MSO
SEPERTI mana diduga pendedahan klip video percakapan peguam VK Linggam yang didakawa dengan Ketua Hakim Negara, Ahmad Fairuz Abdul Halim pada tahun 2002 itu telah meresahkan pihak kerajaan. Walaupun pendedahan itu berupa andaian namun semua pihak menyatakan kebimbangan dan kekesalan dengan apa yang berlaku itu.
Betapa tidak sekiranya dakwaan itu benar ia meletakkan bidang legislatif itu dalam kecacatan melampau dan memalukan kepimpinan negara di bawah Abdullah Ahmad Badawi hari ini. Justeru Abdullah tidak ada pilihan, perlu merombak semula badan berkenaan.
Terbaru Kerajaan turut memberi reaksi menerusi Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Mohamad Nazri Aziz. Nazri dipetik sebagai berkata, hakim berkenaan menafikan yang sedang bercakap dengan Lingam seperti dimaksudkan dalam klip video berkenaan adalah beliau (Hakim berkenaan).
Membuat komen
Kata Nazri, Hakim berkenaan sudah menghubunginya dan menafikan dia terbabit. Sebelum ini hakim berkenaan dikatakan tidak bercadang membuat komen. Apabila beliau membatalkan hasartnya itu tentu ada perkembangan terbaru yang tidak menyenangkan dan sehingga memaksa beliau berbuat demikian.
Sejak isu itu didedahkan oleh Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Anwar Ibrahim minggu lalu bayak pihak memberi reaksi dan pandangan. Rata-rata menyatakan kekesalan dan kurang senang atas apa yang berlaku. Sehingga ada pihak yang mencadangkan ditubuh
Suruhjaya di Raja bagi menyiasat dakwaan itu dan meminta Ketua Hakim digantungkan tugas.
Ini termasuklah Perdana Menteri, Abdullah Ahmad Badawi dan timbalannya, Najib Razak juga turut memberi komen dan pandangan. Abdullah mengarahkan agar dijalankan siasatan memastikan kesahihan klip video berkenaan. Manakala kenyataan Najib pula agak terbuka dan berpihak kepada Ketua Hakim berkenaan bila mana beliau tidak menolak klip video berkenaan adalah rekaan!
Ini termasuklah Perdana Menteri, Abdullah Ahmad Badawi dan timbalannya, Najib Razak juga turut memberi komen dan pandangan. Abdullah mengarahkan agar dijalankan siasatan memastikan kesahihan klip video berkenaan. Manakala kenyataan Najib pula agak terbuka dan berpihak kepada Ketua Hakim berkenaan bila mana beliau tidak menolak klip video berkenaan adalah rekaan!
Anwar ketika mendedahkan klik video berkenaan dalam satu kenyataan akhbar mendakwa Lingam sedang bercakap dengan Ahmad Fairuz Abdul Halim yang ketika itu menjadi Hakim Besar Malaya. Butiran percakapan itu terarakan kepada suatu penyusunan untuk membentuk badan kehakiman selepas pesaraan Dzaiddin Abdullah sebagai Ketua Hakim Negara.
Jadi apabila Nazri bercakap bagi pihak Ahmad Fairuz, timbul berbagai persoalan tentang hal ini. Orang boleh mempersoalkan apakah keperluan Fairuz menafikan pekara itu kepda Nazri, sedangkan yang menerima maklumat mengenai klip vido itu ialah Perdana Menteri.
Seharusnya Ahmad Fairuz menyatakan penafian itu langsung kepada PM. Lagipun PM sudah bercakap mengenainya. Apabila Fairuz tidak menyampaikan langsung kepada Abdullah ini menjadikan isu ini menarik dan ada beberapa perkara yang dirasakan tidak kena. Ada hal-hal sampingan lain akan terbangkit gara-gara itu.
Jumpa sendiri
Memang betul Nazri adalah Menteri yang bertangungjawab dan menjaga bidang kehakiman dan undang-undang. Tetapi kerana PM sendiri sudah maklum dan menyentuhnya adalah elok dan sesuai kalau Fairuz menafikan perkara itu kepada PM. Lebih tertib lagi membuat appoiment untuk berjumpa sendiri dengan Perdana Menteri dan menjelaskan kedudukan sebenarnya temasuk hal ehwal kehakiman semasa Abdullah sebelum menjadi PM lagi.Apa yang berlaku itu boleh membenarkan desas desus sebelum ini yang menyatakan ada pertelingkahan antara Perdana Menteri dengan Ketua Hakim Negara. Abdullah dikatakan kurang senang dengan satu tindak tanduk ketua hakim berkenaan yang boleh memalukan negara dan menjejaskan intergriti kehakiman.
Perkara itu ialah mengenai proses perlantikan Ketua Hakim Malaya baru-baru ini yang tertangguh selama tujuh bulan. Kelewatan proses perlantikan itu dikatakan kerana calon yang dicadangkan oleh Ahmad Fairuz ditolak oleh Majlis Raja-Raja Melayu. Ahamd Fairuz dikatakan cuba menaikan hakim yang disenanginya.
Majlis Raja-Raja Melayu menolak nama itu kerana ada sebab-sebab tertentu yang sangat jelas dan fatal yang menjadikan calon itu tidak layak. Hal ini katanya tidak diketahui oleh Abdullah. Majlis Raja-Raja katanya telah menitahkan seorang Raja agar memaklumkan hal itu kepada Abdullah sebagai mewakili Raja-Raja.Setelah dimaklum itulah baru Abdullah tahu kedudukan sebenarnya dan beliau dikatakan kurang senang dengan cara Ahmad Fariuz sehingga mengeluarkan kata-kata berbunyi; “apa yang dilakukan ini (Fairuz) sesuatu yang besar dan memalukan dan tidak sepatutnya berlaku”.
Sebagai pelindung
Apakah kerana peristiwa itu menyebabkan Ahmad Fairuz tidak berani untuk menjelaskan sendiri berhubung isu klip video itu kepada Abdullah dan terpaksa menggunakan Nazri sebagai pelindung dan perantaranya! Begitukah?
Mengenai pertikaian Nazri kepada niat pembangkang (Anwar Ibrahim) yang membuat pendedahan klip video itu sebagai tidak wajar, ianya tidak lebih daripada sikap gatal mulut menteri berkenaan saja. Kata beliau pembangkang sepatutnya mendedahkan perkara itu kepada polis dan BPR dulu sebelum diberi kepada media. Maksud Nazri, itu Anwar membelakangkan prosuder sepatutnya dalam hal itu.
Dalam hubungan ini Nazri mungkin tidak membaca sejarah dan pengalaman dilalui pembangkang khasnya Anwar dengan BPR dan polis. Bukankah selama ini Anwar tidak percaya kepada kedua badan berkenaan? Lupakah Nazri yang bekas bosnya itu pernah ditumbuk sampai lebam mata oleh polis?
Sudah banyak pendedahan dan laporan polis kepada kedua badan itu dibuat oleh Anwar dan pihak pembangkang tetapi ianya dibiarkan begitu sahaja termasuk juga dakwaan ke atas Meneri di Jabatan Menteri itu sendiri berhubung dengan skandal kewangan – pembelian bon luar negara.
Dalam hal ini Anwar bukan tolol dan dungu untuk melakukan perkara yang sama berkali-kali. Lagipun tidak berbangkit isu itu didedahkan kepada siapa dulu. Yang penting sekarang ini ia sudah terdedah dan kerja Nazri, polis dan BPR ialah menyiasat. Bukankah itu tanggungjawab mereka! [wm.kl. 9: 45 am 23/09/07]
No comments:
Post a Comment