Thursday, May 24, 2018

Perhatian kepada penjengok sekalian

REAKSI SAYA

Sejak saya membuka seluas-luasnya kotak komen dalam blog ini saya menerima banyak komen, berbagai-bagai. Saya percaya mereka yang komen ada idea dan buah fikiran tersendiri untuk dikongsikan. Tetapi sayang masih ada juga yang membawa emosi sendiri, sampai isu-isu yang diposting tidak dapat difahami dengan jilan. Itu saya masih tidak melepaskannya.

Ada juga penjengok yang meminta saya memberi penjelasan dan penghuraian lanjut ke atas komennya, (ia bersifat peribadi) tentang sesuatu isu. Namun saya sedia untuk melayannya jika pengomen itu menggunakan nama orang, maksudnya bukan Anonymous. 

Insya-Allah penjelasan yang diminta itu akan saya penuh dari masa ke semasa bila ada waktu. Sekian terima kasih. 

2 comments:

Anonymous said...

Salam hormat.

Untuk pengetahuan tuan saya lebih selesa mengguna Anonymous. Tetapi saya tetap beradab dan menjaga hati orang terutama Tuan punya blog.

Tuan se orang penulis yang sangat berpengalaman dan kerap mengguna perkataan baru yang saya pelajari dari artikel Tuan. Saya ucapkan terima kasih.

Saya dan barangkali yang lain juga bukan seperti tuan. Penulisan bukan bidang kami. Dan saya sendiri akui saya hanya penjenguk blog tuan dan sesekali saya teringin berkongsi pengalaman.

Cara saya menulis selalu nya ringkas dan tidak menceritakan serba ringkas latar belakang yang berkaitan dengan mengharap pembaca sendiri telah tahu apabila membaca tulisan saya yang terus ke isi nya.

Saya hanya membuka blog apalagi sejak akhir-akhir ini apabila hanya ada kelapangan atau ingin merehatkan minda dengan bacaan-bacaan mengenai politik sebagai 'hiburan'. Maksud saya lebih kurang, saya bukan nya terlibat sepenuh masa. Cuma keinginan saya sekadar ingin tahu mengenai cerita politik.

Dan ada juga komen atau pandangan yang sengaja di buat sebegitu rupa untuk orang membalas untuk di diperincikan lagi atau untuk membawa seseorang ke fahaman yang di maksudkan. Oleh itu, banyak komen atau pandangan yang tidak di tulis dengan lebih detail seperti tuan.

Mohon tuan mengambil kira perkara ini dan mempertimbangkan nya.

Smart Pomen said...

Salam. Walaupun saya jarang komen dlm blog ni. Tapi saya mengikuti Setiap penulisan saudara . Bagi saya, saya Lebih selesa meletak identiti Setiap komen saya. Ini Memudahkan sahabat lain tahu Yg Ini saya, Bukan klon. Walaupun komen saya selalu Lebih kepada biasa2 saja. Tapi Itu lah saya. Takde bakat menulis Dan tak Pandai bersembang... Tapi bila topic kerja saya, OK , jom lepak muple, kedai mamak la, boleh bertukar pandangan Dan berkongsi pengalaman... Dan komen saya kadang2 kebudak budakkan, Pasal umur Dah 39, still tgk Sponge Bob, Jimmy neutron, ogie sikucing biru. Boboiboy. Isteri tak pernah marah Pasal itulah saya... Sekian, terima kasih ..