Tuesday, May 22, 2018

Salahuddin: Siswa universiti Kelantan yang berjaya

NUKILAN RASA

Kenangan: Salahuddin dan Nik Aziz dimajlis
"menghantar menantu".
PENGUMUMAN Timbalan Presiden Amanah, Salahuddin Ayub akan dilantik sebagai Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani dialu-alukan orang ramai. Penyertaaan Salahuddin ke dalam kabinet Harapan baru Dr Mahathir dikira tepat. Ini terbukti bila mana dalam media sosial, bukan sahaja kawan-kawan rapat dengan Salahuddin, tetapi rakyat di luar sana juga mengucapkan tahniah kepadanya dan mengalu-alukannya.

Rata-rata berpendapat, Salahuddin mampu menggalas tanggungjawab yang diletakkan ke atas bahunya. Tentu sekali ukuran ini diambil kira dengan kedudukannya dalam parti, baik semasa dalam Pas maupun dalam Amanah kini. Beberapa jawatan yang dipikul semasa dalam Pas, selaku Ketua Pemuda, Naib Presiden membuktikan akan kemampuannya.

Salahuddin mengangkat sumpah sebagai menteri
bersama M Kulasegaran dan Dr Dzukefly Ahmad.
Selebih itu saya percaya orang senang dengan anak kampung Serkat, Tanjung Piai, Johor ini kerana perwatakannya yang sedarhana dan politik yang mampan.

Penampilannya yang memberi gambaran beliau sebagai seorang tokoh yang disenangi. Cara beliau bercakap berhujah dan juga mengupas isu ekonomi, sosial dan politik menarik, kemas dan sarat berfakta.

Sepanjang beliau berada di atas pentas ceramah jarang sekali beliau menggunakan bahasa kesat apa lagi memaki hamun lawan. Paling-paling beliau hanya menengking dengan nada tinggi dan muka merah apabila ada sesuatu yang berat untuk dikomprominya.

Itulah Salahuddin, 56 sama dengan nama yang dipanggungi penakluk kota Baitumaqdis, Salahuddin al Ayubi. Ada maksud dan hikmahnya bapanya, manamakan puteranya itu dengan nama Salahuddin. Nah, ternyatakan hari ini Salahuddin merupakan "Salahuddin al Ayubi" di Johor yang berjaya memecah dan meruntuhkan tembok kebal kubu nasionalis Umno di Johor yang berdiri sejak berdekad lampau.

Mungkin ramai yang tidak mengetahui gerak langkah awal perjuangan Salahuddin dalam politik. Orang mengenalinya dan akan mula lebih mengarifi apabila beliau mengangkat sumpah sebagai anggota Kabinet, Isnin ini (semalam). Perjalanan bukan mudah untuk beliau sampai ke takah hari ini. Hanya orang gigih, tabah sahaja akan mengapai ke tempat setinggi itu, Putrajaya. Kejayaan diraih Salahuddin itu sememang layak baginya.

Kelihatan Dr Mhafdoz, Nik Aziz, Salahuddin, dan
Aminolhuda Hassan.
Melihat kepada gambaran zahirnaya saya yakin Salahuddin tidak pernah berfikir beliau akan mengapai puncak Putrajaya dilantik sebagai menteri.

Perindu syariat Allah.
Apa yang ada dalam jiwanya ialah berjuang untuk menegakkan syariah Allah dengan penuh yakin dan istiqamah. Beliau memilih Pas bukan Umno walaupun ayah dan ibunya mensejarahi Umno. Ini menunjukkan Salahuddin adalah perindu kepada syariat Allah. Jiwa Islamnya tertanam dan berkembang sejak awal lagi. Nama pejuang agung Islam itu, Salahuddin al Ayubi meresap ke dalam jiwa dan urat nadinya.

Menyentuh mengenai penglibatannya dalam Pas, beliau bermula sebagai anak muda yang mengikut usrah Pas semasa berada dalam Dewan Pemuda Pas. Ertinya nur ad-den Islam dan benih perjuangan tumbuh sedari muda lagi.  Pemilihan Pas bukan Umno sedangkan Umno adalah parti seninom dengan negerinya, Johor menunjukkan Salahuddin mempunyai pandangan jauh yang berbeza.

Bukan jalan mudah.
Di majlis inilah Salahuddin berucap pertama kali
setelah kepulanngan ke Johor.
Pendakian Salahuddin Ayub dalam politik bukan melalui jalan mudah melainkan telah menghadapi pelbagai liku. Mengikuti kronologi perjuangan memberi gambaran beliau seorang yang gigih, tidak mudah berputus asa dan bersikap optisme.

Beliau mula menjejaki kaki ke parlimen tahun 2004 apabila pertama kali menang kerusi parlimen Kubang Kerian. Kemenangan itu hanya dengan percubaan pertama, sesuatu permulaan membanggakan. Ini dikira suatu tuah buatnya. Selama dua penggal beliau menjadi ahli parlimen Kubang Kerian (2008 sehingga 2013). Kubang Kerian merupakan sekolah politik beliau di Kelantan yang dikenali dengan universiti politik. Di situlah yang mematang dan meluaskan iktisad siasahnya.

Kerana perwatakan, hemah serta pandai bergaul beliau disenangi dan disayangi di Kubang Kerian. Ramai orang menitis air mata apabila beliau diminta meninggalkan Kubang Kerian untuk kembali ke negeri asalnya Johor. Sebagai pejuang yang sedia diarah beliau tidak membantah malahan diterima dengan penuh terbuka.

Pembawaannya balik ke Johor sudah pasti dibuat partinya berpandu kebolehan serta ketokohan yang ada kepadanya. Pemukiman beliau selama dua penggal di Kelantan itu boleh dianggap tempoh pembelajarannya mengenali seluk beluk politik yang kemudian akan dipraktikan di Johor. Selama itu beliau dibekalkan dengan ilmu politik kebal.

Seperti mana diluahkan Allahyarham Tok Guru Nik Aziz, beliau keberatan untuk memulangkan Salahuddin ke Johor kerana perkhidmatan, jasa dan budinya masih diperlukan di Kelantan. Tetapi atas permintaan pemimpin Pas Johor, Dr Mahfodz Mohamad, beliau terpaksa juga menyerahkan Salahuddin dengan berat hati. "Sebenarnya ana berat untuk melepaskan YB Salahuddin, tetapi kerana permintaan orang Johor ana terpaksa juga," begitulah ucap Tokguru Nik Aziz pada majlis penyerahan Salahuddin ke Johor.

Semasa penyerahan Salahuddin kepada Johor kebetulan saya ada sama dalam majlis khas merai kepulangan Salahuddin itu. Saking menunjukkan Nik Aziz berat hati untuk melepaskan Salahuddin, beliau mengumpamakan majlis pada hari itu sebagai majlis menghantar menantu. "Majlis hari ini sama dengan majlis menghantar menantu... kita serah YB Salahuddin ini kepada mertuanya dan kita berharap ia akan dijaga sebaik mungkin." Kata Nik Aziz. Rujukan lanjut di sini:  http://msomelayu.blogspot.my/search?q=himpunan+hijau+di+Johor.

Betapa pun sayang tetapi sebagai menantu ia harus dibawa pulang kepada tempatnya dan mengharap besan, menjaga si menantu dengan baik. Selamanya si menantu itu dirindui.

Begitulah gambaran betapa beratnya Tokguru untuk menyerah Salahuddin kepada Johor bagi meneruskan perjuangan dengan menggunakan apa-apa ilmu dan pengalaman yang ditimba di Kelantan selama dua penggal.

Merubah landskap politik.
Bagi Salahuddin sebagai pemimpin beliau tidak tertekan apa-apa dengan pengembaliannya ke negeri asal itu. Segala masalah dan cabaran di Johor dihadapi dengan tabah. Beliau menerima takdir itu sebagai permulaan dalam perjuagannya untuk meruba lanskap politik Johor. Ternyata kepulangan Salahuddin disambut penuh sukacita oleh rakyat Johor ia terbukti pada majlis Hijau yang diadakan di Kempas pada sebelah malamnya puluh ribu rakyat Johor hadir.

Pengembalian Salahuddin ke Johor tidak mengambil masa lama untuk menyaksikan berlaku perubahan suasana politik khasnya dalam Pas Johor. Pas Johor mendapat tambahan energi yang menakjubkan. Bersama pemimpin Pas Johor, Dr Mahfodz Mohamad, Aminolhuda Hassan dan lain-lain, Salahuddin mengembangkan Pas Johor, menyakin kepada rakyat Johor tentang perjuangan Pas.

Berkat kesungguhan itu Pas Johor berkembang dengan baik. Rakyat Johor sendiri mula melihat Salahuddin adalah tokoh pembaharu politik di negeri itu. Kemuncak kehebatan dirasai Pas Johor ialah apabila Pas Johor menjadi tuan rumah kepada muktamar agungnya di Batu Pahat.

Pilihan raya ke 13 percubaan pertama bagi Salahuddin untuk menguji kepimpinannya di negeri asalnya. Beliau bertanding di kerusi Dun Nusajaya dan parlimen Pulai, tetapi tewas kedua-duanya. Ketewasan itu tidak melemahkannya. Ketewasan itu juga memutuskan sekejap beliau dengan urusan parlimen. Suaranya yang sering berkumandang di parlimen menjadi senyap. Di sinilah baharu dunia perasaan akan kehebatan beliau sebagai seorang ahli parlimen.

Kekalahan itu tidak pernah mengecewakannya. Pas Johor terus dibangkitkan dengan penuh yakin dan rajin. Kekuatan Pas dibina bersama parti komponen Pakatan Rakyat, DAP dan PKR. Salahuddin sendiri bertekad untuk menjadikan Pas sebagai parti baharu (alternatif) kepada rakyat Johor.

Bagaimana pun impian dan angan-angannya itu terganggu seketika apabila beliau menghadapi tribulasi dalam perjuangan. Perubahan berlaku dalam Pas yang memencilkan diri daripada PR, membawa kemeranaan kepada Salahuddin. Kemuncaknya beliau sendiri disingkir dalam Pas bersama segugus pemimpin lain pada muktamar yang diadakan di Kuala Selangor. Tragedi yang berlaku dalam Pas itulah sesuatu peristiwa yang mengilan dan memedihkannya.

Beliau sering mengeluh dan kesal dengan apa yang berlaku. Setiap kali berjumpa saya itulah yang disebut dan dikenang. "Sayang Ti... kenapa Pas jadi begitu?" Namun sebagai pejuang beliau tidak pernah berundur sebaliknya terus mara dengan penuh keyakinan. Pembentukan Parti Amanah Negara (Amanah) menjadi wadah baharu kepadanya dengan tanggungjawab lebih besar apabila diamanahkan menjadi Timbalan Presiden. Dalam keadaan merangkak dan menghadapai serangan bekas parti lamanya Pas, dia terus bangunkan Johor tanpa menoleh ke belakang dan mempedulikan caci maki kawan dalam Pas.

Cita-cita dan nekadnya yang dipasang dalam Pas selama ini diteruskan bersama Amanah.

Salahuddin sebaik meninggalkan Kelantan untuk kembali ke Johor beliau tidak pernah memaling ke belakang mengenangkan keindahan di Kubang Kerian. Tragedi sedih dalam Pas tidak pernah menggugah perasaanya. Beliau terus bergerak penuh keazaman mahu membawa sinar baharu kepada politik Johor seseusai dengan perubahan. Umno dilihat parti usang yang tidak dapat melawan arus perubahan yang utuh dengan sistem korupnya ada dan ia perlu diganyang.

Atas berkat dan kegigihan, apa yang diimpikan Salahuddin itu menjadi kenyataan jua akhirnya, apabila dalam pilihan raya ke 14 dengan gabungan bersama PKR, DAP dan PPBM, Johor terbalik jatuh kepada PH. Sudah pasti kejayaan PH di Johor itu Salahuddin adalah antara orang paling gembira kerana sahamnya sangat besar atas perubahan itu.

Saya percaya dan yakin kalau Tok Guru Nik Aziz masih hidup, orang pertama mengucapkan tahniah ata kejayaan Salahuddin itu adalah Allahyraham. Beliau berhak gembira kerana "menantu" berjaya.

Sementara kejatuhan Johor itu bermulanya era politik baharu di Johor. Bagi Salahuddin secara personal tentulah ia amat menggembirakannya. Paling bererti baginya bukan sahaja kubu Umno Johor berjaya dirobohkan tetapi beliau pula diangkat ke kedudukan tertinggi dalam pencapaian politiknya sebagai menjadi Menteri Kabinet. [wm.kl.10:46 am 22/05/18]

14 comments:

Anonymous said...

Salahuddin, Mat Sabu dan Dr Dzul adalah harapan baru kepada parti Amanah.Syabas kepada mereka bertiga. Manakala Husam musa dan Wan Rahim wajar bertanggungjawab atas kekalahan total Pakatan di Kelantan dengan meletak semua jawatan dalam parti. Kerana politik kebudak budakan kamu berdua PH telah kalah teruk

mohd sayuti omar said...

Pengomen yang tidak berani menggunakan nama benar ini menarik, saya sengaja lepas untuk dijadikan polemik. Beliau mendesak Husam dan Wan Rahim letak jawatan ekoran kekalahan PH di Kelantan.

Minta beliau huraikan apakah politik kebudak-budakan itu, mudahan kita semua boleh belajar dan tidak sedia mengikuti dan menteladani politik kebudak-budakan itu. Terima kasih.

UNSUNG YET UNBENT said...

Saya berpendapat bahawa tidak wajar melabelkan cara berpolitik yang diamalkan oleh Husam Musa dan Wan Rahim sebagai kebudak-budakan. Mereka telah berjuang habis-habisan untuk menawan Kelantan namun manusia hanya mampu merancang, Tuhan yang berkuasa menentukan segala-galanya. Cara berpolitik mereka mungkin boleh dipertikaikan oleh sesetengah pihak tatkala mereka mendedahkan beberapa salah urustadbir kerajaan negeri dan juga 'associaton' atau perkaitan beberapa pemimpin tertinggi PAS dengan penyelewengan dana awam pemimpin kerajaan terdahulu tetapi itulah antara taktik diterima pakai dalam adat resam berpolitik.

'They might have lost the battle but they have won the war'. Mereka ini mungkin telah kalah dalam pertempuran (menawan Kelantan) tetapi mereka telah menang dalam peperangan besar (menawan Putrajaya). Perjuangan mereka tidak sia-sia dan boleh dikatakan termasuk dalam usaha 'collective' atau bersama dalam menerajui perubahan dan reformasi negara. Politik mereka masih relevan dan jika orang 'di sana' tidak terkesan tetapi masih ada orang di negeri-negeri lain masih mengikuti perkembangan mereka berdua dan mengharapkan mereka mendapat peranan baru yang selayak dengan ketokohan mereka dalam era Malaysia Baharu.

Anonymous said...

Ya saya sokong mereka ini istiqomah dan ikhlas semasa dalam PAS... itu lah umpama kata YB Salahudin " Sayang Ti" kata2 yang terbit dari hati yang ikhlas... mereka2 ini antara pejuang rakyat, berjiwa rakyat, Allah Hu Akbar saja dapat membalas budi dan jasa mereka yang mereka luangkan kepada rakyat...

Anonymous said...

Macam nilah tuan, nak buat cerita pendek. Kebanyakan pemimpin kita berjaya di negeri lain, di Kelantan hancur. Itu adalah satu fakta. Siapa yang gagal semestinya Husam, Wan Rahim dan pemimpin di Kelantan.

Kenapa mereka ditolak? Rasanya bukan kerana Amanah tetapi adalah penolakan total rakyat tempatan kepada kepimpinan parti negeri.

Mungkin hal ehwal parti Kelantan patut diberi kepada Amanah pusat kerana mereka sudah menang sebesar2 kemenangan manakala di Kelantan dah tinggal telur

Unknown said...

Sallahudin al ayyubi menakluk jerussalam dan baitul maqdis bukan constantinople .. itu muhammad al fatih tuan

mohd sayuti omar said...

Sdr Amran Anuar.. terima kasih di atas pembetulan.

Anonymous said...

Kekalahan Amanah di Kelantan tidak menjadi penghalang perjuangan menegakkan Islam yang menjadi Rahmat Sekalian Alam. Yang peliknya, walaupun Pas dan Umno menyapu bersih dua negeri majoriti Melayu, mereka seperti terkilan dan berdukacita dengan kehilangan pemimpin besar Melayu Islam pujaan mereka DS Najib yang kini disiasat di bawah AMLA. Jangan sampai kesedihan dijadikan dendam untuk mengulang Tragedi Demokrasi di Perak pula. Rakyat dah muak dengan retorik lama. Lagipun orang Kelantan dan Terengganu sahaja pemilih Pas Umno yang merupakan minoriti pembangkang di Malaysia. Amanah dalam Pakatan Harapan masih diterima majoriti Rakyat Malaysia.

Unknown said...

kalah sekali tidak bererti kalah selamanya...jika kita mentadbir dgn sepenuh hati dan niatkan untuk allah serta mengikut segala lunas2 agama in syaa allah rakyat akan menjadi pemerhati. ketika itu jika rakyat masih juga menolak beberapa individu baru kita gantikan dengan pemimpin yang muda untuk membawa agenda islam untuk sekalian alam..perjuangan harus di teruskan

Lelakidicermin said...

Agak2nya apa yg persoalan yg timbul di hati pemimpin parti pas skg ni.. bila banyak pimpinan amanah menang di dun dan perlimen.. ada pulak di angkat jadi menteri kanan. Sedangkan org2 ini di caci dgn berbagai gelaran.. dgn baiah.. dgn bawa lari kerusi.. sedangkan dulu ada pimpinan pas panggil amanah dgn pan.. setelah amanah berjaya..telah mula tukar AMANAH..sedangkan ada beberapa pimpinan pas dr kata2 spt mengharapkan jawatan dan pangkat..spt najib memperlekehkan tun m..akhir tun m jadi pm...parti pak lebai memperlekehkan pimpinan amanah.. akhir beberapa pimpinan amanah...cencaru makan petang..adakah dia org ada perasaan malu..dan hormat pada org yg pernah dia org perlekehkan..

Unknown said...

Mohon federal siasat semua isu yang PAS Kelantan yang dibangkitkan Tuan Haji Husam dan pasukannya. Biar rakyat Kelantan tahu perkara yang sebenar.

Unknown said...

22k undi Hj husam dapat di KB berbanding Taki 28k, itu adalah 40%. Kali pertama bertanding selepas baru 3 tahun ditubuhkan, merobek 40% penguasaan PAS adalah kejayaan gilang gemilang. Walaupun x memenani sebarang kerusi, 40% rakyat kelantan telah memahami dan menerima perjuangan AMANAH. TAHNIAH hj Husam & C.WanRahim. X payah dilayan komen provokatif budak hingusan. Maju AMANAH.

Nenek Kebayan said...

Pada hemat saya Yb Husam & PH telah melakukan yg terbaik d Klntn tempohari, cumanya mungkin belum ada rezeki kali ini & mungkin ada hikmah yg tersembunyi di sebalik kekalahan mrk, yg kita sendiri belum mampu utk mntafsirkannya. Skrg ini biarkanlah pas meladeni Klntn spt yg dimahukan oleh rakyat itu sdri. Cukuplah Yb Husam & yg lainnya berhempas pulas dgn fakta & bukti ttg kepimpinan pas, kerana ianya sekadar 'tohmahan semata2' di mata majoriti rakyat Kltn. Moga PH pusat dpt mengubati luka di hati Yb Husam, Ustaz Nik Omar & Dr Radzi Jidin dll, dgn memberi mrk tpt d peringkat nasional agar perjuangan mrk dpt diteruskan & digilap utk pru yg akn dtg.

Bayar Ansur said...

Pas menang di kelantan dan terengganu bukan hanya kerana ahli2 Pas yg istiqomah mengundi Pas, tetapi juga;
1. Tsunami rakyat untuk menjatuhkan BN, anything but BN
2. Bedanya rakyat kelantan yg matang politik terutamanya pengundi luar faham undi 3 penjuru akan memenangkan BN
3. Prediksi awal dari Invoke yg mensasarkan kelantan akan jatuh ke tangan BN dan pas akan mengalami kekalahan besar menguatkan sentimen anything but BN
4. Unlike negeri2 pantai barat yg mempunyai jumlah pengundi non-malay yg ramai, para perantau yg celik politik faham yg PH pantai timur belum mampu untuk meraih sokongan undi melayu yg secukupnya bagi mengalahkan BN
5. As the safest bet, mereka secara keseluruhan mengundi PAS bagi memastikan BN tidak menang