Monday, November 17, 2008

Celoteh Murai 15

Si Munafik Berhentilah Bercakap

MURAI rasa sudah sampai masanya bagi semua orang Melayu khasnya orang Melayu dalam Umno berhenti daripada bercakap fasal rasuah baik dalam parti itu ataupun dalam kerajaan. Murai rasa perbuatan itu sia-sia dan buat menghabiskan air liur saja. Betapa eloknya kalau air liur itu digunakan untuk menyuburkan pokok sireh. Menurut nenak Murai kalau nak suburkan pohon sireh atau mahu daunnya hijau, petuanya lumurlah dengan air liur!

Kenapa Murai berkata begitu. Sebabnya tidak ada guna sesuku dinar Kelantan pun bercakap fasal rasuah. Zahirnya nampak orang bercakap fasal rasuah itu mereka tidak suka, benci dan jijik dengan rasuah. Tetapi dalam masa sama mereka juga jadi pengamalnya - (menerima dan memberi) nombor wahid.

Bagi Murai mereka yang bercakap fasal rasuah itu adalah mereka yang pura-pura, munafik atau hipokrit. Kenapa Murai kata begitu, kerana mereka sudah tahu parti yang mereka anggotai itu menjadi pelopor kerja busuk dan hanyir itu tetapi mereka masih betah dan terus duduk dalam parti itu.

Logik Murai senang saja. Kalau mereka benar-benar benci dan marah kepada perbuatan rasuah itu kenapa mereka masih tinggal dalam parti berkenaan. Kalau mereka benar benci kenapa mereka tidak tinggal? Kenapa tidak cari parit lain yang lebih bersih, telus dan menentang rasuah. Bukankah rasuah kini sudah diakui oleh semua orang termasuk dalam Umno sendiri.

Kerana itu bagi Murai mereka yang bersikap hipokrit itu mereka bukan menipu ahli tetapi menipu diri sendiri. Jadi mulai sekrang berhentilah bercakap fasal rasuah dan teruslah anggap rasuah itu satu kemanisan di dalam Umno. Elok kalau Umno mengadakan seminar atau pun konvensyen khas untuk menerima rasuah sebagai satu perbuatan halal dalam parti berkenaan.

Begitu juga perihal dengan orang yang bercakap fasal nak menguatkan Melayu, perkasakan Melayu... menyatukan Melayu. Murai setuju seratus peratus dengan nawaitu itu. Melayu perlu diperkuat dan diperkasakan. Tetapi sama dengan kes rasuah itu juga ianya satu cita-cita munafik yang menjadi retorik. Kenapa Murai kata begitu... kerana orang yang rata-rata bercakap untuk kepentingan Melayu itu adalah pengkhianat Melayu sendiri.

Mereka ini tiba-tiba bangun setelah mereka tidak lagi mempunyai kuasa. Selepas mereka terpinggir ke belakang. Waktu mereka mempunyai kuasa dulu mereka tidak pernah pun berfikir untuk memperkuatkan Melayu, memperkasakan Melayu ini, tetapi setelah kehilangan kuasa dan lemah baru termengah-mengah untuk membela Melayu. Maknanya mereka melakukan itu setelah mereka tiada kerja lain. Bukankah ini munafik namanya?


Bukan itu saja kalau disuluh dan ditengok dengan mikroskop satu persatu kepada individu yang cakap berderai nak membela Melayu hari ini, adalah mereka tidak memiliki sifat-sifat Melayu tulen; yang berakhlak, beradab, tahu menghormati orang, mengenang budi dan sebagaianya.

Mereka ini hanya pemakai pakaian tradisi Melayu saja, pakai songkok setinggi tujuh meter, seledang atau samping berbelas kali belit atau bercapar. Melayu tidak akan menjadi kuat kalau setakat hanya mengenakan eksesori-eksesori itu kalau tanpa jiwa dan hati tidak memilikih sifat-sifat Melayu jati yang Murai sebutkan itu.

Murai yakin orang-orang Melayu ini kalau diberi peluang mereka akan mengsia-siakan dan mengecewakan Melayu. Rekod perjuangan mereka ini boleh dibelek dan dibuka kemudian dibaca semua. Paling merimas dan menyebabkan Murai hilang kepercayaan kerana kesemua Melayu yang bercakap untuk Melayu itu adalah mereka yang terbenih dari politik sekular!

Lantaran itu bagi Murai, berhentiklah bercakap nak bela Melayu...nak kuat Melayu dan satu Melayu... berhentilah. Dah muak dah.... Percaya dan yakinlah Melayu tidak akan terbela ditangan mereka ini bahkan orang Melayu akan jadi makin keliru lagi apakah Melayu yang hendak dipertahankan apakah Melayu seperti mereka yang busuk, tidak berperinsip dan mencari makan di bawah ruang-ruang kekuasaan itu! Pada Murai Melayu sebeginilah yang harus dihapuskan dulu.

Murai: Hanya seekor unggas yang berbangsa Murai.

4 comments:

Anonymous said...

"Di dalam Islam tidak mengira bangsa, apa yang penting adalah takwa kepada Allah s.w.t. Tidak kiralah bangsa apa, Cina, Melayu, India dan Arab.


"Tuhan hanya melihat ketakwaan seseorang itu... kerana bila kita bertakwa kita takut kepada Allah dan menjalankan tanggungjawab kita," katanya kepada pemberita selepas merasmikan restoran London Fish Tales, di sini hari ini.

"Sebab itu saya masuk parti Islam, yang memperjuangkan agama kerana ianya tidak akan kehabisan. Matlamat perjuangannya sentiasa ada iaitu demi agama tanpa mengira kepentingan bangsa pun"
tok guru_mstar.

ji..
setuju tak sebenarnyer politik sebenarnya tak banyak membantu orang melayu... sebaliknya bayak memeberi kesusahan sahaja... tau tak kenapa? orang melayu memang tak pandai berpolitik yang mereka tahu ??????tah la..amir8281.

Mohd Nazree Mohd Yunus said...

Salam,

Suatu bentuk pandangan yang kompleks serta menjelaskan perkara yang harus diubah dalam UMNO ataupun tidak mampu diubah.

Selain daripada kegagalan UMNO untuk menangani rasuah politik, kegagalan UMNO juga adalah memberikan interpretasi dan definisi Ketuanan Melayu.

Konsep yang sudah menjadi polemik dan "punching beg" ini harus dijelaskan kerelevanannya. Apakah harus dibuang ketuanan Melayu atau diberikan definis baru yang cocok dengan realiti dan rasa rakyat Malaysia.

Konsep Bangsa Malaysia yang juga dibentang oleh Tun Mahathir apakah ini suatu konsep perlu dan benar buat menatang realiti?

Salam Hormat & Salam Perjuangan

Nazree Yunus

Tepi Sungai Batu said...

Kalau rasuah dalam parti tak boleh nak hapuskan, macam mana nak hapuskan rasuah dalam pentadbiran negara.
Serabut perut!

Anonymous said...

Saya bersetuju dengan pandangan si Murai. Majoriti pemimpin2 Melayu yang sudah hilang kuasa dan jawatan ini hanya sekarang bising konon2 memperjuangkan agenda umat Melayu hanya untuk meraih populariti. Di manakah mereka dan apakah mereka buat sewaktu selesa diulit kuasa. Rasanya masa itu motto mereka ialah ' Persetankan Agenda Melayu, Agenda Peribadi Lebih Afdal'. Adakah kita dianggap pejuang Melayu hanya hanya sekadar berpakaian Baju Melayu setiap kali pergi bersidang. Harap jangan jadi seperti Operasi Lalang 1987. Orang lain yang menanggung azab di ISAkan sedangkan juara2 perkauman ini terselamat.