Tuesday, February 25, 2014

Husam seru anak muda responsif terhadap isu semasa

LAPORAN LEWAT                                                                               

Sekumpulan kira-kira 60 orang anak muda dari pelbagai latar belakang profesional, malam tadi dikejutkan oleh Husam Musa berhubung perletakan jawatan Dr Mahathir Mohamad sebagai penasihat Petronas dalam satu majlis dialog santai di sebuah kedai makan di Kampung Baru.

Salah seorang anak muda melontar soalan kepada Husam.
Kata Husam tidak ada siapa cuba mengorek kenapa tiba-tiba bekas PM itu meletak jawatan sebagai penasihat badan korporat nasional yang sangat dibanggakan olehnya itu.

"Baru-baru ini Mahathir telah meletak jawatan sebagai penasihat Petronas dengan tiba-tiba. Kenapa sebab dan puncanya kita tidak pernah memikirkannya. Bagi saya tentu ada sebab-sebab tertentu kenapa dia (Mahathir) berbuat demikian," begitulah kira-kira tutur Husam.

Sebagai golongan muda penerus kepimpinan masa depan negara, kata Husam anak-anak muda harus tahu dan peka apakah rahsia di sebalik perletakan jawatan Mahathir itu. "Tugas saudara semua untuk membaca dan mencari rahsia di sebalik tindakan Mahathir itu. Ia berlaku tentu ada sebab-sebabnya," kata Husam.

Persoalan yang diungkit Husam itu baru bagi sesetengah anak muda dan mengejutkan kerana tidak ada mana-mana pemimpin mempersoalkan tindakan Mahathir itu secara spesifik kecuali Naib Presiden Pas itu.

Ketika anak muda terpinga-pinga mencari jawaban dan sebab musababnya, Husam lantas menjelaskan beliau difahamkan kenapa Mahathir berhenti menjadi penasihat Petronas ialah kerana dia (Matahthir) tidak setuju dengan Najib.

Sebahagian peserta dialog bersama Husam.
"Ada sesuatu yang berlaku di antara Mahathir dengan Najib," tegasnya. "Saya difahamkan Mahathir tidak setuju dengan kehendak Najib yang mahu Petronas menjadi penjamin kepada sebuah syarikat untuk membuat loan dengan bank."

"Syarikat berkenaan tidak mempunyai kekuatan kewangan yang cukup untuk meneruskan projek. Jadi mereka perlu berbuat sesuatu, sama ada menjual Bon kepada publik ataupun membuat pinjaman bank. Untuk membuat pinjaman bank inilah kena ada penjamin," sambung Husam.

Jadi kerana syarikat berkenaan memerlukan pinjaman bank, maka penjamin diperlukan. Di sinilah Najib dikatakan meminta Petronas agar menjadi penjamin, tetapi ianya tidak disetujui Dr Mahathir.

Gara-gara itu Mahathir meletak jawatan. Sehingga kini tidak dapat dipastikan apakah Mahathir telah kembali memegang jawatan itu setelah Najib ada menyatakan dia akan memujuk Mahathir agar terus memegang jawatan berkenaan? Seandainya Mahathir menerima pujukan Najib apakah dia bersetuju untuk melepaskan Petronas menjadi penjamin kepada syarikat berkenaan untuk buat loan?

Isu royalti
Selain daripada kes  perletakan jawatan sebagai penasihat Petronas oleh Mahathir, Husam juga turut membuka minda anak-anak muda dengan beberapa isu lain yang cukup penting dan signifiken kepada kepentingan rakyat, khasnya di Kelantan dan Terengganu.

Katanya, Kelantan dan Terengganu adalah negeri pengeluar minyak utama di negara ini selepas Sarawak. Tetapi malangnya tidak banyak, bahkan tidak ada langsung aktiviti industri hiliran petroleum dibangunkan di negeri berkenaan yang boleh ditumpangi atau dimanfaatkan rakyat mendapatkan rezeki.

Negeri Kelantan menjadi negeri pengeluar minyak tetapi malang minyak didarat di Kedah melalui Songkhla di Thailand. Jarak tempat pengeluar dengan pendaratan beratus batu berbanding kalau didarat di Kelantan yang jaraknya dekat menjimatkan kos. Tetapi kenapa ia dilakukan demikian kalau bukan atas nawatu syaitan?

Tetapi kerana ada kepentingan politik, kata Husam dan sikap diskriminasi minyak didaratkan di Kedah.

"Keadaan ini satu kezaliman dan penganiayaan kepada rakyat Kelantan. Jadi anak-anak muda patut bangun dan mempersoalkan perkara ini dan tidak membiar begitu sahaja," katanya. "Sudah sampai anak-anak muda peka dan responsif kepada isu-isu ekonomi untuk membantu rakyat.

Husam juga turut menyentuh mengenai tuntutan royalti minyak dibuat oleh negeri Kelantan yang dipeloporinya sejak tahun 2001. Tuntutan royalti itu menjadi tanda tanya apabila Kerajaan Kelantan mengambil pendekatan untuk berunding bagi mendapatkan royalti itu.

"Kita setuju apa cara sekali pun, asalkan wang royalti dapat dan rakyat dapat menikmatinya. Tetapi tindakan saman dimahkamah tidak boleh ditarik atau dilupakan begitu saja. Saman itu penting," katanya.

Jelasnya, kalau tidak dikemukakan saman, maka tidak ada tindakan balas dari kerajaan Pusat mengenai royalti minyak termasuk ura-ura untuk berunding dan penubuhan jawatankuasa untuk mencari mekanisme pengagihan royalti itu. Kerajaan Persekutuan mula memberi perhatian atau pun kalau hendak berunding selepas adanya tuntutan dimahkamah.

"Jadi saya tegaskan kita tidak boleh tarik saman. Saman hendaklah diteruskan sehingga semua tuntutan royalti itu dijelaskan, sama ada dengan cara macam mana, bayar berperingkat-peringkat dan sebagainya, pokoknya  jelas dulu," tegasnya disambut laungan takbir oleh hadirin.

Beliau juga turut mempersoalkan janji Najib hendak selesaikan perkara itu seperti mana yang dijanjikan sebelum ini. Menurut Husam beberapa bulan sebelum pilihan raya Najib berjanji untuk menyelesaikannya, dan sebuah Jawatankuasa juga ditubuhkan untuk tujuan itu.

"Janji sebelum pilihan raya, tetapi kini pilihan raya sudah berlalu sembilan bulan, apakah hasil dan jadi dengan janji itu," soal Husam. Penyelesaian itu masing terawan-awangan elok kalau pihak kerajaan menjelaskan kedudukan perkara ini agar ia tidak menjadi tanda tanya.

Dalam pada itu tidak diketahui siapa yang menjadi 'incharge' soal royalti itu sekarang ini selepas Husam tidak lagi terbabit secara langsung. Adalah wajar kalau mereka yang diberikan tanggungjawab itu membuat penjelasan atau follow-up untuk mendapatkan royalti seperti dijanjikan itu.

Sementara itu Menteri Besar, Ahmad Yaakub memberitahu dua hari lepas semasa pertemuan beliau dengan Perdana Menteri baru-baru ini, beliau ada menyerahkan surat berkaitan dengan royalti minyak. Apakah surat MB itu mendapat apa-apa reaksi atau tindak balas dari Najib atau pun telah dibangkul sampahkan?

Persoalan mengenai royalti kini terus menjadi pertanyaan rakyat khas mereka yang berada di luar Kelantan. Jangan masa panjang dalam mengurus soal ini dilihat sebagai kelemahan kerajaan juga dilihat tidak pro aktif untuk mendapat hak-hak rakyat Kelantan seperti mana dimaktubkan dalam perjanjian Petroleum 1975 di antara Kerajaan Kelantan dengan Petronas.

Pertemuan untuk berdialog secara semuka dengan anak-anak muda seperti semalam, sangat diperlukan kerana ia memberi kesan dan input langsung kepada kedua belah pihak. Selain isu-isu berkaitan Kelantan dapat dijelaskan, pihak kerajaan juga dapat maklumat apa-apa masalah yang membelenggu pemikiran anak-anak Kelantan diluar Kelantan.

Majlis malam tadi adalah atas iniasitif Dewan Pemuda Pas Titiwangsa dengan kerjasama Dewan Pemuda Pas Lembah Pantai. Mungkin selepas ini majlis seperti itu dijadikan tradisi dan budaya dengan menjemput MB atau TMB dan juga anggota Exco sebagai tetamu. Majlis seperti itu juga dapat mengukuhkan hubungan silaturahim dan mengejapkan sokongan anak-anak muda kepada kerajaan negeri Kelantan. [wm.kl.12:11 t/hari 25/02/14]

2 comments:

Al-Khattab said...

lagu ni cara baru kemah....duduk dengar apa pendapat anak muda sekali...jgn duduk syok sendiri..

sizzly7761 said...

Memae la kemah boss... tapi soalnya selain dari YB Husam, ada tak YB lain @ exco yang 'faqih' isu semasa dan ekonomi peringkat nasional nih? Kala tengok keadaan lorni..rasanya YB dan exco hok ado ni tok napok jjalae! @ gelap gamba...m