Saturday, May 15, 2010

Cemas Tengah Malam

Kerajaan Kedah Dalam Bahaya!

APA boleh buat mungkin sudah takdir Allah s.a.w. untuk menguji sejauh mana kekuatan kerajaan Pakatan Rakyat? Selepas kerajaan Perak dirampas Januari tahun lepas kini kerajaan Pakatan Rakyat Kedah pula sedang dilambung gelombang. Kedudukan kerajaan Pakatan Rakyat yang diungguli Pas kini benar-benar dalam bahaya.

Apakah kerajaan Kedah juga akan menerima nasib sama dengan kerajaan Perak? Walaupun Mukhriz Mahathir hari ini memberi jaminan BN akan merampas Kedah secara terhormat tetapi kata-kata itu tidak boleh dipercayai.

Gerakan untuk menjatuhkan atau merampas Kedah sebelum sampai edahnya (genap penggal parlimen ke-12) sudah berjalan sejak lama dulu. Malahan ia hampir serentak dengan usaha untuk menjatuhkan Perak dan Selangor.

Hari ini bahaya yang bakal menimpa kerajaan pimpinan Azizan Abdul Razak itu tidak dapat disembunyikan lagi. Makin ditutup nampaknya ia makin membekah dan meluas. Cerita-cerita yang kedengaran di kedai kopi kini sudah menjadi separuh rasmi. Cerita kerajaan Pakatan Kedah akan dirampas atau DUN akan dibubarkan sudah menghantui pemikiran rakyat Kedah.

Semuanya berpunca daripada khabar tindakan dua orang anggota Exconya yang dikatakan sudah berubah haluan akan menyertai UBN bila-bila masa saja. Dua anggota Exco itu ialah Adun Bukit Selambau, S Manikumar dan Adun Kulim, Ling Soo Nee.

Tidak dapat dipastikan kenapa mereka dikatakan sedia untuk berpaling tadah. Apakah mereka sudah kena beli ataupun ada sesuatu yang menyinggungkan perasaan mereka sehinggakan sedia meninggalkan jemaah kerajaan negeri yang bakal memberi kesan buruk kepada kerajaan Pakatan Kedah. Apapaun perkhabaran ini memeningkan kepala Azizan Razak dan juga penasihat umum PKR, Anwar Ibrahim.

Sudah pasti kalau berita ini benar, kedua anggota Exco itu bertindak meninggalkan Pakatan Rakyat dan menyeberang kepada BN, kedudukan kerajaan Kedah mungkin akan bertukar tangan. Dengan penyeberangan itu menjadikan BN 16 kerusi, dicampur dengan Adun Lunas Md Radzi Salleh yang telah awal mengumumkan meninggalkan PKR menjadikan BN mempunyai 18 kerusi.

Kedudukan itu menjadikan kerusi Pakatan Rakyat akan tinggal 18 kerusi di mana 16 Pas satu PKR dan satu DAP. Jumlah itu walaupun Pakatan Rakyat masih boleh bertahan tetapi ia sangat lemah.

Sekiranya seorang calon bebas dan tiga anggota PKR itu menyertai BN ini keadaan jadi tambah rumit apabila kedudukan 18 - 18.

Azizan Razak sebelum ini sudah membayangkan kesediaannya untuk membubarkan DUN Kedah jika berlaku sesuatu ke atas kerajaannya. Tanggal 22 Mei depan katanya satu ceramah besar bakal diadakan Pakatan Rakyat di mana pada himpunan itu semua wakil rakyat termasuk dua Exco berkenaan akan diminta melapazkan ikrar.

Apa yang boleh difahami sekiranya ada wakil rakyat Pakatan yang enggan melapazkan ikrar, Azizan tidak ada pilihan lain melainkan terpaksa membuarkan Dewan Undangan Negeri Kedah. Tindakan itulah paling wajar sementara Pakatan masih mempunyai kelebihan satu dua kerusi.

Dalam pada itu sekejap tadi saya telah menerima panggilan dari ahli politik veteran dari Kedah yang turut menyatakan kebimbangannya terhadap kestabilan kerajaan Pakatan Kedah. Beliau melahirkan rasa cemas dengan apa yang berlaku di negeri Jelapang Padi itu. Katanya perkembangan setakat malam ini, Azizan tidak ada pilihan lain melainkan perlu membubarkan DUN Kedah kerana menurut yang beliau difahami kesemua ahli PKR Kedah akan menyertai BN?

Sejauh manakah maklumat ini? Tunggulah perkembangan esok! [wm.kl. 11:20 pm 15/05/10]

6 comments:

Mocha Ghost said...

PRU seterusnya, PR kena timbang balik samada nak masukkan PKR dlm PR

anakzaman said...

Tuan MSO
Kita tak tau apa nak jadi wakil rakyat PKR.Iman politik mereka terus tergugat.

Mungkin semasa pemilihan untuk menjadi calon pilihanraya 2008 dulu, PKR menggunakan standart tangkap muat kerana tidak menyangka calon mereka menang.

Sudah pasti senang menjadi wakil rakyat maka senang pula mereka meninggalkan parti penghayatan sayang kepada parti tidak ada lansung.
Mereka yang meninggalkan parti adalah pengkhianat parti. Mereka sepatutnya tau mereka menang kerana parti mereka wakili.

Sekiranya hendak diharapkan ketokohan individu,saya percaya semua wakil rakyat PKR akan kalah.

Mereka menang disebabkan percubaan rakyat bangkit untuk melihat perubahan kerajaan. Malangnya mereka mengkhianati amanat rakyat.

Sepatutnya mereka meletak jawatan dan menyertai piliharaya kecil sebagai calon bebas. Sudah pasti mereka akan tau langit tinggi atau rendah.

Diharap wakil rakyat PAS tidak berjangkit penyakit pengkhianat parti.

Esperalzi said...

Kalau nak bubarkan DUN Kedah, bubarkan sekarang sementara matematik masih menyebelahi PR!

Jangan tunggu sampai tinggal 17 kerusi DALAM PR vis a vis 19 kerusi di LUAR PR baru nak bubar. Kedah ada 36 kerusi. PAS kena bubar DUN ketika jumlah kerusi PR melebihi jumlah di LUAR PR.

Kalau kerusi PR dah tinggal 17, dah tak boleh bubar sebab dah jadi minoriti, tak demokrasi kalau diizin bubar sedang kerusi cuma tinggal minoriti, kerana di luar PR ada 19 kerusi majoriti.

Samada yg lompat keluar tu masuk BN ke tak, itu bukan soal. Soalnya ialah matematik, bilangan kerusi di luar PR lebih besar dari bilangan dalam PR. Tu pasal Sultan Perak tak izin Nizar bubar DUN Perak sebabh kerusi dia tinggal 28 ketoi berbanding 31 ketoi di LUAR Pakatan rakyat..

Unknown said...

Semalam terjumpa YB Manikumar di Singapura,banyak beliau mengeluh dengan Ustaz Azizan.
Beliau seorang yang kuat bekerja tetapi dipinggirkan secara sistematik oleh kepimpinan PAS.
Bukan itu sahaja, pegawai-pegawai kerajaan negeri juga dihasut untuk memperbodohkan beliau.
Pakatan rapuh!

NH Shah Alam said...

PKR adalah serpihan dari UMNO. Mentaliti pemimpin mereka juga adalah otak UMNO. Orang UMNO seperti seperti anjing ( maaf guna bahasa kasar) yang sentiasa terjelir lidah untuk mencari makan. Begitu juga dengan orang PKR yang spesisnya otak UMNO. Mereka sentiasa lapar, pantang apa yang lalu di depan mata semuanya akan disapu. Halal @ Haram soal kedua, yang penting perut mesti diisi.

Ini lah beza antara perjuangan PAS dan PKR. PAS berjuang untuk mencari keredhaan ilahi di dunia dan di akhirat. Orang PAS sanggup mati kerana mempertahankan dasar perjuangan Islam mereka. Mereka sesekali tidak akan mengkhianati amanah yang diberi oleh Masyarakat. Mereka tahu apa erti amanah. Mereka tahu selepas kematian akan ada hari pembalasan. Sebab itu Politik dan Agama tidak dapat dipisahkan. Tetapi bagi mereka yang pemikiran sekular seperti UMNO yang memisahkan politik dan agama, mereka anggap politik adalah urusan dunia, tiada kaitan langsung dengan akhirat. Sebab itu mereka berfikir membujur lalu melintang patah, apa yang lalau didepan mata tak kira halal atau haram semuanya disapu.

Kepimpinan PAS mesti kaji semula kerjasama dengan PKR dalam pilihanraya yang akan datang. Kita sedar amat mustahil untuk PAS memerintah negara secara bersendirian tetapi itu lebih baik daripada kita terus dikhianati oleh kawan seperti apa yang berlaku sekarang ini. Wakil rakyat PAS di kelantan telah membuktikan kesetiaan mereka kepada parti dalam PRU-11 yang lalu. Walaupun kerajaan Pimpinan TGNA hanya memerintah dengan kelebihan satu kerusi sahaja tetapi mereka terus cekal dengan pegangan politik mereka walaupun mereka ditawar dengan habuan jutaan ringgit. Sejarah telah membuktikan bahawa wakil rakyat tidak pernah mengkhianati Parti dan pengundi mereka.

Rillink said...

Assalam Tuan.

Saya tidak terperanjat dan telah menjangka dari awal bahawa wakil wakil rakyat dari pkr ini memang kebanyakkannya tidak boleh di-percayai.Mereka mereka ini dulunya memang pengkhianat kepada parti lama mereka kerana tidak mendapat habuan dari perjuangan dalam parti lalu pengkhianat ini di-ambil sebagai pemimpin dalam pkr.Para pengkhianat ini mesti ingat bahawa pengundi pada pru yang lepas bukannya memilih mereka..tetapi pengundi memilih parti pkr.Kami sebagai pengundi pada pru yang akan datang ingin memberi amaran kepada uBN jangan terlalu pelahap mengumpan pengkhianat pengkhianat ini dengan RM untuk mendapatkan kuasa semual kerana pengundi akan tetap memilih PR pada pru yang akan datang nanti,jadi usaha uBN ini adalah sia-sia.