SEMUA orang yang "kegelian" kerana seronok, dan sedang dilambung ombak keseronokan dan bergembira dengan kemenangan besar PH sehingga berjaya membentuk kerajaan baharu Malaysia hendaklah waras dan syukur menerima kemenangan itu.
Jangan menyambutnya dengan emosi yang berlebih-lebihan atau sebak yang boleh mengulai diri kerana ia membahayakan diri. Rasional, di sini menerima kemenangan itu sebagai sesuatu anugerah dan menyedari ianya bukan mudah untuk digapai. Hasil kemenangan itu perlu dianggap amanah bukannya ghanimah. Mengisi kemenangan itu dengan tanggungjawab bukan mendabik dada.
Sebenarnya untuk menumbangkan kerajaan UBN (dahulu Perikan) dan menghancurkan hegemoni Umno bukan dalam masa pendek dan dapat dicapai dengan gampang meskipun para pendukung perjuangan ini tidak pernah berputus asa dan mengaku kalah. Mereka sabar menunggu berdekad-dekad. Semua pihak perlu mengingati dan mengenang segala kesukaran yang ditempohi itu. Pelbagai kerenah dan tibulasi dilalui sehingga tanpa disedari ada nyawa pun tergadai.
Usaha atau gerak (moment) untuk menjatuhkan kerajaan UBN bermula pada tahun 1999 ia bergerak mara terus hingga kepada tahun 2004, 2008, 2013 dan terbaru pada 2018. Ertinya gerakan untuk menumbangkan kerajaan UBN berjalan selama hampir 20 tahun tanpa henti-henti dan ia pencapaiannya meningkat daripada satu tahap ke satu tahap.
Walaupun ada gerakan sebelum ini, (bermula tahun 1969) ia tidak seserius dan senekad dalam dua dekade ke belakang. Tahun 1969 adalah permulaan untuk menjatuhkan kerajaan UBN ketika itu bernama Perikatan, dimana penentang secara sah mulai tahun 1978 sesudah semua pihak bertenang selepas tragedi 13 Mei.
Pembangkang yang istiqamah untuk menjatuhkan kerajaan UBN ialah PAS, DAP dan PSM. Ini hakikat yang tidak boleh dinafikan. Penentangan mereka kepada UBN berpunca daripada perbezaan ideologi. PAS dibina atas prinsip agama yang dijadikan ideologi, DAP dan PSM atas prinsip kebebasan dan hak asasi manusia. Mereka itu menantang UBN yang memperjuangkan nasionalisme Malaysian yang dijadikan ideologi.
Namun usaha mereka tidak berjaya kerana wujud beberapa kelemahan. Satunya kelemahan dari segi strategi politik pembangkang, mereka tidak bersatu menentang UBN yang bersepadu. Pakatan pembangkang lemah apabila mereka tidak bersedia mengepikan ideologi serta semangat kekitaan (rasis) dalam kebersamaaan menentang UBN.
Gerakan serius.
Sementara gerakan di awal tahun 2000, gerakan serius, untuk menjatuhkan UBN bertolak daripada kesedaran bahawa kerajaan UBN gagal untuk membela rakyat dan membangunkan negara atas semangat bersama. Ia ditambah oleh beberbagai kepincangan berlaku dalam kerajaan UBN. Kesedaran ini menyebabkan mereka (pembangkang) spontan sepakat merasakan apa dilakukan UBN sangat bahaya dan merosakkan negara. Istilah-istilah yang sadis seperti "zalim", "kronisme", "menindas", digunakan sebagai slogan membusukkan UBN.
Terbaharu pemimpin utamanya sendiri dianggap sebagai "Kleptokrasi" -- penyangak, pencuri, perompak dan penipu.
Sekali lagi, ada modal tambah untuk meruntuhkan UBN oleh pembangkang apabila penglibatan Dr Mahathir (yang memahami kesalahan dalam kerajaan UBN semasa zamannya ada, tetapi kesilapan itu semakin besar dilakukan pada era Najib). Baginya Najib adalah sang “anakku Sazali” yang tidak boleh dibiar dan merosakkan legasinya. Justeru tidak ada pilihan lain beliau perlu bertindak demi masa depan negara, dan bukan lagi Sazali dengan mengamankan Sazali sedemikian rupa.
Kesalahan dan kebejatan kelakuan Najib yang dimuraki Dr Mahathir ialah dalam skandal 1MDB. Di zamannya tidak ada skandal dan kesalahan membabit perdana menteri sebesar itu berlaku. Inilah punca segala-galanya.
Makanya tanganilah kemenangan dengan baik, penuh bertanggungjawab, penuh rasional, penuh keinsafan dan penuh kesyukuran.Tanpa kesedaran itu semua kemenangan yang amat berharga ini boleh bertukar menjadi malapetaka dan sia-sia sahaja. Kita kena penuhkan maknakan perjuangan dan kemenangan. Rakyat harus mendapat manfaat sepenuhnya atas perubahan dan menjamin ia lebih baik daripada apa yang ada sebelum ini. Apa yang perlu dihindari kita jangan bernasib malang, lari dari mulut harimau termasuk ke dalam mulut buaya.
Baik kepada Dr Mahathir waima Anwar Ibrahim jangan menganggap kemenangan ini hak mutlak anda. Jangan. Selamanya kemenangan ini perlu letakkan atas tanggungjawab semua rakyat. Yang tidak perlu dilupakan juga kemenangan ini adalah bergerak dari aspirasi PAS dan DAP. Aspirasi PAS mencapai kemenangan ini menerusi mereka yang berada dalam Parti Amanah Negara (Amanah) kerana mereka adalah pembawa jiwa PAS tulen. Amanah adalah mewakili rakyat yang sejak lama dahulu meletakkan pembaharuan dan kesejahteraan boleh dilakukan oleh PAS dengan pendekatan dan konsep Islam diterima pakainya.
Begitu juga dengan DAP, mereka juga ada saham besar dalam kemenangan ini. Selamanya DAP akan menjadi king maker dalam politik Malaysia termasuk menjadi pemantau sekaligus penguasa politik Melayu.
Itulah yang dipamerkan dan diecer. Walhal sebenarnya, hakikat tidak begitu. Apa yang realitinya keburukan UBN itu dibaluti oleh rasa kecewa individu terhadap peneraju kerajaan UBN ketika itu, yakini Anwar Ibrahim yang dipecat oleh Dr Mahathir Mohamad.
Tidak dapat dinafikan nasib malang diterima UBN sehingga relai hari ini gara-gara persengketaan dua insan ini. Merekalah pencetus huruhara politik Malaysia yang secara tidak langsung membentuk pola pemikiran baru kepada rakyat. Makanya apabila mereka kembali bersefahaman semula, mereka dapat mencipta sesuatu yang baru. Saya tidak mahu menyebut politik Malaysia disihirkan oleh mereka berdua, tetapi itulah apa yang dapat saya makrifatinya, Anwar dan Dr Mahathir tukang sihir yang hebat yang tidak mahu mengalah di antara satu sama lain.
Sehingga ke hari ini mereka masih berstatus harimau yang ingin menguasai satu bukit yang sama dan mereka tidak dapat berada di atas bukit bersama untuk satu masa yang panjang? Kecualilah mereka dapat bersama apabila salah seekor daripada mereka tercedera atau sakit.
Bawa kecelakaan.
Pemecatan Anwar 1998 itulah membawa kecelakaan kepada UBN, apabila Anwar yang mengetahui perjalanan kerajaan UBN dari dalam dan luar mendedahkan kepada luar yang memberi modal kepada pembangkang dalam usaha untuk membela nasib yang dialaminya. Anwar tidak peduli caranya itu menguntungkan pembangkang asalnya dia berpuas hati. Perbalahan Anwar - Mahathir bukan kerana perbezaan ideologi. Aliran atau pegangan perjuangan mereka hampir sama. Perbalahan mereka kerana merebut lokasi, bukit.
Apa terjadi kepada Anwar diambil kesempatan oleh pembangkang yang konsisten melawan UBN, DAP, PAS dan parti sosialis. Itulah pun diharapkan Anwar untuk membela dirinya. Hasil gabungan inilah ia memborak melebar dan menyerlahkan bahawa UBN semakin buruk, busuk dan hanyir sehingga dianggap serta diterima sebagai parti yang bobrok dan tidak berguna kepada rakyat. Jasa-jasa besar Umno terhapus dengan penghinaan itu.
UBN pula dalam mempertahankan dirinya secara tidak sedar mengesahkan tuduhan itu apabila bertindak melakukan apa sahaja aparat kerajaan untuk membelanya termasuk menggunakan parlimen menggubal undang-undang melindungi para pemimpinnya. Kesilapan besar Najib Razak beliau tidak membela diri dan UBN dengan maruah diri tetapi dengan undang-undang dan akta.
Sehingga ke hari ini mereka masih berstatus harimau yang ingin menguasai satu bukit yang sama dan mereka tidak dapat berada di atas bukit bersama untuk satu masa yang panjang? Kecualilah mereka dapat bersama apabila salah seekor daripada mereka tercedera atau sakit.
Bawa kecelakaan.
Pemecatan Anwar 1998 itulah membawa kecelakaan kepada UBN, apabila Anwar yang mengetahui perjalanan kerajaan UBN dari dalam dan luar mendedahkan kepada luar yang memberi modal kepada pembangkang dalam usaha untuk membela nasib yang dialaminya. Anwar tidak peduli caranya itu menguntungkan pembangkang asalnya dia berpuas hati. Perbalahan Anwar - Mahathir bukan kerana perbezaan ideologi. Aliran atau pegangan perjuangan mereka hampir sama. Perbalahan mereka kerana merebut lokasi, bukit.
Apa terjadi kepada Anwar diambil kesempatan oleh pembangkang yang konsisten melawan UBN, DAP, PAS dan parti sosialis. Itulah pun diharapkan Anwar untuk membela dirinya. Hasil gabungan inilah ia memborak melebar dan menyerlahkan bahawa UBN semakin buruk, busuk dan hanyir sehingga dianggap serta diterima sebagai parti yang bobrok dan tidak berguna kepada rakyat. Jasa-jasa besar Umno terhapus dengan penghinaan itu.
UBN pula dalam mempertahankan dirinya secara tidak sedar mengesahkan tuduhan itu apabila bertindak melakukan apa sahaja aparat kerajaan untuk membelanya termasuk menggunakan parlimen menggubal undang-undang melindungi para pemimpinnya. Kesilapan besar Najib Razak beliau tidak membela diri dan UBN dengan maruah diri tetapi dengan undang-undang dan akta.
Sekali lagi, ada modal tambah untuk meruntuhkan UBN oleh pembangkang apabila penglibatan Dr Mahathir (yang memahami kesalahan dalam kerajaan UBN semasa zamannya ada, tetapi kesilapan itu semakin besar dilakukan pada era Najib). Baginya Najib adalah sang “anakku Sazali” yang tidak boleh dibiar dan merosakkan legasinya. Justeru tidak ada pilihan lain beliau perlu bertindak demi masa depan negara, dan bukan lagi Sazali dengan mengamankan Sazali sedemikian rupa.
Kesalahan dan kebejatan kelakuan Najib yang dimuraki Dr Mahathir ialah dalam skandal 1MDB. Di zamannya tidak ada skandal dan kesalahan membabit perdana menteri sebesar itu berlaku. Inilah punca segala-galanya.
Bukan wahyu dari langit.
Rentetan dan kronologi itu semua harus fahami oleh rakyat. Kemenangan yang dicapai kini adalah kesenimbungan atau bertitik tolak kepada beberapa peristiwa itu. Bukan kerana ada wahyu dari langit untuk melakukan perubahan ini kecuali justeru kerana peristiwa-peristiwa dan tragedi yang ditetaskan oleh politician sendiri.
Insafilah kemenangan ini meskipun menggendong satu niat baik tetapi proses kemenangan itu berjalan atas peristiwa ataupun kejadian-kejadian tadi yang bersifat penuh pesonlis -- peribadi.

Makanya jika kita faham kronologi itu, kita akan akur dan sedar kemenangan yang diterima 9 Mei lalu perlu dinilai dan diterjemahkan setepat mungkin. Jangan menganggapnya satu proses yang mudah walaupun kemenangan itu dicapai atas rangka yang dibuat atau terbit dari jiwa personal yang boleh berulang-ulang. Erti kepada kemenangan ini perlu "disignifikankan" atas kehendak rakyat.
Makanya tanganilah kemenangan dengan baik, penuh bertanggungjawab, penuh rasional, penuh keinsafan dan penuh kesyukuran.Tanpa kesedaran itu semua kemenangan yang amat berharga ini boleh bertukar menjadi malapetaka dan sia-sia sahaja. Kita kena penuhkan maknakan perjuangan dan kemenangan. Rakyat harus mendapat manfaat sepenuhnya atas perubahan dan menjamin ia lebih baik daripada apa yang ada sebelum ini. Apa yang perlu dihindari kita jangan bernasib malang, lari dari mulut harimau termasuk ke dalam mulut buaya.
Baik kepada Dr Mahathir waima Anwar Ibrahim jangan menganggap kemenangan ini hak mutlak anda. Jangan. Selamanya kemenangan ini perlu letakkan atas tanggungjawab semua rakyat. Yang tidak perlu dilupakan juga kemenangan ini adalah bergerak dari aspirasi PAS dan DAP. Aspirasi PAS mencapai kemenangan ini menerusi mereka yang berada dalam Parti Amanah Negara (Amanah) kerana mereka adalah pembawa jiwa PAS tulen. Amanah adalah mewakili rakyat yang sejak lama dahulu meletakkan pembaharuan dan kesejahteraan boleh dilakukan oleh PAS dengan pendekatan dan konsep Islam diterima pakainya.
Begitu juga dengan DAP, mereka juga ada saham besar dalam kemenangan ini. Selamanya DAP akan menjadi king maker dalam politik Malaysia termasuk menjadi pemantau sekaligus penguasa politik Melayu.
Dan Melayu liberal dalam PKR tidak boleh berasakan kemenangan itu hak mereka atau mendakwa merekalah lebih berhak daripada pihak-pihak lain. [wm.kl. 9:24 am 16/05/18]
No comments:
Post a Comment