Sunday, February 16, 2014

Kunjungan kasih Tengku Besar Putera Selangor

RAKMAN RASA                                                                                    

Tengku Besar Putera Selangor di kiri Ahmad Yaakub.
Minggu lepas Tengu Besar Putera Selanggor, YAM Tengku Dato' Seri Ismail Shah al-Haj ibni Almarhum Sultan Hishamuddin al-Shah alhaj, telah mengadakan kunjungan kasih ke atas Menteri Besar Kelantan, Ahmad Yaakub di pejabat MB di Kota Darunaim dan juga terhadap bekas MB Tokguru Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Rombongan beliau bersama 14 orang anggota, kedatangannya diurus aturkan oleh Kelab Penyokong Kerajaan Kelantan (KPKK).

Kunjungan kasih itu sebagai mengeratkan hubungan persahabatan dan kasih beliau dengan kerajaan Kelantan. Tengku Besar Putera pernah datang ke Kelantan kira-kira 60 tahun lalu sesama majlis perkahwinan kekanda beliau, Tengku Bendahara Selangor dengan puteri Almarhum Sultan Ibrahim.

Tengku Besar Putera sangat berbesar hati dengan kunjungan dan berharap hubungan kasih di antara beliau dengan kerajaan Kelantan berterusan.

Atas kunjungan kasih itu tentulah paling gembira MB, Ahmad Yaakub dan bekas MB Nik Abdul Aziz Nik Mat. Sudah tentu kunjungan kasih itu akan memberi semangat dan merupakan satu penghormatan di raja bagi Ahmad Yaakub dan Kerajaan Kelantan.

Sementara itu menurut Presiden KPKK, Abdul Razak Abbas kunjungan diraja itu merupakan tugas dan tanggungjawab pertama kelab itu dalam memastikan Kerajaan Kelantan mantap dan mendapat sokongan rakyat. [wm.kl.8:35 pm 16/02/14]

Post a Comment