Friday, May 29, 2009

Senak-senak Halus

Isu Chin Peng
Hock Nan Uji Najib dan Politik Melayu


CADANGAN yang dikemukakan Pengerusi Gerakan Pulau Pinang, Teng Hock Nan supaya membenarkan bekas Setiasuaha Agung Parti Komunis Malaya (PKM) Chin Peng balik ke tanah air mungkin ianya dipandang sebagai satu usul biasa yang perlu ditentang. Ianya juga dianggap sebagai satu cadangan peribadi Hock Nan saja.


Barang kali ada juga yang beranggapan usul itu modal untuk Hock Nan mensensasikan dirinya. Beliau mahu diingat dan dikenang orang kerana beliau cukup arif isu Chin Peng akan mudah terbakar kemudian menjadi perhatian. Dalam keadaan Gerakan Pulau Pinang perlahan-lahan digerhanakan pengaruh DAP, Hock Nan harus melakukan sesuatu untuk memulihkan ingatan rakyat pulau Mutiara itu kepada Gerakan.


Tetapi jika dihalusi dan direnung dengan makrifah yang tinggi, ada motif lain yang mencabar disebalik usul Hock Nan itu. Ianya harus difikir dan digali makna tersirat. Hock Nan tahu bahawa kerajaan tidak membenarkan Chin Peng pula ke tanah air ini. Permohonannya menerusi perundangan (makamah) juga sudah ditolak dengan muktamadnya. Tetapi kenapa Hock Nan cuba melintasi keputusan kerajaan?


Tentu ada motif dan tujuan tersendiri. Pada saya Hock Nan bukan saja-saja sengaja mahu mencari penyakit dengan bercakap mengenai Chin Peng kerana beliau tahu cadangan itu akan dikritik keras.


Di sini saya melihat Hock Nan ada perancangan kemas berhubung cadangan itu. Beliau menyimpan agenda politik di sebalik cadangan itu. Pada saya ia sebagai satu ujian terbaru untuk melihat sejauh mana perubahan sikap dan pegangan rakyat negara ini dalam politik. Tranformasi dan liberalisasi politik yang diuar-uarkan telah diambil manfaat oleh Hock Nan.


Usul itu pada saya satu ujian kepada kerajaan di bawah pimpinan Najib Razak. Suara dan talun 1 Malaysia yang membawa slogan, rakyat didahulukan dan pencapaian diutamanya, diuji dengan cadangan itu.


Mungkin pada Hock Nan dia melihat Chin Peng sebagai rakyat negara ini. Kerana itu beliau juga perlu dimasukan dalam slogan Najib itu, didahulukan. Hock Nan ingin uji Najib apakah dia berpegang kepada kata-kata itu atau sebagai retorik saja. Hock Nan juga nampaknya cuba mengambil kesempatan dengan slogan berkenaan. Walhal Hock Nan tidak perlu simpati atas dasar nasionalis itu kerana Chin Peng bukan rakyat negara ini!


Saya yakin Hock Nan tidak buta sejarah dan jahil mengenai perjuangan Chin Peng dalam PKM yang banyak menelan korban dan menjadikan manusia lain menderita. Dia tahu, tetapi Hock Nan sengaja mencuba menghulurkan pancing takut-takut disentuh oleh jerung yang berkuasa.


Di sini ada permainan halus bagi Hock Nan yang perlu diteliti dan diawasi. Dia sengaja meletakkan isu Chin Peng sebagai bahan ujian. Apa yang diharapkan, kalau kerajaan menolak isu itu ada pihak lain yang cuba membelinya sebagai modal politik. Di sinilah beliau menanti akan berlaku pro kontra dan akan melabakan politiknya. Mungkin keleberaliasi politik di sesetengah tepat di negara ini mendorong untuk Hock Nan bermain dengan ujian itu.


Adalah satu kemalangan kalau pihak lain membeli modal itu begitu saja tanpa melihat apa tujuan disebaliknya. Kebijaksanaan politik dan ketajaman akal siasah sangat penting di sini. Sekiranya tidak hati-hati percubaan dibuat oleh Hock Nan itu akan berjaya yang mana akhir menyebabkan ada pihak lain yang kerugian besar.


Adalah diharap baik Najib atau pun mana-mana pihak (parti pembangkang) melihat Chin Peng dalam warna yang sama dan tidak cuba menangguk keuntungan daripadanya. Chin Peng bukan modal politik sebaliknya ia perlu dilihat sebagai liabiliti (dan musuh) kepada sesiapa yang cuba bercakap positif mengenainya.


Kepada mereka yang tidak sedar dengan permainan dan percubaan halus dan seni Hock Nan ini jangan mudah terperangkap. Saya tazkirahkan ini kerana ada kalangan pemimpin politik yang memberi harapan menerusi pandangan yang opolegetik terhadap Chin Peng. Kerana semata-mata mahu dilihat liberal mereka sedia berbuat demikian.


Ini bahaya dan mereka kalau boleh kena meralatkan semula kenyataan itu kalau tidak mahu mereka juga akan dituduh bersimpati dengan Chin Peng. [wm.kl. 8:15 am 29/05/09]

3 comments:

WakJ Zoner said...

Salam Pak Mso

Isu chin peng telah hangat diperkatakan. mungkin ini adalah stratigi BN untuk menarik undi melayu dan bukan melayu kembali menyokong BN. Umum mengetahui rakyat malaysia terutama org melayu tidak boleh menerima chin peng ini walau apa jua alasan pun. sekarang ini telah mula2 kedegeran suara2 dari pihak PR melaungkan pembelaan terhadap chin peng ini atas suara hak asasi manusia. apa yg dikhuatiri ia akan menjadi senjata makan tuan kepada PR itu sendiri. BN akan menggunakan isu ini sebagai alat propaganda untuk menidakan sokongan rakyat pada PR..Diharap pihak PR berhati-hati apabila berbicara isu chin peng ini. Klu boleh jgn disentuh langsung. kelak akan merugikan diri sendiri. MB Kedah mengambil langkah bijak kerana menyokong saranan PM utuk tidak membenarkan Chin peng kembali ke malaysia..

paknikmuring said...

salam,
re-isu makhluk chin peng - dlm senak senak halus dan budi negara.ambo punya fikiran begini:kita semua ini adalah produk sejarah. maka, kita jgn lupa sejarah. cuba imbas semula tentang sejarah bagaimana kita nak mencapai kemerdekaan dulu. pahit getir segala susah payah dilalui oleh pejuang pejuang kemerdekaan kita, yg diketuai oleh YAM Tunku Ab Rahman dan rakan rakan. ambil ingatan betapa setelah kegagalan rundingan Baling tahun 1955 telah meletakkan tanah air kita berselerak/kecamuk dgn angkara makhluk yg nak dibawa balik tu...
kita jua kena lihat dan nilai semula segala pengorbanan tidak terhingga - jiwa dan raga seluruh penduduk termasuklah anggota pasukan keselamatan - polis dan tentera yg terpaksa menempuhi ancaman yg didatangkan oleh pkm pimpinan makhluk ini.bayangkan apakah kesan langsung dan tidak langsung yg telah dan sedang dihadapi oleh mangsa kesan keganasan pkm.molek kiranya dinilai semula/ambil ingatan akan peristiwa perjanjian damai hatyai akhir tahun 1989 dulu...perjanjian hanya untuk meletakkan perjuangan bersenjata tapi apakah makhluk ini boleh menghilangkan ideologi pegangan sepanjang hayatnya ? inikan pula nak diusong sanjung makhluk ini masuk secara gah nya di negara bertuah ni...huuh...
dlm masa yg sama kita juga perlu nilai dgn keadaan semasa di tanah air kita ...yang dilihat dari kesan lepas pilihanraya 12 baru baru...demam nya masih belum 'kebah' sepenuhnya...maknanya masih dlm suasana tidak menentu keberkecamukan nya...tup..tup.. isu makhluk ini pula dipaksakan dlm minda kita...huuuhh...dgn kepelbagaian isu yg menguji kemantapan kerajaan..walaupun secara tidak langsung tapi punyai makna tersirat yg dpt di hidu akan kemudaratannya...jadinya kalu isu nak sanjung usong makhluk ini kembali...ambo rasa tak molek benar weh...penggerak kpd sisipan idea ini...semacam pasti punyaui agenda tersirat...utk mendapatkan simpati..munkin untuk kepentingan peribadi sendiri...mana kita tau...isu ini boleh di sensasikan...apatah lagi ianya dibuat dlm premis konsep 1Malaysia.jadi..sebelum ke mesjid solat jumaat ni...elok benar isu nak usong gemilangkan makhluk ini dihentikan...sekadar memberikan pandangan, yg tak sebarapa ini. tk.

AlHadi Tok Ayah Su (atas) said...

Salam hormat !

Dari mana munculnya PKM (parti komunis malaya).Secara rengkasnya PKM mempunyai matlamat sama dengan PKI (parti komunis Indonesia) iaitu ingin membebaskan negara masing masing dari taklukan penjajah Belanda dan British.Pada asasnya niat perjuangan mereka baik akan tetapi malang perlaksanaannya mereka amat buruk sekali dengan pendekatan kaedah kekerasan dan kekejaman.Ideologi mereka mengikut buku the comunist manifesto olih Karl Marx dibarat serta karangan Mou Szie Tung ditimur. Natijahnya banyak memberi kemusnahan dan kerosakan bukan sahaja kepada harta benda awam malah melibatkan nyawa insan insan yang tidak berdosa termasuk kaum perempuan dan kanak kanak. Yang paling jelas orang yang terlibat secara langsung bertempur dengan gorombolan penganas komunis (pkm) ini ialah pasukan keselamatan iaitu anggota tentera dan polis. Jesteru itu saya sebagai tentera ingin memamarkan dan berkongsi cerita benar mengenai penglibatan diri saya sendiri.Diawal tahun 1980an,saya bersama sama dengan anggota pasukan lain turut dikerah untuk membuat operasi ketenteraan bagi mengawasi keselamatan pembinaan lebuhraya timur dari Jeli Kelantan ke Grik Perak.Kami bersilih ganti keluar masuk dikawasan yang masih hitam ini kerana sering diganggu kekacauan Komunis,setiap pergerakan terbatas tidak bolih sewenang wenangnya untuk kemana mana lokasi tanpa ada di 'escort olih fire x car".Semasa tidur pun mestilah mendakap senjata seumpama bini kerana mengambil langkah berjaga jaga dari sebarang kemungkinan.Apa yang sempat dirakam dan dilihat cebisan bara api yang masih berasap dan panas kesan tembakan yang dilepaskan olih pasukan komunis ini yang menyerang hendap kenderaan kenderaan tentera yang membawa bekalan makanan,kami sering pasang telinga dan sering dengar ada sahaja anggota tentera yang terkorban diwaktu itu. Tetapi alhamdulillah kerana saya sendiri tidak diketemukan bertempur secara bersemuka namun begitu saya amat bersimpati dan faham akan betapa azab sengsaranya yang ditanggung olih sahabat sahabat seperjuangan. Ada kini yang masih hidup tetapi terpaksa menerima kecacatan kekal seperti kudung kaki,tangan dan lain lain anggota badan dsb.

untuk lebih lanjut dipersilakan keblog saya,tk