Monday, May 21, 2018

Kehebatan seorang Azmin?

PERTANYAAN

SULTAN Selangor memberi perkenan kepada Mohamed Azmin Ali untuk menyertai kabinet Dr Mahathir Mohamad dan meninggalkan jawatan MB Selangor. Azmin yang telah mengangkat sumpah menjadi MB Selangor petang ini dijangka akan mengangkat sumpah pula sebagai menteri Hal Ehawal Ekanomi.

Apa yang berlaku di Semenanjung berbeza dengan apa yang berlaku di Sabah. Di Sabah dua orang mengangkat sumpah memegang jawatan Ketua Menteri, di Semenanjung seorang ahli politik mengangkat sumpah untuk memegang dua jawatan penting berbeza.

Di Sabah mula-mula Musa Aman mengangkat sumpah jadi Ketua Menteri Sabah, dua hari kemudian Mohd Shafei Afdal pula angkat sumpah untuk jawatan yang sama.


Di Semenanjung Azmin Ali mengangkat sumpah sebagai MB dan Menteri. Pencapaian atau apa diperolehi Azmin sesuatu yang luar biasa baginya. Belum pernah rasanya keadaan sebegitu berlaku dan hanya berlaku dalam pilihan raya ini.

Apa yang berlaku ke atas Azmin itu satu lagi keistimewaan dan keterkejutan pilihan raya ke 14 ini.

Orang yang membaca politik secara leteral tidak merasa ada apa-apa motif disebalik pelantikan Azmin. Tetapi mungkin tidak bagi saya. Dalam suatu catatan saya mempunyai makrifat tersendiri berkenaan hal itu. Sila. rujuk.

Di samping mahu mengucap tahniah kepada Azmin saya berdoa dia dapat menjalankan tugas barunya iru sengan jaya. Pencapaian di Selangor akan dibawa ke Puterajaya. Paling penting dia sesekali tidak akan menggunakan kelebihan dan kehebatan dirinya untuk mmbudayakan politik kronisme. Jangan dengan jawatan dan kelebihan itu beliau berasakan dirinya lebih dan mahu menjadi “taukeh”.

Apabila beliau meninggalkan bangunan Sulatan Salahuddin Abdu Aziz Shah, beliau akan menamakan calon lain sebagai penggantinya. Peluang ini terbaik untuknya membudayakan politik kronis kerana mempunyai ruang untuk meraih pengaruh lebih luas. Sudah pasti Azmin akan memilih di kalangannya. Kuasa untuk memilih MB itu menyebabkan beliau dilihat sebagai taukeh.

Sepatutnya yang patut memilih MB bukan Azmin tetapi Pakatan Harapan (PH), atas prinsip kerajaan Selangor adalah kerajaan bersama. Azmin perlu serahkan urusan menamakan penggantinya kepada parti. Tetapi apabila ada kenyataan daripada Istana berbunyi, atau meminta Azmin memilih penggantinya menjadikan Azmin sebagai taukeh. Diharap Azmin tidak mudah eksploitasi arahan dan permintaan itu untuk kepentingan dirinya.

Dengan situasi itu Azmin mempunyai potensi besar untuk membina kekuatannya peribadinya dalam parti dan kerajaan. Sudah tentu dalam partinya — Keadilan beliau mempunyai kuasa tinggi dan dilihat pencetur dan penentu.

Ketinggian itu mengatasi presiden dan juga penasihat umum. Tidak diketahui apakah pelantikan Azmin ke dalam kabinet mendapat persetujuan presiden Dr Wan Azizah Wan Ismail dan penasihat umum Anwar Ibrahim atau tidak. Mungkin hari ini ia tidak diketahui tetapi akan terdedah selepas ini.

Sekiranya pelantikan itu dengan prerogetif Dr Mahathir sebagai PM, maka Azmin tidak perlu peduli kepada presiden dan penasihat lagi. Di sinilah saya mengatakan kedudukan Azmin tinggi dalam “hirearki” partinya. Dia boleh perlahan-lahan mengabaikan presiden dan penasihat.

Biarlah, cuma satau diharap semoga Azmin tidak mudah melupai diri dan berjalan hendaklah senantiasa tunduk ke bawah jangan tunduk setelah mata termasuk sampah. . [wm.kl. 9:58 am 21/05/18]

9 comments:

Anonymous said...



Musang berjanggut terlondeh sudah
Berselingkuh sedondon menjerat diri
Adakah si'kartel' menghidu langkah
Bersifukan Mahafiraun yg 'baik' hati?

Lihatlah LKS yg lama berKORBAN
Berkorban berjuang demi pertiwi
Mahafiraun & Kartel ambillah keINSAFAN
LKS yg selfLESS, TAK pentingkan diri
LKS yg selfLESS, rela dipenjarakan
Rela menolak jawatan MENTERI


Mahafiraun & Kartel wajib belajar
Jadikan lah LKS guru dan sifu
LKS ibarat CAHAYA yg menyinar
Menyuloh kGELAPan ddlm 'niat'mu


LKS menolak pangkat dan glamor
Alangkah besar murninya jiwa
Demi RAKYAT & cintakan negara
LKS lurus tak GELAP brsandiwara


ALLAH melihat kedalam hati
Bukannya dibibir kulit & sorban
CAHAYA Cinta-NYA terang menyinari
Sekilas-KU' pandang tak dpt kau tahan






Anonymous said...

Jgn lah gossip nak laga laga kan orang pulak...i

Anonymous said...

Memang nampak untuk mengekang "terlajak laris" beliau. Sebetulnya dia pun tidak boleh bertindak untuk mencalonkan siapa pengganti beliau, kerana beliau perlu sedar posisi beliau di dalam PKR kalau pun tidak dalam Pakatan Harapan.

Anonymous said...

Dah bagi ruang terbuka untuk komen, tak reti nak hormat pandangan orang.

Bertahun dan berpuluh buku yang di tulis oleh MSO.

Tuan sepatutnya bagi pandangan bukan sangkaan.

Apa jua perkara mesti ada dua perbezaan. Tangan kita pun ada dua perbezaan di mana tapak tangan lebih putih dari tangan sebelah atas..

Kan MSO kata 'makrifat' yang tuan pulak kata gossip..

Anonymous said...



Rakyt yg mmiliki fikiran merit-IQ yg tinggi akan sentiasa peka-RASA trhdp politkus2 yg jujur yg lurus telus, yg sentiasa kuat brsemangat berkhidmat semata2 demi rakyt sprt LKS Anwar Rafizi Mat Sabu LGE Husam Tony Phua dll yg tak pernah kenal makna putus asa..

Mrk ini sgt disenangi ramai krn CAHAYA yg tlh mrk tabur/sebarkan demi menyuloh GELAP=Bejat=Korup=Fitnah=Conspiracy=Sandiwara yg sggup mengambil risiko masuk kepenjara hatta ada yg dah pon bbrp kali dipenjarakan!

Mrk ini tak perlu "membeli" dan mengikat pengaruh ddlm parti dan negara demi kemaruk lahap harta-KUASA-pangkat dan glamor...SEBALIKnya harta-KUASA-pangkat dan glamor itu yg dtg mencari mrk dgn sendirinya ha ha!?

Seluruh rkyat Msia wajib diasuh utk melihat serta memahami sdlm2nya melalui media bertulis dan corong2 radio dan tv serta ddidik disekolah2 akan hakikat ciri2 pemimpin2 SEJATI yg molek ini dan tidak lg ada ruang utk diDajjal= diBohongi=diKeliru oleh Dajjal=pmBohong yg sgt suka mnDajjal minda rkyt dgn sandiwara-OPERA berapi2 menggunakan retorika bangsa-kaum-dan-ugama semata2 'niat' GELAP/menCURI demi kpntingan diri kluarga dan kroni..

Kemana LESAP nya hampir SATU trillion wang yg mnjd hutang bebanan marhaein di seluruh negara ini skrg?

Adakah kita masih mau PERCAYA dgn Dajjal=pmBohong yg mmiliki niat/mata hati yg SATU yakni terus2an ingin mnDajjal=mmBohongi=Menipu=Menakut2kan kita dgn opera-SANDIWARA lapuk rasis kaum-bangsa-dan-ugama itu?...dan bukankah mrk inilah juga skrg yg tlh menCURI serta menimbunkan HUTANG negara ini sedemikian rupa!?





HASSAN SHEIKH SEYLAN said...

Ada 2 Perspective, 1 diri Azmin itu sendiri yang sememangnya unggul, dan tidak perlu dibanding-bandingkan dengan pemimpin yang lain kerana ianya akan memercikkan "fitnah". Saya lebih suka menilai dari perpective ke 2, iaitu jawatan yang ditawarkan, jawatan baru "Menteri Ekonomi". Pasti ianya tidak overlap dengan jawatan Menteri Kewangan. Jawatan ini amat penting sekali buat ketika ini. Hutang negara sudah mencecah RM1 Trillion. Untuk membantu meredakan keadaan, kerajaan wajar meneliti semula perancangan projek yang boleh ditangguhkan atau dibatalkan secara terus. Justeru dalam keadaan dan masa yang tertekan ini kami rasakan Azminlah pemandu yang dipercaya layak menerima cabaran ini, insya-Allah. Wallahu aklam...

Anonymous said...

kasi tunai janji 100 hr dulu la br tau hebat tak hebat.. citer byk tak guna minyak bila nak turun 1.50.. kena peringat slalu sbb melayu mudah lupa.

Asrul Sani said...

Kita tak tahu samada perlantikan Azmin sebagai Menteri Ekonomi dibuat atas kehendak TDM atau memang ada permintaan yang dibuat oleh pucuk pimpinan PKR supaya Azmin dibawa ke Persekutuan bagi menyekat pengaruh beliau....itu semua tak penting kepada rakyat yang mengundi PH. Yang penting walau jawatan apa pun kerja mesti cemerlang. Selamat maju jaya kepada Azmin...sememangnya beliau pemimpin yang berkalibar.

Anonymous said...



Klu diPenang LGE dpt selesaikan hutang hampir 700 juta

Klu LGE berada diSelangor gamaknya tentu lebih hebat performance nya

Adakah klu seandainya Azmin diPenang dia mampu menebus hutang diatas tu?