Wednesday, August 5, 2009

Kenyataan Penuh Dr Hassan Ali

“KONTROVERSI ISU ARAK DI NEGERI SELANGOR”

PENDAHULUAN

MEMINUM arak ataupun minuman berakohol yang memabukkan merupakan salah satu dosa besar dalam agama Islam. Ia haram diminum samada dalam kuantiti yang banyak ataupun sedikit, samada sipeminum tadi mabuk ataupun tidak akibatnya.
Allah swt berfirman di dalam al Quran, maksudnya:

“Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak dan judi, dan pemujaan berhala, dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya. “
(al Maidah: 90).

Nabi Muhammad s.a.w pernah melaknat mereka yang terbabit dengan arak ini iaitu sebanyak 10 golongan melalui sabdanya:

“Rasulullah s.a.w. melaknat tentang arak, sepuluh golongan:
(1) yang memerahnya, (2) yang minta diperahkannya, (3) yang meminumnya, (4) yang membawanya, (5) yang minta dihantarinya, (6) yang menuangkannya, (7) yang menjualnya, (8) yang makan harganya, (9) yang membelinya, (10) yang minta dibelikannya."
(Hadis riwayat Tarmizi dan Ibnu Majah)

ENAKMEN JENAYAH SYARIAH (SELANGOR) 1995

Oleh itu kerajaan bertanggungjawab memastikan yang rakyat jelata khasnya yang beragama Islam tidak terlibat dalam aktiviti yang membabitkan arak ini tambahan pula di Negeri Selangor, umat Islam di negeri ini adalah tertakluk dan terikat pada Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995 yang berkuatkuasa sejak 22 November 1996 yang telah mengkategorikan meminum dan menjual arak sebagai suatu kesalahan jenayah syariah.

Melalui Enakmen ini di bawah kategori kesalahan minuman yang memabukkan dinyatakan di bawah Seksyen 18 (1) dan (2) iaitu:

(1) Mana-mana orang yang, di mana-mana kedai atau tempat awam lain, minum apa-apa minuman yang memabukkan adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi tiga ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

(2) Mana-mana orang yang membuat, menjual, menawarkan untuk jualan, mempamerkan untuk jualan, menyimpan atau membeli apa-apa minuman yang memabukkan adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

INISIATIF MEMBEBASKAN UMAT ISLAM DARI ARAK DI SELANGOR

Diperingkat Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) contohnya di Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) berdasarkan sentimen dan tuntutan masyarakat, usaha telah dilakukan untuk memperkenalkan peraturan bagi mengawal penjualan arak ini iaitu di kawasan masyarakat yang majoriti penduduknya beragama Islam. Inisiatif ini turut diambil oleh ahli-ahli majlis di PBT-PBT yang lain di Selangor.

Walaubagaimanapun harus diberi perhatian bahawa segala usaha di atas TIDAK sama-sekali melibat atau membabitkan hak masyarakat bukan Islam di Negeri Selangor. PAS Selangor tidak pernah menuntut agar arak ini diharamkan dijual atau diminum dikalangan masyarakat bukan Islam.

Inisiatif yang diambil adalah untuk membebaskan umat Islam Selangor dari pengaruh dan budaya arak yang haram hukumnya disisi Islam dan bukan untuk menganggu-gugat hak masyarakat yang bukan Islam.

Oleh itu PAS Selangor kesal apabila inisiatif dari tindakan untuk mengawal pengurusan penjualan dan peminuman arak ini dikalangan masyarakat Islam telah dicampuri oleh pihak-pihak yang tertentu. Campurtangan membabitkan insiden di Shah Alam pada 30 Julai 2009 lalu dengan mempertikaikan keputusan pihak PBT dan para pegawai MBSA yang melaksanakan tugas ternyata telah mengingkari saluran-saluran pentadbiran yang sepatutnya.
Malah PAS Selangor mendapat laporan bahawa campurtangan itu (dan beberapa tindakan serupa sebelum ini) telah menganggu dan menjejaskan moral ahli-ahli majlis PBT dan para pegawai serta kakitangan kerajaan amnya.

TUNTUTAN-TUNTUTAN DAN TINDAKAN PAS SELANGOR

PERTAMA: Dengan perkembangan ini PAS Selangor mendesak agar kerajaan negeri di bawah pimpinan YAB Tan Sri Dato’ Abd Khalid bin Ibrahim agar serius dan menyegerakan garis panduan yang seragam bersesuaian dengan Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995, untuk digunapakai seluruh negeri Selangor, supaya kontroversi seumpama ini tidak berulang sehingga meresahkan masyarakat Islam di sini.

KEDUA: PAS Selangor turut menggesa agar pemegang portfolio Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan dikaji semula berikutan dengan rentetan beberapa peristiwa sebelum ini.

KETIGA: PAS Selangor mengeluarkan arahan kepada seluruh kekuatan parti di negeri ini untuk mengambil langkah-langkah yang wajar dan bersesuaian dengan kedudukan dan jawatan masing-masing agar usaha untuk membebaskan umat Islam dari arak ini dilakukan secara serius dan berterusan, menurut adab, peraturan dan undang-undang yang sedia ada, demi keselamatan dan kesejahteraan seluruh masyarakat dan umat Islam di negeri ini.

KEEMPAT: PAS Selangor akan segera mengemukakan deraf peraturan kecil mengenai penggunaan arak dikalangan masyarakat Islam untuk dikuatkuasa diperingkat PBT-PBT.

KESIMPULAN
Kesimpulannya, PAS Selangor mengesan bahawa keseluruhan rentetan kes-kes ini sesungguhnya berpunca dari kegagalan dan kelemahan pimpinan Umno dan Barisan Nasional (BN) Selangor yang telah diberi peluang oleh rakyat untuk mentadbir negeri ini lebih 50 tahun lalu.

Pimpinan Umno Selangor semasa berkuasa dahulu terbukti tidak sama-sekali serius dan jujur dalam menyelesaikan masalah orang-orang Islam termasuklah berhubung penjualan dan peminuman arak ini. Oleh itu PAS kini melalui mandat yang diberikan rakyat kepadanya, bertanggungjawab untuk memperjuangkan isu ini demi kepentingan masyarakat Islam dan seluruh rakyat amnya.

YB DATO’ DR HASAN BIN MOHAMED ALI
PESURUHJAYA PAS NEGERI SELANGOR
4 OGOS 2009

10 comments:

Tukang Cerita said...

Saya menyokong penuh!!!

Haq tetap haq.. Batil tetap batil..

aliffnajmi said...

Salam.
Syabas Dato'.
Saya puji dan sokong pendirian Dato' ni. Sbg umat Islam, saya amat berharap agar maruah Islam dihormati oleh penganut agama lain. InsyaAllah.

Namun pada perenggan2 akhir kenyataan ni, mengingatkan saya pada pepatah melayu lama..."tak pandai menari, dikatanya papan jongkang jongket".

Jika sblm ini, PAS begitu lantang mengkritik corak pemerintahan BN, maka sekarang adalah waktunya Pas memperbaikilah kesilapan2 yg pemerintah dahulu (BN) telah lakukan. Buktikan bahawa Pas mampu mengubahnya. Jgn spt tin kosong... bunyi sahaja nyaring, tapi di dalamnya kosong.

GPMS Cawangan Wangsa Maju said...

Salam Perjuangan,

Kami dari Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Cawangan Wangsa Maju, WP amat teruja dgn pengendalian blog anda..

Artikel2 yang bernas dan rekabentuk blog anda yang menarik manaikkan semangat kami untuk berjuang melalui blog.

Semoga kita dapat sama2 berjuang dalam mengembalikan semangat perjuangan anak2 muda agar menjadi insan yang berilmu dan bekerja keras demi mempertahankan kedaulatan Agama, Bangsa dan Negara di masa akan datang.

Sama2 kita memberi galakan dan dorongan agar pelajar2 dan belia2 Melayu terus berjuang dalam memajukan diri di arena Pendidikan Negara.

Kami juga berharap agar pihak anda dapat mempromosi blog kami ini buat tatapan umum khasnya dari kalangan pelajar dan belia.

Yang Di Pertua GPMS Cawangan Wangsa Maju, En. Jais Abdul Karim menyampaikan Salam Kasih khas buat anda.

Sekian, Salam Persahabatan ikhlas dari,

MUHAMMAD RADHI ABD. RAZAK
Ketua Penerangan merangkap Ketua Editor Blog,
GPMS Cawangan Wangsa Maju,
Wilayah Persekutuan.

TokAyah said...

Bagus tu Dr Hasan, macam itulah, baru nampak benar-benar menegakkan Islam. Tapi kesimpulannya UMNO/BN juga yang kena.Kalau kes TBH tak timbul Dr pun diam saja kot? Tak kan baru sekarang sedar? tak kan tak ada kes-kes lain, jangan main ngenyit2 mata dengan Pakatan Gangster. Bagaimana pula dengan percambahan rumah-rumah urut yang tumbuh seperti cendawan selepas hujan? Tak disebut pun Alahai Pakatan Gangster Haram J......

hydraxy said...

bagus sgt la camni..jgn lupa plak kdai2 nombor ekor..ckp muslim x bleh beli...tp skrg nmpak mcm muslim bukan main ramai lg beli nombor..tokey kdai buat tak tau je...klau bleh klau diaorg langgar undg...tarik aje lesen seumur idup..baru btul2 mperjuangkn islam....

ysnizam said...

lain baguih dah.. tang yg last sekalie tu.. nak jugak tuu..
tak perlulah kiter menuding jari lagi..

apapun, pendirian pas yg tegas adalah sangat dikehendaki..!

Anonymous said...

Semalam MB Selangor bersuara kita tengok macam mana PAS beri reaksi.. andaian aku:

1. PAS akan cakap semua itu salah faham dan PAS sekarang dah faham apa yg DAP nak.

2. Ronnie akan tetap jadi EXCO kerana DAP kan kuat di Selangor dan ADUN PKR kan majoriti bukan islam jadi diorang akan sokong Ronnie..

3. MB Selangor memang takut kat DAP pun kalau gaduh dengan DAP kalu undi tak percaya akan dikemukakan di DUN.

4. Pemimpin PAS PUSAT termasuk Musyidul Am akan keluar kenyataan itu urusan PAS SELANGOR diorang tak terlibat jadi tak perlu keluar kenyataan.

5. PAS Selangor akan terus berjuang dan mendesak supaya Ronnie di pecat dan ARAK di haram kan ditempat MAJORITI MELAYU dan AKAN BERDEMO BERPULUH-PULUH RIBU DENGAN BERANI nya berarak daripada MASJID NEGERI ke BANGUNAN SUK..

Mohd Harris bin Haji Ahmad Jaal said...

Salam ...

Dalam agama Islam dah sah arak itu haram. Cuba tanya sami-sami buddha ngan hindu serta kristian plak ... apa pandangan agama mereka tentang arak? Saya rasa semua agama mengharamkan arak kepada penganutnya.

Jadi atas dasar apa arak dibenarkan dijual di Malaysia?

Badrul Hisham said...

Assalam, berkatalah benar walaupun pahit. Takbirr
Insyallah sokong PAS dulu kini sampai kiamat.

Badrul Hisham said...

Assalam,
Saya sebagai ahli PAS tak faham kenapa pemimpin PAS yang lain tak berani nak sokong Dato' Dr Hasan Ali dalam isu arak malah ada yang ambil sikap lepas tangan takut nak berhadapan dengan Ronnie Liu dari DAP. Manakala semua pemimpin DAP bersatu mempertahankan Ronnie Liu. Apa dah jadi dengan PAS, dah tak takut Allah ke? Tapi takut sangat kat DAP.
Takbirr. SAYA SAYANG ISLAM.