Friday, August 23, 2013

Korban di Genting, Pembebasan Suspek Pembunuh Altantuya Satu Sejarah

RENUNGAN                                                                                         

Malaysia mencatat dua sejarah dalam tempoh tidak sampai 73 jam. Iya walaupun ia menggeri, menyedih dan menyesalkan ia adalah sejarah kerana ia peristiwa. Dua peritiwa dimaksudkan itulah tregedi bas Genting jatuh ke gaung sedalam 60 meter menyebabkan 37 orang maut. Menakala peristiwa kedua ialah pembebasan dua bekas anggota UTK Cik Inspektor Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar Umar dari disabitan membunuh model Mongolia, Altantuya.

Persitiwa bas jatuh gaung berlaku kelmarin di selekoh km 3.6 Jalan Genting - Kuala Lumpur. Kejadian itu menggemparkan negara dan merupakan kemalangan terburuk di negara ini. Semua orang memberi perhatian atas kejadian itu dengan pelbagai rasa dan perasaan.

Manakala sejarah kedua pula dicatat hari ini apabila Mahkamah Rayuan yang dianggota tiga orang Hakim; Mohamad Apandi Ali, Linton Albert dan Tengku Maimu Tuan Mat menerima rayuan mereka berdua yang disabit kesalahan Mahkamah Tinggi Shah Alam. Pembebasan kedua mereka itu disambut dengan air mata oleh setengah orang, dan terima dengan rasa penuh kekagetan dan kehairanan misterius.


Kedua sejarah dan peristiwa ini akan dikenang sepanjang zaman. Mengenai pembebasan Azilah dan Sirul Azhar itu ia akan menjadi perhatian dunia dan keputusan mahkamah rayuan itu memberi implikasi negatif terhadap aspek perundangan negara ini kerana ia membabitkan pembunuhan rakyat asing dan kebetulan pula ia sifatkan pembunuh berprofil tinggi.

Walaupun keputusan mahkamah mungkin rayuan tepat, namun ia tetap akan dipersoalkan. Bukan kerana ada kehilafan dari segi proses perbicaraan, tetapi ia akan dipertikaikan dan terus ditanya siapakah pembunuh Altantuya sebenarnya. Dunia mana sekali pun tidak akan menerima kalau model beranak satu itu membunuh sendiri dirinya dengan meletup menggunakan C4 di hutan Punca Alam Shah Alam, Selangor.

Pakar undang-undang di negara ini dan di negara asing tetap mengkaji dan membuat tafsiran sendiri ke atas apa yang berlaku hari ini mengikut sudut pandangan masing-masing. Tetapi yang jelasnya keputusan mahkamah rayuan itu memeranjatkan. Dan mereka bertanggungjawab dengan kejadian sadis itu tetapi diburu rasa tanggungjawab ke atas letupan itu.

Demikian juga dengan tragedi bas Genting itu akan menjadi perhatian dunia terutamanya di mana rakyat mereka ikut terkorban. Dunia akan membaca mengenai 'kelewesan' pemandu atau pihak berwajib dalam memastikan jalan raya negara ini selamat.

Kedua peristiwa itu akan menyendak minda umum hanya beberapa ketika saja kemudian ia akan cair dan lupus begitu saja. Yang tetap kekal mencatatnya ialah sejarah. Sejarah menggerikan, sejarah megkagetkan ia berlaku di zaman Najib Razak menjadi perdana menteri. [wm.kl.5:22 pm 23/08/13]

2 comments:

akulah69 said...

Tuan, dari mula kes ini dibicarakan dengan penampilan bertopeng kedua tertuduh, begitu special. Tidak ada yg saya lihat di kaca tv tertuduh bertopeng kemas. Dari situ timbul naluri saya berkata... Mereka akan bebas. Cara mana??? wallahua'lam. Walau mungkin selepas ini akan ada rayuan ttp sya percaya mmg ada satu misteri kes ini. Siapa pembunuh? Siapa terlibat? Siapa bersubahat? Siapa kambing hitam? Kenapa dakwaan Deepak tidak disiasat..kenapa dakwaan dan sumpah mendiang Bala tidak disiasat... Cuma yg realitinya.. Altantuya telah dibunuh dengan kejam dan mmg niat pembunuhnya untuk menghilangkan bukti....

School Of Tots said...

Tuan MSO, apakah pembebasan kedua mereka ini secara kebetulan atau terancang? Seolahnya kes ini mahu di buka semula dan start all over again. Apakah ada hubungannya dgn timing pemilihan pucuk pimpinan parti? Harap MSO dapat buat satu posting bagi membedah siasat perspektif ini...TQ.