Nazree didampingi Shamsul Iskandar (baju putih). |
Melihatkan kepada suasana dan tempat majlis pengumuman itu diadakan, ia semacam gerakan bawah tanah pulak?
Sebenarnya tidak begitu. Majlis itu terbuka kepada media massa. Hadir sama memantau ialah ketua AMK Shamsul Iskandar Mohd Akin. Kelihatan sama Pengarah Latihan dan Strategi PKR Kelantan, Dr Wan Suhaimi Wan Daud.
Apa yang menarik, pengumuman semalam secara berpasukan. Tampak Nazree serius untuk mengepalai anak muda dalam PKR. Sambutan dan sokongan juga padu apabila anak muda datang dari berbagai daerah. Beliau dan teamnya juga kemas dalam membuat tawaran untuk bertanding. Selain beliau dua orang Adun Selangor juga dikatakan akan ikut sama merebut jawatan itu.
Beberapa minggu lepas Adun Batu Cave, Amiruddin Shaari telah mengumumkan untuk merebut jawatan berkenaan. Khabarnya majlis pengumuman Amiruddin juga tidak kurang hebatnya. Ia diadakan disebuah restoran mamak di Jalan Ampang dan turut sama dihadiri Shamsul Iskandar.
Pengumuman Amiruddin itu tidak berpasukan, hanya sendirian saja. Saya juga turut dijemput tetapi kerana masa tidak mengizinkan tidak hadir.
Seorang lagi yang disebut akan ikut sama bertanding ialah seorang Adun Selangor. Adun ini bagaimana pun belum membuat apa-apa pengumuman mungkin sedang melihat suasana dan perkembangan selanjutnya. Dari tokoh pemuda PKR yang ingin merebut jawatan ini Nazree dikira dari rahang pemuda kerana seorang berpersonaliti, manakala dua lagi tidak terlibat secara aktif dalam AMK.
Nazree merupakan salah seorang dari beberapa orang naib ketua AMK yang banyak membantu Shamsul Iskandar menggerakkan AMK. Beliau bolehlah dianggap sebagai 'asoib' dalam AMK, apabila tidak ada ada sesiapa berminat bila ditawarkan untuk dilantik menjadi naib ketua AMK. Justeru penawaran dibuat oleh beliau dilihat sebagai kesenimbungan perjuangan di dalam sayap kanan PKR itu.
Sambutan hangat majlis mengumumkan bertanding merebut jawatan itu menunjukkan gelanggang sayap kanan Parti Keadilan Rakyat itu sedang mendapat perhatian hangat anak-anak muda yang mahu berkecimpung dalam politik. Ini sekaligus menolak tanggapan sesetengah pihak yang menganggap PKR hanya parti serpihan yang kecil sahaja yang tidak ada tenaga kerja dan penggerak. Segelintir anak-anak muda sering merendah-rendahkan keupayaan Pas.
Paling merujakan juga mereka yang menyertai AMK terdiri dari anak-anak muda berpendidikan dari berbagai bidang termasuk iktisas, profesional dan agama serta mereka yang dikenali sebagai lasak dalam menggerak pelbagai isu masyarkat.
Tidak mempunyai jawatan wakil rakyat bukan bermakna Nazree terkebelakang. Jika diperhatikan kepada penglibatannya dalam gerakan sebelum ini menunjukkan dia berkelayakan dan calon pantas untuk memimpin anak muda dalam PKR. Beliau dilihat sudah masak dalam gerakan pelajar dan sosial.
Mungkin ramai yang tidak tahu Nazree merupakan seorang pencorak dan penggerak kepada gerakan mahasiswa negara ini. Penglibatan beliau dalam dunia mahasiswa merupakan aset utama buatnya untuk membawa anak-anak muda PKR dalam satu landasan perjuangan yang mampan dan terarah dan fokus. Sudah tentu pengalamannya di kampus dan juga ruang sosial lain membantu meletakkan anak-anak muda PKR menjadi golongan penggerak yang bukan sahaja berani tetapi berkualiti.
Beberapa jawatan atau gerakan mahasiswa dan sosial dipegang oleh Nazree. Antaranya beliau pernah menjadi presiden Mahasiswa Islam (PIM) Universiti Malaysia (2005-2006), pernah menjadi presiden Mahasiswa Negeri Sembilan Universiti Malaya (Permanis) (2004-2005). Selain itu beliau juga terlibat dalam gerakan sosial pernah menjadi Pengerusi Gerakan Rakyat Integriti dan Anti Korupsi (Gerak) (2008-2010) dan lain-lain.
Pengalaman yang ada itu sudah cukup munasabah kalau Nazree mengumumkan untuk menawarkan diri kepada anak-anak muda PKR sebagai ketua. [wm.kl.7:35 pm 03/02/14]
No comments:
Post a Comment