Monday, February 17, 2014

Jangan pedulikan kepada Zaid Ibrahim

SUSUPAN PAGI                                                                                   

Beberapa rakan FB saya bertanya saya kenapa dan untuk apa Zaid Ibrahim hendak bertanding di Kajang. Tidak perlu untuk saya menjawab pertanyaan itu kerana ia sia-sia sahaja. Tetapi dasar orang bertanya ia ingin juga mengetahui mengenai pandangan kita terhadap langkah Zaid itu.

Saya tidak memberi jawaban yang kompleks tetapi sekadar mengatakan, Zaid boleh bertanding kerana beliau tidak dihukum oleh mahkamah dalam tempoh terdekat, tidak muflis dan juga tidak gila. Sesiapa pun yang bebas dari tiga perkara itu boleh bertanding.

Kerana saya pasti kalau Zaid terikat dengan tiga perkara itu dia tidak akan bertanding, kerana pencalonannya nanti akan dibatalkan. Dia seorang peguam terkenal pasti tahu syarat-syarat dan undang-undang SPR.



Syarat itu ditambah dengan satu lagi syarat namanya ada dalam daftar pemilih.

Jadi soal Zaid, sama ada dia bertanding atau pun tidak, tidak menjadi masalah. Kehadirannya tidak akan memberi apa-apa bekas kepada Kajang Move. Zaid hanya habuk-habuk dan debu-debu kecil saja yang merupakan seni dan keindahan dalam demokrasi.

Kedatangannya cuma boleh mencemarkan tangan, tetapi boleh dibersihkan dalam saat itu juga. Justeru jangan pedulikan beliau dan anggap kewujudannya di Kajang itu hanya mainan ilusi saja.

Saya percaya orang seperti Zaid ramai di Kajang nanti. Mereka yang frust dalam politik atau kalah dalam pilihan raya lalu boleh bermian angin di Kajang. Ramai orang bercita-cita mahu jadi hebat dan merembas keadaan seperti Anwar tetapi tidak menjadi. Barang tiruan ia tidak tahan lama.

Setidak-tidak dapat bertanding menentang Anwar dalam satu pilihan raya, ia menampakkan seseorang itu hebat. Anwar ditumpangi dihinggapi bukan sahaja oleh kera, monyet ataupun dedalu tetapi semut gatal dan gajah yang sakit juga ikut sama menumpangi kehebatan Anwar. [wm.kl.8:07 am 17/02/14]

1 comment:

bat8 said...

Tuan

Bagi orang yang kenal Zaid hanya akan tersenyum dengan kesediaan Zaid untuk melawan Anwar di Kajang. Kita tunggulah sedikit masa lagi gapo ngupoh dia....

Orang yang patut lawan Anwar di Kajang , kalau kita ukur kepada bua besar ialah ENCIK IBRAHIM ALI kita.

Tapi kita orang Kelantan dah tahu kelas Ibrahim Ali ni. Harga dia dok sapa serial. Cuma kelah duit tembaga 1 sen hok takdok nilai hari ni jah.

Hahaha...maah ambo tergelak. Bukan apo sakik hati dengar pitih tembaga 1 sen bua besar padahal dia tahu dia xdok nilai satu sen pong.