Wednesday, May 23, 2018

Dr Mahathir usah jera rakyat negeri sebelah Timur banjaran Titiwangsa

ULASA KABINET

Azan, Husam, Aziz dan Fauziah perlu
diberi perhatian.
NASIB negeri-negeri di sebelah timur banjaran Titiwangsa; Kelantan, Terengganu dan Pahang tidak sebaik nasib negeri-negeri di sebelah barat banjaran itu; Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Selangor, Perak, Pulau Pinang dan Kedah.

Dalam kabinet Harapan, kerajaan baru, negeri-negeri di sebelah barat banjaran Titiwangsa yang menang besar dalam Piraum lalu mendapat hadiah istimewa apabila wakil rakyat mereka dilantik menjadi menteri. Walaupun pelantikan menteri bukan sesuatu yang didambakan, tetapi pelantikan itu boleh dianggap saguhati dan penghargaan kepada rakyat negeri-negeri itu yang padu menyokong PH.

Dengan adanya wakil rakyat menduduki jemaah menteri, sudah pasti berlaku timbunan projek ke negeri-negeri tersebut kerana sudah menjadi kebisaan menteri akan menumpukan pembangunan di kawasan masing-masing. Negeri yang wakilnya tidak ada dalam kerajaan (Kabinet) biasanya akan berputih mata atau mengharap baksis daripada menteri lain.

Negeri Selangor memonopoli dalam hal ini apabila enam orang wakil rakyatnya dilantik menjadi anggota kabinet; Dr Wan Azizah Wan Ismail (Pandan) dilantik menjadi TPM merangkap Menteri Kebajikan dan Pembangunan Wanita, Mohamad Sabu (Kota Raja), Menteri Pertahanan, Gobind Singh Deo (Puchong) Menteri Komunikasi dan Multi Media, Zuraidah Kamaruddin (Ampang) Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Dr Dzulkefly Ahmad (Kuala Selangor) Menteri Kesihatan dan Mohamed Azmin Ali (Gombak) Menteri Hal Ehwal Ekonomi..

Selepas Selangor negeri Johor menjadi negeri kedua memperolehi lebih seorang menteri, Muhyiddin Yassin (Pagoh), Menteri Dalam Negeri dan Salahuddin Ayub (Pulai) Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani dan Mazslee Malik (Simpang Renggam) Menteri Pelajaran.

Lain-lain negeri masing-masing mendapat seorang sahaja menteri, Pulau Pinang, Lim Guan Eng (Bagan), Menteri Kewangan, Perak, M Kulasegaran (Ipoh Barat), Menteri Sumber Manusia, Negeri Sembilan Loke Siew Fook (Seremban) Menteri Pengangkutan, negeri Kedah Dr Mahathir Mohamad (Langkawi ) sebagai Perdana Menteri manakala Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Rina Mohd Harun (Titiwangsa) Menteri Pembangunan Luar Bandar.

Negeri lain di sebelah barat banjaran Titiwangsa yang wakil rakyatnya belum dilantik menjadi kabinet ialah Melaka dan Perlis. Mungkin tiada wakil rakyat dari Perlis akan dilantik kerana negeri itu masih dibawah BN. BN kalah teruk dalam Piraum lalu dan bekas PM pula sedang berhadapan dengan siasatan skandal 1MDB. Oh..

Jika dilihat komposisi kabinet itu ia semacam tidak adil dan tidak mencerminkan wajah Malaysia. Bagaimana pun ada alasan untuk Dr Mahathir tidak memberi tumpuan kepada negeri-negeri di sebelah timur banjaran Titiwangsa kerana kesemua negeri-negeri itu tidak dimenangi PH. Terengganu dan Kelantan dimenangi oleh Pas manakala Pahang kekal kepada BN. Bagaimana pun di Pahang beberapa kerusi dimenangi oleh PH.

Warna kabinet Dr Mahathir setakat ini sedikit sebanyak mengilankan terutamanya bagi rakyat Terengganu dan Kelantan. Dr Mahathir perlu menggunakan kaedah lain untuk melantik wakil  kabinet dari kedua-dua buah negeri itu. Di Pahang tidak menjadi masalah kerana ada kerusi parlimen di menangi oleh PH; Indra Mahkota (Saifuddin Abdullah), Temerloh (Mohd Anuar Tahir), Raub (Tengku Zulpuri Shah Raja Puji) Kuantan (Fauziah Salleh) dan Bentung (Wong Tack).

Jika diikutkan logik sepatutnya kabinet pertama Dr Mahathir itu sudah mengambil kira kedudukan negeri Pahang. Salah seorang wakil rakyat perlu dilantik menjadi anggota Kabinet untuk tidak menampakkan ia sengaja diabaikan. Mungkin Dr Mahathir ada perkiraan lain, atau pun kerana nama-nama mereka tidak diangkat oleh parti masing-masing disebabkan kedudukan atau senioriti mereka.

Mungkin untuk Kelantan dan Terengganu ia boleh diabaikan buat sementara (sebagai mendera) kerana di negeri itu tidak ada satu kerusi parlimen bahkan kerusi negeri juga tidak dimenangi oleh PH. Kekalahan sipir Kelantan dan Terengganu itu menunjukkan pengundi di negeri itu tidak bijak berpolitik atau mereka tidak memerlukan wakil dalam kabinet.

Adalah tidak adil sekiranya kekalahan di Kelantan dan Terengganu itu dijadikan faktor untuk Dr Mahathir tidak melantik sesiapa untuk menganggotai kebinetnya. Walaupun kesemua calonnya kalah tetapi masih ada mekanisme lain untuk melantik mereka menyertai kabinet dengan melantik menjadi ahli Dewan Negara.

Mungkin hal ini dalam perhatian Dr Mahathir. Kita tidak terfikir Dr Mahathir akan melupai hakikat dan keperluan ini. Tokoh-tokoh utama PH di Kelantan seperti Pengerusi PH, Husam Musa, timbalannya, Kamaruddin Md Noor, Nordin Salleh dan Aziz Kadir boleh dipertimbangkan untuk menyertai kabinet atau dilantik memegang apa-apa jawatan setaraf dengan kedudukan menteri demi masa depan PH di Kelantan.

Misalnya peranan dan tanggungjawab dimainkan Husam di Kelantan tidak boleh diperkecilkan dan peranannya perlu dihargai. Apa lagi semasa pembentukan PH dahulu Husam antara pemin utamanya. Begitu juga dengan pemuka parti PH di Terengganu, Azan Ismail, Raja Baharin Shah dan lain-lain juga boleh diambil kira.

Kita yakin dan percaya 10 orang lagi anggota kabinet dicadangkan dan belum isi Dr Mahathir orang-orang ini akan diambil kira sebagai untuk menjadikan komposisi kabinetnya menyeluruh di semua negeri.

Dengan mengambil kira dua peruntukan menteri masing-masing satu dari Sabah dan Sarawak yang terdapat lapan anggota lagi diperlukan dalam kabinet yang bersaiz kecil itu. Kekosongan lapan anggota Kabinet itu mungkin ia akan diisi oleh nama-nama atau tokoh disebut tadi.

Diharap rakyat di kedua buah negeri itu Kelantan dan Terengganu khasnya ahli dan penyokong PH bersabar dan berdoa. Tidak akan lari gunung dikejar, hilang kabus nampaknya ia. Dengar lagu Ahmad Jais berjudul "Mengharap Sinar Menelan Kabus". Betapa pun luas luka di hati jika diubati ia insya-Allah akan sembuh.

Dr Mahathir juga mungkin akan mengwujudkan timbalan menteri yang akan menjadi pembantu kepada menteri-menteri tertentu. Mungkin tidak semua menteri mempunyai timbalan. Sebagai mengemaskan komposisi ini menampakkan wajah Kabinet Harapan yang menyeluruh mana-mana wakil rakyat akan diambil mengikut negeri untuk mengisi jawatan berkenaan. [wm.kl.12:25 pm 23/05/18]

15 comments:

Anonymous said...

salah orang2 kelantan dan terengganu. kalau husam musa dan raja kamarul baharin menang, sudah pasti ada antaranya dilantik sebagai menteri. apapun sekiranya tun m mau perlantikan boleh di buat melalui jadi senator terlebih dulu. ini bisa di atur. mau tak mau saja.

Nenek Kebayan said...

Saya senada dgm MSO agar kjaan PH 'ork' dulu ng trg n klntn..... bak bidalan "pinggan Xretak nasi Xdingin....org Xhendak PH pun Xhingin" guaner gamok? Namun lantikan pd Yb Husam, Ustaz Nik Omar juga Dr Radzi Jidin harus diberi perhatian. Sbgmana Dr Radzi yg sanggup berkorban keselesaan hidupnya stlh 20thn d Australia..
juuga sanggup mengambil risiko berhenti kerja sbgai Pensyarah d Universiti Tasmania.... haruslah kita insafi & hargai. Tak semua org boleh berkorban sehingga ke tahap itu.

Anonymous said...

Menteri dr mana2 negeri x penting. Yg penting sifat amanah menteri dlm menjalankan tugas utk rakyat dari Perlis sampai ke Sabah

Lagipun, sudah dimaklumkan menteri2 skrang x terjamin kedudukannya. Bergantung kpd prestasi masing2. Inilah yg rakyat mahukan.

Anonymous said...

Jgn terlalu brsifat kenegeriaan. Ambil contoh melayu pulau pinang. Timb Ketua Menteri trdahulu Abd Rashid Hasnon bukannya org penang, dia org Batu Pahat, Johor. Kini kembali ke Johor. Tun M, org Kedah, jarang jumpa menteri kabinet org Kedah. Rakyat Kelantan & Tganu perlu buang sifat kenegerian jika ingin maju. Disebabkan sifat kenegerian itulah PH kalah di kedua2 negeri. Walaupun YB HUsam mendedahkan pelbagai masalah rasuah Kelantan, tetapi anak perantau tidak pedulikan itu, logo PKR bukan favorite org Kelantan & Tganu.

Anonymous said...

Aku tengok sedari dahulu penulisan MSO ni terlalu kenegerian. Walhal beliau lebih senior dari kebanyakan penulis berpengalaman seperti Mohd Lutfi Othman dari segi pengalaman penulisan politik. Bukankah jawatan menteri kanan yg dilantik oleh Tun M sekarang terdiri dari Presiden dan Timbalan Presiden atau Naib Presiden keempat-empat parti gabungan PH. Tunggulah ada lebih sepuluh lagi Memteri dan Timbalan Menteri yg akan dilantik sedikit masa lagi. Atau MSO boleh sahaja join delegasi MB Kelantan membuat kunjungan hormat ke Sri Perdana untuk menuntut royalti minyak Kelantan.

mohd sayuti Omar said...

Saya nak respon kepada komen terbaharu di atas ini. Saya tidak tahu apakah dia memahami atau tidak posting saya yang dia komen itu. Kalau setakat nak gunakan kebebasan menghantar komen sebegini elok tidak payah, kerana ia tidak menyumbang apa-apa. Baik komen begini sdr hantar ke dalam media sosial milik anda sahaja, setidak2nya sdr berpuas hati untuk menghentam saya.

John Hunter said...

Ya saya sokong... Sibok dengan set set dio jo. Anwar Ibrahim PM in the waiting pon tak gelenyar macam ni

Anonymous said...

mso syok sendiri tak blh di kritik..

Anonymous said...

Setuju dgn ulasan tuan...buang la sifat kenegerian..dlm baki sisa masa tun m yg singkat..tun m berusaha sedaya upaya membina kembali negara,berusaha dengan segala keringat yang ada mengangkat kembali maruah negara..sepatutnya kita rakyat tidak kira apa status menyokong penuh segala usaha jerih payah tun m..sekarang bukan masa untuk mengungkit wakil negeri mana yang dapat jawatan menteri paling banyak atau paling sedikit..rakyat kelantan dan terengganu sudah selesa dengan pemimpin yg mereka pilih..biarkan lah mereka..sepatutnya pemimpin ph di kelantan dan terengganu harus berlapang dada dengan pilihan rakyat kelantan,terengganu..teruskanlah berkhidmat utk mereka dengan seikhlas mungkin..itu sebenarnya yan rakyat mahu..khalas.

Dari pengundi ph dun kota lama parlimen kota bahru

UNSUNG YET UNBENT said...

Pada hemat saya, Tuan penulis maksudkan bahawa rakyat negeri-negeri tersebut secara sedar atau tidak sedar amat mendambakan suara-suara atau perantara lokal untuk menyuarakan aspirasi mereka. Barangkali tokoh-tokoh tersebut kenal benar dengan selera dan kehendak rakyat di sana. Letakkan soal kenegerian ke tepi sebentar dan perlu ingat peranan sebenar kerajaan persekutuan adalah membela nasib seluruh rakyat tidak mengira mereka mengundi siapa. Saya sendiri bukan asal dari negeri-negeri tersebut tetapi pernah menetap lama di salah sebuah negeri. Pemahaman, penghadaman dan pegangan mereka dalam wacana politik agak 'unik' berbanding rakyat negeri-negeri lain.

Cuma saya agak terkilan dengan beberapa kenyataan oleh beberapa pemimpin parti pembangkang sekarang yang memerintah 2 dari 3 negeri tersebut yang terlampau kritikal dan kurang konstruktif terhadap usaha kerajaan pemerintah yang sedang fokus untuk membaiki urus tadbir negara yang huru-hara ditinggalkan oleh kerajaan dahulu. Walhal, mereka baru mengambil-alih tampuk pentadbiran. Bermacam-macam benda serba tak kena tidak seperti dilontarkan kepada kerajaan terdahulu yakni bekas rakan taawun mereka. Hal ini amat mengecewakan saya bagi sebuah parti yang mendukung Islam tetapi cepat bersangka buruk terhadap usaha pemerintah membaiki soal pentadbiran negara dan pantas menghukum sebelum usaha tersebut belum disempurnakan lagi.

Anonymous said...

Orang yang di sebut seperti Husam Musa, timbalannya, Kamaruddin Md Noor, Nordin Salleh dan Aziz Kadir ada lah berkelayakan untuk dipilih.

Mengenai soal negeri ia nya hanya untuk menguatkan hujah sebagai tambahan (mungkin 20%). Kebetulan pulak mereka kalah pada PRU, jadi peranan mereka dalam masyarakat tentu lah sangat terhad.

Bukan tidak ada calun lain dari negeri lain yang layak setanding mereka tetapi jika mengikut kuota negeri memang mereka kena di berikan pertimbangan yang lebih.

Simple, ambil contoh KJ, walaupun dia Menteri Sukan tapi Rembau menjadi keutamaan KJ. Begitu juga Azmin. Azmin akan lebihkan kawasan Gombak dari kawasan lain apa lagi bukan negeri yang di perintah oleh PH.

Strategik begini bukan untuk negeri sahaja tetapi untuk PH di masa hadapan kelak. Itu kalau PH ada cita-cita nak tawan Kelantan dan Trengganu lah.


Wallahualam.

Anonymous said...

Salam Tuan MSO,

Mengapa kita kena beri jawatan kepada mereka yang kalah. Tuan MSO perlu menerima dalam Amanah ada lagi yang ramai yang menang dari golongan professional contohnya Mujahid Yusuf Rawa. Apalah salahnya beri jawatan kepada mereka yang menang. Yang kalah teruk dan satu DUN pun tak menang di negeri mereka, Ini patut direhatkan.

Janagn kita terikut2 rentak parti Umno dan PAS. Rentak Umno dan PAS ilaha mereka masih mempertahankan pemimpin mereka yang kalah. Dari segi logicnya kita pertahan yang menang. Yang kalah kita ganti. Jika kita lihat dari ini, semua kepimpinan Amanah dan PH di Kelantan dan Terengganu wajar meletak jawatan. Jika Amanah gagal apalah salahnya kita beri kepada Pribumi untuk mengetuai PH Kelantan Terengganu.

Tun M pun amat mementingkan winnable candidate. Masalahnya di Kelantan dan Terengganu ramai yang bertanding adalah perasan win dan bukan winnable candidate.

Moga2 Tuan MSO boleh menjawab persoalan saya.

Anonymous said...

Salam Tuan..sy bersetuju dengan tulisan Tuan, wajar wakil2 dari Pantai timur dilantik dalam kabinet @ GLC sbg hadiah pengubat luka dan penguat semangat PH disana. Di Kelantan, Husam Musa, Nik Omar dan Dr. Radzi amat sesuai diberi jawatan berdasarkan ilmu, pengalaman dan aura yang ada. Apepun, kita harus bersabar dan beri peluang kpd Tun M utk merencanakan kabinet beliau. InsyaAllah ada kebaikan utk semua.

Berkaitan isu ekonomi, masalah utama ketandusan ekonomi di Kelantan sejak lebi 20 tahun lalu adalah:
i. Dinafikan hak/ ketirisan dana pembangunan oleh Pusat sewajarnya
(termasuklah isu royalti dll);
ii. Jaringan pengangkutan darat yg tidak mesra ekonomi(sepatutnya pembinaan
lebuhraya 2 lorong telah lama dibuat bagi memendekkan masa perjalanan dan
merancakkan ekonomi); dan
iii. Sikap sebilangan org kelantan yang kdg2 sk berpuak2 dan pentingkan diri sendiri.

Yusof Sulong said...

Sebenarnya tulisan MSO tidak bersifat kenegerian atau kedaerahan. Apa yang dinyatakan adalah tentang keseimbangan lantikan Menteri antara negeri pantai timur dan pantai barat kerana pada zaman kerajaan BN, lantikan Menteri turut membawa projek pembangunan di negeri yang diwakilinya. Kita cuma berharap keadaan sedemikian tidak berlaku pada zaman kerajaan PH. Satu perkara lagi masih banyak nama2 besar yang mewakili PH tumbang di pantai timur kecuali di Pahang dan kita masih mengharap tokoh2 yang berkebolehan diberi perhatian dalam senarai kabinet seterusnya.

Anonymous said...

Saya merupakan pembaca senyap blog MSO, saya akui tulisan MSO kadangkala bersifat agak kenegerian seperti artikel ini. Sedangkan MSO sendiri menyatakan orang kelantan agak berpuak-puak sikapnya, jika negeri lain ke kanan maka orang kelantan akan ke kiri. Jadi dalam hal ini kita hendaklah berlapang dada dengan lantikan yang telah dilakukan oleh Tun Mahathir. Apap yang penting adalah kita perlu bersatu untuk membaiki kembali kerosakan yang telah dialami oleh negara kita.