The Star Terus Hina Islam?
Apa jadi dengan harian berbahasa Inggeris yang tertinggi edarnnya di negara ini iaitu The Star? Dalam tempoh tidak begitu lama sudah dua kali akhbar itu menyiarkan sesuatu yang boleh menyinggung hati umat Islam.
Apakah akhbar berkenaan sengaja melakukan begitu untuk menguji sensitiviti umat Islam atau pun memang ia berlaku secara tidak sengaja.
Terbaru akhbar berkenaan telah menyiarkan gambar artis Amarika Eryah Badu yang menebengkan pangkal buah dadanya yang ada tatu menggambarkan kalimah Allah. Akhbar berkenaan telah memohon maaf atas apa yang berlaku itu.
Seelum ini akhbar berkenan telah menyiarkan gambar daging babi di dalam akhbar berkenaan di dalam rencana mengenai juadah berbuka puasa tahun lepas. Akhbar berkenaan memohon maaf atas penyiaran gambar berkenaan. Alasannya ia tidak sengaja dan tidak fikir gambar itu menyinggung sensitiviti umat Islam?
Yang peliknya sudah dua kali akhbar berkenaan melalukan perkara sama. Apakah tidak ada orang Islam yang bekerja di akhbar berkenaan. Atau orang Islam yang bekerja di The Star terutamanya yang berkerja di Jabatan Pengarang juga tidak begitu peka mengenai perkara-perkara berkenaan?
Bagi saya bila dua kali perkara seperti itu berlaku dalam masa tidak senggang lama, akhbar berkenaan mungkin ada agenda tersendiri mengenainya. Ia bukan sesutau yang tidak disengajakan. Sewajarnya pihak KDN mengambil tindakan keras atas apa yang berlaku dan bukan sekadar memberi peringatan dan amaran sahaja.
Saya bimbang ia akan menjadi kesalahan-kesalahan seperti perkara biasa, seperti kesalahan ajaan atau fakta dalam penyiaran kemudian diralatkan. Harus disedari walaupun kecil apa yang berlaku itu satu penghinaan kepada umat Islam. Melihat atau mengetahuinya tanpa ada sebarang protes satu sikap kurang prihatin kepada kesucian agama Islam.
Tidak timbul minta maaf atau ralat. Yang pentingnya berita atau perkara itu sudah disiarkan dan ia dibaca oleh ribuan pembaca. Tidak semua pembaca yang baca mengetahui permohonan maaf atau ralyat oleh akhbar berkenaan.
Kalau itu berlaku ia bleh menyebabkan pembaca itu menganggap penyiaran berita-berita itu sebagai wajar dan tidak menjadi apa-apa masalah kepada umat Islam. Rasanya dengan dua kali dan berapa kali melakukan kesalahan itu sudah cukup kalau KDN perlu mengenakan tindakan keras ke atas akhar berkenaan. [wm kl 6:28 pm 27/02/12]
1 comment:
salam tuan mso.satu lagi yang saya kira juga penghinaan terhadap islam ialah sebuah siri penyiasatan bersiri mat saleh bertajuk NCIS yang disiarkan di 8TV setiap hari isnin jam 9.30 malam.ia mengisahkan sekumpulan polis khas navy amerika sebagai hero yang mana saban minggu penjahatnya ialah orang islam yang menjadi pengganas.hampir setiap minggu penjahatnya ialah orang islam.dlam siri awal dulu lagi teruk yang mana salah seorang heronya adalah ejen mossad israel dan penjahatnya sudah pasti orang islam.saya tidak pasti macamana rancangan seperti ini boleh terlepas dan disiarkan saban minggu tanpa ada bantahan mana-mana pihak.Siri ini telah memberikan persepsi yang sering diuarkan oleh barat iaitu islam ugama ganas dan pengganas,dan saya kira mereka telah berjaya.Dan Malaysia kelihatannya macam mengiyakannya.
Post a Comment