Thursday, May 6, 2010

Sesudah Subuh

Tetamu Muda

MALAM tadi sebelum tidur berbual dengan seorang cikgu asal Kelantan. Beersamanya dua orang kawan anak Sarawak. Usianya bawa 40 tahun. Boleh tahan juga politiknya. Ceritanya perihal Tok Uban. Tok Uban yang dimaksudkan ialah Taib Mahmud. Katanya Taib memang kaya. Rakyat Sarawak dah lama tak suka Taib. Kekayaannya menyebabkan beliau tidak disenangi.

Menurutnya bukan saja banyak tanah tetapi perniagaan besar di Sarawak disapunya. Beliau tak bagi kepada Melayu tetapi kepada Cina. Beliau juga utamakan kepada kroninya. Semua kontrak dan kerja penyelanggaran Bandaraya Kucing contohnya diberikan kepada kroni.

Mengenai siapa penggantinya sebagai Ketua Menteri kata anak muda ini, Taib akan utamakan suku kaumnya, Melanau. Orang jadi pilihannya Hassan Ali Tengah. Harapan Abang Johari Openg untuk jadi KM tipis sebab dia keturunan Melayu. Pun begitu kata anak muda ini bukan mudah untuk Taib lepaskan jwatan. "Mungkin dia akan jadi CM walau pun bertongkat" ujarnya. Posting percubaan. (Kucing 5:45 am 06/05/10)

1 comment:

Nor Azman bin Sukerman said...

Assalamu alaikum tuan. Saya ingin bertanya kepada CodeNameSomaliPirate berkenaan pandangannya yang seperti berikut

"Satu demi satu kejadian menimpa negeri yang digelar serambi mekah ini. Tidakkah tuan terfikir bahawa kerahmatan, keberkatan dan sakinah dari Allah SWT
telah dicabut dari negeri Kelantan ini semasa dibawah payung sebuah parti yang kononnya memperjuangkan islam...."

Adakah anda bersetuju bahawa dengan berlakunya perristiwa riddah di Zaman Abubakar As-sidik, Saidina Umar dibunuh oleh Abu Lulu'ah, Berlaku pemberontakan di masa Saidina Othman Affan dan beliau sendiri dibunuh oleh anggota pemberontak, Saidina Ali juga dibunuh, berlakunya Perang Siffin dan Jamal dan Perjangian Tahkim yang kemudiannya melahirkan golongan Sunnah, Syi'ah dan Khawarij menandakan bahawa Madinah telah ditarik rahmat, sakinah dan keberkatannya oleh Allah?