhnya Allah memberi kemenangan kepada orang-orang yang sabar, ikhlas dan yakin kepada diri sendiri.
Sepatah lagi mengenai pengakuan Anwar yang perlu dirakam beliau tidak berdendam dengan Najib Razak adalah pengakuan yang menunjukkan itulah sikap dan dirinya sebagai seorang yang dikenali sebagai pemaaf yang melayakkan dia menjadi pemimpin rakyat. [wm.kl. 4:59 pm 16/05/18]

2 comments:
Kalau di luar sana adaada Nelson Mandela, kita berbangga dgn susuk Anwar yg akan mengembalikan dan menyatukn rakyat Malaysia dan menjadikan Malaysia sebuah negara dengan halatuju yg bergaya utk 5 tahun kedepan
Anwar adalah pemimpin yg berhati kuat..tiada pemimpin yg setaraf anwar..sanggup memaafkan org yg menzaliminya..
Post a Comment