PANDANGAN
SEMALAM telah tular satu surat arahan (Pekeliling) daripada Setiausaha Kerajaan Kelantan (SUK), SUK D200(01)15/1/1 Jld 3(35) bertarikh 1 Ramadhan 1439 bersamaan 27 Mei 2018 yang memberi maklum agar tidak membenarkan dua rakyat Kelantan bernama Husam bin Musa dan Wan Abdul Rahim bin Wan Abdullah daripada memasuki premis kerajaan Kelantan dan juga istana di negeri itu.
Berbagai reaksi diberikan oleh orang ramai berhubung dengan arahan tersebut. Kerana surat itu dikeluar dan ditanda tangani oleh Setiausaha Kerajaan Kelantan, maka ia adalah tanggungjawab kerajaan negeri. Bermakna surat itu atas arahan kerajaan negeri dimana Menteri Besar sebagai ketua eksekutifnya bertanggungjawab sepenuhnya di dunia dan di akhirat.
Persoalan timbul kenapa arahan itu mencakpui larangan memasuki ke istana-istana di Kelantan? Apa sangkut paut istana dengan SUK? Apakah istana juga dikira hak kerajaan Kelantan? Sepatutnya arahan larang memasuki taman larangan itu dikeluarkan oleh Pejabat Sultan Kelantan sendiri. Kenapa tidak begitu?
Dalam kasus ini siapakah yang berlindungi bawah ketiak siapa, apakah MB berlindung di bawah ketiak Sultan atau Sultan berselindung dibawah ketiak MB? Atau keduanya sama-sama saling berselindung macam anak-anak ayam menusuk di bawah kepak induk dikala hujan.
Mengenai arahan itu apa yang dapat ditafsirkan ia membawa mesej tersendiri. Timbul juga beberapa persoalan lain, antaranya:
1. Kita sedia maklumlah sudah menjadi perangai kerajaan Kelantan yang melarang mana-mana rakyat Kelantan yang tidak disukainya daripada memasuki presmis kerajaan. Sebelum ini sudah ada beberapa individu dihalang daripada memasuki premis kerajaan.
2. Mereka dihalang tidak mempunyai kesalahan dan dosa jelas dengan kerajaan Kelantan. Kalau ada pun mereka ada salah laku dengan istana, dalam kata lain mereka bersalahan dengan istana. Di mana tidak sepatutnya kesalahan dengan istana sehingga mereka dihalang. Apa justifikasinya.
3. Penghalangan itu merampas hak asasi individu yang menjadi rakyat negeri Kelantan yang dibina dengan semangat persekutuan. Tindakan itu sudah pasti menyusahkan individu berkenaan daripada mejalankan apa-apa urusan dengan pihak kerajaan dan meragut kehormatannya yang dijamin.
4. Sekiranya tindakan ke atas Husam dan Wan Abdul Rahim itu ekoran penarikan darjah kebesaran yang diberikan kepada mereka, kenapa ia baharu dilakukan selepas pilihan raya dan tidak pada hari dan masa darjah itu ditarik balik? Di sini saya mengira ia ada masej tertentu bersifat politik yang sangat jahat dan mudah difahami.
5. Larangan itu juga bertujuan mengaibkan dua individu itu, kerana kalau ia dibuat atas kehemahan dan pekerti bertamadunan, ia cukup memaklumkan kepada Husam dan Wan Abdul Rahim sahaja mengenai larangan itu secara personal. Sebagai orang cerdik dan berpelajaran mereka tahu untuk mematuhinya. Pemakluman seperti zaman dahulu menampalkan kenyataan dipokok kayu tidak perlu lagi. Apabila pekeliling itu ditular ia sama dengan menampal di pokok kayu persis arahan sultan mengerah rakyat untuk melalukan sesuatu termasuk mengadu ayam atau pun lembu untuk mencari juara.
6. Sekiranya larang itu membawa mesej politik untuk menghalang Husam dan Wan Abdul Rahim daripada dilantik memegang apa-apa jawatan dalam kerajaan Persekutuan, dilantik atas kuasa politik, ia sia-sia sahaja kerana Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad tidak akan menerima pakai maksud itu. Dr Mahathir seorang yang pratikal tidak mudah tersihir dengan politik kebudak-budakan.
7. Dr Mahathir juga ikut sama ditarik balik darjah kebesaran DK Kelantan, sepatutnya beliau juga dikenakan larangan itu. Tetapi kenapa tidak? Mungkin alasan kerana Dr Mahathir tidak ada kepentingan apa-apa di Kelantan.
8. Jika larangan itu membawa maksud menghalang Husam dan Wan Abdul Rahim daripada berutusan dengan pihak berkuasa di premis kerajaan negeri untuk kepentingan mereka, tindakan itu sia-sia sahaja kerana kita yakin mereka tidak ada apa-apa urusan dan berkepentingan untuk mereka. Baik Husam dan Wan Abdul Rahim tidak mempunyai apa-apa urusan dengan kerajaan negeri termasuk meneder kawasan balak dan kontrak lain. Keduanya tidak pelahap dengan apa-apa projek dan kita yakin zaujah mereka juga tidak pernah mengidam untuk makan asam di laman istana.
Kesimpulannya tindakan menghalang dua individu itu tindakan yang memalukan, tidak bertamadun dan bertentangan dengan prinsip undang-undang dan Islam itu sendiri. Ahmad Yakob sebagai MB seharusnya malu dengan apa yang berlaku dan beliau sebagai muslim tidak seharus membiarkan namanya dipergunakan. Diseru bacalah kesemua surah yang ada dalam al Quran demi mencari kebenaran atas tindakan.
Seperti saya katakan arahan itu seharusnya dipisahkan, di antara premis kerajaan dengan istana.
Bagi saya cara diperlakukan itu tidak jauh dengan tindakan kebudak-budakan atau stail orang kampung zaman dahulu apabila mereka bergaduh dengan jiran, tindakan yang akan dibuat ialah dengan menyekat atau menutup jalan dari dilalui jiran berkenaan. Jadi taraf kerajaan Kelantan dibawah pimpinan Ahmad Yakob persis kebudak-budakkan dan masih mengamalkan pemikiran orang kampung yang belum tamadun penuh bertindak atas gelojak nafsu bukan iman. Trims. [wm.kl.12:13 t/hari 29/05/18]
No comments:
Post a Comment