[kemaskini] HISHAMUDDIN Hussein Onn menafikan Umno yang menimbulkan isu Zaid Ibrahim sebagai kaki bolol. Beliau meminta agar jangan dikaitkan dengan Umno. Perkara itu menurutnya didedahkan oleh blog.
Kata beliau Umno juga tidak akan layan permintaan Mohd Azmin Ali agar membuktikan tuduhan itu. Hishmuddin beralasan, untuk apa Umno membuktikannya, kerana yang timbul itu adalah blog. Menghairankan saya kenapa Azmin melayan media massa kroni. Apakah beliau ada motif sendiri dalam hal ini?
Betulkah isu itu bukan dari Umno? Hishamuddin hendak mengelak dalam soal ini kenapa? Apakah beliau takut isu arak itu akan terpalit ke mukanya sendiri. Bimbang selepas ini akan keluar pula gambar para pemimpin Umno sedang menongok arak bersama perempuan?
Hishamuddin tidak boleh cuba membersihkan Umno dari memainkan isu itu. Kalau dibuka blog pro UBN berderek cerita Zaid minum arak. Ada setengah blog mempamerkan gambar Zaid sedang pegang gelas. (Gelas ini pun boleh dinafikan sama ada Zaid pegang gelas jus apel macam Dr Mahathir pegang suatu masa dulu atau memegang gelas arak).
Sebuah akhbar dikenali sebagai akhbar penjilat buntut Umno secara reverst psykologis turut memainkan isu itu bila mana membesarkan perminatan Azmin agar membuktikan yang Zaid minum arak.
Mereka yang mempelajari ilmu propaganda dan psywar sangat faham apa yang diketengahkan akhabr berkenaan. Ia bertujuan memberi tahu dunia bahawa calon PKR itu seorang kaki arak.
Saya tidak mahu menafikan kalau Zaid minum arak. Cuma apa yang perlu diketahui bahawa Zaid adalah bekas ahli Umno. Dunia politik Zaid sebelum ini bukan dalam DAP atau Pas, tetapi Umno. Malahan Zaid pernah menjadi ahli parlimen Umno dan menjadi ketua bahagian Umno Kota Bharu. Kalau hendak dikira apa kisahnya dengan arak bukankah lesen penjualan arak dibenarkan oleh Umno? Bukan itu saja anak bekas Perdana Menteri itu ada melabur dalam syarikat arak terbesar di Manila. Kenapa tidak dipersoalkan?
Bila disebut Umno, di dalam parti itu semua ada. Semua bentuk maksiat dan jenayah ada di dalam parti kebangsaan itu. Bukan saja arak, rasuah, maksiat, jenayah pun ada. Banyak pemimpin Umno yang terlibat dengan perjudian dan melakukan rasuah. Orang politik yang banyak kena tangkap dalam kes rasuah adalah dari kalangan pemimpin Umno.
Pemimpin Umno bukan saja setakat minum arak, yang merogol anak murid sekolah, melarikan anak raja ataupun berkahwin dengan isteri orang sebelum edah cerai habis pun ada. Bahkan yang membunuh dan terbunuh pun adalah ahli dan pemimpin Umno. Begitu juga yang rasuah, alias politik wang, ianya berlaku dalam Umno. Ali Rustam, Tajuddin Rahman dan ramai lagi digantung jawatan atau ahli kerana rasuah. Malahan Khairy Jamaluddin yang menang ketua pemuda dan dibenci Mahathir sampai kini juga dikaitkan dengan rasuah dalam pemilihan.
Jadi apa nak dihairankan dengan dunia dan budaya Zaid sebelum ini yang dihalalkan oleh parti berkenaan. Zaid dikatakan minum arak bukan hari ini. Tetapi lama sebelum ini. Semasa dalam Umno Zaid sudah pun dikatakan minum arak. Dia sudah dituduh sebagai peminum tegar. Kenapa waktu itu Umno tidak mengambil apa-apa tindakan?
Jawabnya mudah saja, sebab Umno menghalalkan arak. Dan kalau Umno nak buang pemimpinnya yang minum arak mungkin yang tinggal hanya beberapa kerat saja. Di kalangan pemimpin tertinggi Umno hari ini yang dikira bersih dan agak berbau dengan air zam-zam dan setanggi Kaabah ialah Ahmad Zahid Hamid. Sementara yang lain menakutkan kalau hendak didedahkan. Ada setengah pemimpin ada tanda karat di pipi kanan, karat itu menurut ahli perubatan kerana beliau ada mengamalkan penggunaan benda haram. Sebab itu beberapa kali karat itu cuba dibuang melalui proses rawatan dan treatment tetapi tidak berhasil.
Jadi arak adalah isu yang paling kecil dalam juzuk-juzuk kejahatan di dalam Umno. Tetapi kenapa isu ini menjadi penting muasir ini disebabkan Zaid tidak lagi bersama Umno. Mungkin kalau Zaid masih bersama Umno parti itu tidak mempedulikannya. Kalau Umno nak memperjuangkan menentang arak bukan menimbulkan isu Zaid itu tetapi seranglah kilang arak yang berlambak di Malaysia ini.
Tetapi apakah isu peribadi itu sesuatu yang penting untuk diperkatakan dalam kontkes pilihan raya di Hulu Selangor hari ini. Apakah ia menjadi isu ampuh untuk meraih undi. Kita tahu kenapa Umno menimbulkan itu kerana ingin meraih simpati undi Melayu. Ada unsur-unsur Islam dalam soal ini. Tetapi Umno terlupa bahawa calonnya bukan Melayu dan bukan beragama Islam. Jadi apakah relevannya isu Zaid minum arak itu ditimbulkan. Apakah dari segi sejarah kemanusiaan dan fitrah agamanya Kamalananthan lebih suci dari Zaid?
Dari sudut Melayu dan Islam pengundi akan dapat menilai siapa yang lebih hampir dengan masjid atau syurga berbanding Zaid dengan Kalamananthan. Logik akal boleh menghukumkannya. Malahan kalau mengikut keharusan hukum Islam dalam memilih pemimpin ini ternyata Zaid perlu didahulu dan diutamakan dari yang lain malah beliau patut diistyharkan menang tidak bertanding.
Tetapi kita telah menerima dasar persatuan dan perpaduan kaum. Soal agama dan bangsa tidak menjadi masalah. Untuk diangkat sebagai pemimpin ialah tokoh yang berwibawa, berpengalaman, berani dan ada iltizam untuk membela rakyat miskin. Itu yang penting. Bukannya berdasarkan merit kaum dan agama.
Ada orang mempertikaikan kenapa Pas sokong Zaid. Bukan saja orang luar tetapi ahli Pas ada juga yang otak kemetot mempersoalkannya. Mungkin ahli Pas yang menerima sebatang dua rokok dari Umno semasa sembang di kedai kopi yang mempertikikannya. Kalau ahli Pas yang faham masalahat politik dan akur kepada pemimpin mereka tidak akan mempersoalkan pencalonan Zaid.
Seperti mana kata Abdul Hadi Awang, Zaid sudah berubah dan Pas menerima perubahan itu. Islam bukan saja membuka pintu kepada peminum khamar, tetapi kepada pembunuh juga Islam sedia memaafinya. Sejerah menunjukkan bagaimana Islam menerima taubat Umar Khattab dan ribuan kufar lain yang memusuhi Islam sebelum itu. Itulah kebesaran Allah dan kehebatan Islam. Apa lagi dalam kes Zaid ini beliau sendiri mengakui kesalahannya secara jujur dan beliau juga sudah bertaubat. Apakah kelebihan dan alasan Pas untuk tidak menerima Zaid?
Sebenarnya tidak hairan kalau Pas menerima Zaid dengan senang sebagai sahabat dan didokong sepenuhnya dalam pilihan raya ini. Itulah politik Pas dan itulah siasah syariah yang menjadi keutamaan Pas. Pas tidak bermusuh dengan sesiapa dan sedia menerima sesiapa saja yang berniat baik. Bukan saja Zaid, tetapi kalau Umno ingin berbaik dengannya secara ikhlas dan tidak memasang jerat dalam poket Pas sedia menerimanya. Kenapa Pas liat untuk menerima Umno kerana parti itu tidak menunjukkan keikhlasan mereka untuk berkerjasama dengan Pas.
Tengok apa yang berlaku di Kelantan. Royalti minyak yang menjadi hak Pas terang-terang cuba diseleweng dan dinafikan secara mentah-mentah.
Tidak lama dulu Pas menerima seorang yang mengutuk dan menghemtam Pas siang dan malam. Malahan orang ini mencaci Tok Guru Nik Aziz sebagai kera dan beruk. Ulama kepala hotak dan sejuta maki hamun lagi. Apabila orang ini dibuang oleh parti yang diagungnya, dia datang berlutut dan menyinding kepada Pas. Pas bukan saja sedia menerima taubat nasuha orang ini tetapi diberikan pelamin dan lambang untuk bertanding dalam pilihan raya. Pas menganggap orang ini sebagai jahil murakab maka Pas perlu memberi peluang untuk dia insaf dan mengeliling Kaabah bersama Pas.
Pas tidak mengenang dosa dan perbuatan jahat orang ini. Pas menerima dengan hati lapang dengan mendoakan Allah memberi taufik dan hidayah kepadanya. Namun kerana asal usul orang ini keturunan Abu Lahab dan Abu Jahal akhirnya dia mencelakakan dirinya dengan terus memusuhi Pas semula. Perangai orang ini lebih buruk daripada seekor anjing yang terjempit dan pernah diberikan bantuan!
Jadi kalau Zaid sudah taubat, tidak menjadi kesalahan untuk Pas dan seluruh orang Melayu menerima Zaid. Mudah-mudahan dengan menerima Zaid yang ikhlas dan jujur, Allah akan memberi pahala kepada setiap yang mendokongnya. Kemenangan bukan segala-galanya tetapi keinsafan dan kesedaran itu lebih bermakna dan bererti. Kepada saya Zaid menunjukkan kesedarannya untuk mencari keredhaan Allah dan kita harus merasa bahagia dengannya. [wm.kl. 9:00 am 19/04/10]

3 comments:
Tuan MSO
1.Kita tahu mengapa hishamuddin memberi jawapan seperti itu. Jika dijawab sebaliknya, tak cukup tanah untuk UBN cuba menutup aib jika dibongkar.
2. saya rasa penjelasan zaid sudah memadai. yang perlu, penjelasan itu perlu dihebahsiar selua-luasnya kepada pengund melayu. Yang lebih penting adalah Pakatan rakyat membawa isu-isu seperti apco, kenaikan harga minyak, masaalah peneroka felda dengan felda dan isu-isu lain.
Usah ikut rentak UBN yang memburuk-burukkan zaid. Inilah strategi UBN untuk mengalih tumpuan pengundi dari penyelewengan yang dilakukan oleh UBN.
3. Memang telah menjadi tradisi UBN dalam setiap PRK, mereka dapat mencurahkan sepenuhnya resources yang ada untuk memburuk-burukkan lawan. Pakatan sekarang sudah expert menangani kerenah mereka.
4. Jika diserang hebat dengan pelbagai penyelewengan yang dilakukan oleh UBN, pasti UBN di HS akan lebih peka dan seterusnya mengundi zaid.
bat8
salam tuan mso
memang begitulah sikap mereka yang jahil tentang perjuangan islam. mereka lebih melihat keduniaan semata kerana leka dengan rentak musuh islam
sikap seperti ini tidak akan membawa kebesaran islam dimata dunia. mereka ini akan mengganggu tamadun islam berkembang.
bila sesaorang itu berpotensi dan telah kembali kepada ajaran islam sebenar apa yang kita perlu buat adalah menerima mereka sebagai saudara mukmin.
mereka telah insaf dengan perbuatan mereka. kita tidak ada hak untuk menghukum mereka dengan menyingkirkan mereka dari masyarakat mukmin.
akan mendapat kesukaran masyarakat islam jika mereka yang tidak tahu tamadun islam yang indah ini
Assalamualaikum.
Ada beberapa perkara lagi yang memang dilakukan oleh UMNO yang perlu diberikan perhatian dan Ikhtibar bagi semua.
1. Pemimpin UMNO menabalkan raja baru di Kelantan semasa krisis UMNO dan Istana. Hebatkan UMNO, boleh tabal raja....
2. Menggelarkan institusi diraja terengganu sebagai "NATANG", semata - mata memprotes pemilihan dan perlantikan Menteri Besar Terengganu. Bukankah hak untuk melantik MB adalah dibawah bidang kuasa sultan.
3. Kehebatan paling utama UMNO ialah melacurkan sistem pendidikan Matematik dan Sains ke dalam Inggeris yang menyebabkan ribuan anak melayu tertinggal dalam arus pendidikan perdana. Tak Payah nak kelentong dengan statistik kementerian atau menteri pelajaran, sebab saya dimaklumkan sendiri oleh Ketua Pemeriksa Kertas Matematik & Sains bagi Peperiksaan SPM. Beliau begitu sedih dengan pencapaian anak-anak melayu.
Tunggu la kat akhirat UMNO. Dapat la korang balasan atas kezaliman korang......
Post a Comment