Monday, May 21, 2018

Menteri baharu jangan berbulan mandu

ULASAN

13 Anggota jemaah menteri Dr Mahathir Mohamad fasal pertama hari ini telah mengangkat sumpah dan menerima surat cara pelantikan di hadapan Yang diPertuan Agong, Sultan Muhammad Ke V yang berlangsung di balai khas di Istana Negara, Kuala Lumpur.

Memulakan mengangkat sumpah sebagai Timbalan Perdana Menteri, Dr Wan Azizah Wan Ismail yang juga Menteri Wanita dan Pembangunan Keluarga, diikuti Muhyiddin Mohd Yassin (Menteri Dalam Negeri), Lim Guan Eng (Menteri Kewangan) dan Mohammad Sabu (Menteri Pertahanan).

Kemudian diikuti oleh Dr Maszlee Malik, (Menteri Pelajaran) Rina Mohd Harun (Menteri Pembangunan Luar Bandar), Mohamaed Azmin Ali (Menteri Hal Ehwal Ekonomi)

Turut sama mengangkat sumpah Zuraidah Kamaruddin (Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan),  Gobin Singh Deo (Menteri Komunikasi dan Multi Media), Anthony Loke Siew Fook, (Menteri Pengangkutan) M Kulasegaran (Menteri Tenaga Manusia), Salahuddin Ayub (Menteri Pertanian dan Industeri Asas Tani) dan Dr Dzulkefliy Ahmad (Menteri Kesihatan).

Kecuali Dr Mahathir dan Muhyiddin Yassin 11 menteri adalah muka baharu yang belum pernah berkhidmat sebagai menteri. Walaupun Azmin Ali pernah sepenggal lebih menjadi MB Selangor beliau juga pertama kali berada dalam kabinet Persekutuan.

Sudah pasti penampilan mereka akan disorot dari segenap aspek oleh rakyat khasnya, pemerhati dan penentang mereka pembangkang. Dalam tempoh berpantang 100 hari mereka perlu melakukan sesuatu yang memberi keyakinan kepada rakyat serta berusaha untuk memenuhi janji 100 hari mengikut tanggungjawab kementerian masing-masing.

Sekiranya mereka gagal menggunakan kedudukan itu seperti mana dijanji kepada rakyat dan diharapkan untuk melakukan perubahan sudah pasti ia akan mengecewakan rakyat. Tegasnya kemampuan mereka akan diuji dalam tempoh itu. Pastinya suasana mereka kini berbeza dengan suasana sebelum ini sebagai pengkritik, yang kita bertukar kepada pelaksana.

Dalam tempoh 100 hari pertama ini bukan untuk mereka berbulan madu dengan jawatan yang mungkin tidak pernah dibayangkan oleh mereka sebelum ini. Sebagai anggota kabinet permikiran dan sikap mereka juga perlu dirombak dan diubah serta merta.

Mungkin peluru-peluru lama yang masih tersisa untuk menyerang bekas kerajaan Najib Razak, mengeluarkan kata-kata berbentuk menyerang, menyinis sudah pun tidak sesuai lagi. Mungkin perubahan ini bukan mudah tetapi mereka semua kena belajar dan menyesuaikan diri.

Selain merubah sikap dan pembawaan mereka sebagai anggota kabinet apa yang penting dilakukan oleh menteri baharu itu ialah menumpukan kepada kementerian masing-masing. Mereka harus melakukan penbersihan ke atas segala masalah yang ada sebelum ini. Daki-daki penyelewengan yang ada sebelum ini harus disapu segera.

Dr Mahathir sduah membuat contoh yang jelas dan tegas bagaimana beliau mengarahkan siasatan ke atas SRC International yang dikaitkan dengan 1MDB.

Yang juga tidak kurang penting bagi menteri itu ialah meorentasikan sikap pegawai di semua bahagian agar langkah mereka sederap dengan aspirasi kerajaan baharu. Menteri tidak perlu bertolak ansur dengan mana-mana pegawai atau kakitangan yang masih terbawa dengan cara pentadbiran dahulu.

Tahniah kepada semua. [wm.kl.7:10 pm 21/05/18].

2 comments:

Al-Ahmad Othman said...

Alhamdulillah tahniah kepada yg dilantik,buktikan kepada rakyat Malaysia anda semua pemimpin yg layak dilantik.Masa semakin suntuk,kurangkan politiking dalaman(buang masa),fokus kepada fotfolio masing²,yakinkan kepada Rakyat bahawa anda adalah Wakil Rakyat,bukan sekadar tahu bercakap, tetapi lebih kepada bekerja.Tolong Jangan Sia-siakan harapan rakyat Malaysia kepada anda semua!Selamat menjalankan Tugas!

Anonymous said...



Klu macai2 dan walaun2 umno dan PAS suka memuji mengampu menjilat2 pemimpin mrk bagaikan dewa ataupon raja yg TAK boleh disentuh...TETAPI bagi rkyat yg mengundi PH, wajib wajib wajib dan WAJIB meninggalkan jauh2 perangai buruk macai2/walaun2 umno dan PAS diatas itu!

Pengundi2 PH wajib dan WAJIB melihat menteri2 itu hatta PM itu sendiri sekalipon adalah sbg 'macai2' kita semua dan wajib berkhidmat sebaik2 mungkin kpd kita sbg BOS mrk..kita adalah BOS dan mrk lah yg mnjd macai2 kpd kita sbnr2nya!!

Siapa yg melantik mrk ketempat mrk itu klu bukan kita yg mnjd BOS mrk!?

Siapa yg membayar GAJI elaun mrk klu bukan cukai2 drp rkyt yg mnjd BOS mrk!

Harap Mahathir Wan Azizah LGE Mat Sabu dll mmbaca tulisan ini..

Jgn mintak rkyat salam CIUM tangan korang, sebaliknya korang WAJIB hulur tangan terlebih dahulu kpd rakyt sbg BOS yg dah lantik korang, ada faham tak!?

Klu saidina Omar boleh dikritik/dicemuh oleh ibu2 tua janda dan anak2 kecil, so korang WAJIB hadam dan belajar banyak lg utk mnjd sbnr2 pemimpin yg SEJATI!!!

Sbnr2 pemimpin yg unggul ulung dan SEJATI tidak dan TIDAK pernah smasekali meRASA kecewa dgn kritikan/cemuhan kutukan hatta makian rkyat demi penambah baikan SYSTEM urus tadbir mrk...dan mrk semua insaf akur dan SEDAR bhw diri mrk lah yg sbnr2nya 'macai2' kpd rkyat!

Klu lu org nak jd BOS, jd mcm kami sbg rkyat, jgn jd PEMIMPIN!

Harap Rafizi selalu cakap camni kpd PM TPM dan MENTERI2 yg ada skrg!

Rkyat yg hidup ddlm CAHAYA yg terang tak lg sama sprt yg idup ddlm tempurung umno dan PAS yg 'feudal' yg mnDajjal=mmBohongi=meNipu=meNakut2kan serta membelengu kehidupan rkyat ddlm gelap gulita..