Friday, April 1, 2011

Sebelum Jumaat

Kebenaran Video Lucah Terus Ditunggu

Perkembangan terbaru mengenai video lucah yang membabitkan tokoh politik masuk frasa kedua.

Ketua Polis Negara, Ismail Omar berkata menurut penelitian pakar tempatan video berkenaan tulen dan bukan palsu.

Satu perkara sudah terjawab kini. Tetapi mungkin boleh dipersoal lagi sejauh mana ketulenannya.

Saya percaya kalau ia tertakdir di bawa ke mahkamah penyiasatan untuk mengesahkan benar atau palsu akan melibatkan pakar 'forensik' video dari luar negara.

Apa yang ditunggu kini ialah siapakah watak dalam video berkenaan dan untuk apakah ianya dirakam dan didedahkan. Apakah ia tulen atau pun tidak?

Yang perlu dicari (wajib diketahui) siapakah yang merakamnya. Menjadi tugas polis membawa mereka yang bertanggungjawab.

Sekali lagi kalau ia dibawa ke mahkamah menyebabkan pakar 'forensik' dari luar akan di bawa untuk mengesahkannya keaslian watak-watak dalam video berkenaan.

Persoalan lain apakah kalau benar yang terlibat itu tokoh politik negara ini pihak berkuasa ada kuasa untuk mendakwanya?

Ini yang sedang ditunggu dan dinantikan penuh debaran dan kesalan. Boleh jadi pendakwaan akan dilakukan sekiranya dengan berbuat begitu pihak yang menguasai perundangan merasakan mereka mendapat untung darinya.

Game video lucah ini masih belum selesai. Masih banyak game overnya. Yang benar tetap akan dibenarkan walaupun macam mana sekalipun. [ttdi.kl 12:57 t/hari 01/04/11]

3 comments:

Ida said...

soal palsu atau tulen tu tak perlu dipersoalkan. Memang video tu TULEN.

Yg patut dilihat sebenarnya, siapakah watak dalam video tu. Jangan dipesongkan dari isu sebenar.

KASIHCIKGU said...

yang jadi pertikaian umum bukan tulen atau tidak video tersebut...DSAI pun tak nafikan ketulenan video tersebut, yang beliau nafikan pelokon itu BOROI, TONGGEK & TANGAN BERBULU...datuk T ngaku dia terlibat dalam video itu...memang tulen, tapi pelakonnya datuk T sendiri...polis nak putar alam...

Nor Azman bin Sukerman said...

Assalamu alaikum tuan. Tak payahlah pakai pakar forensik dalam ke luar negeri. Semua dah sedia maklum yang video tu tulen malah producer dan dirrectornya pun kita tahu. video tu pun bukan dibeli di kedai kedai cetak rompak.

Isunya adalah siapa "Anwar" dalam video tersebut. Polis kena siasat yang itu bukan tulen tak tulen video tersebut. Siasatan juga harus menjurus kepada penayangan, pemilikan dan pengedaran video lucah. Bukankah itu suatu kesalahan di bawah undang-undang. Ada akta yang mengawalnya.

Kalau seksen 27 akta polis boleh disiasat dan akhirnya polis kalah dalam mahkamah sebagaimana yang dihadapi oleh Mad Sabu maka apa lebihnya kes video lucah ni.