Monday, May 21, 2018

Kehebatan seorang Azmin?

PERTANYAAN

SULTAN Selangor memberi perkenan kepada Mohamed Azmin Ali untuk menyertai kabinet Dr Mahathir Mohamad dan meninggalkan jawatan MB Selangor. Azmin yang telah mengangkat sumpah menjadi MB Selangor petang ini dijangka akan mengangkat sumpah pula sebagai menteri Hal Ehawal Ekanomi.

Apa yang berlaku di Semenanjung berbeza dengan apa yang berlaku di Sabah. Di Sabah dua orang mengangkat sumpah memegang jawatan Ketua Menteri, di Semenanjung seorang ahli politik mengangkat sumpah untuk memegang dua jawatan penting berbeza.

Di Sabah mula-mula Musa Aman mengangkat sumpah jadi Ketua Menteri Sabah, dua hari kemudian Mohd Shafei Afdal pula angkat sumpah untuk jawatan yang sama.


Di Semenanjung Azmin Ali mengangkat sumpah sebagai MB dan Menteri. Pencapaian atau apa diperolehi Azmin sesuatu yang luar biasa baginya. Belum pernah rasanya keadaan sebegitu berlaku dan hanya berlaku dalam pilihan raya ini.

Apa yang berlaku ke atas Azmin itu satu lagi keistimewaan dan keterkejutan pilihan raya ke 14 ini.

Orang yang membaca politik secara leteral tidak merasa ada apa-apa motif disebalik pelantikan Azmin. Tetapi mungkin tidak bagi saya. Dalam suatu catatan saya mempunyai makrifat tersendiri berkenaan hal itu. Sila. rujuk.

Di samping mahu mengucap tahniah kepada Azmin saya berdoa dia dapat menjalankan tugas barunya iru sengan jaya. Pencapaian di Selangor akan dibawa ke Puterajaya. Paling penting dia sesekali tidak akan menggunakan kelebihan dan kehebatan dirinya untuk mmbudayakan politik kronisme. Jangan dengan jawatan dan kelebihan itu beliau berasakan dirinya lebih dan mahu menjadi “taukeh”.

Apabila beliau meninggalkan bangunan Sulatan Salahuddin Abdu Aziz Shah, beliau akan menamakan calon lain sebagai penggantinya. Peluang ini terbaik untuknya membudayakan politik kronis kerana mempunyai ruang untuk meraih pengaruh lebih luas. Sudah pasti Azmin akan memilih di kalangannya. Kuasa untuk memilih MB itu menyebabkan beliau dilihat sebagai taukeh.

Sepatutnya yang patut memilih MB bukan Azmin tetapi Pakatan Harapan (PH), atas prinsip kerajaan Selangor adalah kerajaan bersama. Azmin perlu serahkan urusan menamakan penggantinya kepada parti. Tetapi apabila ada kenyataan daripada Istana berbunyi, atau meminta Azmin memilih penggantinya menjadikan Azmin sebagai taukeh. Diharap Azmin tidak mudah eksploitasi arahan dan permintaan itu untuk kepentingan dirinya.

Dengan situasi itu Azmin mempunyai potensi besar untuk membina kekuatannya peribadinya dalam parti dan kerajaan. Sudah tentu dalam partinya — Keadilan beliau mempunyai kuasa tinggi dan dilihat pencetur dan penentu.

Ketinggian itu mengatasi presiden dan juga penasihat umum. Tidak diketahui apakah pelantikan Azmin ke dalam kabinet mendapat persetujuan presiden Dr Wan Azizah Wan Ismail dan penasihat umum Anwar Ibrahim atau tidak. Mungkin hari ini ia tidak diketahui tetapi akan terdedah selepas ini.

Sekiranya pelantikan itu dengan prerogetif Dr Mahathir sebagai PM, maka Azmin tidak perlu peduli kepada presiden dan penasihat lagi. Di sinilah saya mengatakan kedudukan Azmin tinggi dalam “hirearki” partinya. Dia boleh perlahan-lahan mengabaikan presiden dan penasihat.

Biarlah, cuma satau diharap semoga Azmin tidak mudah melupai diri dan berjalan hendaklah senantiasa tunduk ke bawah jangan tunduk setelah mata termasuk sampah. . [wm.kl. 9:58 am 21/05/18]
Post a Comment