Monday, August 3, 2009

Inilah Manusia

Orang Yang Mangata Orang Tetapi Dia Yang Lebih

SECARA peribadi saya tidak suka kalau mahasiswa terlibat dengan aktiviti politik melampau seperti berdemonstrasi di jalan-jalan raya kerana ia boleh menjejaskan masa depan mereka dan menganggu pelajaran. Tindakan bakal dikenakan kepada mereka menerusi AUKU menyebabkan mereka akan susah dan pembelajaran terhalang. Apa lagi kalau kegiatan itu tidak ada kena mengena dengan keperluan mereka sebagai mahasiswa ia sangat merugikan dan elok kalau dijauhkan.

Sebagai mahasiswa mereka seharusnya aktif melakukan kegiatan yang boleh membantu pelajaran mereka bukan sebaliknya. Mereka masih boleh menyertai kegiatan politik tetapi biarlah yang mendokong keilmuan dan pengajian.

Pihak universiti telah menyediakan ruang politik kepada mereka dalam kampus. Soal ianya terkongkong atau tidak itu masalah lain. Perkara itu berlaku kerana ketiadaan ketelusan dalam pengurusan universiti. Di situ mahasiswa boleh bersiasah atau pun berlajar untuk menjadi ahli politik yang baik. Kebolehan mahasiswa membolosikan diri menyampaikan idealismenya dalam keadaan terkongkong itulah kehebatannya.

Bagaimanapun kalau demonstrasi itu mencakupi kehidupan mahasiswa sebagai seorang hamba Allah dan tanggungjawab kepada agama dan bangsa, saya setuju mereka menyertainya. Malahan komitmen mereka diperlukan dan hukumnya wajib. Penyertaan golongan ini juga boleh membangkitkan semangat dan sangat penting kerana mereka adalah golongan yang dipercayai masyarakat.

Keilmuan dan pemikiran-pemikiran baru mereka sangat diperlukan untuk mengubah sesuatu paradigma lama dan membawa pembaharuan. Golongan pelajar adalah golongan yang mampu membawa rakyat menerokai masa depan. Penyertaan mereka dalam hal-hal sebegitu adalah mustahak dan diperlukan sekali. Makanya mahasiswa harus menjaga status atau pun penghormatan yang diberikan kepada mereka itu supaya golongan cendekiawan ini tidak dilihat sebagai berkualiti sampah.

Tetapi apakah penyertaan dalam siri-siri demonstrasi yang diadakan dinegara ini terarah kepada hakikat itu? Ia mencakupi soal hidup dan mati serta tanggungjawab kepada bangsa, agama dan negara? Inilah persoalannya. Makanya mahasiswa perlu berfikir panjang sebelum menyertai dalam apa-apa demonstrasi. Mereka harus menyelidiki hujung jatuhnya agar tidak mudah dijadikan alat rapuh oleh pihak-pihak tertentu.

Bagaimana pun hubungan ini saya menolak tanggapan ahli Parlimen, Pasir Mas, Ibrahim Ali (foto) yang seolah tidak setuju dengan peranan mahasiswa dalam tunjuk perasaan. Ahli parlimen bebas itu merujuk kepada apa yang berlaku kelmarin, himpunan dan perarakan anti ISA. Menurutnya himpunan bantah ISA itu banyak disertai oleh mahasiswa.

Mungkin ahli parlimen ini berniat baik untuk menyedarkan mahasiswa agar tidak terperangkap dan dijadikan perkakasa oleh mana-mana pihak dalam tunjuk perasaan yang kabur maksudnya dari sudut iltizam kepada agama itu. Tetapi tindakan ahli parlimen itu seperti mengata dulang paku yang serpih apabila menuduh penyertaan mahasiswa itu kerana diupah.
Beliau sudah lupa bahawa padatahun-tahun 1970an dulu beliau juga seorang mahasiswa kampung yang ikut sama berdemo di sekitar Kuala Lumpur. Hampir separuh daripada kehidupannya sebagai mahasiswa dihabiskan di jalan-jalan raya berdemonstrasi. Apakah beliau sudah tidak mengingatinya lagi? Atau beliau memang memakan upah sejak lama dulu maka beliau tergamak melemparkan tuduhan itu.

Sejarah yang menitik ke dalam diri seseorang itu tidak mudah lekang walaupun ia ditimbusi oleh material. Tidak tahulah kalau segala kenangan beliau itu menjadi lupus apabila banyak helaian ringgit menimpa ke atas perutnya!

Apakah beliau lupa aktiviti beliau itu? Kalau dia mengenali perasaan dan luapan kemarahan mahasiswa beliau tidak menempelak mahasiswa yang menyertai himpunan semalam. Beliau tidak perlu mempertikaikan peranan mereka. Bahkan beliau harus memujinya. Apakah kerana kedudukannya kini sudah berbeza, sudah dewasa maka beliau mempunyai pandangan lain? Atau kerana terdesak untuk diterima semula ke dalam Umno maka beliau sanggup merubah muril-muril politik yang beliau ukir sendiri dengan najisnya dulu?

Paling 'mendukacitakatakan' ialah mengenai komen ahli parlimen itu bila mana beliau menuduh penyertaan mahasiswa itu kerana dibekalkan duit poket sebanyak RM50. Tuduhan itu sudah melampau dan cuba merendahkan integriti mahasiswa. Bila masanya pula pembangkang sudah menggunakan wang untuk mengerah orang ramai ke majlis mereka? Setahu kita kerja upah dan bekalan wang ini kerja-kerja UBN.

Kalaulah kita yang mengamalkan politik wang, beri duit untuk tambang, buat banner, adakan pertemuan di restoran dan sebagainya jangan kita menyamakan orang juga seperti kita. Saya tidak terfikir kalau pembangkang sanggup berbuat demikian. Sebaliknya kalau di pihak Magaran mungkin berlaku demikian? Mungkin kenapa jumlah di pihak Magaran sedikit menghadiri himpunan kelmarin kerana ketidakcukapan wang untuk diupah dan dipunggah.

Kalau ahli Parlime itu tidak bercakap pun orang cukup kenal siapa dia sebenarnya. Kitab-kitab politiknya sudah dihafal dan diterjemahkan oleh banyak guru politik dan difahami sangat oleh rakyat negara ini. Mungkin politik Machiavelisme turut dibincangkan di Tel Aviv. Jadi kalau diri kita berbau usahlah cuba hendak calitkan bau itu ke diri orang lain. Begitu juga kalau ketiak kita macam, hidulah sendiri jangan cuba-cuba disua ke muka orang.

Cuba belajar jangan menjadi jahat secara double. Kalau kita jahat jangan pula menuduh pihak lain jahat. Kalau hendak jahat, jahatlah bersendirian! [wm.kl. 2:15 pm 03/08/09]

8 comments:

Tuan Khemah said...

Untuk mencari "umpama"untuk menyamakan manusia yang diberi nama Ibrahim olih bapanya ini,adalah paling sukar dalam dunia ini.Carilah dalam kamus bahasa apa pun tidak akan ada ayat ayat yang bolih dijadikan perumpamaan untuk menunjukan sikap manusia ini.Begitulah "teroknya" manusia ini pada pandangan saya dan mungkin dikongsi bersama olih sebahagian masyarakat Malaysia yang berminat dalam politik.Sehinggakan MSO yang pernah berjanji untuk tidak menyentuh manusia ini dalam catatannya pun sudah tidak tahan dengan perangai manusia yang maha luar biasa putar belit perjalanan politiknya.
Untuk menidakkan penglibatan mahasiswa dalam aktiviti politik luar kampus adalah amat sukar selagi ada kumpulan saingan yang berselindung dibawah kekebalan NC-Pentadtar diberi peluang untuk berbuat demikian.Kemasukan UMNO melalui proksi kedalam kampus mungkin dianggap satu cabaran.Pantang anak muda berasa tercabar dan hasilnya pertimbangan kemungkinan susulan terpaksa diketepikan.

Kapak Batu said...

Perkasa tak pernah turun ke jalan raya tunjuk perasaan, namun apabila kita komited kita akan genggam bara api sampai jadi arang, kita bukan turun (berdemonstrasi) untuk main- main.

"Saya sendiri sudah lama tak berucap pada acara tunjuk perasaan tapi kalau saya sudah mula, saya tidak akan berhenti," tegasnya pada sidang akhbar di sini hari ini.




Inilah kenyataan Ibrahim Ali pada 08.07.09 dalam memperlekehkan GMI. Ibrahim Ali dengan angkuh menyatakan betapa menggenggam bara api hingga menjadi arang, tetapi batang hidungnya pun tidak kelihatan.

Sememangnya dasar pengecut yang tidak tersahut oleh ahli-ahlinya yang mungkin ada bersiap dengan kain rentangnya, tetapi apabila melihat betapa ramainya penyokong-penyokong GMI maka mereka menyimpang semula kain rentangnya dan mungkin juga bersatu dengan penyokong GMI.

Itulah sikap pemimpin yang hanya berani berucap pada akhbar arus perdana yang sememangnya pengampu kerajaan itu. Mungkin perasaan gentar penyokong Perkasa dan Pewaris apabila melihat lautan manusia yang membanjiri Kuala Lumpur maka mereka terpaksa berdiam diri kerana takut akan di sorak oleh penyokong GMI.

Dan Ibrahim Ali dan Dr. Maamor terpaksa menyembunyi kan diri daripada khalayak ramai. Itulah dia pemimpin yang berhati kecut yang hanya gah pada akhbar arus perdana yang menjadi pengampu nombor wahid. itu. Apabila beliau mengatakan sudah lama tidak berucap pada acara tunjuk perasaan.

Apakah beliau mengingati yang penyokong GMI akan lari lintang pukang dengan kenyataannya itu. Saya juga tercari-cari juga kelibat beliau, kut-kut boleh melihat darah keperwiraan yang mengalir pada tubuh pendeknya itu. Tapi apa kan daya, mungkin ketinggian tidak mencukupi untuk melihatnya.

akmal... said...

Salam MSO, saya terpanggil utk memberi pendapat saya sbg seorang mahasiswa mengenai isu demonstrasi ini... Saya akui apa yg saudara katakan yg realitinya tugas kami adalah menunaikan amanah yg diberikan rakyat utk menuntut ilmu sehingga berjaya!, berjaya mandapat segulung ijazah dan seterusnya berkhidmat kepada rakyat dan negara...
Terus terang saya agak terkilan dan terasa seperti direndah2kan jika ada yg mengatakan kami diperalatkan oleh pihak2 tertentu!!, seolah-olah kami ini bodoh dan ikut membabi buta tanpa memikir apapun...
Kami ada pendirian sendiri, yg salah dan zalim akan terus ditentang.. Zaman retorik, politik perkauman,dan manipulasi media sudah berlalu, politik yg kami inginkan adalah politik hujah, fakta dan resional... Apabila saluran2 ini disekat dan dinafikan... Apabila politik ugutan, penafian,dan ketidakadilan terus dilaksanakan.. maka jalan raya adalah cara terakhir utk meluahkan perasaan... Jika di universiti kami dikongkong dgn pelbagai peraturan dan halangan dari NC utk melontarkan pendapat kami, dimanakah saluran yg betul?? Salahkah kami utk turut sama menzahirkan prinsip dan sokongan kami?. Agak kurang bijak kerajaan menghalang perhimpunan kemarin, ianya hanya menaikan simpati rakyat kepada pembangkang terutamanya kami mahasiswa...
Hari ini ramai peniaga2 mendakwa mengalami kerugian beratus ribu, kedai terpaksa ditutup, nak jual goreng pisang dll tak dapat.. saya merayu, jangan hanya fikir perut sendiri shj, bagaimana jika keluarga anda sendiri dizalimi ISA?? Ditahan tanpa diberi peluang utk membela diri, ditahan tanpa mengetahui kesalahan yang dibuat, ditahan tanpa adanya tarikh akhir pembebasan!!..
Maaf jika saya sedikit beremosi, yg jelas sekali lagi saya nak tekankan.. zaman sudah berubah dan jangan anggap rakyat selama-lamanya boleh diperbodohkan...

Masterzizoul said...

Pelajar seharusnya lebih peka kepada perkara yang lebih penting dalam hidup sebagai student. Inilah yang dinamakan fiQh awlawiyat, menitikberatkan kepentingan yang benar-benar penting. Kalau dibuang nanti, hampa perasaan ibu-bapa dan keluarga. Pelajar yang menyertai demonstrasi sesudah mengetahu kontra yang akan dihadapi memang tidak waras cara berfikir mereka.

wan said...

sayan tertarik dengan artikel MSO ini..mahasiswa sepatutnya memlilih isu untuk berdemontrasi..isu ISA tidak sesuai lah untuk mahasiswa berdemo...cari isu-isu yang melibatkan mahasiswa, mcm PTPTN ke..demo lah habis habisan...

mahasiswa jugak jangan dok fikir tentang ISA jer...tapi implikasi daripada demo ISA ni perlu fikir jugak spt ekonomi,,..apakah mahasiswa tidak tahu ke keadaan ekonomi kita..mahasiswa biarlah ada kebijakan dlm bertindak terhadap satu isu..fikirlah secara menyeluruh...klu nk bantah pun buat lah aktiviti ilmiah...


OH Ibrahim Ali ...sebagai mahasiswa rasa terhina apabila dikatakan diberi RM 50 untuk demo...dia ingat mahasiswa skrg ni bodoh bahlol ke nk terima duit..."Mahasiswa RM50" tu elok la ikut ibrahim ali..klu ada demo upah la mereka YB...

Naim said...

semalam tu, kawan saya tengok YB tu chaos jugak di Majed Jamek.....

Hahahaha! Takut juga dia kena cekup...

Ryzal72 said...

Assalamualaikum Sdr. MSO dan semua,
Memetik kata-kata sdr "Keilmuan dan pemikiran-pemikiran baru mereka sangat diperlukan untuk mengubah sesuatu paradigma lama dan membawa pembaharuan". Saya amat bersetuju dengan ungkapan dan pemikiran sebegini. Wadah seorang pelajar Universiti adalah lebih jauh daripada wadah jalanan. Fikrah yang kritis dan analitikal perlu digunakan sebaiknya untuk mendekati masyarakat dan pemerintah. Itulah taraf sebenar mahaisiswa yang menjulang kalimah Iqra yang dijanjikan oleh Allah s.w.t dengan ketinggian darjat yang berbeza dengan orang yang kurang berilmu.
Kita harus membina paradigm yang berbeza. Gerakkan massa mahasiswa harus kearah bersifat intelektual. Sepanjang memegang kerusi YDP MPP dahulu kala, saya melihat kita kurang menggunakan kekuatan ini.Kecenderungan kita ialah sama seperti yang lain, makanya kita gagal menjadi rujukan massa. Dengan erti kata lain, mahasiswa perlu membina idealisme melalui resapan ilmu dan kekuatan minda.
Tentang Ibrahim Ali, biarkanlah dia sememangnya begitu....tok lebih tok kurang!
barangkali dia sdudah sedar bahawa demo yang diikutinya dulu adalah sia-sia!
Ikhlas

Ab Razak Hj Ahmad said...

Mai pakat-pakat demo turunkan harga tambang teksi, bas sekolah, bas awam, bas express....TNB and gula soon.... seksa woo.....