MUSAFIR PIRAUM (2)
Bersama Hishamuddin Rais. |
Macam-macam pula gaya orang menzahirkan keseronokan itu. Ada yang mengolengkan (membotakkan) kepala, ada yang membelanja kawan makan, ada yang bersujud syukur dan macam-macam lagi. Bagaimana pun tidak ada yang merai kejayaan itu dengan membayar hutang lapok. Kalau yang bayar hutang lapok suka lebihlah saya...
Di kalangan para pegawai ada yang nekad untuk berkhidmat dengan lebih berkesan di bawah kerajaan baharu. Itu juga manifestasi kegembiraan atas kemenangan PH itu.
Semua aksi itu menzahirkan rasa gembira, dan rasa geli hati yang tidak dapat ditahan.
Sebut soal gembira dengan kejatuhan Najib Razak dan kerajaan UBN ini, ayam di reban di kampung-kampung juga berkokok sebanyak tujuh kali. Kalau sebelum ini mereka berkokok hanya dua kali, saat menjelang fajar dan selepas fajar menyingsing, tetapi pada 2/4 malam lagi mereka sudah berkokok. Ayam pun turut sama gembira dan hati geli dengan kejatuhan Najib dan tumbangnya kerajaan UBN.
Penghasut massa.
Salah seorang yang seronok benar dengan apa yang berlaku itu ialah Hishamuddin Rais. Siapa tidak kenal Hishamuddin Rais pejuang rakyat yang tidak pernah ralat dan tidak pernah penat. Beliau popular dengan blognya “Tukar Tiub”. Sejarah hidupnya dalam menggerakkan perjuangan rakyat — menggerak dan menghasut massa agar membenci kerajaan dengan memimpin ke jalanan cukup panjang dan penuh nostalgia. Ia bukan bermula semalam atau semalam, tetapi bermula sejak tahun 1970an ketika dia berada dalam kampus lagi.
Cara dan pendekatannya sama, tidak berubah. Bahkan kepercayaan(isme)nya juga sama tidak pernah beralih. Dia berjiwa sosialis dan pengamal gaya hidup sosialis. Rengkas tetapi kemas. Biarlah itu soalnya, dia dan Tuhannya. Keperibadiannya tidak boleh dicampur adukkan dengan perjuangan untuk mengnyahkan kleptokrasi. Belum tentu siapa di antara kita dengan dia berada hampir dengan pintu syurga.
Yang hendak diceritakan di sini mengenai keseronokannya dengan kejatuhan Najib yang dirangkul sekali dengan Rosmah Mansor. Bagi Hishamuddin, Rosmah adalah pensubahat besar dengan kejahatan Najib Razak. Justeru kenapa beliau tidak seronok dan hati geli, seorang penyamun sudah jatuh terguling, hilang kerajaan berusia 61 tahun sepantasnya dia berseronok.
Hishamuddin akan jadi lebih seronok dan dia ternanti-nanti bila Najib dan Rosmah akan disumbatkan ke dalam penjara. Baginya penjara adalah balasan setimpal yang sangat disyukuri. Kalau mengikut kehendaknya Najib dan Rosmah perlu disula, tetapi ia tidak guna kerana mencemarkan buluh? Sula itu tidak memberi apa-apa keuntungan kerana negara sudah menderita dibuatnya.
Memang hukum alam dan undang-undang negara yang ada meletakkan hakikat itu. Sesiapa didapati bersalah akan dihukum. Hukuman duniawi ialah penjara. Menyekasa batin dan perasaan, itulah tindakan yang terbaik difikirkan manusia. Tetapi bagi Allah Swt bukan begitu. Allah ada perkiraan lain kita pula serlalu khilaf denganNya.
Saya sedikit berbeza mengenai falsafah hukum ini. Keseksaan kepada seseorang bukan bermakna dia berada dalam penjara. Dibenci dan dicemuh orang ramai adalah satu hukuman maha teruk. Hakiki hukuman di situ. Bukankah dengan apa yang terdedah hari ini, kebejatan dan ketamakan mereka menyangak dan merompak harta rakyat, Najib dan Rosmah makin dibenci. Ertinya mereka berdua sudah melalui proses penghukuman awal sebelum ini dan sedang menunju klimeks.
Fizikalnya masih sihat. Tetapi hati dan perasaan mereka sakit. Malu, gelabah, resah dan entah seribu rasa lagi berladum dalam diri mereka. Hari ini kita dapat tidur lena dan nyenyak, tetapi tidak mereka berdua dan seluruh keluarganya. Saya dapat bayangkan berapa banyak air mata Toh Rahah, ibu Najib tumpah sejak 10 Mei lalu dan sebelumnya.
Bahagia dalam penjara.
Itulah keseksaan yang maha dahsyat. Keseksaan gara-gara Najib dan Rosmah turut dirasai oleh insan lain yang tidak berdosa. Adapun kalau mereka disumbat ke dalam penjata, hanya mata kita sahaja berasakan mereka terpenjara dan terseksa. Tidak begitu, sebab ada orang yang berada dalam penjara bahagia, bila hati dan perasanya tenang. Keinsafan adalah klimet daripada maksud penghukuman. Dari falsafah hukuman Allah ia untuk mebersihkan dosa seseorang.
Tinggalkan mengenai keseronokan Hishamuddin yang berbaur dengan kemarahan dan kegeramannya kepada Najib dan Rosmah itu.
Berjumpa dan terjumpa Hishamuddin.
Di sini saya hendak berkongsi detik-detik diawal keseronokan dengan Hishamuddin. Beberapa hari menjelang pilihan raya saya berjumpa (terjumpa) dengannya. Tempatnya di Lumut Perak, kebetulan kami sama-sama menghadiri majlis memperkenalkan calon PH di situ dan juga sembang santai Dr Mahathir dengan warga veteran TLDM. Tarikhnya 26 Mei.
Hishmuddin seorang yang mesra alam, dan dia juga rajin bercakap tidak kira siapa. Apa lagi kalau orang yang dia kenal. Dia mengetahui kerja dan juga profesional saya, penulis kerdil. Tidak pasti bila kami mulai saling kenal mengenali. Seingat saya namanya mula tersebut saya apabila membelek sejarah demostrasi siswa tahun 1974. Saya lebih muda daripadanya. Namun keuzuran dan kelelahan menjadikan saya lebih tua atau sama baya.
Jika tidak salah kami mula berjabat tangan dan saling berbicara soal negara di era Reformasi akhir tahun 1990an. Selebihnya kami berkenalan dalam media atau persuratan sahaja. Atau bertemu ketika saya menonton drama spontannya yang paling spontan.
Saya terkejut dan dia terkejut dengan perjumpaan kami di Lumut itu. Namun kami sama-sama faham tugas kami untuk memantau perkembangan politik memungkinkan kami boleh berada di mana-mana sahaja. Dia menanyai saya, mengenai perkembangan sekarang. Saya terus merujuk kepada suasana di pertemuan petang itu. Kami sama-sama membuat penilaian. Acara anjuran PH di sebuah restoran berhampiran laut itu, ramai dan meriah. 80 peratus yang hadir bekas tentera (Navy) yang pensiun. Menyedari itu baharu saya faham mengapa calon PKR di parlimen Lumut dalam Pirauam 13 lalu, Laksamana Pertama (B) Mohamad Imran Abdul Hamid boleh menang dalam Piraum 13 dulu.
“Ramai, kalau begini, BN, lingkup,” kami memulakan percakapan dengan saya membuka bicara. Hishamuddin mengangguk, senyum dan puas. Gigi putihnya tersengeh. Dia menarik tangan saya dan kami duduk sebaris. Kerana tempat kami duduk berdekatan dengan pembesar suara saya mengajak ke sebelah kanan agar perbualan kami jelas dan terang.
“Habis kali ini,” getusnya pula. Kali ini giliran saya mengangguk mengiyakan. Sambil mengikut majlis itu kami tidak banyak bersoal jawab lagi. Mendengar juru acara berceloteh dan juga mengumumkan beberapa pembesar pensiun Navy yang hadir.
Antaranya ialah Laksamana Madya Abdul Hadi, Laksamana Muda Mat Som, Laksamana Pertama Ir Radzi, Lakmana Pertama Sakaff, Laksamana Pertama Maritim Ir Abang Jamari. Mendengar nama-nama itu disebut menjadikan hati saya “berderaa”, mengesahkan bahawa Lumut akan “lingkup” lagi sekali.
“Askar berbeza dengan polis, “ kata saya kepada Hishamuddin. Askar solidariti mereka kuat. Mereka tidak seperti polis”, tekan saya lagi. Hishamuddin saya lihat seperti orang dilanyak kegembiraan mendengar kata-kata saya. Dia seakan mahu melompat ke pentas untuk terus menghasut orang ramai. Yang hadir di majlis itu juga anak-anak muda dan kaum wanita.
Hishamuddin tanya Kelantan.
Saya meninggalkan Hishamuddin untuk bergerak ke sebelah belakang untuk merakam suasana. Kemudian kembali duduk bersama Hishamuddin.
Sukar bagi Kelantan.
“Macam mana Kelantan,” dia bertanya sebaik saya selesai merakam gambar dan kembali di kerusi saya. Sebelah saya isteri yang menjadi teman sepanjang merantau bermusafir pilihan raya kali ini.
“Kelantan susah sikit, tidak cukup power,” kata saya menyebabkan Hishamuddin membeliakkan mata. Mungkin dia sudah faham dan ketahui kerana pembacaan politiknya juga luas. Dia bertanya saya kerana ingin pengesahan sahaja.
“Kenapa han?” Dia mahu kepastian.
Lantas saya memberi formula yang saya sudah jelaskan sebelum ini. Banjaran Titiwangsa menyekat arus kebangkitan rakyat untuk sampai ke Pantai Timur. Banjaran Tititwangsa menyelamatkan pengaruh Pas disana. Beliau mengangguk dan berkata; “oh...gitu...”
“Negeri-ngeri disebelah sini, (Barat) Tititwangsa, Perak, Kedah, Selangor, Melaka, Negeri Sembilan dan Johor, habis. Tengoklah ini...” kata saya merujuk kepada majlis di Lumut itu. Hishmuddin diam seakan sedikit kesal dengan penjelasan saya.
“Tak dapat buat apa-apa ke?” Soalnya lagi yang tidak pun memerlukan jawaban daripada saya.
“Cuma perubahan di Kelantan itu akan terjadi sekiranya ada ledakan kuat dari sebelah sini. Jika gelombang di sini kuat ia akan melimpah ke Gerik dan merempuh Jeli. Kalau itu berlaku kesannya akan berlaku ke Kelantan..” terang saya lagi.
Sebenarnya untuk mengetahui sejauh mana gelombang di sebelah barat banjaran Titiwangsa mampu untuk melimpah ke sebelah Timur menerusi Jeli, akan dapat disaksikan pada satu lagi himpunan di Seri Iskandar pada sebelah malamnya.
“Malam ini ada program di Seri Iskandar, kita tengok di sana pula. Pergi ke?” Kata dan tanya saya kepada Hishamuddin.
“Pergi...” katanya cepat dan bertanya saya balik, “pergi ke?”
Memang kedatangan saya ke Perak dalam perjalanan balik ke Kelantan untuk melihat suasana di Perak.
Himpunan memeperkenalkan calon di Seri Iskandar yang dibuat Dr Mahathir itu sebenarnya tidak memuaskan hati saya. Walaupun jumlah kehadirannya cecah 5,000 tetapi ia tidak memberi petunjuk gelodak kebangkitan kuat di Perak. Ini membimbangkan saya, gelombang kebangkitan tidak akan melimpah hingga ke Jeli. Banjaran Tititwangsa akan tetap menjadi benteng untuk Pas Kelantan.
Dan kebimbangan itu menjadi kenyataan apabila PH tidak menang disatu kerusi pun bahkan hampir semua calon-calonnya hilang wang pertaruhan di negeri Tok Janggut itu. Apakah sebab dan faktornya saya sudah tuliskan sedikit sebanyak sebelum ini.
Pada hari kemenangan keesokkan 10 Mei, saya berjumpa sekali lagi dengan Hishamuddin. Kali ini disebuah hotel yang menjadi lokasi kurungan wakil rakyat PH di Petaling jaya. Dia juga datang seperti saya mahu meraikan kemenangan dan merasai keseronokan bila Najib sudah terguling.
Dia terselit sendiri di celah daun pintu untuk masuk ke lobby hotel berkenaan. Saya lantas menghampirinya dan bersalam. Erti salam kami penuh bermakna dan ia mengimbau apa yang kami sama-sama bayangkan semasa di Lumut dahulu. Kegembiraan tertampang di wajahnya yang sukar untuk dilukiskan.
“Tugas kita kali ini makin berat..” kata saya. Dia cukup faham dengan apa yang saya maksudkan dijawab dengan mengeyitkan kening. Bahawa kami akan terus berfungsi seperti sebelum ini bukan sahaja pengkritik kepada kerajaan yang dibentuk, bahkan juga akan jadi penentangnya jua.
Selepas segala selesai, PH mencapai kemenangan, kerajaan dibentuk kami akan berundur ke belakang untuk mengambil posisi asal, menjadi pemerhati, pengkritik dan jika silap hari bulan menjadi penentang kerajaan. [wm. kl 7: 03 pm 28/05/18]
No comments:
Post a Comment