SELANG BERITA
Seorang lagi pemimpin Umno bersetuju kalau BN tidak meletakkan calon dalam pilihan raya kecil DUN 25 Kajang kerana perbuatan itu membazirkan wang rakyat dan tidak membuang masa. Pemimpin dimaksudkan itu, Adnan Yaakub Menteri Besar Pahang.
Ketika ditanya mengenai pilihan raya kecil itu, Adnan mengatakan, BN tidak payah bertanding, kalau PKR ada masalah biarlah parti itu selesai masalahnnya.
"BN tidak payah bertanding, kalau PKR ada masalah biarlah dia selesai masalah dia. Pilihan raya kecil ini membazirkan duit rakyat dan SPR terpaksa membelanja wang berjuta untuk pilhan raya itu," katanya.
Tambah, Adnan lagi BN tidak perlu menghabiskan masa dan wang, sebaliknya wang untuk itu boleh digunakan untuk belanja membantu rakyat yang susah.
Katanya sekiranya ada orang mengatakan BN takut kerana tidak menyertai pilihan raya itu, jawab bukan takut, belum bertanding belum tahu.
Pandangan Adnan itu sejalur dengan pandangan beberapa pemimpin Umno lain termasuk Salleh Said Kruak dari Sabah yang juga memberi pandangan sama.
Ada benarnya pandangan Adnan itu kerana kalau bertanding pun jauh panggang dari api untuk UBN menang memandangkan sambutan rakyat kepada Anwar Ibrahim yang sudah diumum akan bertanding di kerusi Kajang itu bagi membolehkan Ketua Umum PKR itu dilantik mengganti MB untuk mengganti Abdul Khalid Ibrahim.
Pandangan Menteri Besar Pahang itu elok diberi perhatian oleh pimpinan Umno dan BN terutamanya Najib Razak bagi mengelakkan pembaziran wang dan masa. [wm.kl.10:32 am 21/02/14]
No comments:
Post a Comment